MANUSKRIP
SAYEMBARA PUISI KATA PILAR 2.0
NAMA
PESERTA: PARIDAH ISHAK
ALAMAT:
NO 7 JALAN 7F, DESA MELOR
SERENDAH,
SELANGOR DE
1. PANTUN
# 1 Pantun Simpulan Bahasa
# 2 Pantun Peribahasa
# 3 Pantun Nostalgia
# 4 Pantun Impian
#5 Pantun Perbidalan
2. SYAIR
# 1 Syair Bunga Raya
# 2 Syair Warga Negara Merdeka
# 3 SyairPipit Dan Enggang
# 4 Syair Negaraku
# 5 Syair Mawar Oh Mawar
3. GURINDAM
# 1 Gurindam Kembara
# 2 Gurindam Niat
# 3 Gurindam Gemar
# 4 Gurindam Gagal
# 5 Gurindam Jiwa
4. NAZAM
#1 Bahtera Merdeka
#2 Alam Harmoni
#3 Sinar Purnama Ramadan
#4 Maulidur Rasul
#5
Doa
5. SAJAK
#1 Musafir
#2 Amarah Alam
#3 Mampukah Kehilangan?
#4 Hayat Ini
#5
Lengkaran Maya
6. HAIKU
#1 Teratai
#2 Lebaran
#3 Tanjung
#4 Pisang kaki
#5
Angsa
7. Kuatrin
#1 Lorong ini
#2 Kasih Ini
#3 Siapalah kita
#4 Secoret pesan
#5 Sebuah kelahiran
8 SADUKA
#1
Tanah Ini
#2 Musim Buah
#3 Tunai Haji
#4
Adam Reyqal
#5 Angka Sifar
9 KARMINA
#1 Detik Masa
#2 Kasih Sayang Cinta
#3 Kampung Halaman
#4 Kuntuman Kembang
#5
Rindu Dendam
10 SONIAN
#1Senja
#2 Alam Maya
#3 Sahabat
#4 Ilmu
#5
Gubahan Kata
----------------------------------------------------------------------------------------------------
1.
PANTUN
Pantun
#1 SIMPULAN BAHASA
Sayur meranti bercampur tauhu,
tumbuhan bayam dicelah pangsa;
isi hati siapa yang tahu,
di dalam diam memendam rasa.
Selada dingin rapat di pangkal,
jalar kelisa di tepi tangga;
ada angin tak dapat disangkal;
luar biasa tidak terduga.
Ikan ketuka berenang-renang,
laut berombak jauh jelajah;
air muka persih dan tenang,
tidak beriak berseri wajah.
Di dalam pukat ada gelama,
bawa penganan jinjing sebelah;
ada bakat bertokoh karisma,
gaya pimpinan jelas terserlah.
Sambil mengemas hingga beranda,
menyapu sampah rata melayang,
anak emas ayahanda bonda;
tempat tumpah kasih dan
sayang.
Bawa rambutan turun ke sampan,
dayung ke pekan SimpangTiga;
ayam tambatan tanggung harapan;
mengubah akan nasib keluarga.
Segantang pulut berikan nyonya,
ambil cemperai di tepi jalan;
banyak mulut rajin bertanya,
mengharap lerai akan soalan.
Warna bold; Simpulan Bahasa
Pantun #2 PERIBAHASA
Sambil menampi dibuai
bayu,
arah permatang meniti titi,
jatuh terlanting lalu melatah;
bak dedalu api di pohon kayu,
hinggap di batang, batang mati,
hinggap di ranting, ranting patah.
arah permatang meniti titi,
jatuh terlanting lalu melatah;
bak dedalu api di pohon kayu,
hinggap di batang, batang mati,
hinggap di ranting, ranting patah.
Bunga angsana mekar
berjambak,
riang Tirana memilih marjan;
laut yang mana tidak berombak,
bumi yang mana tak ditimpa hujan.
riang Tirana memilih marjan;
laut yang mana tidak berombak,
bumi yang mana tak ditimpa hujan.
Memilih bedak oleskan pipi,
terus menghala ke Buluh Kasap;
kalau tidak adanya api,
masakan pula adanya asap.
terus menghala ke Buluh Kasap;
kalau tidak adanya api,
masakan pula adanya asap.
Dimakan pulut hari dah
siang,
bersama lala ikan belanak;
janganlah mulut disuap pisang,
punggung pula dikait onak.
bersama lala ikan belanak;
janganlah mulut disuap pisang,
punggung pula dikait onak.
Baca riwayat naskhah Melayu,
dikarang oleh warga setempat;
lemah liat si akar kayu,
dilentur boleh patah tak dapat.
dikarang oleh warga setempat;
lemah liat si akar kayu,
dilentur boleh patah tak dapat.
Burung kenari di pohon
nering,
termakan jadam galak menari,
rasa pahitnya mengolak resah;
kikir pari belulang kering,
walau direndam tujuh hari,
pasti ianya tak akan basah.
termakan jadam galak menari,
rasa pahitnya mengolak resah;
kikir pari belulang kering,
walau direndam tujuh hari,
pasti ianya tak akan basah.
