Friday, April 29, 2016

WAD 12A

ASSALAMUALAIKUM...

CERPEN:
WAD 12A
OLEH: PARIDAH ISHAK
Apabila tiba hari yang dijanjikan  dia bersama seorang pembantunya membawa aku ke hospital. Setelah sampai di KL dan puas bertanya tempat yang hendak dituju barulah dapat ditentukan kemana arahnya.
Appointment yang dibuat tidak menepati janji. Doktor yang sepatutnya ditemui dan menguruskan pemeriksaan perubatan diriku telah bercuti panjang entah kemana. Mujur ada seorang doktor yang sanggup mengambil tugasan yang ditinggalkan doktor berkenaan. Aku diuji kekuatan minda dengan beberapa soalan matematik asas. Komunikasinya menggunakan bahasa Inggeris yang mudah.
Seterusnya doktor menganjurkan agar aku ditahan di wad untuk beberapa ketika. Aku terkejut juga dengan saranan itu. Walau sebenarnya aku juga teringin merasai pengalaman berada di sebuah hospital yang sangat terkenal. Langsung aku tidak terfikir tentang masalah yang akan kudepani kelak. Setakat hanya bergantung kepada kekuatan diri dan kemampuanya yang tidak seberapa berlandaskan kata-kata doktor itu bahawa ramai kakitangan perubatan di wad yang akan menjaga aku. Mentelah lagi  tidak bersedia dengan apa saja keperluan yang patut. Tidak ada tuala untuk mengelap air yang sentiasa keluar daripada mulut. Dan tidak ada sikat untuk menyisir rambut yang kusut. Tidak ada gelas untuk mengisi air minuman untuk pagi, petang atau malam.Hanya semata-mata membawa diri dengan pakaian sehelai sepinggang.  
Jiran-jiranku terdiri daripada semua bangsa Malaysia yang pelbagai sakitnya menempati katil. Wad 12A menemukan aku dengan mereka. Kalau aku boleh bercakap tentu  aku dapat berkomunikasi dengan mereka sebaiknya. Tapi suaraku sudah bertahun hilang. Hilang bersama kemalangan yang merenggut keupayaan jiwa ragaku yang kualami bersama anak-anak dan suamiku di lebuhraya pantai timur. Entahlah. Mungkin susun-atur nasibku begitu.  
Di sini aku bertemu dengan Zaitun, Zarina dan beberapa orang jururawat pelatih dan jururawat terlatih yang memberi khidmat mesra mereka kepadaku dan pesakit-pesakit lain. Mereka gemar melayaniku. Mengajakku bersembang dengan caraku. Dia meninggalkan aku sebuah buku nota kecil dan pen. Itulah saja pemberian yang diingatnya. Dengan pen dan buku itu aku mencatat semua aktivitiku seharian dan sajak-sajak pendek dan berkonunikasi secara tulisan dengan mereka yang sudi berinteraksi denganku. Dia memang arif dengan kesukaanku iaitu menulis dan membaca. Jika tidak ada buku tulis dan beberapa majalah yang dibelinya tentu aku hanya akan merenung kosong hariku yang berlalu tanpa pengisian apa-apa.
TENUNAN RINDU
Sehari-hari menenun rindu pada keselesaan
sekian lama ia telah berlalu
meninggalkan urat-urat biru
yang menyarati saraf jasad itu

sekian lama tergadai jiwa raga
kesetiaan yang tulus jitu total.

Penamatnya hanya rentetan trajidi
yang tragis.

Sujud bermohon doa
nyah segera semua itu
namun masih juga di sini
di mata ini
di hati ini
Jan 07
Ward 12AHospital Universiti.

