6
July 1987 adalah tarikh kejatuhan hidupku. Selagi ada hayat dikandung badan insya-Allah
aku akan ingat tarikh yang telah menukar norma kahidupanku kepada norma serba
baharu yang langsung tidak pernah terjangkau dugaanku. Terpaku kemas dalam
ingatan seperti tarikh tertera dalam surat nikahku. Demikian takdir menetapkan untung nasibku di
Loh Mahfuz sejarah kehidupanku.
Pada tika itu aku bersama suami dan
4 orang anak kami yang masih kecil, menaiki kereta yang dipandu suamiku mengalami kemalangan
tragis di lebuh raya Karak dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur. Suamiku
berhajat melakukan beberapa urusan perniagaan disamping menziarahi keluarga
kakak iparku yang tinggal di sana.
Kala itu aku baru selesai berpantang melahirkan anakku
yang keempat. Usia Ismail Hanafie genap 50 hari. Dan terjadilah insiden yang
tidak diingini itu berhampiran bandar Karak pabila kereta dinaiki kami
sekeluarga dilanggar lori membawa ayam. Aku mangsa kemalangan alami efek berat.
Hampir sebulan terlantar koma di wad Hospital Besar Kuala Lumpur. Alhamdulillah
suami serta anak-anakku mengalami kecederaan ringan sahaja. Tapi anak bongsuku patah
tangannya. Kakak iparku berusaha merawati dan menjaganya. Terima kasih Kak Esah,
suaminya Abang Zainudin dan anak-anak saudaraku akan baik budinya.
Setelah sedar dan kondisi tubuhku
agak stabil, bapaku membawa aku pulang ke rumah. Emak bapa, suami, adik-adik,
saudara-mara rapat bersusah-payah membantu setiap kesulitanku. Drama hidup
diselimuti duka pun bersambung episod demi episod.
Selama tiga tahun terlantar
diperbaringan hanya semata mengharapkan kesudian keluarga dan sesiapa membantu
dalam setiap perkara amatlah musykil hatiku. Aku tidak gemar menyusahkan
sesiapa dengan masalahku. Setelah jadi
begini tiada dayaku lagi. Jiwa tertekan berhadapan keadaan.
Hatiku mudah terasa. Selalu terluka
dengan ungkapan frasa menyentuh jiwa. Air mata pun berhamburan. Seorang
jururawat yang kutemui tika mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Petaling
Jaya menyatakan padaku, “ agaknya selama begini, sudah terlalu banyak air mata
yang tumpah.” Kala dia menemaniku makan dan melayaniku sambil bersembang
tentang diriku. Dia membaca nota yang kutulis sebagai caraku berkomunikasi
kini.
Terpaksa kuterima hakikat,
ketidaksempurnaanku tidak melayakkan aku berfungsi sebagai seorang isteri
seperti dahulu. Suamiku berhak berbahagia, meneruskan hidupnya menurut
kebiasaannya dan mencapai cita-citanya menjadi seorang ahli perniagaan berjaya.
Beliau seorang yang rajin dan gigih berusaha. Aku tidak lagi dapat membantunya
seperti dahulu.
Kata suamiku, aku perlu berkorban demi
anak-anakku. Sebab mereka semua perlukan perhatian seorang ibu tiasa. Nak
harapkan aku, manalah mungkin. Maka aku harus sedar diri. Selama perkahwinan
aku dan suami demi kebahgiaan lestari aku sanggup berkorban segalanya,
Begitu juga suamiku. Pelbagai
pengorbanan yang dilakukannya untukku. Dia pernah menderma darahnya untuk
menyelamatkan nyawaku tika aku sakit terlantar di hospital. Budi baiknya padaku
tidak ternilai. Insya-Allah. Beliau seorang suami yang baik dan sangat
bertanggung-jawab. Tiada masalah untukku berkorban lagi. Lalu berkahwinlah
suamiku dengan isteri pilihannya. Dan mereka berpindah ke pertempatan baru di bandar berdekatan
premis perniagaan suamiku. Anak-anak masih bersamaku.