Jangan meludah lantai
berhabuk,
pakai terendak memilih antah;
kalau dah tahu gadung tu mabuk,
mengapa hendak diratah-ratah.
pakai terendak memilih antah;
kalau dah tahu gadung tu mabuk,
mengapa hendak diratah-ratah.
Warna bold; peribahasa
Pantun #3 NOSTALGIA
Sisih
kumpulan buntu bahagi,
maman
berjenis dekat belara;
selisih
jalan suatu pagi,
senyuman
manis mengikat mesra.
Rana
santapan roti penganan,
bersila
tamu berpuntung sigup;
pesona
tampan hati berkenan,
kala
bertemu jantung berdegup.
Langkah
memilis getus suara,
tujah
kepayang tala pulasan;
warkah
ditulis utus bicara,
wajah
terbayang mula perasan.
Kerapu
lalu lokan menghalang,
serangan
teja menggodam bisa;
tersipu
malu bukan kepalang,
berangan
saja memendam rasa.
Talam
berkrim di gerai dadu,
serbat
dilirik ketip hiasan;
salam
dikirim melerai rindu,
sahabat
baik dititip pesan.
Sida
sedia hendak mendapa,
melayang
balam mengusik dayang;
kepada
dia tidak terlupa,
siang
malam asyik membayang.
Tunduk
kenari riba angsana,
gugur
kerana layangan bangau;
duduk
berdiri serba tak kena,
tidur
tak lena serangan angau.
Berangin
tamu galau melontar,
menyejat
badam sega dicapai;
ingin
bertemu walau sebentar,
hajat
dipendam moga tercapai
Pantun
#4 IMPIAN
Di kiri
palma kanan perigi,
sela pulasan sebelah kiri;
dinihari menjelmakan pagi,
mula lukisan sebuah hari.
sela pulasan sebelah kiri;
dinihari menjelmakan pagi,
mula lukisan sebuah hari.
Kenari
duka mengusir lara,
leka perhati jering kelisa;
jejari leka mengukir citra,
sesuka hati seiring masa.
Hendak ke bangsal bermain bangsi,
merdu sekali laguan simfoni;
tidak sesal mahupun sangsi,
justeru demi impian diri.
Ragi di kasur reja di peti,
duduk menjelum bilik gelita;
pagi mengangsur senja menanti,
esok belum pasti milik kita.
Mari ke sini lekat di sini.
menilik kanta rapat teliti;
harinya ini dan saat ini,
milik kita yang sangat pasti.
leka perhati jering kelisa;
jejari leka mengukir citra,
sesuka hati seiring masa.
Hendak ke bangsal bermain bangsi,
merdu sekali laguan simfoni;
tidak sesal mahupun sangsi,
justeru demi impian diri.
Ragi di kasur reja di peti,
duduk menjelum bilik gelita;
pagi mengangsur senja menanti,
esok belum pasti milik kita.
Mari ke sini lekat di sini.
menilik kanta rapat teliti;
harinya ini dan saat ini,
milik kita yang sangat pasti.
Lensa
dilalu fokuslah tepat,
melihat suria janggal tercipta;
masa
berlalu amatlah cepat,
rehat berkarya tertinggal cita.
Hujan
di atap angin membadai,
jajar sekata kering terasa
impian
tetap ingin digapai
berkejar kita beriring masa
Apa tersirat tersalah erti,
maya
berwarna hilangkan dura;
apa tersurat sudahlah pasti,
dunia
fana nan sementara.
Pantun
#5 PERBIDALAN
Burung kedidi burung kelicap,
kunjung
menggalang di atas atap;
janganlah jadi nakhoda
kasap,
penghujung
hilang pangkal pun lesap.
Lalu melayah singgah merombak,
siap
siaga hinggap di sipi;
terlalu payah dilambung
ombak,
tercapai
juga tanah yang tepi.
Melangkah pulang hati menduga,
kata
bertingkah menyoal rumi;
naik membilang anak
tangga,
turun
selangkah jejaklah ke bumi.
Indah cuaca awan sejengkal,
lalu
kuala ke pelabuhan;
kalau neraca palingan
bungkal,
hati
pula palingan Tuhan.
Jala dikancing
diletak tinggi ,
bungkus kersani tumpat gerigi;
bila kucing tidak bergigi,
tikus berani melompat tinggi
bungkus kersani tumpat gerigi;
bila kucing tidak bergigi,
tikus berani melompat tinggi
Bersukacita karang
kenanga,
dilitup selut sampan di jeti;
buka mata pasang telinga,
tutup mulut simpan di hati.
dilitup selut sampan di jeti;
buka mata pasang telinga,
tutup mulut simpan di hati.
Sarung diluar jaringan
kempas,
sabar mengambil longgokan ikan;
burung yang liar jangan dilepas,
khabar yang mustahil jangan didengarkan.
sabar mengambil longgokan ikan;
burung yang liar jangan dilepas,
khabar yang mustahil jangan didengarkan.
