KEJUTAN SINAR HARIAN AHAD 8 0KT 2017
Sebuah penghargaan bersekali pengiktirafan kepada keterlibatan
kak pidah dalam gelanggang penulisan karya kreatif. Mekar bangga dan sebak hati
sehingga titis air mata basahi pipi. Terima kasih Puan Nurhidayu SINAR HARIAN atas
kesudian menjadikan kak pidah sebagai salah seorang IKON SENI DAN BUDAYA akhbar
SINAR HARIAN AHAD walau kak pidah bukan sesiapapun.
Menjawab semua soalan yang dikemukakan Puan Nurhidayu bukanlah
mudah. Ambil masa tiga hari juga baru selesai. Heh…heh…lama tu. Itupun mujur
dibantu sahabat penulis cikgu Pauzi yang menyumbang ide bernas. Terima kasih
banyak cikgu Pauzi. Sepanjang mengenali cikgu di alam maya fb sudah seringkali
cikgu membantu kak pidah. Baik budi yang dikenang abadi.
Terima kasih anak-anak kak pidah yang sentiasa berusaha memahami
minat ibu mereka dan memenuhi keperluannya. Memang sukar sangat bagi anak-anak
untuk melayani dan menguruskan ibu mereka yang kurang berdaya ini.
Terima kasih sahabat penulis Noorlaila Ghafar yang menggalakan
sahabatnya ini untuk rajin menghasilkan karya dan memperbetulkan kesilapannya.
Terima kasih Saniah Masri/Ilham suri dan sahabat-sahabat GBT
Yahti Hayati, Nor Azizah Idris, Ct Nurza, Sri Mawar, Russ Asan, Zuraida Dewi,
Khaziah Yem dll yang turut berperanan memupuk minat berkarya.
Terima kasih sifu Tabir Alam yang tidak jemu membimbing dan
menurunkan ilmu untuk berkarya dengan betul pelbagai genre puisi dll sehingga
berjaya menghasilkan susunan antologi pelbagai judul bersama SPTA.
Terima kasih ustaz Ilhami Hisyam memberi peluang kepada kak
pidah menerbitkan beberapa antologi bersama BeTA yang menjadi pembuka langkah
permulaan untuk giat berkarya.
Terima kasih Dr. Zabidin sudi menerbitkan 10 buah antologi karya
sajak bersama KARYAWAN Pk BANDAR BANDAR DI PERAK.
Kalian adalah penyebab keberadaan kak pidah di sini walau hanya
sebagai penulis marhaen OKU.
No comments:
Post a Comment