Monday, December 31, 2018

ANEKDOT


ANEKDOT

Certot

Oleh

Paridah Ishak

 

KEBENCIANKU

 

Kelemahanku merupakan kebencianku. Seolahnya aku membenci diriku sendiri. Sepatutnya aku menyayanginya sepenuh hati. Dan menghargai diri tanpa perlu dipertikaikan apa saja kelemahannya. Wajar  menerima apa saja kondisi diri seadanya. Bukan sama sekali membencinya.. Kehidupan  itu anugerah Allah terindah untuk hamba-hamba-Nya. Wajib mensyukurinya.

            Tapi semua kelemahan yang memenjarakan kecergasanku menjadikan aku pesimis dan hilang asa hidup. Segalanya berlaku ekoran tragedi kemalangan yang menimpaku suatu waktu dahulu. Lantaran itu aku kehilangan kebanggaan diri yang dimiliki. Tenaga  dan upaya diri sangat minima. Aku tidak lagi boleh menolong diriku sendiri. Apalagi bergerak ke mana hala menunaikan tujuanku. Benci! Benci! Kelemahanku menjadi masalah kepadaku. Juga keluargaku. Benci sungguh. Kemusykilan menyilarati minda kecilku.

Semua keperluanku terpaksa dibantu suami, ibu bapa, anak-anak, adik-adik dan akhirnya cucu-cucu juga. Masa pantas berlalu bersama kebencian yang tidak pernah pupus wujudnya dalam atmaku. Cucu-cucuku lahir dan membesar di samping nenda mereka yang hanya mampu memandang mereka dengan renungan kasih. Sejak mereka lahir mereka sudah kenali nenda mereka seorang bisu. Tapi sesekali lontaran suaraku walau tidak jelas sebutannya mampu mereka menafsirkan maknanya.

            Celoteh dan kerenah mereka membahagiakanku. Hatiku menjerit sakit kala melihat anak-cucuku sakit atau ditimpa malang kerana menyesali akan diriku yang tidak dapat membantu suatu apa. Aku amat terkilan kerana aku tidak mampu menjalankan tanggungjawabku sebagai ibu yang sempurna kepada anak-anak dan nenda kepada cucu-cucu yang mengharapkan aku melindungi mereka. Tapi menjadi sebaliknya pula. Mereka pula yang terpaksa menjaga maslahat dan kebajikan nenda mereka yang kurang upaya ini.

            Menyusahkan sesiapa saja adalah kebencianku. Namun hakikat yang tidak sama sekali kugemari melestarikan hayatku bersambung insya-Allah. Aku hanya reda mengikut arus takdir yang menolakku ke garis penamat ketentuan-Nya.

Aku suka berkebun. Tanaman yang tumbuh membuahkan hasil menggembirakanku. Aktiviti itu hanya tinggal kenangan. .Catatan  kenanganku tersimpan dalam diari. Kala menyelak membacanya aku diulit sedih. Aku benci untuk membaca lembar kenangan itu.

 


#ANEKDOT 1
HANTU NASI KANDAR

Umairah  mengajak aku berjalan-jalan ke tengah kota KL membeli beberapa keperluannya. Setelah mendapat  apa yang terasa ingin dibeli, perutku berkeroncong pula.


“Jom kita pekena nasi kandar kat restoran tu.”

Umairah mengangkat mukanya mengadap aku. Aku perasan selama aku mengiringnya berjalan dia menunduk saja, tidak memperhatikan kiri kanan. Apa masalahnya? Sakit tengkok kot! Ish! Aku mengagak saja.

“Mana kedainya?”

“Tu!”  Kelihatan ramai yang berpusu-pusu ke situ. Agaknya makanan yang dijual di situ tentu tersangatlah sedapnya.

“Ish! Taknaklah ke situ…”

“Kenapa pula?”

“Hisyh! tak mahu aku! Kau tak nampak lembaga besar, hitam berbulu duk tolak orang masuk ke situ.”

“Ishh! Mana ada! Aku tak nampak pun.”

 “Aku Nampak!  Kau tentu perasan kenapa aku jalan menunduk saja. Sebab di sini ramai benda tu. Tak sanggup aku nak jeling pun.”

