HIJAU
SAUJANA
Seluas
mata memandang
menjengah
lembah sawah berpermatang
susuri
rimba dara di kaki banjaran
hening
sepi bersatu kemenjadian alam
hijau saujana kesuburan
tiada
berpenghujung.
Mendamai
gejolak membara merah nyala api
membakar
rasa cerlang amarah.
kini
sirna seraya dibuai alun bayu syahdu
mengipas
kesabaran merendam dingin kehangatan
lalu
mengurut dada
beristighfar
mengenang budi Ilahi
Subhanallah
Maha indah.
PARIDAH
ISHAK
SELAYANG
UTAMA SELANGOR
No comments:
Post a Comment