Buang sauh tidak
terjangkau,
melayang candik sambung menyimpai;
barang yang jauh hendak dicekau,
tangan yang pendek dihubung tak sampai.
melayang candik sambung menyimpai;
barang yang jauh hendak dicekau,
tangan yang pendek dihubung tak sampai.
Tuil melentuk tampan
terkukur,
duri kaktus kenari merenyut;
kail sebentuk umpan seekor,
sekali putus sehari berhanyut.
duri kaktus kenari merenyut;
kail sebentuk umpan seekor,
sekali putus sehari berhanyut.
Lain terpancar titip
bersuci,
kasih dirasuk membilang sangga;
kain dalam acar dikutip dicuci,
masih nak masuk ke longkang juga.
kasih dirasuk membilang sangga;
kain dalam acar dikutip dicuci,
masih nak masuk ke longkang juga.
Warna bold; perbidalan.
PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol.
PAHANG
2.
SYAIR
Syair
#1
SYAIR BUNGA RAYA
Bunga
raya disyair mencerah,
mekarnya
indah merona merah,
tumbuh
merata liar selerah,
di
ceruk kampung rata daerah.
Menghijau
subur tegak merendang,
seri
suasana sejauh pandang,
rona
meriah sukar terhadang,
meski
tumbuhnya di pinggir padang.
Bunga
raya tingginya separa,
tumbuhan
herba mengubat dura,
mengurai
sakit duka dan lara,
demam
dihidap sembuh segera.
Akarnya
kukuh mencengkam tanah,
mengelak
hakis pemusnah ranah,
dihembus
ribut masih tak punah,
banjir
melanda renda sakinah.
Bunga
raya bunga kebangsaan,
pilihan
tepat Tunku Abd.Rahman,
bukan
semata puspa pilihan,
hikmah
firasat dalam renungan
Bunga
raya melambang semangat,
bersatu
erat teramat sangat,
berganding
tangan jatuh keringat,
warga
negara mutu menyengat.
Berakhir
syair mencitra bunga,
Indahnya
agum hingga terpinga,
lupa
penganan dalam belanga,
anugerah
Allah hamba ternganga.
SYAIR
#2
WARGA
NEGARA MERDEKA
Alhamdulillah
pembuka kata,
Bermula
syair ukiran tinta
sudah
merdeka nusa tercinta,
warga
negara bersukacita.
Budi
semangat pejuang bangsa,
semangat
ikhlas menabur jasa,
berjuang gagah seiring masa,
tuntut merdeka bebaskan nusa.
Tebus maruah juang merdeka,
lama terjajah detik ketika,
warga merintih langsung tak suka,
dalam belenggu perih terluka.
Hasrat pejuang satu matlamat,
bebaskan nusa tanah keramat,
hidup warganya mengecap nikmat,
Allah izinkan peroleh rahmat.
Takwim Sheikh Fahim ulama terbilang
di akhir Ogos tarikh
gemilang,
julang merdeka tanpa terhalang,
warga
menanti detik menjelang.
Stadium
Merdeka jadi saksi,
rasmilah sudah berubah paksi,
memulang hak wajar solusi.
Tujuh kali “merdeka” gema suara,
dilaung Tunku Abdul Rahman Putra,
warga menyahut sebak tertera,
meraup syukur terusir dura.
Watan merdeka
amatlah bangga,
bebas dijajah merasa
lega,
cinta negara jiwa dan
raga,
ditadbir bijak warga
menjaga.,
Syair merdeka usailah sudah,
moga terhibur terlerai gundah,
menyusun kata mengukir madah,
demi sebuah negara indah
Syair
#3
SYAIR PIPIT
DAN ENGGANG
Pipit dan enggang
syair dikarang,,
mengepak sayap bukan
sebarang,
dimusnah hapus
memang dilarang,
mudah dilihat di tempat
terang.
Pipit tuli namanya
diberi,
pipit uban kaumnya
sendiri,
burung nan kecil rendah
berdiri,
terbang berkawan ke sana
ke mari.
Sering bersama di
batas ban,
kadangkala hinggap di reban,
kutip bijirin di
perdu leban,
kemuncut halus ternyata
saban.
Pipit mematuk buah celagi,
paruhnya kecil tidak
bergigi,
musuh petani dihambat
pergi,
agar hasilnya tidak
merugi.
Enggang di pohon di pinggir lagun,
bangun sosoknya ketara
anggun,
hebat rupanya lihat
terpegun,
di rimba raya tempat
memegun.
Jarang temui enggang
berkawan,
dengan pasangan kadang
berlawan,
besar rezeki setinggi awan,
tidak cukupan cuma secawan.
Tidaklah hairan tindak
lakunya,
enggang dewasa dengan
caranya,
jangan berkurang mewah rasanya,
juang bersungguh akan mahunya.
Enggang dan pipit
hanya anologi,
sifat berlawan tolak
bahagi,
lestari hayat gaya
meranggi,
puisi syair sebuah elegi.
