REJANG
TAHUN 21
.
Bismillahhir
rahmanir rahiim
Allhahumma
salli wa baarik a’laih
.
Satu
hari bulan rejangnya kuda …
#1
Kuda berlari terjelir lidah
tersadung
akar jatuh tersungkur
tahun baharu menjelma sudah
masih
bernafas amat bersyukur
.
Dua
hari bulan rejangnya kijang…
#2
Kijang
terpijak buah berangan
terjingkit kaki menuju lata
kepada
Allah menadah tangan
tahun baharu terkabul cita.
.
Tiga
haribulan rejangnya harimau…
#3
Harimau
belang tidak bertangguh
mengejar mangsa selagi sampai
apa dicita dengan bersungguh
di tahun baru azam
tercapai.
.
Empat hari bulan rejangnya kucing
#4
Kucing belaan tidur penjuru
gelumut dengan kain
sehelai
gunakan
masa tahun baharu
setiap
saat amat bernilai
.
Lima hari bulan rejangnya
sapi
#5
Sapi meragut rumput setempat
pilih semua tiada
janggal
tahun
berlalu amatlah cepat
terasa
rugi kalau tertinggal
.
Enam hari bulan rejangnya kerbau
#6
Kerbau berkubang di rawa sana
membawa lumpur hingga musolah
tahun baharu atur rencana
reda
tawakal kepada Allah
.
Tujuh hari bulan rejangnya tikus
#7
Tikus selongkar bungkusan suhun
makan segala tidak bersisa
azam
berubah setiap tahun
cuba
tunaikan seiring masa
.
Lapan hari bulan rejangnya lembu
#8
Lembu
berlaga lukanya parah
jatuh
tergolek di tepi tambak
tahun
dahulu catat sejarah
koronavirus
menyebar wabak
.
Sembilan hari bulan rejangnya anjing
#9
Anjing menyalak laju meluru
kejar
pencuri di pinggir desa
tahun
baharu norma baharu
hidup
berubah luar biasa
.
Sepuluh hari bulan rejangnya naga
#10
Naga sumpahan bermata biru
sedang beradu di tasik Chini
koronovirus
kenalan baru
moga
terhapus di tahun ini
.
Sebelas hari bulan rejangnya kambing
#11
Kambing
meragut daunan serting
ditinggal
pula kerana pedar
menjaga
diri amatlah penting
tahun
berganti wabak terhindar
.
Dua belas hari bulan rejangnya arnab
#12
Arnab
mengorek perlahan-lahan
mencari
lobak jumpa kemili
kawal
kendiri patuh arahan
tahun
berubah normal kembali
.
Tiga belas hari bulan rejangnya gajah
#13
Gajah
berkawan menghala hulu
bersama-sama mencari makan
sambil berdoa tahun berlalu
koronavirus
mohon hapuskan
.
Empat belas hari bulan rejangnya singa
#14
Singa
tersesat di rumpun tepus
tersadung
akar hampir tersungkur
jikalau
musuh telah terhapus
tahun
bertuah hamba bersyukur
.
Lima belas hari bulan rejangnya beruk
#15
Beruk berada
atas jejantas
hendak melintas dengan segera
tahun berlalu teramat pantas
mesti
diisi sebaik cara
Enam belas hari bulan rejangnya babi
#16
Babi menyondol jatuh bejana
terkejut lari hala ke barat
tuntutan
tahun dunia fana
setara
amal untuk akhirat
.
Tujuh belas hari bulan rejangnya helang
#17
Helang melayang hinggap pengkalan
sebentar saja terbang ke huma
hari
berganti genap sebulan
tahun
baharu menjadi lama
.
Lapan belas hari bulan rejangnya halipan
#18
Halipan rayap ke atas pohon
ada yang sentuh terus disengat
ingin
berjaya sepanjang tahun
usaha
gigih tegar semangat
.
Sembilan belas hari bulan rejangnya baning
#19
Baning
memakan daun gaharu
bergerak lambat hilang di ceruk
tahun
baharu cerita baru
ubah
semua perkara buruk
.
Dua puluh hari bulan rejangnya belatuk
#20
Belatuk jantan kakinya katik
menukang sarang di pohon tapan
lembaran
hari ditulis cantik
kenangan
indah tahun hadapan
.
Dua puluh satu hari bulan rejangnya badak
#21
Badak meliar rata Asia
meredah rimba pagi dan petang
tahun
baharu tambah usia
makin
dewasa fikiran matang
.
Dua puluh dua hari bulan rejangnya angsa
#22
Angsa terapung di tepi
jeti
naik ke darat lintas
sempadan
setiap tahun nilai bererti
selagi hayat dikandung badan
.
Dua puluh tiga hari bulan rejangnya belalang
#23
Belalang juta di pohon
sena
menggetus daun di tempat
parkir
atur jadual susun rencana
tidak gendala tahun berakhir
.
Dua puluh empat hari bulan rejangnya ayam
#24
Ayam serama bulunya merah
memakan padi di tepi
paya
tahun berbilang santun sejarah
maju tamadun indah budaya
.
Dua puluh lima hari bulan rejangnya tenuk
#25
Tenuk di hutan sudahlah
pasti
ranting terkulai giat
direngkuh
walaupun tahun bersilih ganti
jiwa yang murni beriman kukuh
.
Dua puluh enam hari bulan rejangnya rusa
#26
Rusa berlari tanah merekah
meragut pula tanaman
maman
sekian tahun masih
melangkah
tanda bersyukur kukuhkan iman
.
Dua puluh tujuh hari bulan rejangnya jampuk
#27
Jampuk menunggu hampir terlena
memandang bulan selagi
larat
bertahun-tahun di alam fana
wajib sedia bekal akhirat
.
Dua puluh lapan hari bulan rejangnya landak
#28
Landak menghidu buah
kuini
tegak durinya tergesel
sentang
andai usaha di tahun ini
mungkinlah jaya tahun mendatang
.
Dua puluh Sembilan hari bulan rejangnnya ular
#29
Ular menjalar melintas
jalan
menyusup dalam rimbunan
ranti
akhir Disember bilangan bulan
tahun Masehi berganti pasti
.
Tiga puluh hari bulan rejangnya keldai
#30
Keldai
membawa barang ke sana
badannya mulai merasa
rimas
tahun baharu membawa
makna
hargai masa nilainya emas
Allahumma saallim wa baarik ‘alaih
No comments:
Post a Comment