Bab 3
Azalina dan Nurhusna berkira-kira hendak mengikuti Nursyafikah pulang
ke kampungnya hujung minggu ini sebelum kedua-duanya pulang ke kampung halaman
masing-masing setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana di university
Putra Malaysia Serdang.
Sekarang ini di kampung Nursyafikah
buah-buahan sedang bermusim. Lalu dia mempelawa kawan-kawannya itu untuk
merasai kenikmatan buah-buahan yang masak ranum di pohon lagi segar sekali.
Azalina lahir dan tinggal di bandar KB sementara Nurhusna pula lahir dan
membesar di bandar JB langsung tidak pernah merasai suasana alam di
perkampungan. Itu yang membuatkan kedua-dua sahabat itu teruja untuk mengikuti
Nursyafikah pulang ke kampungnya di Pahang.
“Kau dah beritahu makkau aku dan Suna nak ke
rumahkau?”
“Dahku pesankan di angin lalu.”
“Aik! Boleh berpesan-pesan melalui angin
pula.”
“Kau ni itupun nak pelik. Maknanya aku dah
telefon mak akulah. Dan gelombang udara membawa getaran suaraku kependengaran
mak aku. Orang dulu-dulu selalu berkata “kukirim rindu di angin lalu. Mungkin
itulah maksud tersiratnya kot. Melalui telepati saja mereka boleh menghantar
pesan kepada seseorang. Walau tanpa gajet canggih seperti sekarang.”
“Oh!” Azalina seakan cuba memahaminya.
“Jauh juga kampungkau ya Pikah. Lambat pula
aku rasa nak sampai. Dah naik kematu bontot aku rasanya duduk saja tapi masih
tak sampai lagi.” Azalina melepaskan keluh-kesahnya. Mungkin tekanan tubuhnya
yang tidak langgas bergerak cergas menyebabkan darah berkumpul dan tidak
mengalir lancar.
“Sabarlah! Kejap lagi sampailah kita. Tenguk
Suna relek saja. Leka dia perhati keindahan alam sekeliling. Kau ni macam-macam
saja lah Lin.”
“Tadi tu memang aku ralit sangat duk perati
orkid liar yang banyak tumbuh kat tepi jalan pinggir hutan tu, cantik sungguh.
Tapi bila keretakau dah mula membelok ke jalan yang bengkang-bengkok macam ular
kena palu ini kepala aku dah mula pening. Mual nak muntahpun ada. Menggelombang
je aku rasa perut aku ni.” Ketidakseimbangan situasi yang sedang dilaluinya
kini sedang mempengaruhi minda normalnya.
“Oh! Kau dah mula mabuk darat ya. Kesiankau.
Tak apa kita berhenti sekejap kat gerai buah kat depan tu. Kita minum dan beli
limau. Kalau rasa pening elok tonyoh dahikau dengan kulit limau dan makan
isinya. Aroma limau mampu membuat saraf otakkau tenang.” Istilah mabuk darat
sering digunakan emaknya kala melihatnya pening dan mual tika berkereta dalam
perjalanan jauh diulangi menyebutnya kepada Azalina.
“Jauh lagi ke Pikah ?” soal Nurhusna pula dari
seat duduk belakang..
“Kaupun dah rasa pening jugak ke Suna?”
“Taklah. Aku okey je. Cuma kesiankan Lin yang
dah pening lalat ni.”
“Sabar ya Lin. Kita berhenti sekejap kat depan
tu. Jalan kalau bengkang-bengkok gini memang ramai yang tak tahan perut kalau tak biasa. Aku dah biasa sangat
jadi dah mentan. Lagipun inilah satu-satunya jalan menghala ke rumah aku. Nak
tak nak kena lalu juga.”
Nursyafikah memarkir kereta kancilnya yang
kecil berurna biru itu di pinggir jalan berhampiran sebuah gerai buah-buahan.
Kelihatan tiada pelanggan yang mengunjungi gerai itu selain mereka bertiga. Ada
durian yang dilonggok dengan label Musang King. Jenama durian yang agak mahal
harganya dan amat popular kerana keenakan rasanya yang pahit manis itu.