Syair
#4
SYAIR NEGARAKU
Kugubah syair deminya
nusa,
tanah tercinta damai sentosa,
berbilang bangsa rasi
selesa,
membina jaya luar biasa.
Hidup harmoni erat
bersatu,
hormat menghormati
saling membantu,
menjauh rasa hati kematu,
suka berseteru sifat
menghantu.
Negaraku makmur mewah
rezeki,
laut direnang gunung
didaki,
warganya rajin perempuan
lelaki,
reda berkongsi tidak
berdengki.
Pelbagai kaum berbilang
ragam,
demikian kita rencah dilagam,
berbilang adat tidak
seragam,
kadang kemelut
berpancaragam.
Hidup bersana memang
begitu,
masih terkawal emosi
itu,
tidak memuncak gejolak
nawaitu.
cinta negara warga
bersatu.
Negara kita jalin
muhibbah,
Semenanjung, Sarawak dan
Sabah,
anugerah Allah tawaduk
sembah,
milik bersama tidak
berubah..
Syair
#5
MAWAR OH MAWAR
Syair mawar bersama
diperi,
mekar di pohon cantik
berseri,
walau keliling dipenuhi
duri,
namun itulah gambaran
diri.
Mawar cantik lebat
berumpun,
aroma segar berjambak
terhimpun,
di sudut kamar menyerlah
santun,
menyeri ruang hati
meruntun.
Leganya hati di sisi
mawar,
terasa laju masa
beredar,
ingin bersama hilangkan gusar,
nikmati indahnya dengan
sabar.
Walau terluka ditusuk
duri,
darah menitis di hujung
jari,
hati terasa ngilu dan nyeri,
diseka lirih memujuk diri.
Mawar yang ini mawar
pilihan,
jadi perhiasan mesra
sentuhan,
di hujung ranting
celahan dahan,
terpesona akan keindahan.
Mawar ranggi berkelopak
cantik,
tanpa ragu segera
dipetik,
sebelum mekar dinanti
putik,
walau hujan mulai
merintik.
Gerimis mulai turun
kasar,
hati berolak runsing dan
gusar,
lembut kelopak menjadi
sasar,
longlailah mawar kecil
dan besar.
Mawar terindah memudar
warna,
tidak lagi sesegar
angsana,
kelopak relai di sini
sana,
bertaburan rata suram
suasana.
Demikianlah kisah akan
mawarku,
sudah pun layu di ujung
waktu,
berguguran longlai lesu di
perdu,
hilanglah seri berulang
sendu.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
3.
GURINDAM
Gurindam
#1 GURINDAM KEMBARA
Kalau
kembara jelajah tempat,
luas pandangan tatkala sempat.
Kalau
kembara serata daerah,
dapat susuri jalur sejarah.
Kalau
kembara dalam negeri,
indah permainya maklum sedari.
Kalau kembara lewati sempadan,
membanding-banding tidak sepadan.
Kalau kembara mencari ilmu,
menambah tahu tidaklah jemu.
Kalau kembara melihat alam,
mengukuh iman bagai pualam.
Kalau kembara ke dalam diri,
salah silapnya peduli cari.
Kalau kembara mencari cinta,
seru
kasih-Nya dilafaz nyata.
Gurindam
#2 NIAT
Kalau berniat tulus dan ikhlas,
hasil menjadi citranya jelas.
Kalau berniat wajib tunaikan,
janji tepati mesti amalkan.
Kalau berniat tidak dilafaz,
umpama kata tidak dihafaz.
Kalau berniat menjadi guru,
menimba Ilmu usah terburu.
Kalau berniat ingin kembara,
langkah dimula elok segera.
Kalau berniat menuju syurga,
amal ibadah pekerti jaga.
Kalau berniat menjadi alim,
Ilmu dituntut murabbi mualim.
Kalau berniat puasa sebulan,
tiba Ramadan itu amalan.
Gurindam
#3
GURINDAM GAGAL
Andainya
gagal apa dirancang,
kaji selidik
segera bincang.
Andainya
gagal ujian pertama,
rujukan ilmi
biarlah lama.
Andainya
gagal dalam perkahwinan,
suratan
takdir lerai bebanan.
Andainya
gagal dalam percintaan,
hati kecewa
lumrah perasaan.
Andainya
gagal difikir selalu,
tiada jaya
melintas lalu.
Andainya
gagal beramal soleh
murabbi
benar segera pilih
Andainya
gagal mendidik laku
gejala keji mudah berlaku
Andainya gagal berkali-kali
salah dan silap wajar sesali.
Gurindam
#4
GURINDAM RAJIN
Barang siapa rajin berkebun,
hasil melimpah rezeki menimbun
Barang siapa rajin mandiri,
segala kerja laku sendiri.
Barang siapa rajin ziarah,
erat ukhuwah sirna amarah.
Barang siapa rajin membaca,
alim
berilmu hindari cerca.
Barang siapa rajin masak-memasak,
jamu selera tidaklah
sesak.
Barang siapa
rajin berkarya,
ilham dicerna
semampu daya.
