Ulul azmi ketiga Nabi Musa alaihissalam,
Nabi Isa ulul azmi keempat,
WARGA
ALAM
Tahun
70 tercatat banjir besar melanda negara, tika itu aku tinggal bersama Tok dan Tok
wanku di Kedah. Aku tidak tahu sangat kisahnya. Cuma aku teringat bersama kawan
baikku Niah mengharung air yang melimpahi tebing sungai sambil menjinjing kasut
sekolah yang diisi ke dalam plastik menuju ke sekolah. Bukan main bersemangat
hendak menuntut ilmu di sekolah walau terpaksa meredah banjir. Tinggi airnya
separas betis juga.
Tahun
77 aku berpeluang mengikuti kursus penulisan DPMP di Temerloh. Aku bertanya
pada seorang kawan sekursus, pengalamannya menghadapii banjir ketika itu.
Katanya dia dan keluarganya termasuk ayam, itik, kucing, kambing peliharaan
terpaksa berada di atas bumbung rumah sehingga air surut. Mengerikan sungguh memandang segala tilam dan
kelengkapan rumah hanyut semua. Kata kawanku penduduk di kampungnya terlihat
seekor buaya putih yang besar menyeberangi sungai Pahang sebelum itu. Dan
orang-orang tua yang banyak pengalaman menafsirkannya sebagai petanda sesuatu
yang tidak molek akan berlaku. Terdiam aku mendengarnya.
Ketika
kursus, kami yang menyertainya bermalam di asrama puteri Sekolah Sultan Abu
Bakar Temerloh. Di tengah malam aku
merasa nafasku sesak. Tubuhku seolah ditindih sesuatu yang berat. Aku pun
membaca segala ayat suci yang kuingat. Alhamdulillah tubuhku ringan semula. Dan
boleh menarik nafas lega.
Setelah
berkahwin aku tinggal di sebuah rumah felda UJ, Pahang berhampiran sungai
kecil. Berpuluh tahun di sini tidak
pernah rumah yang dihuni dinaiki air kerana banjir. Mulai 2004 tahun tragedi
tsunami bermula kejadian terpaksa hadapi banjir kilat setiap kali hujan turun
dengan lebat. Letih sungguh terpaksa mencuci rumah yang dipenuhi selut bawaan
air banjir. Lantaran itu jiran-jiranku menambak tanah untuk meninggikan rumah
masing-masing. Aku cuma merancang. Belum
sempat melaksanakannya aku terjatuh patah dan tidak mampu berjalan lagi. Hasrat
tidak kesampaian.
Rumah
yang sering dilanda banjir kilat terpaksa ditinggalkan kerana tiada siapa yang
mampu menguruskannya lantaran semua anak-anakku bermukim di Selangor membawa
aku bersama mereka. Aku teringat cerita kawanku tentang banjir besar yang
berlaku setelah buaya putih menyeberang sungai Pahang.
Sebelum
kejadian banjir di kampungku berlaku, aku pernah terlihat seekor binatang aneh
yang asing pada pandanganku kerana bentuknya yang panjang seakan buaya tapi ada
duri panjang di belakang dan siripnya. Sepsis haiwan purbakala boleh jadi. Haiwan
itu bergerak perlahan menuju paya tanpa pedulikan aku yang terpana
keterkejutan. Mungkin itu juga isyarat alam. Entahlah.
Kadangkala
balik juga menjengok rumah untuk mengemas dan membersihkan kawasan
persekitaran. 2020 sebab covid 19 dan pelbagai peraturan PKP, PKPP, PKPD, tak merasa hendak balik kampung lagi. Hanya
berharap rumah yang ditinggalkan elok-elok. Dan banjir kilat tidak menerjah
kerana sungai kecil di belakang rumah telah diperdalamkan pihak pengurusan kampung
felda.
Tapi
berita via wasapp yang dikirim jiranku mengejutkan juga. Masing-masing
kelihatan berada di atas katil yang dipenuhi air segenap ruang rumahnya. Masih
juga banjir menerjah masuk walau rumah itu dibina agak tinggi untuk mengelak
banjir.
Biasanya
rumah yang lama ditinggalkan tetap ada penghuninya yang tidak kelihatan. Anakku
yang kedua tika kecil berkata, dia melihat seseorang berlegar dalam rumah kami.
Kata suamiku kalau orang itu mengganggunya, pukul saja.
Kewujudan
entiti di sekeliling kita sudah sekian lama berkongsi alam semesta dunia.
Saling memahami dan tidak mengganggu lestari bersama.
No comments:
Post a Comment