Rambutan gading yang kuning dan rambutan merah
anak sekolah juga diikat kemas menanti pembelinya. Dokong, duku, langsat,
rambai juga berlonggok mengikut bahagiannya. Bentuk buah-buahan itu seakan tapi
berbeza rasanya. Bagi yang mengenalinya langsung tiada masalah untuk memilih
mana satu yang disukai.
“Kau berdua nak makan durian Musang King ke?
Ralit saja duk perati.”
“Taklah! Cuma terkejut tenguk harganya.
Kanmain mahal lagi, 80 RM sekilo.” Balas Suna.
“Apa nak hairan Suna. Barang baik, harganya
mesti mahal. Lagipun inilah rezeki pedusun setahun sekali. Durian ni bukannya
berbuah tiap masa.”
“Sekarang ni dah banyak durian klon yang
berbuah sepanjang tahun Pikah. Genetik durian dah diubah para saintis
pertanian. Mudah saja kalau nak makan durian bila-bila masa. Asal ada duitnya
heh..heh..” Nurhusna menyanggah kenyataan sahabatnya itu.
“Aku rasa nak beli buah dokong untuk makkau.
Tapi aku tak kenal yang mana satu. Nampak semua serupa saja langsat, duku,
dokong, rambai tu. Kaulah pilihkan Pikah.”
“Tak payah Lin. Semua buah-buah yang dijual
kat sini ada kat dusun belakang rumah aku. Limau madu dan belimbing besi pun
ada. Aku cadangkankau beli limau saja untuk legakan tekak kau yang mual
tu.Kalaukau rasa nak termuntah baik kau muntahkan isi perutkau tu sekarang.
Barulah kau rasa selesa sikit. Jalan bengkang-bengkuk ni tak lama lagi habislah
di kawasan perkampungan orang Asli di hujung tu. Jalan menghala kampung aku
lepas tu lurus saja hingga ke muka tangga..”
“Belum rasa nak termuntah lagi cuma pening
sikit.” Azalina memicit-micit dahinya.
“Sabarlah Lin. Sapu minyak kaki tiga kat
dahikau. Nah!” Nursyafikah mengunjukan botol minyak angin kecil itu setelah
mengeluarkannya daripada tas sandangnya.
“Dah tak sabar nak jumpa makcik Ina makkau
Pikah.”
“Aku tahulah sebabnya tu. Mestikau nak korek
rahsia mak akukan!”
“Ish! Tak adalah Pikah. Pandai sajakau ni main
teka-teka. Tapi makkau tentu tak lokek berkongsi kisah hidupnya kalau aku
bertanya. ”
“Pandai-pandaikau lah Lin”.
“Aku dah oder ABC ni…jomlah minum.” Ajak
Nurhusna mengeraskan suaranya agar didengari sahabat-sahabatnya yang agak berjauhan
jaraknya darinya.. Kedua-duanya segera tinggalkan pangkin yang sarat dengan
aneka buah-an tempatan itu menuju ke tempat Nurhusna yang menanti
sahabat-sahabatnya di meja yang dihidangkan tiga mangkok ABC oleh pemilik gerai
itu seorang gadis muda sebayanya.
“Sedap nampaknya ABC ni. Macam-macam yang
diisi dalamnya. Lebih dari tujuh jenis tu.”
Azalina menguis-nguis ais yang disagat halus
sambil cuba membilang-bilang satu persatu kandungan ABC itu. Ada kacang merah,
kacang tanah, sagu kasar, sagu halus, cendol, agar-agar, buah kembang semangkok
dan lain-lain lagi yang tidak dapat dipastikan namanya.
Ketiga-tiga sahabat baik mula menikmati
ABC/air batu campur yang melegakan kekontangan tekak mereka sebelum meneruskan
perjalanan ke destinasi tujuan mereka.Kancil biru telah membawa ke destinasi
yang ditujui mereka bertiga dengan selamatnya. Salina menyambut kehadiran
anaknya dan tetamunya dengan wajah ceria. Tersenyum simpul menyambut salam
sambil bertanya khabar.