Barang siapa rajin melukis,
seni lukisan tidak terhakis.
Barang siapa
rajin berceritera,
riwayat lama
melipur lara.
Barang siapa rajin bergurindam,
puisi tradisi tidak
terpadam.
Barang siapa rajin bersukaria,
akhirnya hidup tidak ceria.
Gurindam
#5
Gurindam
jiwa
Gurindam jiwa irama sukma,
lagu berseni senandung
lama.
Gurindam jiwa lirih
mengasyik,
maknanya indah kalbu
terusik.
Gurindam jiwa suara hati,
Ilahi Rabbi Maha Mengerti.
Gurindam jiwa berladung
sayu,
kepada Dia hajat merayu.
Gurindam jiwa gubahan
cinta,
persembahan hamba yang
hina leta.
Gurindam jiwa disusun
indah,
pilih aksara apa dimadah.
Gurindam jiwa frasa
sastera,
merawat hati sirna
sengsara.
Gurindam jiwa alun
berlagu,
titip nasihat tidak
mengganggu.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
9/05/019
4.
NAZAM
Nazam
#1
BAHTERA MERDEKA
Bismillah
wadah membuka karangan
selawat
dan salam rasul junjungan
tahmid
tahlil tasbih zikir seiringan
melayar
Bahtera Merdeka di segara perjuangan.
Doa di sukma Allah perkenan
pelayaran bahtera mulai perlahan
dilambung ombak
dihembus anginan
alamat destinasi pasti sasaran.
alamat destinasi pasti sasaran.
Bahtera Merdeka sarat muatan
membawa pelbagai rencah
sukatan
apa saja segala kaitan
apa saja segala kaitan
demi
kehidupan merentas lautan.
Sifat
mahmudah dipohon kepada Ilahi
di
dalam bahtera kekal harmoni
saling
mahabbah jiwa insani
berpimpin
tangan kongsi berani
Bahtera
Merdeka disongsong angin
hujan
menderu alam mendingin
pesanan
langit murkanya Allah Al-Muhaimin
sifat
mazmumah serakah haloba dijalin
Layarnya lusuh malu berkembang
Jalur
Gemilang cela dibilang
tiang pasaknya menyenget
tumbang
geruhnya
hati menaruh bimbang.
Munajat doa mohonkan restu
agar dikasihani Alllah Yang Satu
Bahtera
Merdeka reda dihulur bantu
haluan
menyasar dihadang sesuatu.
Alhamdulillah Allah berkati kabulkan
sujud dini hari serta doa dititipkan
Bahtera
Merdeka milik warisan
diperhati
peduli diperbaiki kerosakan.
Kini
indah lagi menyerlah
belayar
tenang di lautan Allah
masih
memberat kontena masalah
namun
semakin gagah menolak olah
Nazam#2 ALAM HARMONI
Bismilah itu permulaan
kalam
bernazam indah ceritera
alam
harmoni bersama siang
dan malam
kehidupan tenteram
tidaklah kelam.
Alam semesta luas
saujana
bagai lukisan Allah
laksana
Kejadian Allah amat
sempurna
melengkap perlu makhluk mengguna
Kasihnya Rabbi kepada
hamba-Nya
tidak terlafaz dengan
bicaranya
Selawat dan salam
junjungan mulia
bersama Rahim-Nya
menghuni dunia.
Gunung ganang tegak
mempasak
jangan ditarah jangan
dirabak
kejadian Allah hindarkan
rosak
hening dan damai tidak
menyesak
Rimba dan hutan usah
dicerah
takut mengundang bahana
Allah
ujudnya adalah mengelak
olah
kala hujan lebat
mencurah
Mergastua serangga flora
dan fauna
rimba belantara adalah
istana
girang berada di sini
sana
bebas menghuni walau di
mana
Sungai dan tasik bagai
‘al-Khautsar’
bukan dicemar adab
tersasar
tempat berwenang hidupan
dasar
sambil bertasbih kecil
dan besar
Khalifah alam pilihan
Allah
umat manusia pikul
amanah.
jujur dan ikhlas memang
ditelah
tegar ujian hadapi
masalah.
Nazam
#3 SINAR PURNAMA RAMADAN
Marhaban
Ramadan al-Mubarak
cahaya
purnama sinar bak perak
sujud
tawaduk amal digerak
iman
dan takwa bersemarak.
Ramadan penghulu segala bulan
ganjaran berganda Allah janjikan
ibadah puasa diterima Tuhan
amalan
baik jadi tuntutan.
Ramadan bersinar cahaya
indah
membawa rahmat sehingga
sudah
giatlah diri beramal ibadah
giatlah diri beramal ibadah
mohon
ampun mengusir gundah.
Agar
terhapus segenap dosa
zahir
batin suci sempurna
bagai
bayi lahir semula
tenang
hati riang ceria.
Mendidik
umat berlapar dahaga
letih
lemah jiwa dan raga
menahaninya
tidak bersangga
kuat
semangat hadapi duga..