Ungkapan  Umairah serta-merta meremangkan romaku.

Aku percayakan kata Umairah bukan kerana dia kawan baik aku tapi kerana peribadinya yang sangat baik. Tidak tinggal solat, sering baca alquran juga. Lagipun kita berkongsi alam dengan keujudan ciptaan Allah yang lebih halus dan tidak mampu dilihat mata kasar.

“Kau tentu pernah terbaca di akhbar,  najis ditemui di restoran nasi kandar kan!”
“Hmm apa kaitannya tu?”

“Mestilah ada kaitannya. Segala najis dan tulang-tulang adalah makanan sepsis tu.”

Meloya tekak aku mendengarnya. Terus mati seleraku nak makan nasi kandar.

Mujur aku tidak dianugerahi  pancaindera ke enam yang terus mata seperti Umairah. Sebab aku ni penakut. Kalau terpandang mahu demam tak kebah.

ANEKDOT #2

SALAH SANGKA

Seorang wanita sebaya emaknya kelihatan kalut dan gelabah sekali tika dia dan temannya menghampiri gerainya.
"Tolonglah cik...janganlah roboh gerai saya...saya baru saja buat gerai ni nak berniaga. Saya orang susah cik...anak-anak ramai yang nak disara!"

Dia dan kawannya berbalas pandangan. Tersenyum pula.
"Kenapa kak? Jangan risau...kami ni bukannya pegawai DEWAN BANDARAYA yang datang nak meroboh gerai kak. Kami ni dari UPM Serdang buat kajiselidik sikit tentang alam sekitar kat kawasan pinggir bandaraya ni. Dah penat berjalan menemuramah orang tekak pun rasa kering...itu yang kami berdua singgah kat gerai akak ni."

"Begituke! kak ingatkan awak semua orang-orang DEWAN BANDARAYA tadi...hati dah tak sedap. Bimbang saja gerai kak kena roboh!"

"Kenapa kak risau sangat dengan orang-orang DEWAN BANDARAYA...kak tak ambil lesen berniaga kat sini kot?"
Lirih suara Firdaus ketara sambil melabuhkan ponggongnya di atas kerusi pelastik yang tersedia di situ. Zaliza turut duduk di kerusi bersebelahannya.                                       
"Kita nak berniaga mestilah mohon lesen berniaga kan. Dah banyak kali dipohon...tak adapun jawapannya. Banyak sungguh kerenahnya. Kita ni nak cari rezeki halal...nak hidup. Bukannya nak mencuri...itupun jadi masalah." Wanita itu melepaskan rungutan tentang tidak kesetabilan hidup yang melengkunginya kini.


ANEKDOT #3  
SUATU SISI KAMPUNG FELDA

Kebiasaannya  pada waktu petang menjelang senja, para suri  rumah di tanah FELDA kampungku akan berkumpul sambil bersembang ringan. Ikut   istilah kini disebut ‘membawang.’

"Berapa banyak pendapatan bulan ni Idah?"
"Adalah sikit...kadang dua ribu kadang tiga kadang 4. Ikut jumlah tan buah sawit yang dikait dan harga semasa di pasaran."
Idah bercakap dengan arif sesuatu yang diketahuinya pasti sebagai penerokawati.

"Kau ladang serah pada felda pertanian kan? Berapa yang felda bayar?"
"Adalah seribu...dulu tu felda bayar dekat 1500...la ni felda dah takde duit. Kita nak urus sendiri kita pun tak daya. Lainlah kau ada suami yang rajin uruskan ladang."

"Cukuplah tu kau duduk saja je...tiap bulan duit masuk...lagipun nak buat apa duit banyak-banyak kan...hih..hih..."


'Duit banyak nak buat apa? Duit seribu cukup ke nak berbelanja sebulan. Tambah dengan kenaikan harga barang yang melonjak setiap hari.'  Suara hatinya mengiring senyum tawar. Kak Sah  pula mencelah suara dengan lorat Penangnya.
"Aku nak cerita kat hampa ni...hampa jangan cerita kat orang lain pulak!" Kedua-dua rakan sejiranan tersengih saja tanpa mengaku apa-apa.


"Cerita apa tu sampai kak Sah beria berpesan gitu..."

