MELOR
DAN ULAR SAWA
MELOR si gadis desa yang suka menyunting bunga melor
di rambutnya tinggal bersama ibu dan adik tirinya yang sangat membencinya
disebuah desa.. Kedua-dua ibu dan anak itu berusaha untuk menghapuskan Melor
yang baik, cantik lagi rajin mengerjakan setiap yang diperintahkan kepadanya
oleh ibu dan adik tirinya itu. Namun mereka tetap tidak berpuas hati dan tetap
membenci Melor.
Mereka
terjumpa seekor ular sawa yang sedang tidur ketika berjalan-jalan di tepi hutan
lalu mereka berusaha menangkapnya. Dan memasukkannya ke dalam guni. Guni berisi
ular sawa itu dibawa pulang dan diletakan di bilik Melor.
"Ini
adalah suami kamu...malam ini dia akan tidur bersama kamu..." Kata ibu
tiri Melor kepadanya. Adik tirinya Cempaka tersenyum saja. Sedang Melor amat
kehairanan.
“Nanti
kamu bukalah guni ini. Sekarang ini suami kamu sedang tidur nyenyak.” Kata ibu
tiri Melor lagi.
Niat
kedua beranak itu tentulah hendak menganiaya Melor. Mereka berharap setelah Melor
membuka guni itu, ular sawa yang berada di dalamnya akan menjulur keluar
membelit Melor lalu memakannya.
'Bagaimana suamiku boleh tidur di dalam guni
pula..' Melor bertanya hatinya
Tatkala
malam tiba Melor memberanikan diri mendekati guni dan membuka pengikatnya. Terkejut
sungguh dia melihat sesuatu muncul daripada dalam guni itu. Seorang pemuda yang
kacak berbusana indah, siap bersampin
bertanjak berdiri di hadapannya laksana seorang putera Raja.
Ibu
tiri dan adik tiri Melor tidak sabar hendak melihat Melor berada dalam perut
ular sawa sambil mengintai apa yang berlaku. Tetapi tidak dapat melihat
apa-apa. Kedua beranak itu menyangka tentulah Melor telah menjadi habuan ular
sawa itu.
Setelah
pagi Melor dan anak Raja ular negeri entah berentah itu keluar daripada bilik.
Kedua beranak yang sudah bersedia hendak menolak pintu itu pula yang kekagetan
melihat Melor tidak mati ditelan ular sawa tapi kini bersama seorang pemuda
kacak.
"Sekarang
beta hendak pulang ke negara beta kerana sumpahan ke atas beta telah berakhir.
Sebab telah bertemu dengan gadis cantik yang harum seperti bunga Melor...gadis
cantik ini akan menjadi permaisuri beta..."
"Mak
saya pun nak kahwin juga dengan anak Raja...," rengek Cempaka,
menarik-narik tangan ibunya...
"Nanti
mak carikan lagi ular sawa yang lebih besar daripada semalam...kalau ularnya
besar tentu Raja yang akan menjelma lebih kaya dan hebat." Ujar ibunya
penuh keyakinan.
Ibu
tiri Melor pun berusaha meredah hutan dan paya mencari bakal suami anaknya
seekor ular sawa besar. Ada pula rezekinya dapatlah seekor.
"Nah suami kamu!" Ibu itu
mengunci pintu bilik anaknya bersama ular sawa yang ditangkapnya itu.
"Mak suami saya telan kaki
saya..," jerit anaknya.
"Tak mengapa itu tandanya dia sayang..,"
sahut ibunya.
"Mak suami saya telan saya sampai
badan...," adu anaknya lagi.
Setiap kali anaknya itu mengadu,
ibunya hanya menjawabnya dengan “tak mengapa”. Sudahnya seluruh tubuh anaknya
berada di dalam perut ular sawa yang kekenyangan menelan mangsa yang disuakan
ke mulutnya.
Ps..
Inilah antara sebuah kisah dongeng lama yang diceritakan mak Penulis
kepada kami anak-anaknya sewaktu menidurkan kami di dalam kelambu era pelita
ayan dahulu
Era pelita ayan ni embah yg suka bercerita kisah dongeng org dulu2..
ReplyDeleteHEH..HEH...YELA KY KISAH DULU2 TU
ReplyDelete