Wednesday, November 20, 2019

SUARA HATI


SUARA HATI
Ingin yang membeku bagai tugu statu
Tidak beranjak diganjak asak
Kekal selama di situ
Meski citra wajah sungguh berubah
Apa terlindung tidak sukar ditelah
Rasa yang tercoret dibaca sumbang
Simpati dihulur emosi
Mengurai solusi

ALAHAN

Alahan membawa pesimis
Perlukah merasa sinis?
Pahit rasa lalu dtelan segunung sabar
Jerih perih mendera luka
Dibebat penawar tawakal
Imun masalah membelit keliling pinggang
Runcing ramping menjerut rasa
Asa menongkat lelah
Pejam mata
Kesamping durja alahan
Tidak benar menyiksa
Getir betarnya meneguh tegarPERASAN

.

Masuk

bakul angkat

sendiri selalu

biarkan siapa kata

apa

.

Itu

memang sudah

jadi cara asal

bertahun lama berganti

detik

.

Usah

susah payah

pertikai caranya

kerana acuan terap

gitu

.

Sikap

angkuh riak

jerumus mangsanya

Ke dalam jerangkap samar

murung

 

JUNDAI

.

Sihir

nyanyi tari

rencana hiburan

lakukan asyik lupakan

pilu

.

Alpa

pada nyata

rupa wajah benar

bahawa wajib bersabar

lebih

.

Cakna

akan sisi

ada jasad lemah

masih hela nafas nyawa

ikan

.

Tega

jundai girang

pesta siang malam

bagaikan tiada hari

esok

 

PENAFIAN

.

Jadi

fenomena

biasa terkini

tiasa perlu nafikan

khabar

.

Akan

pasti ada

alasan menolak

tularan berita nyata

benar

.

Ingin

akur hanya

walau fikir sasau

antara percaya atau

tidak

.

Orak

senyum sinis

justeru tentunya

pokok bergoyang kerana

angin

 

 

MALAS

.

Sifat

diri ini

persis kembar atma

positif juga negatif

iring

.

Andai

rasa malas

melabun berjundai

mengarut memang terbaik

amat

.

Tapi

tiba-tiba

kemalasan jelma

lalu kelemasan jiwa

rosot

.

Ralit

bermalasan

merenung kenangan

momen penting lalu puas

sudah

 

 

KARYA KREATIF

.

Jiwa

harus tenang

hindar kacau bilau

kala menukil suatu

karya

.

Agar

kelihatan

sempurna segenap

sisi pandangan penggemar

taksub

.

Ilham

kering kontang

sukar poles warna

menatarias indah

pegun

.

Selak

renung baca

al-Quran tiasa

moga idea melimpah

ruah

 

 

KENAPA

 

Tidak

jemu asyik

berebut suatu

telah ditentukan milik

absah

.

Kalah

jadi abu

menang jadi arang

hilang wajah bersih suci

murni

.

Itu

persepsi yang

sering dikatakan

sesiapa sahaja nan

ikhlas

.

Sebab

sebenarnya

dia tidak tahu

perebutan subjek nilai

mewah

 

DEDAUN

 

Jenis

daripada

pohonan berbeza

pelbagai rupa bentuk dan

warna

.

Hijau

merah kuning

jingga biru ungu

jaluran persis pelangi

alam

.

Herba

berkhasiat

warisan temurun

semula jadi kurnian

Allah

.

Akhir

sirna seri

helaian dedaun

kala kemarau bermusim

rontok

 

 

PESTA CAHAYA

.

Gelap

pekat malam

cahaya pelita

tema Deepavali sinar

cerah

.

Sangat

dinantikan

saat tiba oleh

penganut agama Hindu

Itu

.

Saji

menu lazat

segala kekacang

kuih maruku termasuk

vadey

.

Walau

sambut pesta

secara besaran

tidak diizinkan laku

masih

 

 

TANAH

 

Atas

tanah diri

bermain berlari

bahagia beribadah

sibuk

.

Leka

situasi

keliling harapkan

esok pasti akan jelma

jua

.

Anyam

ceritera

berada di sini

atas tanah nyaman permai

lagi

.

Lupa

entah esok

atau lusa pasti

kembali menjadi asal

tanah

 

KOMA

 

Aku

mengalami

berbilang harinya

terlantar dalam hospital

longlai

.

Berkat

doa ibu

bapa tidak pernah

putus merangsang semangat

hidup

.

Sedar

rasa sakit

ngilu amat pilu

upaya diri terlalu

lemah

.

Syukur

rahmat Allah

mengizinkan daku

masih berada di sini

lagi

 

FASA

 

Mula

fasa satu

pertemuan jodoh

wujud janin kecil dalam

rahim

.

Detik

demi detik

bergantian hari

nyaman dalam kandungan

ibu

.

Tiba

fasa dua

lahir ke dunia

menangis gembira mungkin

Sedih

.