"Hampa tau sebenarnya bakal menantu Ani tu bukannya peguam...takdak kerja apapun!"
"Mana kak Sah tau? Pandai-pandai jer bawa cerita!" Soal Idah yang memang rapat dengan Ani ragu.
"Aku tahulah...anak saudara aku bukan ke berkawan dengan budak tu!"


"Ishy nampak bergaya je dengan kereta besar takkan takde kerja!"
"Bergaya dengan kereta pinjam!" balas kak Sah sinis.
                 

Di suatu hari.

"Apa yang riuh-riuh kat rumah kak Sah malam tadi?" Ina bersuara.
"Ani dan anak beranaknya bertengkar dengan kak Sah, katanya kak Sah cerita bukan-bukan tentang bakal menantunya..."
"Mesti sebab kau yang sampaikan pada Ani cerita kak Sah hari tu kan!"

Idah tersengih saja.
'

ANEKDOT #4
ARTIS KAMPUNG

"Cantiknya artis ni! siapa ya?" Pancaindera kembaran akhbar Mingguan Malaysia direnungnya tajam seakan mahu tembus.

 "Kan ada tertulis namanya dan ceritanya tu!"balas temannya.
"Eh! dia ni kan anak Pak Haji yang tinggal kat hujung kampung kita tu kan?”

"Ialah kot!" jawabnya ringkas.

 "Wah! dah jadi artis terkenal dia...orang kampung kita tu...bangga juga ya!" dia tersenyum senang sebelum menambah dengan pertanyaan yang menyebabkan rakan bicaranya terpanggung.

 "Macam mana tiba-tiba boleh jadi artis? dia ni rajin sangat berulang solat di masjid...tup tup boleh berlakon filem pula."

 "Apa salahnya...berlakon itu kerjaya dia...bersolat beramal ibadat itu memang wajib sebagai tuntutan agama...pegangannya tentu masih kekal di hati sebab dia pernah kata kat aku...takkan beriman seseorang itu sekiranya hatinya tidak gentar kala nama Allah disebut!"

"Hebat tu...rupanya kau kenal dia."
"Mestilah kenal kan sekampung dengan kita." Dan hatinya terkenangkan nasib malang artis itu yang dianggap sebagai adiknya sendiri.

 Artis f dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarganya. Diterimanya dengan reda walau terpaksa melupakan kekasih hatinya seorang guru yang dicintai sungguh.

Berkahwinlah dia dengan meriah menurut adat dan hukum. namun tidak lama kekalnya. Beberapa bulan saja.

Suaminya yang sering berketayap dan berjubah itu boleh tidak serasi pula dengan isterinya yang cantik ayu itu.

Setelah sah bercerai dia kembali menjalin hubungan dengan mantan kekasihnya. tapi tidak lama juga kerana dia menyedari kekasihnya itu mencuranginya,
Kini memperjudikan nasib sebagai artis filem bergandingan dengan aktor aktress terkenal.

‘Isyh dia ni buat-buat lupa pula yang adik dia merampas kekasih artis ini.’ Gumamnya dalam diam.

ANEKDOT #5

MUSANG BERJANGGUT

"Kenapa kau tak jadi kahwin dengan dia? Pelik juga aku! alih-alih kawan baik kau pula yang ganti tempat kau!"
"Saja...maknanya tak ada jodohlah tu!"

"Mana boleh saja-saja. Bukankah kau dah plan elok-elok nak kahwin. Siap bawa dia dan maknya pergi dating lagi..tup...tup..kawan yang kau selalu bawa bertandang ke rumah dia pula yang dikahwininya. Mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Cuba cerita sikit kat aku."

"Mak ayah dia memang setuju aku dengan anaknya tu. Cuma aku minta tangguh masa nak masuk minang sebab nak kumpul duit dulu. Aku kan cuma kerja bawa lori je ...bukannya kaya raya atau anak orang kaya."

"Mak ayahnya tentu tak setuju sebab itu dikahwinkannya anaknya dengan kawan kau kan!"

"Bukan begitu. Rupanya kawan aku pun suka dengan makwe aku tu. Jadi sebab nak tarik perhatian mak ayah dan makwe aku dia reka cerita yang dia ni anak raja yang menyamar, datang ke sini nak menyiasat sebuah perbadanan kerajaan di sini."