“Besar juga rumahkau ya Pikah. Kau cakap dulu
rumahkau pondok buruk je. Pandaikau menipu ya.”
“Rumah besar tapi tiada isinya. Sama juga
tarafnya dengan pondok buruk Lin. Dahlah jangan soal lagi tentang tu. Mak aku
dah siapkan bilikkau orang. Pergi masuk sana nak baring ke nak salin baju ke.
Lepas tu kalau terasa nak makan durian pergilah ke dapur. Mak aku dah kumpul
durian gugur segala jenis nama untuk kauorang. Rambutanpun ada sikit mak aku
kait.”
“Yeke Pikah? Memang tak sabar nak rasa ni,”
balas Nurhusna.
“Tapi aku rasa nak mandi dulu segarkan diri
Pikah. Baru selesa sikit. Lega semua keletihan urat saraf badan.”
“Suka hatikaulah Lin. Bilik mandi sebelah
bilik ni saja. Pergilahkau berdua mandi segarkan diri. Lepas tu kau orang ke
dapur ya. Mak aku dah sediakan segala macam hidangan untukkau orang tu.”
“Okey Pikah. Selepas mandi aku ke dapur.
Kautak nak mandikah Suna.”
“Nak juga. Pergilahkau dulu..”
.Sambil membantu mak cik Ina menyiapkan
hidangan makan malam riuh saja kedua gadis itu bertanya begitu begini kepada
tuan rumah. Mak cik Ina melayan setiap pertanyaan tetamunya itu dengan ramah.
“Besar juga rumah mak cik ni. Mak cik tinggal
dengan sesiapa lagi. Tak Nampak sesiapapun selain kami.”
“Mak cik duk dengan adik Pikah.tah kemana dia
merayau tak balik lagi. Sorang lagi adik Pikah sedang belajar di UITM.”
“Ya adik Pikah yang belajar kat UITM tu kami
pernah jumpa. Selalu juga dia datang melawat Pikah di rumah sewa kami” sahut
Azalina sambil melirik Nurhusna.
“Rumah ni dulu ramai penghuninya. Sebab tu
dibina besar. Tapi la ni dah berkurang bilangan nya.” Salina merenung jauh
seolah dihadapannya terentang lorong kehidupan berliku yang pernah
ditempuhinya. Tujuh warna pelangi yang mengindahi kehidupannya dan anak-anaknya
telah dilitupi mendung gelap. Tidak kelihatan lagi. Hanya insiden yang
mencalari ruang langit kehidupannya tidak daya dilupakan.
Dialah jantung hatiku satu-satunya. Tiada dua tiada tiga. Seluruh
keperluanku, keluargaku, anak-anakku hanya tergantung kepadanya. Tidak
kasihankah kau kepadaku yang tidak punyai apa-apa sepertimu yang ketara miliki
segalanya. Mengapa tidakkau biarkan kehidupanku lancar berterusan tanpa
gangguan yang kautimbulkan.
Pilihanmu adalah hakmu
menentukannya. Mungkin langsung tidak ada apa salahnya untukku pertikaikan. Tapi ada sudut-sudutnya yang boleh dipersoalkan
kewajarannya. Hakmu pastikau pertahankan dan begitu juga aku. Selagi termaktub
aku berhak terhadap sesuatu itu akanku pertahankan sehabis kudrah.
Suratan pula menentu
takdir-Nya. Usahaku sudah bersungguh mempertahankan hakku dan anak-anak agar
tidak direnggut daripada genggaman tanganku dan diberikan sebagai
anugerah teristimewa kepadamu pula. Apalagi yang dapatku kata selain
merenung penuh sayu berbaur sesal teramat.
Barangkali kau
merasakan tidak pernahpun mengambil apa-apapun yang menjadi milikku kerana
jasad yang berjiwa, berhati nurani kadangkala bolak balek hatinya dan keputusan
yang diperhitungkan tidak semenggah yang didambakan.
Itulah kemungkinan
besarnya yang berlaku kepada diri pilihanku dan kini adalah diri pilihanmu.