Telah

fasa tiga

gaya langkah hidup

sebelum kembali pada

Dia  

 

MEDSOS

 

Era

Kini jadi

Alat sumber info

Capaian sekadar sentuh

Skrin

.

Pilih

Mana satu

Facebook atau Tik Tok

Instgram juga telegram

Suka

.

Kadang

Masa tidak

Pernah cukup mahu

layan semua media

baru

.

Lebih

Baik isi

Masa dengan rutin

Amalan manfaat tidak

lagha

 

KEMAJUAN

.

Ada

yang melangkah

jauh di hadapan

teroka segala bidang

baru

 

.

Segi

apa saja

capaian terkini

tinggalkan di belakangnya

mundur

.

 

Kadang

 perubahan

berlaku terlalu

lambat lantaran  materi

kurang

.

Penting

sebenarnya

ilmu dikuasai

demi kelangsungan maju

hidup

 

 

PUISI DIAMENTE

 

Rupa

bentuk unik

laksana berlian

tata bahasa sempurna

lengkap

.

Mula

kata nama

larik yang kedua

kata sifat susul kata

kerja

.

Baris

empat susun

kata kerja lagi

sambung larik lima kata sifat

pula

.

.

Diksi

terus fikir

telaah rujukan

terakhir cari antonim

pening

 

terakhir cari antonim

pening

 

Virus

 

 

GRAHA KARYA

 

Dalam

gedung ini

semarak berbilang

karya sastera ternyata

indah

.

Sifu

Tabir Alam

menegur membimbing

penulis apa sahaja

genre

.

Tegas

anjurannya

agar kesilapan

tidak selalu berulang

lagi

.

Tapi

biasalah

namanya pun murid

asyik tersilap selalu

lupa

 

REZEKI

 

Amal

solat duha

usah pernah abai

kala mentari setinggi

galah

.

Doa

mohon pada

Allah yang Pengasih

jika rezekiku

jauh semoga menjadi

dekat

.

Jika

ia sukar

mohonkanlah mudah

andai sedikit jadikan

banyak

.

Kalau

sumber haram

mohon sucikanlah

limpah rezeki kepada

hamba

 

PANCALARIK

INSPIRASI

 

Jadi

motivasi

kepada penulis

agar idea kreatif

jitu

.

Isi 

kadang hambar

justeru tiada

unsur mengujakan dalam

karya

.

Perlu

bugar rasa

pesimis melonglai

minda kering-kontang sirna

ilham

.

Aku

kalau buntu

mudah saja tonton

Kuch Kuch Hota Hai filem

Hindi

 

 

 

 

PUISI

.

Sajak

coret frasa

puitis terindah

menyirat maksud yang abstrak

entah

.

Pantun

genre  asli

budaya warisan

bangsa Melayu sejati

pasti

.

Syair

asal Arab

senada berima

ceritera thamsilan dalam

lagu

.

Haiku

juga Tanka

Senryu serta Haibun

puisi disiplin  asal

Jepun 

 

PARIDAH ISHAK

DMS

5/01/21

 

AYAH

 

Kasih

sayang cinta

mendalam abadi

tulus suci kudus demi

daku

 

Kini

ayah telah

pulang kepada-Nya

tinggalkan daku merindu

jejak

 

Budi

yang ditabur

sepanjang hayatku

tidakkan mungkin dapatku

lupa

 

Siru

rindu sapa

dera atma dura

mengalir airmataku

hiba

 

WARKAH

#1

Coret

bait ayat

gubahan aksara

diutuskannya kepada

dia

#2

Demi

kasih cinta

abadi selama

tersimpan dalam kalbu

sukma

#

Harap

warkah itu

dibaca dan faham

luahan rasa jiwaku

seni

#4 BELAJAR MENGAJI

# 1

Malam

saing kawan

ke rumah ustazah

bawa tujuan yang pasti

ngaji

#2

Wuduk

tidak lupa

ambilnya dahulu

sebelum memegang kitab

suci

#3

Rehal

buka luas

diletak Muqadam

lantun suara mengaji

lirih

 

#4

Salah

sebut makhraj

ustazah menegur

rasa takut serbu hati

malu

PAGI

 

Cerah

atur langkah

tuju arah pasti

cari rezeki yang halal

syukur

 

Murai

riuh siul

ritma lagu merdu

iring perjalanan

jauh

 

Azam

genggam kukuh

agar niat hati

Allah izin terlaksana

hajat

 

Peluh

dahi basah

rasa Letih lesu

jiwa raga kelelahan

rihat

No description available.

 

WABAK

#1

Virus

pantas tular

baru muncul

dunia terpana

ribuan dijangkit sakit

perih

 

#2

Langkah

hanya pendek

tuju arah dekat

cari keperluan penting

pasti

#3

Sabar

tabah hati

tinggal dalam rumah

virus corona hindarkan

mesti

 




No comments:

Post a Comment