Berada di wad dalam bulan puasa sangatlah memilukan. Terpaksa meninggalkan puasa yang wajib di bulan Ramadan . walau aku uzur dan ada sebab syarie untuk meninggalkannya tapi aku sangat suka kalau dapat berpuasa. Namun tidak tergamak pula menyusahkan mereka yang terlibat, walaupun aku tahu tugasan mereka adalah melayani apa saja keperluan pesakit-pesakit yang berada di bawah pengawasan mereka.
Hari raya semakin hampir. Tapi pemeriksaan ke atas diriku belum juga selesai. Setiap hari ada saja temujanji yang ditentukan. Aku hanya mengikut saja arah kerusi roda  ditolak yang membantu membawaku. Pernah dihantar untuk scan dengan seluruh tubuh dimasukan dalam alatan scan seumpama telor yang besar.
Dalam laporan fail yang aku cuba fahami kandungannya yang tergantung di kerusi roda, bahawa aku mengalami kecederaan yang serius di otak (broken brain) dan ada pembekuan darah di situ.
Satu ketika pula aku disorong ke bilik di mana kepalaku dipasang wayar yang berselirat dan disambung ke mesin pengimbas yang melukis graf panjang pendek yang tidak aku fahami. Tulisan di fail juga tidak memberiku sebarang makna justeru tidak memahaminya suatu apa.
Memang sukar untuk memahami tulisan doktor. Mungkin doktor tidak mempunyai banyak masa untuk membentuk tulisan yang cantik kerana masa sangat perlu untuk diberikan kepada pesakit yang bertali-arus untuk mendapatkan khidmat mereka.
Tulisan cantik atau sebaliknya tidaklah terlalu dikira. Tapi bagi yang mencari maksud dan makna sepertiku ianya adalah amat penting sekali dan sangat diutamakan.
Selepas membuat pemeriksaan di kepala, disorong pula ke klinik mata untuk dibuat pemeriksaan mata pula, di sini seorang doktor wanita Melayu yang amat ramah meladeniku. Daripada name tag yang terlekat di bajunya ternyata  beliau ini adalah seorang professor Universiti Malaya . Hospital ini namanya pun hospital university dan tentulah ianya mendapat khidmat  mereka yang pakar dalam bidang perubatan daripada universiti yang berhampiran juga. Aku mengagak saja. Sebab bukan arif sangatpun pengetahuan tentang ini.
Sepanjang aku di sini memang ada siswa-siswi fakulti perubatan yang datang bersama pensyarah mereka melawat pesakit-pesakit di sini. Ada saja yang ditanya mereka kepadaku. Mereka begitu yakin dengan apa yang dipelajari dan kemahuan diri yang ingin dicapai setelah menamatkan pengajian kelak. Mulalah aku bermuhasabah diri tentang kekuranganku kerana telah mengabaikan peluang yang memberiku harapan untuk seiring mereka yang berpendidikan tinggi. Hendak bertaklik kepada nasib semata tidak boleh juga kerana Allah tidak akan mengubah apapun jikalau yang empunya diri tidak berusaha sesungguh hati.
Appointment aku yang terakhir adalah menemui seorang pakar anggota. Beliau membawa aku ke gym yang dipenuhi alatan yang membantu mereka yang lumpuh separa sepertiku untuk boleh berjalan semula. Aku diberi keyakinan bahawa aku boleh berjalan semula. Jurupulih Anggota di situ berpendapat begitu sambil menolongku bertatih berjalan memegang besi yang disedia daripada melihat gayaku berjalan perlahan.
“Untuk kembali pulih seperti sediakala tentu mengambil masa,” menurut Jurupulih Anggota yang membantuku itu..
Tahun ini adalah tahun ketiga aku berkeadaan begini. Terasa pantas masa berlalu tapi bagiku teramat lambat pula kerana keberdayaan diri yangku harapkan segera menyongsong tidak juga kunjung datang. Memikirkan semua itu menyesakkan mindaku. Air matapun berjurai mengirai kesedihan. Biarkan sajalah. Terima ketentuan-Nya dengan reda. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan harapan yang didamba menjadi kenyataan.
Zaitun, Jururawat Pelatih yang berasal dari Sungai Petani Kedah sering juga menemaniku. Selalu juga bertanya tentang diriku dan bercerita tentang pensyarahnya yang suka memarahinya tanpa diberitahu kesilapannya apa.
 “Mentang-mentanglah saya seorang pelatih, ada saja yang nak ditegurnya,” rungutnya.  Aku mendengar saja dengan ralit. Hendak berkomentar pun tidak tahu apa. Walau dia menjadikan aku sebagai tempatnya meluahkan rasa amarah yang membekam di hatinya tidak mengapalah. Aku rela menjadi pendengarnya. Sekurang-kurangnya diri yang lemah dan tidak berdaya masih ada gunanya. Dan masih ada yang sudi berkongsi cerita denganku.
Namun aku juga tidak dapat lari daripada kesedihanku bilamana aku sendirian di katil kala tiba jam 12.00 tengah hari. Ketika inilah ramai pesakit yang menerima tamu mereka. Mereka di kelilingi sahabat handai saudara-mara yang mengasehi mereka. Tapi tidak aku. Tidak ada sesiapa yang sudi menziarahi aku. Tersedu aku menangis disebalik tuala yang menutupi wajahku. Seorang porter yang menghantar makanan seperti selalu menyedari itu. Dia tahu aku sedih dan bertutur manis kepadaku, mempelawa aku makan.
“Makanlah dik. Jangan ikut sangat rasa hati sedih.”
Sekadar saja makanan yang mampu disuapkan ke mulut. Selera telah hilang bersama kesakitan dan kedukaan jiwa raga yang ditanggung.
Hadir juga tetamu yang sangatku nanti di sisi katilku. Hatiku yang kecewa teramat pula. Luluh rasa, sirna ceria. Sebabnya dia membawa seseorang bersamanya. Sesaorang yang amat penting dan istimewa dalam kehidupannya kini. Tapi bagiku seolah dia membawa duri kerawat yang mencarik-carik hatiku dan melukakannya dengan parah. Apalah salahnya kalau dia seorang saja hadir di saat kesendirianku ingin bersamanya. Mengapalah aku ralat dan musykil kerana keberadaan mereka bersama menemuiku? Memang wajarpun mereka boleh bergerak bersama kemana saja kerana mereka adalah pasangan suami isteri yang sah. Langsung tidak ada batas halangannya. Apatahlagi merekapun baru saja berkahwin.
Tapi tidakkah dia mahu memberi hatiku sedikit kegembiraan setelah selama ini menghancur-lumatkannya? Takkan sedikitpun tidak ada rasa belas-ehsan terhadap isterinya yang pernah sangat disayanginya suatu ketika dulu ini? Atau mungkin sengaja hendak menambah kelukaan di hatiku dengan lebih parah. Penderitaan yang teramat sangat sehingga tidak termampu diucap dengan kata-kata. Berterusan merangkai kata mengenainya hanya teriring dengan derai air mata.
SN Normah yang baik dan berperwatakan lembut itu bertanya kepadaku tentang kehadiran tetamuku siang tadi. Dia tidak percaya akan itu cerita sebenarnya.  Dan amat bersimpati dengan nasibku. SN Normah adalah, jururawat terlatih  kenalan pertamaku di wad ini. Orangnya cantik manis. Daripada lorat percakapannya aku yakin sekali beliau ini berasal dari Negeri Sembilan. Beliau pernahku dengar menasehati rakan sekerjanya yang mengadu kepadanya kerana keletihan dan kesebalannya terpaksa melayani kerenah pesakit yang sangat kurang upaya dan terpaksa dibantu kesemua keperluannya.  Ada di antara kes yang ditanganinya melibatkan pesakit yang memenuhi appointment dengan doctor untuk menuntut pampasan kemalangan yang mereka alami daripada syarikat insuran yang dilanggani. Komennya lagi;
“Apalah gunanya mendapat wang pampasan  dengan nilai tinggi ringgitnya sedang diri sakit terlantar saja di perbaringan. “
Jawab SN Normah yang baik budi itu dengan lunak;
“Merekapun tidak minta nasib mereka begitu. Kita yang ada kekuatan dan sedikit kelebihan upaya inilah yang sepatutnya membantu mereka. Jikalau diri sakit tapi tidak berduit memang besar masalah yang terpaksa dihadapi untuk menangani kos kehidupan yang mahal kini. Sekurang-kurangnya dengan wang pampas an yang didapati boleh membantu mereka membiayai kehidupan atau berusaha pelbagai cara untuk merawat sakit mereka.  Segala-galanya kini perlukan duit. Susah juga sudahlah sakit tapi tidak berduit. Berat sangat bebanan yang terpaksa mereka pikul.”
Memang aku sangat bersetuju dengan ungkapan manis penyejuk jiwaku itu kerana aku tergolong dalam golongan yang dimaksudkan itu. Tapi berapa ramaikah diantara yang memahaminya? Hanya SN Normah seorang di antaranya.
Dalam pertemuanku yang sebentar cuma dengan dia aku sempat berpesan kepadanya agar menjemputku sebelum menjelang Aidilfitri tidak beberapa hari lagi. Aku tidak pasti samaada pesananku itu mahu dipenuhinya. Harapanku mudah-mudahan begitulah hendaknya. Setelah hampir dua minggu berada di bulan Ramadan di katil hospital aku merasa semakin jelak di sini. Dan tentu ingin sekali segera pulang ke rumah ibu-bapaku menyambut hari raya bersama anak-anak dan keluargaku.
Renungan menjauh sehingga kelibat Anne Lai tiba-tiba tersenyum kepadaku sambil menghulur kepadaku sebuah majalah fesyen. Anne Lai merupakan teman pesaakit yang sama-sama tidak boleh bercakap sepertiku. Sudi juga dia bertegur sapa denganku. Beliau baru saja menjalani pembedahan di tekaknya dan kerna itu suaranya tidak boleh berbicara. Gadis China itu adalah seorang jururawat resepsionis sebuah hospital swasta dan rajin meminjamkan aku majalah yang dibawa keluarganya.
Zaitun, Zarina dan ramai jururawat pelatih yang sering melayan bicara bisuku telah berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing hendak menyambut Adilfitri sehari dua lagi dijangka tibanya. Kelibat SN Normah pun tidak kelihatan. Kenalan-kenalan yang sering berinteraksi denganku telah tiada. Aku kesunyian, kehilangan tegur-sapa mereka. Walau sebenarnya memang telah lama aku larut dalam kesunyian yang melengkungi situasiku kini.  Di saat aku sangat mengharapkan kehadiran mereka yangku rasa rapat dan ada hubungannya denganku tidak ada yang terjengul di sini. Masing-masing sibuk melayani tuntutan kehidupan rutin dan membiarkan aku tidak dipeduli.
Dia membawa aku ke sini dan meninggalkan bebanannya iaitu aku isterinya dan mengharapkan akan dijaga orang lain kemasylahatannya. Beginikah sikap seorang yang sangat bertanggung-jawab terhadap keluarganya seperti yang kerap dikatakannya dulu. Ahli keluarganya adalah mereka yang terpenting dan diutamakan segala-galanya. Aku ini adalah ahli keluarganya yang terdekat. Kenapa pula sanggup menyisihkan aku dalam keadaanku seperti ini? Ah! Masih merintih lagi. Sedang nasib yang mengunjungi tidak harus dikesali.
Aidilfitri yang ceria, menggembirakan semua tetap juga jelang pabila tarikh yang diumumkan Penyimpan Mohor Raja Raja bagi negeri negeri di seluruh Malaysia tidak kira aku di mana. Aku melihat Anne Lai di ujung katil. Dia merenungku sayu seolah mengongsi kepiluanku menyambut hari bahagiaku di katil hospital. Aku bertanya kenapa dia kelihatan murung dengan menulisnya di buku nota kecilku.  Namun dia tidak membalas apa-apa. Mungkin ada sesuatu yang difikirkannya.
Tidak ramai petugas di wad pada hari ini. Kebanyakan mungkin telah bercuti sempena meraikan Aidilfitri bersama keluarga. Pesakit di wad yang Islam kecuali aku telah dibawa pulang keluarga masing-masing yang prihatin. Sepatutnya aku juga sudah discharge dari wad tapi tidak ada sesiapa yang datang menuntutku dan membawa aku pulang ke rumah.
SN Rasnah menjadi kenalan baruku. Dia kasihan melihat aku masih di wad sedang sepatutnya sudah dibawa balik. Dia berusaha menghubungi mereka yang ada sangkut-paut denganku yang berada di sekitar KL untuk segera mengambilku setelah discharge sejak semalam. Tapi banyak pula alasan yang kudengar menolak kehadiranku. Tidak mengapalah. Mendesak sesiapa saja untuk menerima masalahku yang akan menyusahkan mereka bukan kugemari. Aku cuma berharap pihak hospital bersedia membenarkan aku berada di hospital ini sehingga dia mengambilku semula setelah diberitahu pihak yang berurusan dengannya kini.
Hari raya telah separuh hari berlalu. SN Rasnah melayani aku makan sambil berbual-bual. “Selama  begini barangkali sudah terlalu banyak agaknya air mataku yang tumpah.” Sayu sekali kudengar susunan frasa tuturnya. Bak kata pepatah; karam bersama tapi yang lemas seorang.   Aku mengangguk. Kebiasaanku begitulah. Terangguk-angguk untuk mengiakan sesuatu. Kenalan baruku ini sangat memahamiku rupanya.
Akupun mula menulis sesuatu tentang dirinya dalam buku kecilku.
Tamat.