Bersedekah berzakat dimurahkan rezeki
janji
Ilahi sudahlah pasti
amat
melimpah di Ramadan ini
mesti
direbut mesti dicari.
Tadarus terawih meningkat takwa
siang dan malam amal dibawa
mengisi
waktu dengan sesungguhnya
mengisi
rohani bekalan ke sana.
Lailatul-Qadar kita impikan
sepuluh malam terakhir ganda amalan
moga
peroleh akan keberkatan
penuh
dengan nikmat kebahagian.
Ramadan
dinanti penuh rindu
pahala
sunat seperti fardu
amal
ibadah hingga beradu
memeluk
cinta-Mu rindu syahdu.
Nazam
#4 NAZAM MAULIDUR
RASUL
Sebermula
bismillah melafaz kata
selawat
dan salam rasul tercinta
pembawa
nur sinar semesta
seluruh
alam sirna gelita
Malidur
rasul ingatan umat
hari
sejarah nabi Muhammad
lahir
ke dunia menjunjung rahmat
anugerah
Allah berserta nikmat
Syiar
Islam tegak menjulang
meski
berbilang rintangan menghalang
tegar
berjuang bukan kepalang
darah
air mata iring berselang
Nabi
utusan yang Rahim Rahman
kepada
umat akhir zaman
dakwah
tarbiah ilmu pedoman
semoga
menjadi insan budiman
Nabi
nur rahmat seluruh alam
terangi
gelap gelita kelam
sentuhan
baginda huluran salam
sejahtera
sempurna Ilmi mendalam
Nazam
#5 DOA
Demi Allah Tuhan yang Esa
tangan ditadah setiap masa
moga selari hidup selesa
hingga akhirnya aman sentosa
Demi Muhammad rasul
junjungan
selawat dan salam lafaz
berpanjangan
tidak dilupa dalam kenangan
siang dan malam tidak
berhujungan
Berdoa hamba atas sejadah
segala urusan agar
dipermudah
tiada aral melintang
menggundah
wajah diraup seusai sudah
Ilahi Rabbi maha Mendengar
walau terdetik di kalbu
sanggar
tidaklah perlu membuat
hingar
seperti berada di dalam
pasar
Allah yang Rahim juga Rahman
pengasih penyayang mengiring
teman
hanya pada-Mu hamba beriman
dunia akhirat beroleh nyaman
Hamba berdoa sesungguh hati
Ilahi Rabbi mohon berkati
lestari hayat sehingga mati
amal ibadah rahmati pasti
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
9/05/019
5.
SAJAK
Sajak
#1
MUSAFIR
MUSAFIR
Bermusafirlah segenap
penjuru alam
mengagumi kebesaran Ilahi
maha indah
yang menciptakan hanya
dengan firman
Kun faya kun
Maka akan terjadilah
dengan jaya sempurna
keindahannya
tidak terkata kelu lidah
berbahasa
Langkah wisata ke cerok
alam dunia
di mana saja dimulai
dengan sujud menyembah Pencipta
membawa hasrat termakbul
hajat
urusan perjalanan tiada
gendala
dihalangi rintangan aral
Berwisatalah dari lembah
yang pamah
hingga ke puncak gunung
menggapai langit berawan
putih
Atau belayar di samudera
tiada bertepi
luas saujana
menyelami dasarnya
membawa naik berbilang
mutiara
Sebenarnya kita
sedang bermusafir di alam
dunia
menuju negeri abadi
sehingga nafas terhenti
sajak #2 AMARAH
ALAM
Kegelojohan yang melangkaui batas tersengaja tindak
laku
Rakus serakah nafsu menguasai mercu
gemala kecil di ubun
Denyutannya tidak terasa, lalu tega
mencurah kimia pelarut organic benzene toluene xylene ethylbenzennne
d limonene
Mencemari sungai Kim Kim dengan sisa toksik buangan
Maka bersatu udara tanah hujan menghukum kezaliman
tidak tersanggah
Cedera alam sekitar deruan
pawana beracun memual rasa menyesak dada
Anak-anak sekolah, warga dewasa yang kalah
Wad hospital tumpuan ribuan
merawat kesakitan termudah sekiranya
Lebih awal dicegah
duka pilu menyerbu
ampuni hamba-Mu
yang tidak berdaya lagi berdosa ini Ilahi Rabbi
api amarah alam ini mohon reda-Mu padamkanlah
sajak
#3 MAMPUKAH KEHILANGAN?
Memiliki anugerahnya tidak terbanding
nilai
dileta sepi di sudut lohong graha
Terbiar lara tidak terpeduli sesiapa
Hadirnya erti dipertikai senyum sinis
diorak bibir
dirunyam selirat ragu sangsi memuncak
rasa
membentuk tanda persoalan polemik
besar
setelah ketiadaan berjurai titis air
mata darah tidak akan mengembalikan
sedih pilu berlagu mengumpul frasa
hiba tidak terjumlah
anugerah-Nya selari situasi semasa
sesuai kehendak
andai perhati lewa segalanya sirna
sekelip kerdip mata
moga tidak kehilangan apa-apa
moga anugerah-Nya ditatang agar tidak
jatuh berderai
justeru keacuhan lalai melonglai
syukur reda takwa demi-Nya
Penguasa semesta alam
sajak
#4 HAYAT INI
Walau ianya sementara
destinasi akhir tegap asa.