Pertarungan, pergelutan, pergolakan yang menimbulkan kerusuhan jiwaku angkara
olahmu
terpaksaku hadapi
dengan air mata berlinangan kesedihan. Habis apalagi yang mampuku buat selain
menjuraikan air mata kesedihanku. Sungguhkau tidak berhati perut.
Langsung tidak kasihan kepadaku. Astaghfirullah! Berdosanyalah aku mengadilimu
begitu. Hak Allah hendakku ambil pula buat menambah dosa yang sedia ada.
Namun suara hatiku
selalu membisik begitu di dalam dunia sedar dan lenaku. Melupakannya,
menghambatnya jauh agar tidak berlegar lagi di rongga-rongga kalbuku
mengelirukannya dan meninggalkan efek negatif telah berusahaku laku.
Terngiang-ngiang jua
masih. Memeningkan, membingungkan.
Harus kuingat danku
sedari bahawa diri kesayanganku, kecintaanku itu bukan lagi siapa-siapa
denganku dan tidak layak bagiku merasai luhur sucinya seni halus jiwa itu.
Sifat terlalu mencntai
itu walau lumrah dan telah ditanam Allah ke dasar sanubari kita tidak
seharusnya melebihkan pula rasa cinta kepada yang berhak sesungguhnya
terhadap rasa cinta kepada Allah Azzawajalla. Mencintai seseorang tidak salah.
Tapi harus berpada-pada.
Laluku pujuk hatiku
dengan berkata sesuatu yang tersurat takdirnya ada hikmah yang membawa rahmah. Sendirianlah
aku. Walau sepi, walau sunyiku tanggung sendiri. Terlalu berat sangatkah
masalah itu bagiku? Rasanya tidakpun jika aku reda.. Hidup perlu diteruskan
walau ujian-Nya merintang sepanjang perjalanannya.
Kesedihan, kedukaan
tidaklah selalu membentuk mendung hitam yang menabiri alamnya sehingga sentiasa
sangsi dan ragu untuk mengatur apa saja perancangan ke arah kehidupan sebaik
mungkin. Suratanku sejak azali begitu takdir-Nya. Dan kuterima dengan reda.
Jikalau telah reda semata tidak perlulah lagi ada sifat iri antara sesama kita.
Biarkan perjalanan hidup kita lancar berterusan ke destinasi akhirnya tanpa
olah tanpa bantah.
Siang malam bergantian
dan kitapun leka menjalani urusan tanpa memikirkan permasalahan antara kita.
Tidak langsung mahu mengambil peduli apapun lagi yang bersangkutan dengan
masalah yang telah ditinggalkan bersamaku. Justeru ia adalah semata-mata
masalahku saja. Tiada kena mengena denganmu dan diri yang telah jadi pilihanmu
itu.
Yang diinginkan
berlaku sebgitu tidak pula jadi begitu. Jauh pula menyimpang daripada sasaran
sebenarnya. Hendak mengalih sasaran ke arah yang betul tidak tahu pula. Pening
kepala memikirkannya.Sudahnya kerisauan yang mengganggu fikiran seakan
mengheretku sasau. Kesasauan yang tidak diingini akal sihat normal.
Mengenangkan nasib malang anak-anakku menggapai masa depannya laksana anak-anak
orang lain seakan kabur sekali jalan yang dilalui mereka merusuhkan hatiku.
Mengapa tidak mahu
menafkahkan anak-anak darah dagingnya sendiri sedangkan ayah kepada anak-anakku
itu tidak berkurang suatu apa. Tentu tidak akan menjadi miskin kerana menyara
kehidupan anak-anaknya yang bertiga yang masih kecil itu. Diri yang telah
menjadi hakmu kini juga adalah hak anak-anaknya sejak mereka lahir ke dunia.
Dulunya mereka dimewahkan dengan kasih sayang, perhatian rapi segenap segi ayah
kesayangan mereka sebelum kau hadir kerana ayah mereka orang berada.
Kini setelah hadirmu
jadi sebaliknya pula.