“Kalau emak sihat tentu emak akan
membawa kita melihat sukan sekolah kan Yong,” kata Adi, anakku yang kedua pada
kakaknya, Mayasari anak sulungku. Adi tentu terkenangkan acara sukan sekolanhya
kini sedang berlanggsung tapi emak dan bapanya tidak dapat hadir menemaninya ke
situ. Hatiku sayu mendengarnya. Air mata
berlinangan. Aku harus genggam asa yang kuat untuk bangkit dengan pantas demi menguruskan
kehidupan anak-anak kecintaanku. Tapi bagaimana?
Keadaan diriku tidak banyak berubah. Hari berganti tahun
walau telah berubat dengan perawat alternatif dari merata tempat keadaanku
tetap serupa. Doa dipanjatkan berulang-ulang
kepada Allah, memohon ampun dosaku selama ini yang nyata dan tersembunyi semoga
reda-Nya menyembuhkan sakitku.
Alhamdulillah pada suatu pagi, aku
merasa tubuhku ringan sedikit dan boleh bangun duduk sendiri tanpa dibantu.
Perubahan drastik diriku berkat doa
emak bapaku yang tidak pernah putus. Bersyukur sungguh anugerah-Nya. Aku mulai
berkira-kira hendak pulang ke rumahku yang ditinggalkan suami untukku. Memang
itupun persetujuan kami dahulu. Untuk menampung perbelanjaan sara hidup aku
boleh bergantung dengan hasil kebun sawit kerana aku dan suami adalah peneroka
tanah ranncangan FELDA. Walau hasilnya tidak konsisten setiap bulan, perlu
berjimat cermat selalu meneruskan kelangsungan hidup. Masa sangat pantas
berlalu. Anak sulungku sudah berusia 11 tahun. Adiknya Adi, 9 tahun usianya. Andresyah
anakku yang ke 3 menjejak usia 6 tahun. Anak-anak ini menjadi penemanku.
Pencapaian akademik anak sulung dan anak
ketiga memberangsangkan jua. Aku memutuskan menghantarnya ke sekolah menengah
berasrama walau aku perlukan mereka membantu susah payahku. Tinggal di asrama tentu
mereka beroleh kemudahan pembelajaran sempurna demi masa depan mereka. Kini
mereka telah dewasa dan miliki kerjaya masing-masing. Mayasari seorang guru.
Adiknya Andresyah sebagai arkitek lanskap, Ismailhanafie staff swasta. Adi
sedang belajar di sebuah pusat tahfiz.
Daya kekuatan diriku, sebenarnya tidak seberapa. Kesakitan akibat
kemalangan menyarati selirat urat saraf diri tiasa dirasai. Tetap usaha melangkah
perlahan-lahan. Seringkali juga terjatuh
kerana ketidakseimbangan diri. Aku berusaha bangun kembali.
Bermula rutin kegemaranku sebagai orang
kampung. Amat suka bercucuk tanam
pelbagai jenis tumbuhan. Cangkul teman setia menongkat upaya. Di sini segalanya
bermula. Tamat persekolahan pernah bekerja sebagai guru sementara, kerani FELDA
sementara, kerani JKKR, jurutaip FELDA sementara, kerani FELMILL sementara. Bertemu
dengan suami dalam ruang pejabat FELMILL dan terikat jodoh.
BAHAGIAN
2
UKHUWAH
KASIH
1. Hubungan darah akan mengikat kemas
ukhuwah kasih berkekalan selama antaranya untuk saling membantu kesulitan dan
prihatin.
2. Kasih sayang antara suami lestari
kemurniannya justeru saling memahami, bertanggung jawab dan rela bberkorban
demi kebahgiaan dambaan.
3. Anak-anak anugerah Allah sebagai
amanah perlu diberikan didikan sempurna duniawi, ukhrowi.
4. Dalam kehidupan ini, selagi
bernafas ujian Allah tiasa ada untuk dihadapi dengan reda.
5. Bersyukur walau hidup seadanya
sabar nikmatinya insya-Allah akan dipermudahkan segala urusannya.
Bersama
anak-anak Mayasari, Andresyah, Ismailhanafie, Tuan Uzaini, Syarida; cucu-cucu
Aqil Hariss, Ariff, Abqori, Damia, Fareez, Innara.