Wednesday, April 27, 2016

SELIRATAN CINTA BAB 3

ASSALAMUALAIKUM....

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dato Shaari sedang berada di pejabatnya. Seorang gadis setiausaha menemaninya berbual kata. Sesekali terdengar kikihan manja seakan tergeletek amat perasaan dicuit gurau senda antara kedua-duanya. Perbualan yang sangat mesra di antara bos dan sekretarinya tiada apa yang mengganggunya. Berlaku dalam suasana harmonis yang selesa.
Amin menerjah masuk ke bilik bosnya seperti kebiasaannya tanpa mengetuk pintunya terlebih dahulu. Gadis setiausaha bingkas dari duduknya dan segera meluru keluar sambil mengepit fail di tangan.. Amin yang terjengul tiba-tiba mengejutkannya. Berderau darahnya menyimbah ke muka. Jantungnya berdegup kencang kerana keterkejutan.
Bimbang pula tersebar gosip hubungan mesra antaranya dan bos dijaja kemana-mana. Tukang canangnya tentulah Amin yang gemar bermuka-muka itu. ‘Bukan boleh percaya sangat ‘mamat’ pengampu seorang ni,’ desis hatinya.
Jika kabar-angin yang bukan-bukan itu sampai ke pendengaran tunangnya tentu haru-biru jadinya. Gadis itu tidak mahu berita sensasi begitu mengeruhkan hubungannya dengan tunangnya. Sudah tidak beberapa bulan lagi akan ke jenjang pelamin pula. Banyak persiapan yang telah dibuat. Kalau tidak jadi gara-gara mulut Amin yang celupar itu, alangkah malunya.  
            “Kau ni kenapa haa. Ingat pejabat ni bapa kau punya ke. Main terjah ikut suka je,” sergahnya dengan renungan mata tajam bersinar. Amin terkedu dijerkah bosnya.
            “Maaf Datuk. Sebenarnya adahal penting sangat. Sebab tu saya nak cepat. Datuk tengok ni.Ada artis baru Datuk. Mesti Datuk berkenan punya.” Amin menyuakan sebuah majalah hiburan  keluaran terbaru pada Datuk Shaari yang terkepit kemas dalam genggamannya.
Dia berharap kepanasan hati bosnya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam.’ Tidak setara mana panasnya. Sekejap lagi sudah suam-suam kuku. Kembali normal sediakala.
Dato Shaari segera mencapainya. Kemarahannya kerana diganggu tadi ketika dia sedang berdua-duaan dengan setiausahanya cepat pula mereda. Amin lega melihat wajah Datuk Shaari tidak setegang tadi. Sudah setenang ayam tambatan dan tidak segarang harimau di kandang. Dia semakin berani menghambur bicara.
“Cantik Datuk. Bak bidadari.”
“Hah? Secantik Rozana ke?”
“Ini lagi hebat Datuk. Kecor air liur dibuatnya. Memang ngam dengan Datuk.” Amin ligat menggula-gula propa yang sangat diminati Datuk Shaari mutakhir ini. Dulu Datuk Shaari tidak begitu lakunya.
Dia hanya meniru contoh seorang rakannya seorang ahli perniagaan IT bertaraf dunia yang sering mengundang model-model jelita dan artis cantik untuk bersama pelanggan yang berurus-niaga dengannya. Katanya sebagai penyeri suasana dan melancarkan urusan bisnis yang hendak dijalankan. Supaya licin dan sempurna.
Dia cuba memperaktikan apa yang diamalkan kawannya itu sehingga dia pula yang terseret ke dalam kancah golongan manusia berparas cantik dengan kelebihan sebagai artis pelakon, artis penyanyi atau model  ini. Sehingga tidak dapat lari dunia yang sangat obses pada keindahan dan kecantikan itu. Dia sangat mengkaguminya.
Kini dia adalah peminat golongan itu dan sentiasa mendekati, mengikuti perkembangannya. Perantaranya adalah Amin kerana dia adalah seorang yang luas pergaulannya dalam ruang yang bersangkutan ini dan sentiasa berusaha hendak memenuhi hasrat tuannya. Tanpa sebarang olah dan bantah. Akur pada perintah.
“Ini boleh dapat ke Amin?” Amin terdongak mengadap Datuk Shaari.
“Eh datuk punya pasal, apapun saya boleh bagi. Kalau nak suruh saya uruskan untuk jadi yang nombor dua pun boleh.” Dia tersengih dengan yakin kerana terasa mampu melakukannya tanpa aral.
“Ish.. jaga sikit mulut tu. Untuk nombor dua, kau tak payah nak ajar aku. Aku ni dah berguni garam aku telan. Kalau aku nak pasang nombor dua dah lama aku buat. Aku yang akan pilih, bukan kau. Aku hanya akan pilih orang yang aku berkenan saja. Bukan sembarangan.” Matanya tidak lepas dari menatap majalah.
Hatinya amat kagum dengan wajah-wajah cantik penghias lembar majalah itu. Di selak lagi lembar seterusnya. Memang wajah-wajah perempuan dijadikanNya sangat cantik memikat. Sukar sesiapapun menafikannya. Bisik nuraninya.
Dibiarkan saja Datuk Shaari tekun melayani hobi terbarunya itu kerana dia juga yang mendapat pulangannya. Setiap artis atau model yang diperkenalkannya sekiranya menepati cita rasa Datuk Shaari untuk dijadikan teman sosial seketika dia akan diberi ganjaran yang tidak mengecewakannya. Rezeki Datuk yang mewah dan melimpah ruah itu mengalir juga sedikit ke poketnya.
Dia tahu juga tentang sepotong ayat al quran yang menyebut setiap rezeki yang diberikan itu ada hak orang lain bersamanya. Jadi tunaikanlah zakat. Dia berharap Datuk itu telah menunaikan zakatnya kerana dalam setiap laporan kewangan tahunan syarikat ada terpapar di akhbar di keluarkan sekian-sekian juta RM untuk zakat perniagaan.
Nampaknya Datuk itu tidak lokek berzakat kerana zakat akan menyuburkan rezekinya hingga melimpah-ruah dan mengalir ke poketnya menjadi haknya. Cuma caranya saja yang menyeleweng.
Dia tidak peduli apa maksud penyelewengan dari fahaman agama. Yang penting poketnya berisi. Dan dia boleh menjalani kehidupan yang senang kerana poket tidak kosong. Penuh berisi RM.  
“Agaknya yang ni boleh dapat tak?” Yang ditanya hanya menyeringai tanpa sebarang jawapan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengatur jawapannya. Dia membalik-balik minda fikirnya yang kiri. Menurut pakar, otak sisi kiri metah kreatif.
“Itulah Datuk, dulu lagi saya dah cakap. Kalau Datuk berminat kenapa tidak berusaha mencuba. Citarasa artis ini nampaknya orang-orang yang berumur setara datuk. Tidak muda sangat tidak tua sangat. Sedang-sedang. Ini bila sudah terlepas pada yang lain barulah Datuk menyesal gigit jari.”
“Buat apalah mencuba kalau hasilnya memang sudah dijangka. Dia hanya memilih Datuk yang dicintainya. Bukan sembarangan orang. Kau mana tahu bagaimana perasaan orang yang jatuh cinta dan dilamun cinta. Sebab cara hidup kau ni mudah. Main sapu semua. Pendek kata ‘bujur lalu melintang patah.’”
“Habis buat apa nak tanya lagi. Redha je lah. Biarlah artis pujaan itu berada dalam dulang cintanya dengan berbahagia. Datuk tengok sajalah. Bukannya rugi apa-apa.”
“Pandai pula kau bercakap ya Amin,”gerutunya dengan geram.
 Wajah anggun wanita secantik Cinderella pada anggapannya itu di tatap dengan ralit sebelum menutup lembarnya. Dan mengkesampingkan majalah popular itu di sudut meja.
“Hai Sitti Nurhalliza, kenapalah kau tidak pilih aku. Aku pun Datuk juga. Banyak harta juga.” Keluhannya dilepaskan lemah dan perlahan. Amin tersengih di sisinya. ‘Hai ada hati juga datuk ni nak pikat Sitti Nurhalliza, tak tengok cermin kot, rupa pun retak seribu. Ada hati nak pikat artis paling top. Kalau aku tu lain la, tampan, bergaya, muda.’ Gumam kalbunya sinis

