NAZAM MAULIDUR
RASUL
Ya Allah Tuhan kami
Yang Maha Esa,
harap diampun akan segala dosa
Bismillah
wadahku yang membuka karangan
selawat
dan salam rasul dijunjungan
Malidur Rasul ingatan kasih
umat
hari sejarah lahir nabi
Muhammad
Menjunjung rahmat-Nya ke
alam dunia
beserta segala limpahan kurnia
Tegar semangat juang
bukan kepalang
syiar nur Islam
menerangi alam cemerlang
Nabi Muhammad Rasulullah
insan budiman
pada umat tarbiah ilmu pedoman
Sentuhan baginda laksana
sempurna
tinggalkan umatnya cinta
nan bermakna
Selawat dan salam
lidahku berzikir
hamba yang marhaen
teramatnya fakir
Karangan nazamku
berakhirlah sudah,
kumohon maafkan
coretan menggundah.
.
Ya Allah Tuhan kami
Yang Maha Esa,
harap diampun akan segala dosa
PARIDAH ISHAK
Desa Melor
19/10/021
NAZAM BAHTERA MERDEKA
Bismillah
wadah membuka karangan
selawat
dan salam rasul junjungan
tahmid
tahlil tasbih zikir seiringan
melayar
Bahtera Merdeka di segara perjuangan.
Doa di sukma Allah perkenan
pelayaran bahtera mulai perlahan
dilambung ombak
dihembus anginan
alamat destinasi pasti sasaran.
Bahtera Merdeka sarat muatan
membawa pelbagai
rencah sukatan
apa saja segala kaitan
demi
kehidupan merentas lautan.
Sifat
mahmudah dipohon kepada Ilahi
di
dalam bahtera kekal harmoni
saling
mahabbah jiwa insani
berpimpin
tangan kongsi berani
Bahtera
Merdeka disongsong angin
hujan
menderu alam mendingin
pesanan
langit murkanya Allah Al-Muhaimin
sifat
mazmumah serakah haloba dijalin
Layarnya lusuh malu berkembang
Jalur
Gemilang cela dibilang
tiang pasaknya menyenget tumbang
geruhnya
hati menaruh bimbang.
Munajat doa mohonkan restu
agar dikasihani Alllah Yang Satu
Bahtera
Merdeka reda dihulur bantu
haluan
menyasar dihadang sesuatu.
Alhamdulillah Allah berkati kabulkan
sujud dini hari serta doa dititipkan
Bahtera
Merdeka milik warisan
diperhati
peduli diperbaiki kerosakan.
Kini
indah lagi menyerlah
belayar
tenang di lautan Allah
masih
memberat kontena masalah
namun
semakin gagah menolak olah
PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol
PAHANG DM
12 suku kata
BALIK KAMPUNG
Ya Allah Tuhan kami yang maha Esa,
harap diampun akan segala dosa.
.
Mukaddimah akan permulaan kata,
basmalah nan suci ungkapan diserta.
.
Hajatku terbenam tersimpan di kalbu,
melerai rinduku bergelut menyerbu.
.
TerInginku pulang ke kampung halaman,
bertemu ibunda saudara dan teman.
.
Rai Aidilfitri seperti selalu,
sedangkan PKP tak benarkan lalu.
.
Kerana corona membawa penyakit,
jikalau beramai mudahlah berjangkit.
.
Ditunda dahulu nawaitu terbuku,
biarkan pulih sesuatu berlaku.
.
Harapan semoga putuslah rantaian,
suasana riang dalam kebahgiaan.
.
Allah Allah Tuhan yang Maha Pencipta,
hanyalah pada-Mu hamba bercerita..
Sambut hari raya jimat berbelanja,
bersama keluarga di rumah saja.
.
Karangan nazamku berakhirlah sudah,
kumohon maafkan coretan menggundah.
.
Ya Allah Tuhan kami yang maha Esa,
harap diampun akan segala dosa.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Seremdah
9/4/020
KEHIDUPAN INI
Allah Allah kami memohon diampun,
akan dosa kami yang banyak terhimpun.
Lafaz bismillah nazam mula berlagu,
suara hati bergema sayu tapi ragu.
Mencitra dugaan menjadi masalah,
fikiran terawang keliru menelah.
Hidup itu tidak berwarna pelangi,
sekadar berharap semuanya wangi.
Kepada Ilahi menggantung harapan,
hamba nan kerdil niatnya disimpan.
Semoga segala dugaan merintang,
mampu dihadapi apa saja terbentang.
Selalu berdoa ke hadzrat Allah,
menyerah segala timbunan masalah.