Rencah nya membubu rasa pelbagaian
resepinya adalah pilihan kita
yang jadi hidangan di meja kehidupan.
Lalu santaplah meski tidak berselera
Setelah itu bersandarlah di pohon Iradat
seraya mengucap syukur nikmat.
Alhamdulillah.
sajak
#5 LENGKARAN
MAYA
Samseng samseng jalanan
maya
menggonggong nota
kebenaran
menggempur wujud persona
mengadili kebenaran
Menyatakan jawapan
berbeda tentang isu
walau dengan manis
melafazkan
tidak salah berbeda pandangan
meluah rasa termengkelan
sukar ditelan
Lalu samseng jalanan
maya
membawa peranan
menggembur permusuhan
Tidak pernah ia meredap
bak api dalam sekam
dihembus pawana bicara
menyalalah api meliuk
kuning
membara merah menggila
membakar langit damai
tiada sudahnya
PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol Pahang DM
6.
HAIKU
Haiku
#1 Haiku Teratai
gubahan
sajak -
vas Teratai Abadi
khazanah seni
vas Teratai Abadi
khazanah seni
teratai
batu -
pancuran limpah air
singgahan santai
pancuran limpah air
singgahan santai
Fauziah
Latiff -
Teratai Tasik Madu
malar hijau
Teratai Tasik Madu
malar hijau
senandung
lagu -
teratai lambang cinta
seniman unggul
teratai lambang cinta
seniman unggul
kelopak
ungu -
lonjak teratai danau
saujana seri
lonjak teratai danau
saujana seri
daun
terapung
kembang teratai merah -
kembang teratai merah -
akar tergantung
teratai
anggun -
lukisan cat air
galeri seni
lukisan cat air
galeri seni
dayung
perahu -
teratai Tasik Chini
misteri naga
teratai Tasik Chini
misteri naga
Haiku
#2 LEBARAN
Hari Lebaran –
tetamu silih
lalu
maaf-maafan
warna ceria -
sopan busana pagi
di Aidilfitri
ketupat palas –
piring rendang berona
selera rakus
baju Melayu –
sepasang kurung biru
gaya sedondon
Haiku #3 TANJUNG
kalungan tanjung
malai aneka bunga -
karya kreatif
aura haruman -
bunga mengkula putih
ruangan sempit
olesan bedak
pewangi bunga tanjung -
pengantin baru
cerita seram -
pohonan tanjung rimbun
langsuyur ngilai
Haiku #5
kelopak tanjung -
ukiran balai seni
undang wisata
senandung langgam -
irama bunga tanjung
orkes bandaraya
putih berseri -
kuntuman bunga tanjung
pohonan tinggi
gadis rupawan -
haruman bunga tanjung
pesona diri
Haiku
#4 PISANG KAKI
kesemak jingga -
celahan hujung
ranting
seraga penuh
gadis sendiri
persimmon nan merah
kuning –
gerai jalanan
hiris kesemak
debaran sesak dirasa
–
jantung bermaya
pandang leka -
gugusan pisang kaki
rantau wisata
‘haciya Jepun’ –
buah tradisi asli
taman riadah
‘khormaloo parsi’ –
Asia barat daya
jajaran pohon
jingga kemerahan –
pisang kaki Amerika
herba kalsium
Haiku #5 ANGSA
sepotong kuih –
rebutan angsa putih
piring berlumpur
di tepi danau -
seekor angsa tua
menggamit pandang
makanan angsa -
campuran dedak halus
tiada sisa
gimrama ballet -
Majlis Sukan Negara
tarian angsa
sereban angsa -
khemah tengah halaman
sekawah gulai
tasik beriak -
sekawan ‘swan lake’
seri suasana
tenang di kolam
angsa berbulu putih -
bayang setara
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
7.