Sunday, April 24, 2016

SELIRATAN CINTA ... bab 2

ASSALAMUALAIKUM...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dato Shaari sedang berada di pejabatnya. Seorang gadis setiausaha menemaninya berbual kata. Sesekali terdengar kikihan manja seakan tergeletek amat perasaan dicuit gurau senda antara kedua-duanya. Perbualan yang sangat mesra di antara bos dan sekretarinya tiada apa yang mengganggunya. Berlaku dalam suasana harmonis yang selesa.
Amin menerjah masuk ke bilik bosnya seperti kebiasaannya tanpa mengetuk pintunya terlebih dahulu. Gadis setiausaha bingkas dari duduknya dan segera meluru keluar sambil mengepit fail di tangan.. Amin yang terjengul tiba-tiba mengejutkannya. Berderau darahnya menyimbah ke muka. Jantungnya berdegup kencang kerana keterkejutan.
Bimbang pula tersebar gosip hubungan mesra antaranya dan bos dijaja kemana-mana. Tukang canangnya tentulah Amin yang gemar bermuka-muka itu. ‘Bukan boleh percaya sangat ‘mamat’ pengampu seorang ni,’ desis hatinya.
Jika kabar-angin yang bukan-bukan itu sampai ke pendengaran tunangnya tentu haru-biru jadinya. Gadis itu tidak mahu berita sensasi begitu mengeruhkan hubungannya dengan tunangnya. Sudah tidak beberapa bulan lagi akan ke jenjang pelamin pula. Banyak persiapan yang telah dibuat. Kalau tidak jadi gara-gara mulut Amin yang celupar itu, alangkah malunya.  
            “Kau ni kenapa haa. Ingat pejabat ni bapa kau punya ke. Main terjah ikut suka je,” sergahnya dengan renungan mata tajam bersinar. Amin terkedu dijerkah bosnya.
            “Maaf Datuk. Sebenarnya adahal penting sangat. Sebab tu saya nak cepat. Datuk tengok ni.Ada artis baru Datuk. Mesti Datuk berkenan punya.” Amin menyuakan sebuah majalah hiburan  keluaran terbaru pada Datuk Shaari yang terkepit kemas dalam genggamannya.
Dia berharap kepanasan hati bosnya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam.’ Tidak setara mana panasnya. Sekejap lagi sudah suam-suam kuku. Kembali normal sediakala.
Dato Shaari segera mencapainya. Kemarahannya kerana diganggu tadi ketika dia sedang berdua-duaan dengan setiausahanya cepat pula mereda. Amin lega melihat wajah Datuk Shaari tidak setegang tadi. Sudah setenang ayam tambatan dan tidak segarang harimau di kandang. Dia semakin berani menghambur bicara.
“Cantik Datuk. Bak bidadari.”
“Hah? Secantik Rozana ke?”
“Ini lagi hebat Datuk. Kecor air liur dibuatnya. Memang ngam dengan Datuk.” Amin ligat menggula-gula propa yang sangat diminati Datuk Shaari mutakhir ini. Dulu Datuk Shaari tidak begitu lakunya.
Dia hanya meniru contoh seorang rakannya seorang ahli perniagaan IT bertaraf dunia yang sering mengundang model-model jelita dan artis cantik untuk bersama pelanggan yang berurus-niaga dengannya. Katanya sebagai penyeri suasana dan melancarkan urusan bisnis yang hendak dijalankan. Supaya licin dan sempurna.
Dia cuba memperaktikan apa yang diamalkan kawannya itu sehingga dia pula yang terseret ke dalam kancah golongan manusia berparas cantik dengan kelebihan sebagai artis pelakon, artis penyanyi atau model  ini. Sehingga tidak dapat lari dunia yang sangat obses pada keindahan dan kecantikan itu. Dia sangat mengkaguminya.
Kini dia adalah peminat golongan itu dan sentiasa mendekati, mengikuti perkembangannya. Perantaranya adalah Amin kerana dia adalah seorang yang luas pergaulannya dalam ruang yang bersangkutan ini dan sentiasa berusaha hendak memenuhi hasrat tuannya. Tanpa sebarang olah dan bantah. Akur pada perintah.
“Ini boleh dapat ke Amin?” Amin terdongak mengadap Datuk Shaari.
“Eh datuk punya pasal, apapun saya boleh bagi. Kalau nak suruh saya uruskan untuk jadi yang nombor dua pun boleh.” Dia tersengih dengan yakin kerana terasa mampu melakukannya tanpa aral.
“Ish.. jaga sikit mulut tu. Untuk nombor dua, kau tak payah nak ajar aku. Aku ni dah berguni garam aku telan. Kalau aku nak pasang nombor dua dah lama aku buat. Aku yang akan pilih, bukan kau. Aku hanya akan pilih orang yang aku berkenan saja. Bukan sembarangan.” Matanya tidak lepas dari menatap majalah.
Hatinya amat kagum dengan wajah-wajah cantik penghias lembar majalah itu. Di selak lagi lembar seterusnya. Memang wajah-wajah perempuan dijadikanNya sangat cantik memikat. Sukar sesiapapun menafikannya. Bisik nuraninya.
Dibiarkan saja Datuk Shaari tekun melayani hobi terbarunya itu kerana dia juga yang mendapat pulangannya. Setiap artis atau model yang diperkenalkannya sekiranya menepati cita rasa Datuk Shaari untuk dijadikan teman sosial seketika dia akan diberi ganjaran yang tidak mengecewakannya. Rezeki Datuk yang mewah dan melimpah ruah itu mengalir juga sedikit ke poketnya.
Dia tahu juga tentang sepotong ayat al quran yang menyebut setiap rezeki yang diberikan itu ada hak orang lain bersamanya. Jadi tunaikanlah zakat. Dia berharap Datuk itu telah menunaikan zakatnya kerana dalam setiap laporan kewangan tahunan syarikat ada terpapar di akhbar di keluarkan sekian-sekian juta RM untuk zakat perniagaan.
Nampaknya Datuk itu tidak lokek berzakat kerana zakat akan menyuburkan rezekinya hingga melimpah-ruah dan mengalir ke poketnya menjadi haknya. Cuma caranya saja yang menyeleweng.
Dia tidak peduli apa maksud penyelewengan dari fahaman agama. Yang penting poketnya berisi. Dan dia boleh menjalani kehidupan yang senang kerana poket tidak kosong. Penuh berisi RM.  
“Agaknya yang ni boleh dapat tak?” Yang ditanya hanya menyeringai tanpa sebarang jawapan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengatur jawapannya. Dia membalik-balik minda fikirnya yang kiri. Menurut pakar, otak sisi kiri metah kreatif.
“Itulah Datuk, dulu lagi saya dah cakap. Kalau Datuk berminat kenapa tidak berusaha mencuba. Citarasa artis ini nampaknya orang-orang yang berumur setara datuk. Tidak muda sangat tidak tua sangat. Sedang-sedang. Ini bila sudah terlepas pada yang lain barulah Datuk menyesal gigit jari.”
“Buat apalah mencuba kalau hasilnya memang sudah dijangka. Dia hanya memilih Datuk yang dicintainya. Bukan sembarangan orang. Kau mana tahu bagaimana perasaan orang yang jatuh cinta dan dilamun cinta. Sebab cara hidup kau ni mudah. Main sapu semua. Pendek kata ‘bujur lalu melintang patah.’”
“Habis buat apa nak tanya lagi. Redha je lah. Biarlah artis pujaan itu berada dalam dulang cintanya dengan berbahagia. Datuk tengok sajalah. Bukannya rugi apa-apa.”
“Pandai pula kau bercakap ya Amin,”gerutunya dengan geram.
 Wajah anggun wanita secantik Cinderella pada anggapannya itu di tatap dengan ralit sebelum menutup lembarnya. Dan mengkesampingkan majalah popular itu di sudut meja.
“Hai Sitti Nurhalliza, kenapalah kau tidak pilih aku. Aku pun Datuk juga. Banyak harta juga.” Keluhannya dilepaskan lemah dan perlahan. Amin tersengih di sisinya. ‘Hai ada hati juga datuk ni nak pikat Sitti Nurhalliza, tak tengok cermin kot, rupa pun retak seribu. Ada hati nak pikat artis paling top. Kalau aku tu lain la, tampan, bergaya, muda.’ Gumam kalbunya sinis.  

