KEMERDEKAAN
#1
#1
Kuda berbelang suka mengganggu
lalu ditambat tidak bertangguh
Impi merdeka bebas belenggu
rakyat berjuang bersungguh-sungguh
lalu ditambat tidak bertangguh
Impi merdeka bebas belenggu
rakyat berjuang bersungguh-sungguh
KEMERDEKAN
#2
#2
Kijang merayau jauh jelajah,
jalan perlahan kakinya luka;
ratusan tahun nusa dijajah
pahlawan gigih juang merdeka
jalan perlahan kakinya luka;
ratusan tahun nusa dijajah
pahlawan gigih juang merdeka
KEMERDEKAAN
#3
#3
Harimau bintang mengejar ungka
terpijak kaca menitis darah
lasykar Portugis serang Melaka
hilang kuasa dalam sejarah
lasykar Portugis serang Melaka
hilang kuasa dalam sejarah
KEMERDEKAAN
#4
#4
Kucing belaan berloket gangsa
asyik bermain lari sederam
Belanda pula cengkam kuasa
rona merdeka bertambah suram
Belanda pula cengkam kuasa
rona merdeka bertambah suram
KEMERDEKAAN
#5
#5
Sapi meragut rumput yang basah
pilih yang segar sisih yang layu
bijak Inggeris catur siasah
kekal mentadbir Tanah Melayu
bijak Inggeris catur siasah
kekal mentadbir Tanah Melayu
KEMERDEKAAN
#6
#6
Kerbau gelumang di dalam rawa
lelah membajak tanah di bendang
Perang Dunia kali kedua
rakyat sengsara tegar berjuang
Perang Dunia kali kedua
rakyat sengsara tegar berjuang
KEMERDEKAAN
#7
#7
Tikus menggigit guna geraham
makan segala tidak bersisa
Komunis tangkas menyebar faham
rakyat keliru menjadi mangsa
Komunis tangkas menyebar faham
rakyat keliru menjadi mangsa
KEMERDEKAAN
#8
Lembu yang hilang tinggalkan jejak
rupanya tidur di rumpun sena
runding bicara pemimpin bijak
usul merdeka jaya rencana
#8
Lembu yang hilang tinggalkan jejak
rupanya tidur di rumpun sena
runding bicara pemimpin bijak
usul merdeka jaya rencana
KEMERDEKAAN
#9
#9
Anjing menderam
merasa hangat
Mencari air dengan segera
gema merdeka lantun semangat
rakyat menyambut ria gembira
gema merdeka lantun semangat
rakyat menyambut ria gembira
KEMERDEKAAN
#10
Naga sumpahan adu tenaga
di tasik Chini konon terperi
watan merdeka warga berbangga
tidak tercela maruah diri
watan merdeka warga berbangga
tidak tercela maruah diri
KEMERDEKAAN
#11
Kambing meragut daun celagi
dahannya patah berkenjah-kenjah
semangat bangsa melonjak tinggi
jiwa merdeka tidak terjajah
KEMERDEKAAN
#12
Arnab mengorek mencari ruang
membuat sarang lubang terbuka
bersatu padu tekad berjuang
pertahan watan kekal merdeka
#12
Arnab mengorek mencari ruang
membuat sarang lubang terbuka
bersatu padu tekad berjuang
pertahan watan kekal merdeka
KEMERDEKAAN
#13
Gajah mengamuk binasa huma
#13
Gajah mengamuk binasa huma
memijak lumat rumpunan cekur
hari merdeka rai bersama
kepada Allah meraup syukur
hari merdeka rai bersama
kepada Allah meraup syukur
KEMERDEKAAN
#14
Singa tercatat dalam tawarikh
ketua haiwan jalan berarak
setiap tahun berulang tarikh
sambut merdeka penuh semarak
#14
Singa tercatat dalam tawarikh
ketua haiwan jalan berarak
setiap tahun berulang tarikh
sambut merdeka penuh semarak
KEMERDEKAAN
#15
Beruk berbunyi luar biasa
#15