"Gitu pulok! bukankah kau kata kawan kau tu anak sinun yang sekampung dengan kau?"

"Entahlah...aku pun tak faham...tiba-tiba boleh bertukar jadi “musang berjanggut” pulak!"

"Dan mak ayah makwe kau pun teruja nak bermenantu waris raja; kau ditolaknya!"
"Hmmm......"



Thursday, December 27, 2018

BIODATA...

ASSALAMUALAIKUM

Menulis  mulai 1980 karya-karya eceran berupa cerpen, puisi, berita, rencana, ulasan buku, skrip drama purbawara disiar majalah Dewan Sastera, Dewan budaya. Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Pelajar, Tamadun Islam, Mingguan Wanita, Peneroka dan Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Sinar Harian,  New Sabah Times, Radio klasik, Gema karyawan pK . telah menghasilkan 2 buah novel, buku syair, himpunan cerpen & 130 antologi puisi/cerpen bersama 

 

ALAMAT:  PARIDAH ISHAK, NO 7, JLN 7F, DESA MELOR, 48200, SELANGOR DE.

 


BIODATA

PARIDAH ISHAK dilahir di Kg. Dulang Kecil, Yen, Kedah pada tahun 1958. Mula menulis sejak 1976. Puisinya yang pertama berjudul “Perkahwinan” tersiar dalam majalah “Dewan Sastera” : Disember 1979
 Selepas itu beliau menghilang setelah berkahwin dan fokus kepada rumahtangganya.
Pada tahun 2016 beliau muncul semula melalui media sosial ‘facebook’.
Seorang OKU lumpuh separa yang mengisi masa menaip karya hanya dengan sebelah tangan yang kanan akibat terlibat kemalangan jalanraya pada 1987.

Selain itu karyanya dalam genre puisi moden, puisi tradisional, cerpen, ulasan buku, rencana, berita semasa mendapat tempat penyiaran dalam akhbar tempatan seperti akhbar “Utusan Malaysia”, “Mingguan Malaysia”, “Sinar Harian”, “New Sabah Times”, majalah  “Dewan Budaya”, “Dewan Masyarakat”, “Pelita Bahasa”, "Dewan Pelajar", "Tamadun Islam "Minguan Wanita”, “Gema Karyawan PK” dan “Radio Klasik.fm”. 

Telah menghasilkan 87buah antologi puisi/cerpen bersama iaitu:

Karya disiar akhbar dan majalah

1.      Sajak mendakap Ramadan, Nazam Ramadan Kareem, Soneta Lagu Jiwa, Haiku Lebaran; Bahasa Ibunda New Sabah Times.


2.      Sajak Mengurai Kebenaran, Melayu Merdeka Baru, Enau Dan Aur, Citra Takwin, Balada Tongkat Warrant, Menu sajian Ramadan, Polimek hak ; Sinar Harian.

3.      Sajak Aurum Sinar Mentari; Dewan Masyarakat DBP

4.      Sajak Kurungan Alogia, Sisi Gelap, Sadisme; Mingguan Malaysia.

Sajak  Embun di hujung daun, Kumbang bertanduk hitam, Lingkaran Maya, Sirih Pulang  Ke Gagang; Utusan Malaysia

5.      Pantun Perbidalan; Dewan Budaya DBP
6.      Pantun Peribahasa; Pelita Bahasa DBP
Gurindam Gemar Dewan Budaya



7.      Haibun Jiran, sajak Penyair; pantun Gema Karyawan Pk

8.      Cerpen Gandarusa, Ukhuwah kasih, Bubur Lambuk Masjid U, Pusaka Moyang; Utusan Malaysia

9.      Cerpen Gegaran Kasih; Mingguan Wanita

Cerpen Pesan Mama Dewan Pelajar

Cerita rakyat Harimau Belang Sombong

Cerita rakyat Kura-kura Terbang Lupa Pesanan

Skrip drama purbawara Kembang Melor; RADIO KLASIK

Skrip drama purbawara Srikandi Melaka; RADIO KLASIK

Skrip melodrama ADIK FARAH; RADIO KLASIK
Skrip purbawara PUJANGGA LARA RADIO KLASIK
Skrip purbawara PUSPA ANGGERIK RADIO KLASIK