Friday, April 22, 2016

SELIRATAN CINTA BAB 1

ASSALAMUALAIKUM....

SELIRATAN CINTA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

1.

HARI yang terang, tenang lagi aman. Sudahpun mengerjakan rutin seharian sesempurna yang mungkin. Sehari-hariannya sedemikian. Menenun rindu pada keselesaan, menganyam kecerian, menjalin kebahagian yang beringsut datang menempuh perjalanan yang panjang.

Dia menilik wajah di cermin. Ah…kusam tidak bermaya. Wajah yang polos tidak berseri perlu dilakukan sesuatu untuk menceriakannya seterang hari yang tenang. Apa agaknya yang perlu dibuat? Mindanya mencongak kira ketepatannya bersesuaian dengan keinginannya.
Hari ini tidak ada sebarang aktiviti yang tercatat di diari untuk di penuhinya. Waktu yang senggang dan lapang tanpa gangguan. Duduk-duduk bersendiri tanpa teman di sisi, amat terasa sunyinya. Bosannya terlalu.

‘Kenapalah tadi aku tidak ikut saja abang pergi ke opisnya? Tapi buat apa mengganggu dia di opis sedangkan aku langsung tidak ada sebarang jawatan di sana. Biarkanlah. Abang itu orang baik. Masakan sanggup dia hendak mencurangi aku.’ monolog hatinya berkata begitu dengan yakin.
Keyakinan yang kadangkala tidak dapat dipertahankannya. Apapun perasaannya dia berserah dan bertawakal saja kepadaNya. Memikirkannya dengan terlalu hanya menambahkan kerunsingan yang meningkatkan stres.

Dia tidak mahu menanggung akibat stress itu yang akan meningkatkan hipertensi tekanan darah tinggi. Amat digeruninya penyakit yang bersarang dalam senyap tetapi memberi akibat berat. Mohon dijauhkan Allah penyakit itu darinya. Doanya.
Jadi dia perlu mengambil sikap tidak terlalu menurut emosi dan kasih sayang yang keterlaluan terhadap suami sehingga menyusahkan dirinya sendiri. Padanya jika sesuatu itu ditakdirkan untuk menjadi hak mutlak kita, tidak akan ke mana perginya. Setinggi manapun ia terbang melangit, ia tetap kembali ke bumi, keribaan kita. Pegangan itu mendamaikan jiwanya.

Selepas kelahiran anak lelakinya yang sulung dan bongsu itu dia dengan rela hati meninggalkan jawatannya sebagai Pengurus Operasi Kanan syarikat miliknya dan suaminya itu. Demi mendidik seorang anak dengan sangat sempurna dia sanggup mengorbankan kerjaya yang sangat diminatinya itu. Kasih sayang terhadap anaknya mengatasi segala-galanya. Seperti dua rangkap pantun yang pernah ditulisnya;

Cenderawasih seri wajahnya
Laksana mutiara kaca permata
Bersatu kasih seluruhnya
Aduhai untuk cahaya mata.

Layang layang mengitari benua
Sehari suntuk menyisih onak
Kasih sayang nan seluruhnya
Hanya untuk mu anak.

Setelah menjadi seorang pekerja yang sangat didikasi dan memberi komitmen yang sesungguh hati terhadap tugasnya dia ingin pula mengabdi diri sebagai isteri solehah dan mithali juga ibu yang sejati sepenuh masa. Bukan separuh masa di pejabat dan sedikit masa yang tinggal untuk memperhatikan anak dan suami. Dia gembira dan bahagia melakukannya. Meskipun pandangan kebanyakan yang lain berbeda pula.

Setiap orang berhak menentukan sesuatu yang membahagiakanya, tidak tertakluk hanya dengan satu cara persis dilakukannya. Lakukanlah apapun mengikut kesesuaian dan keupayaan empunya diri.
Bukan mudah hendak menjadi isteri mithali seperti sabda Rasullullah kepada Saidina Umar AlKhatab dalam sebuah hadis;
1. Jika suami memandangnya gembira hatinya.
Jika suami menyuruhnya dia mematuhi.
2. jika suami meninggalkannya, dia akan menjaga hak-haknya.

Sedaya upaya dia akan cuba menerapkan nilai-nilai murni itu di dalam kehidupannya.
Meski tidak mengadaptasi keseluruhannya. Sebaiknya memang patut diambil nilai baik itu kesemuanya tetapi baginya dia hanya manusia biasa yang tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan di mana-mana tanpa disedari.

Kini apabila anak sudah semakin dewasa terasa banyak pula ruang kosong tanpa tanggung-jawab yang usai dilaksana. Ruang yang lapang itu perlu diisi sebaiknya. Apakah acaranya yang sesuai untuk hari ini? Dia menimbang kira. Jari telunjuknya menuding kiri dan kanan.
Maksudnya hendak ke sana atau ke situ. Hendak buat ini atau buat itu. Dia bingkas bangun dari duduknya Keputusannya sudah diambil. Dia mengerling sekitarnya.

Tas tangan hadiah seorang anak yang menuntut di luar negara segera dicapai. Ada sesuatu yang menujah mindanya agar merealisasikan ide yang terencana secara tiba-tiba.
Kunci kereta Produa Kancil miliknya yang sentiasa menemaninya kemana saja ditinjau dimana diletakannya. Segugus kunci pelbagai guna segera tersorot anak mata, nun tersorok dicelah-celah berjenis-jenis alat solek yang diguna-pakai seharian.

Kancil comel berurna oren itu telah menyertai deretan kereta yang sedang menyesaki lebuhraya kotaraya. Seorang pemandu wanita sedang berada di belakang seterengnya. Memandu dengan cermat dan penuh ketenangan jiwa. Menuju destinasi pilihannya.

Kereta kecil itu memang fleksibel sebagai kegunaan seharian. Kemana saja akan membawa dirinya menurut kemahuannya. Lagipun sebagai anak yang lahir selepas negara merdeka dia perlu berbangga dengan prodaksi negaranya sendiri.
Siapa lagi yang hendak menggunakan ciptaan karyawan tempatan jika tidak anak jati pribuminya. Di lembah hatinya semangat patrioritik cintakan watan itu tumbuh berpucuk subur.

Lambat pula pergerakan tali arus kereta di hadapan. Barangkali ada sesuatu yang mengendalakan kelancarannya. Dia mengikut saja rentak itu dengan sabar supaya tidak menongkah arus.
Jikalau diikutkan kemahuannya yang sebenar tentu akan menjadi seperti pantunnya yang ini;

Inginku tebang pohon kedondong.
Anak rerama sedang merayap.
Inginku terbang seperti burung
Apakan daya tidak bersayap.

Ingin sekali cepat tiba ke destinasi pilihannya. Tetapi dia memandu dengan sangat berhemat. Tidak menekan pedal minyak sehingga keretanya deras bergerak seperti hendak terbang.


* * *

“Kau rasa betul ke ni. Baru berlakon dua tiga drama, Nurima sudah mengaku intim dengan seorang Datuk?” Tanya gadis yang berambut perang kontot kepada teman di sebelahnya. Kawannya itu mencebik bibirnya. Cebikan bibirnya yang menjuih ke bawah itu menghodohkan rupa cantiknya.

“Ala biasalah tu...kau bukan tidak tahu. Beberapa tahun dulu ada penyanyi membuat kenyataan di majalah dia jadi penyanyi sebab hendak kahwin dengan anak Raja..” balas gadis di sebelahnya bersungguh-sungguh menekan fakta yang diberinya. Sinis sekali bunyinya.

