Mengaut nasi hulu seruas,
Tidaklah puas lelahlah sila,
Landak bersenang di tepi paya,
Ikan merenyut remas dihampar,
Setinggi bahu biarkan gangsa;
Laut puisi terlalu luas,
Sudahlah luas dalamlah pula,
Hendak direnang tiada daya,
Bimbag kan hanyut lemas terdampar,
Selagi mahu kuatkan asa.
RUKUN NEGARA
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan pada raja dan Negara
Keluhuran perlembagaan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan
MENYUSURI REMANG SENJA
Tenang langkah menghala destinasi
pasti
Aral galangan duga lintasi sedaya
mampu
Tegur sapa sekadar salam menyeri ruang
suram
Terlupa sudah karangan puspa cinta
Yang dikalung di leher jenjang
Sebenarnya telah gugur kelopaknya
Bersatu dalam sepi berganti lalu
Tegar hati menguis perih lukanya
Dibebat segulung kain putih
Meskikau suria siangku
Kejora malamku
MEMOHON CINTA-MU
Hening malam
Selimut dingin membungkus tubuh namun
asyik berbuai melambung sekujur diri
di atas buaian dini hari sebelum fajar tasdiq merona lembayung siang
mengayun rasa atma melodi
sendu mengalun diksi puitis maha
seni
ayat cinta Ilahi. Himpunan lagu syahdu sendu mengait pilu membuak duka
sebak meranum merejam kalbu;
renyai gerimis hiba.
Diatas buaian dini hari
ralit berayun masih
Mengharap susun doa diraup sepasang tangan kurus mohon ampun dosa
reda maha Kuasa moga
hijab-Nya terbuka.
buaian hayat berayunan membuai perasaan menggelut kusut keliru memilih
keputusan
jantung bergetaran. Mengusir bingung terlalu merusuh resah gelisah
pasrah tawakal istiqomah
beriman
Dia penentu segala
Buaian takdir berayunan
longlai
Langit jingga senjakala
membaca nota riwayat tersurat azali
Berakhir sudah impi
Buaian terhenti pasti
PARIDAH ISHAK
Desa
Melor Serendah
13/06/019
KE PULAU HASRAT
Sepenuh kudrat dikerah
mahu
enggan
impi tertunda
berkejaran dengan waktu
yang cemburu memburu
sekarung cita berciciran
sepanjang perjalanan
berpatah pulang
mengutipnya dengan yakin
masa terlewat
menyesatkan arah
Pulau
hasrat melambai
akhirnya bersandar
hingga terlena jendera
kelelahan mengayuh
bahtera
mengundang mimpi dini hari.
tidak terdaya
menyongsong bayu berpupusan
berkibaran
bendera putih
kalah menunggang mimpi
destinasinya kabur.
PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol
PAHANG DM
HANYA DENGAN IZIN-NYA
KUN FAYA KUN
Maka terjadilah nyata seruan-Nya
Asbab musabab hanya
telahan yang memungkinkan
Tidak patuhi takdir
mengolah rencana
Meski lancang mulut menyumpah seranah
Kala langit petala
tujuh terbuka
Senjata doa merejam tepat.
Munajat hajat yang
diulang-ulang
Tiada hilang bersalang
Tiada hijab menghalang
Hikmah berlaku sesuatu itu
Rahsia-Nya tersembunyi
Naqli gagahi mencapai erti
Namun kepastian holistik jaluran tanda soal
Detik hari berakhir
Menemukan esok terbaik
Amiin ya Rabb
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
3/03/019
No comments:
Post a Comment