10.  Sajak Perkahwinan; Dewan Sastera DBP

11.  Sajak Untuk Mu Nendaku;  PENEROKA
P    Purbawara Pujangg Lara Radio Klasik

Anugerah penulisan yang pernah diterima;

1.      Tempat ketiga sajak BAHTERA MERDEKA anjuran BeTA 2016
2.      Tempat kedua cerpen WARISAN MOYANGKU anjuran E-SASTERA-ASEAN di Cilegom Jakarta 2016
Pemenang Hadiah Utama Sayembara Gema Patriot 2.0 - "TANAHKU" (2017)
Pemenang Hadiah Saguhati Sayembara ULASAN BUKU DBPNIAGA  - (2018)


SENARAI ANTOLOGI PUISI/CERPEN YANG DISERTAI

1.      “Bicara Langit Kepada Awan” (2016), Penerbit: BeTA
2.      “Hijrah Merdeka” (2016), Penerbit: BeTA
3.      “Rajaqna” (2017), Penerbit:BeTA
4.      “Puisi Nikah Kahwin” (2017), Penerbit: BeTA 
5.      “Bunga Bangsa” (2017), Penerbit: PENA PADU
6.      “Tribunal Cinta” (2017), Penerbit: PENA PADU
7.      “Pertiwi Kersani” (2017), Penerbit: PENA PADU
8.      “Suara Kekasih Rindu” (2017),: PENA PADU
9.      “Suara Kekasih Cinta” (2017), Penerbit: PENA PADU
10.  “Skoia” (2017), Penerbit: E-Sastera
11.  “Katil 21” (2017), Penerbit: JOM SASTERA
12.  “Seribu Sonian” (2016), Penerbit: SPTA
13.  “Haiku Pelangi” (2016), Penerbit: SPTA
14.  “Haiku Sayembara” (2016), Penerbit:  SPTA
15.  “Soneta Alegori” (2016), Penerbit: SPTA
16.  “Berbalas Pantun” (2017), Penerbit: SPTA
17.  “Poligenre” (2017), Penerbit: SPTA
18.  “Ceringkas” (2017), Penerbit: SPTA
19.  “Agraria” (2017), Penerbit: SPTA
20.  “Memori Aidilfitri” (2018), Penerbit: SPTA 
21.  “Cengkerama” (2017), Penerbit: SPTA
22.  “Istana Kasih 4” (2018), Penerbit: Karyawan Pk
23.  “Ipoh – Bandaraya Di Tepi Gunung” (2016), Penerbit: Karyawan Pk 
24.  “Slim River” (2016), Penerbit: Karyawan Pk
25.  “Selama – Pekan Tepi Sempadan” (2016), Penerbit: Karyawan Pk
26.  “Tanjung Malim – Bandar Mualim” (2016), Penerbit:Karyawan Pk
27.  “Parit – Pekan Di Tengah Perak” (2016), Penerbit:  Karyawan Pk
28.  “Batu Gajah – Pekan Bijih Timah” (2016), Penerbit: Karyawan Pk
29.  “Kampar – Bandar Di Sisi Banjaran” (2016), Penerbit: Karyawan Pk
30.  “Sungai Siput – Pekan Di Sudut Bukit” (2016), Penerbit: Karyawan Pk
31.  “Bagan Datoh – Bandar Di Tepi Muara” (2016), Penerbit: Karyawan Pk
32.  “Parit Buntar” (2016), Penerbit: Karyawan Pk
33.  “Haibun Regis” (2017), Penerbit: SPTA
34.  “Sajak Aidilfitri” (2015), Penerbit: SPTA
35.  “Guru Sumber Ilham” (2017), Penerbit: PENA PADU
36.  “Gerik – Bandar Di Tepi Hutan” (2016), Penerbit: Karyawan Pk
37.  “Hujan” (2017), Penerbit: PENA PADU
38.  “Pantun Berkait” (2018), Penerbit: SPTA
39.  “Santun Berpantun” (2018), Penerbit: SPTA
40.  “Catatan Kembara” (2018), Penerbit: SPTA
41.  “Engkaulah Pelukis Zaman Ini” (2018), Penerbit: Karyawan Pk