“Hah yang tu aku ingat lagi. Tapi lepas tu artis tu terus tenggelam.” Kedua-duanya serentak tertawa. Masing-masing memahami difinasi ‘tenggelam’ itu.
“Agaknya dah dapat apa yang dicarinya kot. Mana tahukan.” Tersenyum pula kedua-duanya dengan pandangan sinis.

Dia memandang Datin Maimon di sisinya. Pandangan mata bertautan. Ada resah yang membuak dan merusuh di kalbu. Datin Maimon mencebik bibirnya.
“Aku rasalah bila timbul cerita-cerita macam ni tentu panas bontot Mak Datin semua. Mana tahu terkena suami dia orang pulak.” Mengelekek ketawa kedua-dua gadis itu terburai.

Seolahnya masalah dan kesusahan orang lain menjadi bahan jenaka yang seronok ditertawakan. Barangkali terlupa dengan pepatah ‘bila daun di atas jatuh daun di bawah jangan ketawa.’
“Nampaknya Mak-Mak Datin tu kenalah lebih berhati-hati menjaga suami. Jangan anggap senang saja jaga laki. Kena kebas kan naya. Bukan senang hendak jaga suami yang kaya raya dan bergelar pula tu,” sela gadis yang berambut perang kontot itu.

Bertambah masam dan kelat wajahnya dan teman di sisinya mendengar bual bicara kedua-dua gadis yang selesa duduk bergoyang kaki di kerusi sambil tangan menyelak lembar majalah hiburan kegilaan kini sehelai demi sehelai.
Setelah dibaca siap diberi komen yang menyukakan hati sesedap rasa. Wajah Datin Majmin dan Datin Maimon ketara masam mencuka.

“Datin Majmin, jom kita ke sana bilas rambut. Datin Maimon belek-beleklah dulu majalah fesyen rambut tu sebelum pereka fesyen rambut menyelesaikan kerjanya pada pelanggan di sana.” Suara pembantu salon yang agak keras menyebabkan kedua-dua gadis yang seronok melayari halaman gossip di majalah Jelitawan Era tersentak.

Pandangan mata terangkat dari halaman majalah yang terbuka dan beralih memandang Ita. Ita tersenyum membalas pandangan kedua-duanya.
Baru disedari ada beberapa orang Datin di kalangan mereka. Hati merasa tidak enak dan serbasalah. Merasa pula telah melakukan kesilapan kerana menyinggung perasaan wanita lain secara tidak sengaja. Atau tersengaja. Malunya.

Tapi apa hendak dikata, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak madah bicara tanggunglah akibatnya.’ Maksud pepatah lama itu memang bertepatan sekali dalam kondisi begini.
Kedua-duanya saling berpandangan. “Jom belah” barangkali itu gerak mata menuturkan bahasanya. Hasrat hendak shampoo rambut dan menukar fesyen rambut trend terkini terbantut.

Kedua-duanya bergerak meninggalkan salon terkenal yang sering dikunjungi Datin-datin isteri korporat itu.
‘Begitulah cakap siang kenalah pandang-pandang. Cakap malam kenalah dengar-dengar,’ desis hati Majmin. Anak matanya mengiringi atur langkah kedua-dua gadis yang semakin hilang di sebalik pintu masuk salon.

BERSAMBUNG...

Tuesday, April 19, 2016

SUDAHLAH JATUH DITIMPA TANGGA....

ASSALAMUALAIKUM

Anak dagang menari canggung
    dalam astaka bertabir layar
       persembahan amal indah sekali
berani pegang beranilah tanggung
     berani buka berani bayar
         berani menjual berani membeli.

Halus beragi batik Jembal
      sidai di anjung berseri warna
Ibarat seligi tajam bertimbal
      tidak ujung pangkal mengena

Kayu papan dari kimanis
     diangkut tongkang hingga muara
Bila berhadapan mulutnya manis
     balik belakang lain bicara

Duduk meratah serunding kerbau
      batang nyatuh usang berongga
Bajak patah banteng terambau,
      sudahlah jatuh ditimpa tangga

Tepi perigi semak jerangau
      menyisip atap makan halua
Setinggi-tinggi terbangnya bangau,
      surutnya tetap ke kubang jua.

Gadis jelita menyunting bunga
      menyuap pulut di atas titi
Buka mata pasang telinga,
      tutup mulut simpan di hati.





Tuesday, April 12, 2016

KISAH SEORANG BELIAWANIS FELDA...

ASSALAMUALAIKUM...

KISAH SEORANG BELIAWANIS FELDA

Sebulan yang lalu aku mendapat surat pos yang meminta aku mengambil kiriman yang dialamatkan kepada bilik bacaan felda ini. Sebab aku yang menyelia urus bilik bacaan ini dan ingin menambah koleksi buku buku yang sedia tersusun di rak buku tersedia, tentulah aku yang terpaksa pergi mengambilnya. Bukan dekat jarak antara pejabat pos dengan tanah rancangan felda kampungku. Pejabat pos itu di Jerantut .

Jadi terpaksalah aku menaiki bas untuk ke sana. Melepasi jalanraya yang bengkang bengkok bak ular dipalu dan memeningkan kepala. Kalau tidak tahan dengan situasi begitu tekak akan terasa mual dan termuntah dibuatnya. Mujur aku terhindar dari rasa begitu. Sebelum tiba di Bandar Jerantut terlebih dahulu perlu menaiki feri menyeberangi sungai Pahang pula. Ketika  itu tidak ada jambatan lagi. Jawabnya letih berpeluh sebelum tiba ke destinasi.

Bungkusan kiriman sebuah kedutaan luar negara itu diberikan seorang pegawai pos kepadaku. Setelah mendapatnya pulang pula dengan cara yang sama. Lalui lagi kepenatan yang serupa. Rupanya bungkusan yang dikirim itu mengandungi buku buku  yang menceritakan doktrin sebuah negara kominis. Aku terduduk.

Takut pun ada. Tidak berbaloi langsung susahpayahku pergi mengambilnya. Tidak pasal-pasal aku akan didakwa kerana bersubhat menyebarkan dakyah kominis. Nampaknya buku yang agak banyak jumlahnya tersadai saja di suatu sudut kerana tidak dapat diletakan di rak buku kerana kandungannya yang ternyata menyalahi undang undang negara.  Lagipun aku tidak mahu terlibat dengan masalah yang akan membelitku kerana kecuaianku sendiri yang melakukan sesuatu tanpa usul periksa lantaran terlalu rajin dan komited dengan tugasan tidak bergaji yang dipertanggungjawabkan. Tidak berapa lama setelah itu aku dipanggil mengadap pengurus rancangan pula.

Kali ini bukan setakat berjumpa dengan pengurus rancangan tetapi bertemu muka dengan dua orang pegawai polis yang menanyakan soalan tentang buku buku itu kepadaku.

Kata mereka kedutaan yang mengirimkan buku buku kepada semua bilik bacaan felda sedang disiasat kerana motifnya yang nyata; menyebarkan dakyah kominis ke pertempatan felda.  Sebuah pengalaman yang ternyata mahal sekaliku alami dalam keseronokanku aktif dalam aktiviti social di tanah rancangan sambil menanti peluang menjawat sebarang jawatan setelah tamat persekolahan

Banyak juga faedahnya kerana aktif dalam persatuan belia felda ini. Sentiasa ada peluang untuk menyertai aktiviti yang tidak terduga. Aku dipilih berseminar di KL, bersama Md. Amin selaku naib pengerusi persatuan belia 4B di sini dan aku pula adalah setiausahanya.
Wilayah felda pahang tengah diwakili aku dan dua orang lagi belia dari felda Kampung. Awah.

Kami dibawa ke KL menaiki landrover felda dengan ditemani En. Zainudin Yunus seorang pegawai sdo felda wilayah Pahang Tengah.Teruja sungguh dengan pengalaman baru ini. Seminar dirasmikan Abdullah Ahmad Badawi mantan PM yang tika itu Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Tun Abdulah tika itu sangat kacak tampan sekali. Kami perserta perserta seminar berpeluang bergambar dengan beliau.

Aku berkenalan dengan ramai kawan kawan belia yang datangnya dari felda seluruh negara. Antara yang sangat rapat denganku adalah Mussalma yang
menjadi rakan baikku ; berasal dari felda Lurah Bilut. Seorang yang sangat baik dan rapat denganku. Kemana saja berpergian mesti hendak bersama dengannya. Maklum akupun tidak biasa dengan majlis begini. Agak canggung  sedikit dengan suasana yang selama ini tidak pernah dialami. Maklumlah orang kampung yang pertamakali ke bandaraya bagai rusa masuk kampung pula..