Beruk berbunyi luar biasa
termakan cili terasa marah
negara maju rentasi masa
warga merdeka menentu arah
warga merdeka menentu arah
KEMERDEKAAN
#16
#16
Babi menyondol rumpun kemumu
rakus menggali punah belaka
bangsa merdeka mengejar ilmu
segenap bidang cuba teroka
bangsa merdeka mengejar ilmu
segenap bidang cuba teroka
KEMERDEKAAN
#17
Helang melayang hinggap di jeti
catuk berhujan diam terleka
pemimpin rakyat bersilih ganti
setia pada tanah merdeka
pemimpin rakyat bersilih ganti
setia pada tanah merdeka
KEMERDEKAAN
#18
#18
Halipan celah kayu dijemur
merayap pula ke dalam guni
aman sentosa maju dan makmur
warga merdeka hidup harmoni
aman sentosa maju dan makmur
warga merdeka hidup harmoni
KEMERDEKAAN
#19
Baning memakan daun bebuas
bergerak lambat redah gerimis
tanah merdeka rezeki luas
rajin usaha tidak mengemis
tanah merdeka rezeki luas
rajin usaha tidak mengemis
KEMERDEKAAN
#20
#20
Belatuk jantan mematuk pantas
menukang sarang muat sepadan
dunia siber tiada batas
kisah merdeka jadi teladan
dunia siber tiada batas
kisah merdeka jadi teladan
KEMERDEKAAN
#21
Badak meliar daerah Jengka
meredah rimba rata merejah
banyak negara capai merdeka
dengan berperang lawan penjajah
banyak negara capai merdeka
dengan berperang lawan penjajah
KEMERDEKAAN
#22
Angsa di tasik tidak berpunya,
riuh bunyinya tidak berhenti
merdeka itu tinggi nilainya
perlu dijaga dengan teliti
merdeka itu tinggi nilainya
perlu dijaga dengan teliti
KEMERDEKAAN
KEMERDEKAAN
#23
Belalang juta di pinggir paya
Ke sana sini teramat laju
sedang menggetus daun
jemuju
nusa merdeka jana upaya
saing seiring negara maju
KEMERDEKAAN
nusa merdeka jana upaya
saing seiring negara maju
KEMERDEKAAN
#24
Ayam serama mudah piara
kecil dan katik bulunya gersul
sudah merdeka berubah cara
pacu tenaga tingkatkan mahsul
sudah merdeka berubah cara
pacu tenaga tingkatkan mahsul
KEMERDEKAAN
#25
Tenuk di hutan merayau pagi
terburu-buru terlanggar batu
martabat bangsa dipandang tinggi
berkat bersama saling membantu
martabat bangsa dipandang tinggi
berkat bersama saling membantu
KEMERDEKAAN
#26
Rusa usaha ragut bidara
kaki tersangkut tersungkur rebah
berbilang kaum warga negara
santun merdeka jalin muhibbah
santun merdeka jalin muhibbah
KEMERDEKAAN
#27
Jampuk di pohon duduk berjaga
Merenung bulan sehingga dini
Rukun Negara pedoman warga
merdeka raga hati nurani
Rukun Negara pedoman warga
merdeka raga hati nurani
KEMERDEKAAN
#28
Landak bergerak sambil menghidu
Tegak durinya tanda siaga
serasi hidup bersatu padu
nusa merdeka kekal dijaga
serasi hidup bersatu padu
nusa merdeka kekal dijaga
KEMERDEKAAN
#29
#29
Ular menjalar memanjat pokok
di celah dahan melengkar leka
akhirnya Ogos setiap tahun
ulang sambutan hari merdeka
akhirnya Ogos setiap tahun
ulang sambutan hari merdeka
KEMERDEKAAN
#30
Keldai ternyata teramat gagah
membawa barang tiap ketika
Jalur Gemilang berkibar megah
tiup semangat gema Merdeka
tiup semangat gema Merdeka
No comments:
Post a Comment