42.  “Pantun Serumpun” (2018), Penerbit: SPTA
43.  “Hopimpah” (2018), Penerbit: E-Sastera
44.  “Kata-kata Di Jendela” (2018), Penerbit: JOM SASTERA
45.  “Dirgahayu Pantun Merdeka”: Penerbit: SPTA
46.  “Direktori Penyair Malaysia”: Penerbit PENYAIR
47.  “Kembang Mewangi”: Penerbit: PENYAIR
48.  “Dari Dapur Penulis”: Penerbit SPTA
49.  “Topi Jelita”: Penerbit”:Kathrina Tati
50.  “Haiga Abadi”: Penerbit SPTA
51.  “Mengenang Ummu Atiffi”:Penerbit BeTA
52.  “Syair Pahang Tuk Suji Bilang” : Penerbit Perpustakaan Pahang. 
53.  “Istana Kasih 4” Penerbit: KARYAWAN Pk.
54.  “Istana Kasih 5” Penerbit KARYAWAN Pk.
55.  “Asmaraloka” Penerbit SPTA
56.  "Asmaradana" Penerbit SPTA
57.  Pasak 152" Penerbit SPTA
58.  Dirgahayu Penerbit SPTA
59.  Penganan " Penerbit SPTA
60.  Dari Dapur Penulis" Penerbit SPTA
61. Mustika Ratu" Penerbit Bahtera Publishing
62. Jeda Melohong Uja" Penerbit Bahtera Publishing
63. Rahsia Kabin Biru" Penerbit  Pena  NAA Resosource
64. Suara Hati" Penerbit SPTA
65. Karmina" Penerbit SPTA
66. Elegi Musim Luruh" Penerbit Bahtera Publishing
67. Dari Hujan ke Hujan" Penerbit Jom Sastera
68. Langit Garuda" Penerbit SPTA
69. Demi Cita-cita Murni" Penerbit  NAA Resourses
70. Langit Palestin" Penerbit SPTA
71. Lagenda Ikan" Penerbit SPTA
72. Petua Dari Meja  Penulis " Penerbit SPTA
73. Pantun Tun Kreatif " Penerbit Tun Kreatif
74. Anekdot Hujan Kayu " Penerbit Bahtera Publishing
75.  Antologi Istana Kasih 6 KARYAWAN Pk
76. Bunga Cinta " Penerbit PEMUISI
77. Pantang larang" Penerbit SPTA
78.  Sonigraf Penerbit SPTA
79.  Detik Masa Penerbit SPTA
80. Soneta Langit Palestin" Penerbit SPTA
81. Puisi Wanita Nusantara Penerbit DBP
82.Sajak Tanpa Judul Penerbit  Jom Sastera
83. Antologi Pantun Aidilfitri Penerbit SPTA
84. Antologi saduka Penerbit SPTA       
85. Antologi sajak  Bunga-bunga   Pantai Jauh MALAYSIA/RUSIA
86. Antologi cerpen lorat Kedah FUFU TERBIT
87. Sirah Nabawiyah" Penerbit YADIM
88. Antologi Puisi Kanak-kanak MARI BERKASIH SAYANG Penerbit Pena  NAA Resosource
89.  Aspirasi u ok i oku" Penerbit 
90. Antologi cerpen Kanak-kanak TERIMA KASIH KAWAN Penerbit Pena  NAA Resosource
91. Saduka Penerbit SPTA
92. Antologi cerpen lorat Kedah Penerbit FUFU TERBIT
93. Antologi puisi Anjung Kasih Penerbit  Dhang Anoem
94. Adila  Penerbit SPTA
95. Pantun jenaka Penerbit SPTA
96. Rejang Penerbit SPTA
97.Sirah Nabawiyah" Penerbit YADIM
98. Antalogi Batas Cinta Penerbit PENA PADU
99. Antologi Pantun Jenaka Penerbit SPTA
100. Antologi Pantun kanak-kanak Penerbit SPTA
101. Novel Kelarai Impian Penerbit DBP
102. Anekdot Hujan Kalbu" Penerbit Bahtera Publishing.
        Antologi ADIWANGSA