Sedang kami sibuk berseminar muncul pula seorang wartawan yang berhasrat menemuramah kami untuk bahan berita majalah yang diwakilinya. Aku dan mussalma pun bercerita tentang kegiatan belia di tempat kami, dalam kesibukan dan kesuntukan waktu untuk memenuhi acara yang disusun tidak sempat pula hendak bertanya kepada wartawan itu tentang majalah yang diwakilinya dan bilakah tulisannya tentang kami akan disiarkan

 Telah berlalu cerita itu sehingga beberapa bulan kemudian bapa membawa pulang sehelai kertas majalah yang diberi seorang rakannya.
 Tertera gambar aku dan mussalma di dalam kertas itu.Kata bapaku rakannya menemui kertas itu berlapis di dalam kelongsong kertas barang yang dibelinya di kedai PNF.kesian kan...gambar aku dan Mussalma terperosok di dalam kelongsong pembungkus barang. Tapi okey lah juga dapat menatap gambar sendiri di dalam cebisan majalah. Terimbau kembali kenanganku bersama Mussalma dan peserta2 seminar di K l dulu. Momen yang sangat menggembirakan. Mussalma kini seorang pegawai felda.
Dan aku meneruskan keseronokanku terlibat dengan pelbagai aktiviti belia felda dengan menambahkan lagi kesibukannya dengan menghasilkan karya penulisan tentang pelbagai kisah yang berlaku di kampung felda yang dihantar ke akhbar arus perdana Utusan Malaysia. Ada beberapa tulisanku yang disiar. Hasilnya dapatlah menjana sedikit pendapatan. Aku berkira-kira hendak menulis tentang seorang isteeri peneroka yang dibiarkan suaminya gantung tak bertali mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami setelah berkahwin lagi.  Baru saja merangka, belumpun ditulis lagi sudah dipanggil mengadap pengurus rancangan kerana katanya isu yang hendakku tulis menyangkut soal pentadbiran felda. Nasib penulis picisan. Hih! Hih!

Tamat.


MENGIRAI HIDUP...

ASSALAMUALAIKUM....

MENGIRAI HIDUP

Dia memandu dengan perlahan. melepasi stesyen bas,  Pejabat Pos, Talikom dan akhirnya berhenti di lampu isyarat yang merah sebelum bergerak semula setelah lampu itu bertukar hijau. Wira ungu kelabu itu membelok pula ke jalan yang menghala ke kampungnya dan beberapa kampung felda yang lain.

Hujan merembas renyai dan angin berhembus halus menyentuhi wajahnya. Dingin. Daun-daun hijau kemilau jernih disinari cahaya mentari yang cerah kembali. Tadi situasi alamnya redup saja.
Suara Raihan merdu bernasyid beralun daripada keset keretanya.

Kini sudah berada di beranda rumahnya menikmati flora indah alam yang menyegarkan sambil memicit-micit kakinya yang terasa lenguh kepenatan. Betisnya terasa sengal sekali.
Barangkali seharian tadi terlalu banyak menggerakkan otot kaki melaksanakan tugasan yang diberi penyelia tugasannya sebelum memandu pulang kereta Kancil kecilnya ke rumah yang agak jauh dari kampungnya.

Sambil memicit-micit dan mengurut kakinya dia tersenyum sendiri mengenangkan insiden lucu tika melakukan tugasan yang diberi pensyarahnya Dr. Nordin yang tegas tapi berwajah manis itu.

Seorang wanita sebayanya kelihatan kalut dan gelabah sekali tika dia dan temannya menghampiri gerainya.
"Tolonglah cik...janganlah roboh gerai saya...saya baru saja buat gerai ni nak berniaga. Saya orang susah cik...anak-anak ramai yang nak disara..."

Dia dan kawannya berbalas pandangan. Tersenyum pula. Susah juga mereka hendak mempercayai kenyataan wanita yang kelihatannya seusia diri mereka telah punyai anak-anak yang ramai mungkin.
.
"Kenapa kak? jangan risau...kami ni bukannya pegawai DEWAN BANDARAYA yang datang nak meroboh gerai kak. Kami ni daripada UPM Serdang buat kaji-selidik sikit tentang alam sekitar kat kawasan pinggir bandaraya ni. Dah penat berjalan menemuramah orang tekak pun rasa kering...itu yang kami berdua singgah kat gerai akak ni..."

"Begituke...kak ingatkan awak semua orang-orang DEWAN BANDARAYA tadi...hati dah tak sedap. bimbang saja gerai kak kena roboh. Akak ni orang susah. Anak-anak ramai, masih kecil dan perlu diberi makan minum, nak hantar ke sekolah, nak hantar ngaji, semuanya perlukan duit. Tambah masa ni kos sara hidup tinggi dan semuanya dah mahal."
Hati wanita peniaga gerai itu bergejolak rusuh justeru meneka dia dan rakannya ada kaitannya dengan badan kerajaan itu kerana fail tebal yang berada di tangan mereka gamaknya.
"Kenapa kak risau sangat dengan orang-orang DEWAN BANDARAYA...kak tak ambil lesen berniaga kat sini kot?" Tanya Zulhilmi temannya.