Selagi bernafas menghirup udara,
bersyukur kerana nikmat-Nya segera.
Walaupun dugaaan-Nya menguji selalu,
santunan kesabaran bak air
lalu.
Karangan nazamku sekian sahaja,
maafkanlah kesalahan tidak sengaja.
Allah Allah kami memohon diampun,
akan dosa kami yang banyak terhimpun.
Dugaan hidup sering menduga kita
NAZAM KEBAIKAN MENULIS
Allah Allah Azzawajalla
Tuhan kami,
kami mohon ampun akan
dosa kami.
Dengan Bismillah kami
mulakan nazam ini,
moga hidup kekal aman
dan harmoni.
Menulis itu bukan kerja
sia-sia,
betul niatnya
bermanfaat kepada manusia.
Masa senggang diisi
menulis setiap hari,
anugerah akal ilham
datang tetap disyukuri.
Menulis rencana bahan
prosa atau puisi,
pemikiran kritis juga
nasihat dapat dikongsi.
Menulis yang baik
ganjarannya pahala,
dijauhi dari sifat
buruk dan tercela.
Menulis juga jadi
penawar dan terapi,
resah di jiwa beban perasaan
dapat diketepi.
Adab menulis ikut etika
jaga bahasa,
cetusan idea membuahkan
ilmu perkasa bangsa.
Dengan menulis
bertambah yakin kuasa kata,
mendekatkan diri kepada
Maha Pencipta.
Jangan menulis
semata-mata harap sanjungan,
rajin menulis insya-Allah
rezeki sampai ke tangan.
Sekian dahulu karangan
nazam kali ini,
eloklah menulis budaya
ilmu disantuni.
Allah Allah Azzawajalla
Tuhan kami,
kami mohon ampun akan
dosa kami.
© NUR MINDA HAYAT,
Endau, Johor.
4 Mei 2020.
RAYUAN HAMBA
Bismillah wadah membuka karangan
selawat dan salam rasul junjungan
tahmid tahlil tasbih zikir seiringan
hamba merayu mohon perlindungan
Ya Allah! Ya Rahim! Ya Rahman! Ya Safi!
rahmat-Mu luas tidak bertepi
hamba nan kerdil menghampar kusut
Mohon ampunan taubat nasuha
tawadduk sujud
penuh takwa
Allah Pencipta alam yang laha
Corona virus mengajar hamba
tidak mendomba cetus sengketa dengan selamba
damba harmoni damai tiasa
Allahurobbi yang maha Karim
tanda ingatan salam dikirim
cinta sejati yang maha Rahim
menangis hamba bimbang ke jahim
Ghairah bersungguh mengatur rencana
destinasi sana penghujungnya mana
disergah wabak virus corona
tersentak lena gundah gulana
Hamba berdosa memanjat doa
menadah tangan bersama-sama
virus corona lupus selama
sedu merayu luahan sukma.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
4/4/2020
NAZAM BAHTERA MERDEKA
Bismillah
wadah membuka karangan
selawat
dan salam rasul junjungan
tahmid
tahlil tasbih zikir seiringan
melayar
Bahtera Merdeka di segara perjuangan.
Doa di sukma Allah perkenan
pelayaran bahtera mulai perlahan
dilambung ombak
dihembus anginan
alamat destinasi pasti sasaran.
Bahtera Merdeka sarat muatan
membawa pelbagai
rencah sukatan
apa saja segala kaitan
demi
kehidupan merentas lautan.
Sifat
mahmudah dipohon kepada Ilahi
di dalam
bahtera kekal harmoni
saling
mahabbah jiwa insani
berpimpin
tangan kongsi berani
Bahtera
Merdeka disongsong angin
hujan
menderu alam mendingin
pesanan
langit murkanya Allah Al-Muhaimin
sifat
mazmumah serakah haloba dijalin
Layarnya lusuh malu berkembang
Jalur
Gemilang cela dibilang
tiang pasaknya menyenget tumbang
geruhnya
hati menaruh bimbang.
Munajat doa mohonkan restu
agar dikasihani Alllah Yang Satu
Bahtera
Merdeka reda dihulur bantu
haluan
menyasar dihadang sesuatu.
Alhamdulillah Allah berkati kabulkan
sujud dini hari serta doa dititipkan
Bahtera
Merdeka milik warisan
diperhati
peduli diperbaiki kerosakan.
Kini
indah lagi menyerlah
belayar
tenang di lautan Allah
masih
memberat kontena masalah
namun
semakin gagah menolak olah
PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol
PAHANG DM
17/06/019
No comments:
Post a Comment