Membiarkan bekas
isteri yang tiada harta sepencarian yang ditinggalkan walau sedikit buat
menyara hidup semua zuriat suaminya mampukah dilakukannya. Nescaya langsung
tidak. Marah sungguh bekas suamiku yang kini adalah suamimu kepadaku hingga
sanggup menganiaya aku dengan tidak menafkahi anak-anaknya lantaran kemahuanku
memohon perceraian di mahkammah syariah.
Jikalau marahkan aku
janganlah libatkan anak-anak darah daging sendiri menanggung akibat daripada
kemarahan itu.Namun tidak dinafikan
memang ada suami yang tahu tanggungjawab mereka, tetapi sengaja tidak mahu beri nafkah
kerana dalam diri mereka telah tertanam sifat mahu balas dendam terhadap bekas isteri
yang telah bertukar jadi musuhnya.
Ada juga beri alasan
tidak bekerja ataupun telah berkahwin baru dan mereka tak mampu untuk beri nafkah anak.
Tapi ayah kepada
anak-anakku itu tidak tergolong dalam kalangan mereka yang tidak
berkemampuan yang
boleh dijadikan alasan untuk mengelak bebanan tanggungjawab yang semestinya dipikul.
Apa perlunya suamimu
itu memusuhi bekas isterinya yang sudah dibuangnya ini?
Anak-anak adalah
nasabnya yang tidak boleh dipertikai sampai bila-bila. Amanah Allah yang miliki
7 petala langit, 7 petala bumi dan seluruh alam ini kepada seorang yang
bergelar bapa kenapa dipermudahkan saja?
Apakahkau memain peranan sebagai jarum
penyucuk agar diri pilihanmu itu membenci anak-anaknya? Menghembus mantera yang
dibawa angin menyelinapi lubuk hatinya? Peranan angin yang membawa pesanan kepada
minda adalah fakta yang sukar dipertikai. Boleh jadi aku hanya berprasangka
tapi kemungkinan itu sentiasa ada. Semoga apa yang kurasakan hanyalah fitnah
bisikan syaitan durjana.
Pengabaian nafkah sara
hidup kepada anak-anak suamimu itu amat memenderitakan kehidupan mereka yang selama ini
tidak pernah merasainya sepanjang hidup di samping ayah kesayangan mereka. Hairan pula
dengan perubahan sikapnya yang berlaku dalam masa semalaman itu.
Agaknyakau telah
sihirkan diri pilihanmu itu agar membenci anak-anaknya sendiri? Ish! Sekali lagi hatiku dirunyam
sangkaan-sangkaan yang sukar ditebak kebenarannya. Walau segalanya adalah langsung tidak
mustahil lantaran sifat ilmu pun ada dua. Ada hitam ada putih. Sejak purbakala keujudannya
dan firman Allah menegaskannya di dalam lembaran surah-surah alquran yang suci.
Paranoia pula aku
melebihkan rona situasi yang melengkungiku sehingga fikiranku bercelaru bersimpang
perenang. Entah kemana halanya destinasi tidaklah pasti. Namun kesulitan
corak kehidupan yang terpaksa didepani anak-anakku membuat fikiranku
sering diganggu tanggapan yang bukan-bukan.
Ah! Melayan
perasaanpun tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Lebih baik aku mengerah
mindaku berfikir bagaimana aku mahu meneruskan kelangsungan hidup daripada tiada kepada
ada. Untuk sesuap nasi demi anak-anak tersayang aku terpaksa membuat
apa saja perkerjaan yang mendatangkan imbuhan sesuai dengan apa yang
kulakukan. Di subuh hari sudah terbongkok-bongkok menoreh getah. Sebelum embun
jantan yang luruh ke daun beransur kering bersedia pula dengan timba yang
akan mengumpul susunya dan membawanya ke tempat pengumpulan untuk pemesinan susu
getah setelah dibekukan.
Sekerat hari masaku
berada di mandala kebun getah yang redup buat mengais sedikit rezeki Allah. Mujur juga ada
tanah getah pusaka yang sekangkang kera diwariskan gemulah kedua ibapaku. Dapatlah aku
mengais rezeki di atasnya. Kelelahan tubuhku tidakku pedulikan dengan mengupayakan tenaganya
yang telah berkurangan itu dengan mencangkul tanah untuk bercucuk tanam pula.