"Kita nak berniaga mestilah mohon lesen berniaga kan. Dah banyak kali dipohon...tak adapun jawapannya...banyak sungguh kerenahnya..Kita ni nak cari rezeki halal...nak hidup. Bukannya nak mencuri...itupun jadi masalah. Tapi kak tengok ramai juga warga asing dari Bangladesh, Indonesia, Myanmar, Siam yang berniaga di sini tak dikacaupun. Elok je mereka berniaga kaut untung hantar balik ke negara mereka. Tapi kita ni rakyat negara sendiri banyak pula halangan yang kena patuhi. Sudah kita berusaha mematuhinya dipandang remeh sambil lewa pula. Tak faham betul kak.." Wanita itu melepaskan rungutan tentang tidak kesetabilan hidup dan situasi  yang melengkunginya kini.
Terasa belas pula hatinya mendengar keluhan peniaga gerai yang baru dikenalinya itu. Perkenalan yang pada mulanya berdasarkan prasangka yang mengelirukan minda masing masing bertukar suasananya menjadi lebih manis dan mesra lantaran peniaga gerai itu seorang yang sangat ramah mengongsi ceritanya apa saja.
“Ada satu hari tu kak ni sakit dan tak dapat nak sediakan makan tengahari untuk keluarga, kak suruhlah anak kak gi beli. Adik tahu apa yang dibelinya? Nasi dengan ikan goreng, sayur sedikit, harganya enam ringgit. Ikannya pula digoreng seekor tanpa dibuang isi perutnya. Ish! Tak lalu kak nak makan. Selama kak hidup tak pernah kak jumpa orang goreng ikan sekor sekor gitu. Adik agak siapa yang sanggup berniaga makanan main masak ikut suka gitu? Mestilah kerja peniaga asing yang cara masak dan makannya tak sama dengan kitakan. Memandangkan rupa dan cara pemakaian mereka yang serupa macam kita, bertidung litup bagi yang perempuan tentu buat kita sangka mereka juga sama macam kita. Kecualilah kita tahu siapa sebenarnya mereka kan… ”
Dia dan Zulhilmi berbalas pandangan sambil tergelak sedikit mendengar kisah lucu tapi benar itu.
“Kalaulah rakyat tempatan tidak diberi peluang berniaga tentu orang kita terpaksa makan apa yang dijual kepada kita oleh warga asing ni. Sebab nak berniagapun banyak juga kerenah birokrasi yang terpaksa dilepasi. ” Sambung wanita itu lagi.
“Susah juga tu ya.” Ujarnya pendek.
“Adik berdua ni bila nak grad?”
“Tak lama lagi kak.” Balas Zulhilmi.
“Kami berdua ni sambung pengajian peringkat master.”
“Oh! Tentu tak jadi masalah nak dapat pekerjaan setelah graduat kan. Boleh jadi pensyarah atau apa saja. Taklah macam kak dan suami yang cuma belajar sampai ijazah pertama saja dan terpaksa pula berhenti kerja kerana syarikat tempat kerja kami dah balik negara mereka sebab tak mampu  nak tanggung kos operasi dengan keadaan ekonomi yang meleset sekarang ni.. Jadi untuk sara hidup terpaksalah kami berniaga dan membuat kerja apa saja. Masa ni bukan mudah nak dapat kerja. Apalagi yang bersesuaian dengan kelayakan diri kita. Syarikat swasta pun asyik buang pekerja saja nak jimatkan kos mereka. Nak mohon kerja dengan kerajaanpun pesaingnya ramai dan hanya pilih suku sakat mereka saja. Orang yang tidak dikenali dan tiada mengena dengan mereka tak dipandangpun.”
Dia dan Zulhilmi agak terkejut juga mendengar kenyataan itu walau dia tahu ramai juga antara rakan dan kenalan, saudara maranya yang berijazah universiti memilih berkerja sendiri iaitu berniaga secara kecil-kecilan mengikut kemampuan masing masing. Dan ada juga yang menyara kehidupan dengan memandu teksi dan sanggup berkerja sebagai pengawal keselamatan. Yang penting kehidupan mesti diteruskan walau amat rencam. Mujur juga dia masih ada rezeki sebagai guru sandaran di sebuah sekolah berhampiran tempat dia menyambung pengajian peringkat ijazah sarjananya. Kalau tidak tentu amat sukar juga baginya mengatasi masalah kewangannya. Hendak mengharapkan bantuan emak ayahnya pun tidak dapat pula lantaran emak ayahnya pun bukan dari kalangan orang berada juga. Hidup pun seadanya meraih rezeki pagi dan petang dengan mengharapkan hasil kebun sawit felda.
“Entahlah kak! Nasib kami berdua pun tidak tahu lagi macamana agaknya. Moga senario ekonomi sekarang akan lebih baik dan rakyat negara kita akan lebih selesa kehidupan mereka dan tidak hanya beberapa orang saja yang senang tapi lebih ramai yang susah,” balas Zulhilmi seorang peguam yang telahpun miliki syarikat guaman sendiri.”
Tersenyum pula dia memandang Zulhilmi yang ternyata amat merendah diri itu. Seorang yang berperibadi mulia dan sering juga membantunya dalam banyak perkara. Dan terkenangkan kawan kawan yang rajin menggiatnya kerana keakraban hubungan mereka yang mesra. Mengharapkan pula ada kesudahan yang membahgiakan kedua-duanya kelak. Tapi setahunya rakannya itu yang sedang berusaha mendapatkan sarjana Sains Alam Sekitar demi ilmu yang yang bersangkutan praktikal bisnisnya juga sedang mencari calon isteri yang akan diletakan di rumahnya saja. Tempat seorang isteri itu baginya bukannya berkerjaya apa saja di luar rumah dengan meninggalkan tanggung- jawabnya di rumah. Justeru dia mampu memenuhi keperluan rumah tangganya dengan pendapatannya yang banyak itu.
Pandangan Zulhilmi itu langsung tidak disetujuinya. Masakan setelah bersusah payah belajar bersungguh matlamat yang menjadi wawasan selama ini sejak kecilnya dengan mudah saja diabaikan hanya kerana cintakan seseorang yang diletakan terlalu tinggi melebehi segalanya. Menolak pandangan Zulhilmi bererti ia telah menghampakan harapan kawan-kawannya dan tentulah Zulhilmi juga yang dalam diam-diam telah menaruh hati kepadanya. Dia menyedari itu tapi tidak kuasa dirinya melupakan tanggung-jawab terhadap keluarganya yang mengharapkan bantuan kewangan daripadanya setelah dia berkerja kelak. Ingin juga dirinya merubah corak hidup ibu bapanya yang hidup seadanya kepada berada tanpa mengharapkan bantuan seorang suami yang kaya-raya.
Mungkin dia akan menjadi guru setelah berpengalaman sebagai guru sandaran selama ini. Temuduga untuk memasuki KPLI (KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH) pun telah dihadirinya. Dia tidak bertekad untuk menjadi pensyarah walau ada pengalamannya sebagai tutor membimbing siswa-siswi peringkat diploma.
Masakini tidak boleh terlalu memilih pekerjaan yang sesuai dengan pengkhususan yang dipelajari di university semata. Padanya menjadi guru adalah perkerjaan mulia yang akan memberinya ganjaran pahala yang berkekalan dengan ilmu yang diberikannya diamalkan sepanjang kehidupan. Dan memberinya peluang meraih banyak pahala kerana sering berpeluang membantu murid-muridnya yang dilanda masalah kehidupan sedaya-upayanya.
Soal jodohnya diserahkan kepada Allah pentuannya. Mungkin yang layak menjadi calon suaminya adalah seorang yang berjawatan guru sepertinya juga. Kelak akan saling sefahaman kerana kerjaya yang sealiran. Syafikahnur tersenyum pula seolah membalas senyuman  sesaorang yang  bergentayangan di matanya. Wajah seorang lelaki yang bersih dan berseri auranya lantaran amalannya sebagai guru yang mengajar pendidikan Islam di sekolah yang sama dengannya. Barangkali  lelaki itu adalah imam impiannya.

Tamat.



Monday, April 11, 2016

SAADAH...

ASSALAMUALAIKUM...

SAADAH! SAADAH! SAADAH! SAADAH!

Empat nama Saadah itu ada hubungkaitnya denganku. Saadah pertama tentulah kakak angkatku tika di SMART dulu. Kak saadah ini kampungnya di Temai hilir, Pekan. sering juga aku dibawa kerumahnya bersama seorang lagi adik angkat lelakinya Ruyub yang juga sekelas denganku. 

Rumahnya terletak tidak jauh dari sungai Pahang yang luas. Cantik sekali pemandangannya di situ. keluarga kak saadah juga menganggap aku dan Ruyub adalah anak2 angkat mereka.

Selesa sekali berada di tengah keluarga yang menerima dan melayan kami dengan ramah lagi prihatin. Tak dapatku lupa akan keenakan asam pedas ikan baung masakan kak Hairani untuk hidangan tengahari kami sekeluarga. 

Sedap sungguh. ikan baung yang diperolehi bargh/bapa angkatku itu dengan menjalanya di sungai Pahang. memang banyak rezeki yang boleh diperolehi daripada sungai itu sekiranya rajin berusaha mendapatkannya. 

Semua pic google untuk hiasan.

Dan khabarnya kak Hairani yang pandai masak asam pedas baung kini seorang pegawai polis. 
Kak saadah  kedua yang kukenal dengan sangat baik adalah seorang sda(w) felda. Beliau ini rapat denganku kerana aku yang pertama dilihatnya tika mula ditukarkan ke sini.

Perkenalan yang menjalenkan hubungan baik sehinggalah kak Saadah Sarbini ini ditukarkan pula ke felda Bukit Kuantan. 

Dalam keaktifan aku bersosial dengan aktiviti tanah rancangan, seorang lagi Saadah muncul menyalami tanganku. Saadah ini berasal dari melaka dan suaminya adalah pengurus felda ulu jempol ini. kak Saadah ini punyai dua orang anak, lelaki dan perempuan. 

Kadangkala aku menemaninya menghantar anak2nya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan. kebetulan yang tidak kuduga pula tatkala mengetahui kak Saadah ini adalah sepupu kepada cikgu Sulaiman guruku diSMKM dulu. 

Cikgu sulaiman yang pernahku katakan telah berkahwin dengan kawanku niknurizan. disamping jalenan hubungan baikku dengan kaksaadah ini rupanya adalagi seorang saadah yang akan menduduki senarai kawan-kawanku. 

Kali ini orang kesihatan pula. Maksudku saadah kawan baruku ini seorang jururawat desa yang baru ditugaskan di klinik tanah rancangan ini. Perkenalan aku dengannya meningkatkan kefahamanku tentang aspek kesihatan dan beliau mengajarku istilah-istilah yang sering digunakan orang-orang kesihatan. 

Ah! bertuah dan berbahagia sekali Allah mendekatkan diriku dengan saadah-saadah yang kuceritakan ini. Padaku mereka adalah insan2 berbahagia kerana kebahagian sentiasa mengiringi kehidupan mereka kerana nama yang mereka bawa. ..saadah - bahagia. moga kalian semua berbahagia seterusnya di mana juga kalian berada....