Hasil tanamanku kelak
bolehlah dijual untuk memenuhi sedikit keperluan hidupku dan anak-anak. Cili padi, terung,
kangkung, keledek, ubi kayu sentiasa ada di batasnya. Tanaman yang mudahku urus dan agak rentan
dengan serangan penyakit tumbuhan. Selain menambah pendapatan dapat juga menjimatkan
belanja sayur di dapur dengan tidak hanya membelinya saja.
Ayam dan itik turut
diternak untuk dapatkan telur dan dagingnya. Sesekali atau selalu lebih
tepatnya keluargaku berlauk telur pelengkap hidangan santapan. Pandangan sepasang
mata yang keletihan tubuhnya samar dan kabur namun setiap malam tanganku ini sentiasa
bermain bersama jarum, benang dan gunting untuk menjahit pakaian tempahan mereka yang
berhajat.
Karya jahitanku
tidaklah terlalu kemas dan cantik tapi yakin sajalah dengan kemahiran diri yang
sedikit itu. Mentelah hanya itulah ilmu yang ada untuk dimenafaatkan
sebaiknya demi kelangsungan hidup. Ilmu kemahiran hidup yangku perolehi darpada kelas Sains
Rumah Tangga sewaktu bersekolah dan kelas jahitan di kampung anjuran pihak berwajib
kugunakan sebaik mungkin.
Susah payahku tidaklah
berpanjangan setelah anak-anakku semakin dewasa dan mendapat pendidikan hingga
ke menara gading melunasi setiap impian ibu bapa.
Melakukan kebiasaan
yang melekakan membuatku terlupa dengan cabaran hidup dan masalahnya yang perlu
diselesaikan demi masa yang berlalu. Mendung yang menabiri ruang kehidupanku semakin berarak lalu.
Sekitar suasananya telah cerah indah, biru lagi mendamaikan. Syukur Alhamdulillah di atas
karunia-Mu ya Allah.
Seseorang berdiri di
muka pintu. Kusambut huluran tangannya sambil tersenyum berbudi bahasa. Tidak asing
padaku wajah yang hadir ke sisiku itu. Cuma aku tidak tahu apakah tujuannya menemuiku. Adakah
nawaitunya bermaksud baik atau sebaliknya. Hati perut orang masakan dapat
ditebak isi kandungannya.
Meneka-neka pun
tiadalah gunanya. Biarkanlah dulu pertanyaan tentang itu berladung dalam hatiku
menanti jawapannya dengan sabar. Terkedu seketika. Tidak tahu pula untuk
memulakan perbicaraan.
“Kau sihat Ina? Dengar
khabar kau hendak ke Mekah. Ini yang aku datang menziarahi kau ni. Bukankah kau ni
sahabat aku.”
Hmm…sahabat aku
rupanya diri yang terhenyak di atas sofa ruang tamu rumahku ini. Aku pun sudah terlupa bahawa
dia adalah sahabat lamaku. Sahabat yangku kongsi susah senangku bersamanya.
Riang bercerita dengan
gelak tawa pengalaman apa saja. Sering pula menemaniku menghabiskan percutianku bersama
anak-anak dan mantan suami kecintaanku di mana saja. Jalenan persahabatan antara
kami amat erat dan akrab. Aku merasakan hatiku berkata bahawa dialah sahabatku dunia dan
akhirat. Harapanku terabadi selamanya. Adakalanya panas tidak sampai ke petang dan
hujan menyimbah pula di tengaharinya.
Musnahlah harapan yang
dipertaruhkan. Sahabatku dunia akhirat yang dibayar suamiku suatu ketika dulu sebagai
guru tusyen anak-anakku tidak pernah akan kuduga sanggup bermain mata dan bermain cinta
dengan suami sahabat baiknya sendiri. Setelah permainan cinta berlangsung dengan
jayanya dikejutkan aku dengan berita perkahwinan mereka di sempadan negara.
Sahabat baikku dunia
akhirat ini juga telah memberi kata dua kepadanya supaya memilih antara dua. Samada memilih aku
isteri pertamanya atau dia. Mendengar itu akupun tidak mahu menyusahkan lelaki
pilihan yang menjadi rebutan itu dengan cepat-cepat mengajukan permohonan tuntut
cerai di mahkamah syariah.
Firasatku mengatakan tiada
guna mempertahankan perkahwinan yang telah menipis rasa cinta
antaranya. Perkahwinanku pun termansuh dengan izin-Nya. Gelaran ibu tunggal
yang ditinggal dengan penuh kerelaanpun melekat kejap pada diriku. Relakah diceraikan?
Sedihnya hanya hati yang merasainya.
“Bilakah kau hendak
bertolak ke Mekah?”
“Tidak lama lagi
dengan penerbangan MAS yang keenam.”
“Maafkan semua salah
sillapku ya Ina…sampai di sana jangan lupa berdoa supaya sahabatmu ini juga akan ke sana.”
Berlapang dadakah aku
untuk menerima tuntutan maaf hamba Allah ini yang terlalu banyak melukis warna
kesedihan di atas kanvas lukisan hidupku ini? Insya-Allah! Jesteru perjalananku
menemui-Nya tidak mahuku membawa urusan-urusan yang menggendalakan sebarang
niatku kelak. Lagipun ganjaran Allah justeru memaafkan kesilapan sesiapa saja
yang menganiayainya teramat besar. Dan nikmatnya tidak mampu didustakan. Sifat
iman yang kental.
Manis dan molek
sungguh susun atur bicara wanita anggun ini. Seolahnya antara kami tiada kisah
yang terjadi mengoyak rasa. Tenang dan nyamannya hubungan persahabatan bagai
air di tasik biru di bawah malam disinari cahaya rembulan.
Aku yang mendengarnya
hanya tersenyum polos.
“Kau bila pula nak ke
sana. Duitpun sudah juta-juta.”
“Belum sampai seru
lagi kata abang. Dan masih banyak ringgit yang perlu dicari untuk bekalan
masa depan nanti.”
Bersyukur sungguh aku
kerana Allah memilihku menyahut seruan-Nya untuk bertamu ke tanah suci-Nya
walau aku tidak kaya dan seadanya saja.
Renungan Salina
menyapa wajah di sisinya. Citra dilayar mindanya sirna.
“Wah rajinnya
anak-anak berdua ni tolong mak cik kat dapur ya. Mari duduk dulu. Mak cik nak
cerita sikit kenapa rumah ni besar tapi tak ramai yang duduk sini.”
Mak cik Salina menceritakan
serba sedikit secara kasar tentang kisah kehidupannya kepada kedua-dua sahabat
baik anaknya itu.
Tapi tidak keseluruhannya.
Cerita sebenarnya banyak yang dirahsiakannya. Dan Azalina mula membuat
kesimpulan akan mengapa agaknya Nursyafikah terlalu teliti dalam pemilihan
jodohnya. Dan kenapa sahabatnya itu menolak pernyataan cinta kawan-kawan lelaki
sekuliah yang berminat memenangi hatinya.
“Kau dengar cerita mak cik
Lina tadi?”
“Mestilah dengar. Kan aku
ada bersama tadi.”
“Patutlah Pikah tu memilih
sangat. Rupanya bimbangkan nasib yang menimpa emaknya, menimpanya pula. Bak
kata orang tak mahu pisang berbuah dua kali.”
“Sekarang pisang dah boleh berbuah
dua kali kalau kita pangkas pokok tanpa tebang hingga perdunya. Akan keluar
sulur baru dan berbuah semula. Kan untung tu.”
Keduanya tertawa pula.
Sama-sama gelihati menafsir perumpamaan yang tidak dikira releven pada mereka
dalam situasi semasa.
“Sudahlah jangan bersembang
lagi. Aku dah ngantuk sangat ni.”
Dan malam yang memberi
kerehatan pada tubuh manusia mengurangkan oksigen pernafasan kerana tumbuhan
alam melepaskan kaban dioksida ke udara maya menyebabkan nyenyak terlena
sehingga dinihari. Fajar membuka tabir subuh demi detik waktu berlalu.
No comments:
Post a Comment