KUATRIN
Kuatrin
#1
KUATRIN
LORONG INI
Di lorong ini aku tersesat
tidak kutahu mana arahnya
peluh menitis kuseka kesat
langkah kuatur tega perihnya
Kutemu rakan kawan sejalan
berbeka riang
berkongsi rasa
kadang bergelak kadang terkilan
dihambur dengan kata
berbisa
Di lorong kecil ruangnya sempit
sesak bernafas sedut
udara
daya dijana meski berhimpit
hasrat sebenar mencipta citra
Karya tercantik digubah mampu
moga pesona dilirik pandang
seri cahaya lantera lampu
nikmati syukur apa dihidang
Di lorong ini berpencak silat
melakar ilham melukis benar
beri manfaat tidak meralat
fikiran jernih merawat nanar
kuatrin #2 KUATRIN
KASIH INI
Kasihku ini hanya untuk-Mu
tidakku ragu mengukir
kata
pernah keliru
sering bertamu
pudar gerhana tulusnya cinta
Sesalan datang tidak
terkira
rasa berdosa menimbun tinggi
sesak dihimpit perih sengsara
tidakkan mahu diulang lagi
Murni kasih-Mu daku mengharap
kudus cinta-Mu kepada hamba
tulus sayang-Mu inginku serap
ampuni salah amat didamba
Bagai meruntun
di dalam sukma
ingin bertemu melerai rindu
saat dinanti bakal bersama
renyai tangisan tersedu-sedu
Detik berlalu
dibilang-bilang
langkah hampiri makin mendekat
tiada aral dapat menghalang
tatkala nafas sudah tersekat
Kuatrin #3 SIAPALAH KITA
Siapalah kita suka menghina
gemar mencerca tidak berkenan
mudah melontar batu mengena
tuju sasaran bawa peranan
Sekadar kenal
belum bersua
bagaikan akrab tersangat rapat
luar dan dalam tahu semua
arif segala buktinya tepat
Sedikit tahu habis
dibongkar
bagai menulis sebuah karya
darinya pucuk hingganya akar
dicoret larik di media maya
Cacian hina bukan budaya
budi bahasa santun
Melayu
sebabkan ragu
hilang percaya
maksud sebenar lagu mendayu
Di tempat tinggi Dia tercinta
tingkah hamba-Nya jelas perhati
Rakib dan Atid terus meninta
Di Padang Mahsyar memapar bukti
Kuatrin
#4 SECORET PESAN
Keluhan itu luahan rasa
sekadar zahir rasa empati
pegal terbuku melukis rupa
apa yang mampu diucap lagi
yusu
Tegarkan asa usah mengalah
gemala minda menimbang keputusan
onak dan ranjau sudah diredah
gelora hidup tanpa alasan
lestari hayat laksana alam
menghilir arus kadang menyongsang
berlalu siang berganti malam
ombak melaut surut dan pasang
Medan akli pun terbelah juga
Berbolak-balek buruk dan baik
positif negatif sering duga
sifat hakiki turun naik
Atasi aral dengan berpada
doa tawakal kepada Allah
terima takdir-Nya dengan reda
kepada Dia kita berserah
terlalu ralit mengejar dunia
tidak seimbang dengan akhirat
kelak tertinggal kerana alpa
di Padang Mahsyar bimbang mudarat
Kuatrin #5
SEBUAH KELAHIRAN
Sembilan
bulan sepuluh hari
dikandung
ibumu dengan lelah
tegar
perihnya tidak terperi
lalu
dizahirkan susah payah
Doa tawakal
akan takdir-Nya
ke
hujung nyawa cekal berjuang
darah melimpah hilang kudratnya
rebah terkulai di tengah ruang
darah melimpah hilang kudratnya
rebah terkulai di tengah ruang
Kala
dirimu menjengah fana
berhiba-hiba
raung tangismu
bidan mandikan beri busana
ibu mendakap menyusumu
bidan mandikan beri busana
ibu mendakap menyusumu
ibu membelai ayah menjaga
agar dirimu tidak diganggu
siap sedia tidur terjaga
hati waspada bimbang dan ragu
aduhai anak jangan
derhaka
kepada ibu kepada ayah
kenangi budi baik mereka
didik asuhmu bersusah payah
PARIDAH SHAK
Desa Melor Serendah
8.
SADUKA
Saduka #1
TANAH INI
Milik kita
tanda cinta
waris moyang
harta eyang
Bela jaga
tinggi harga
usah gadai
ranah landai
Lubuk hati
kasih pasti
warga nusa
bilang bangsa
Saduka #2
MUSIM BUAH
Sudah tiba
bawa laba
anak kampung
lenguh cempung
Buah lebat
usah lambat
nanti ranum
masam umum
Hujung julai
ranting kulai
rambai manggis
leka hunggis
Buah dusun
lapis susun
tidak bejat
daya hajat
syukur amat
akan nikmat
Allah beri
kanan kiri
Iman takwa
kilik bawa
sujud tulus
atma telus
Saduka #3
TUNAI HAJI
Amal rukun
giat tekun
sampai seru
deras luru
Tanah haram
saing mahram
suci hati
niat pasti
Atur langkah
harap berkah
umat Islam
hulur salam
Rahmat Allah
jelas serlah
sayang kasih
murni bersih
Saduka #4
ADAM RAYKAL
Mata sayu
renung layu
baru hadir
demi takdir
Tangis mersik
halus bisik
perit dera
sungguh dura
Alam fana
pinjam lena
hanya bentar
dingin ketar
Syurga lambai
main buai
tinggal ibu
kalbu sebu
Saduka #5
ANGKA SIFAR
Bilang sifar
lopong besar
campur satu
kira itu
Nanar fikrah
meski pasrah
hutang nusa
sama rasa
Mesti lunas
ide bernas
usah ragu
wajah lugu
Biar kosong
makin gosong
bantu beri
daya diri
Tanda cinta
nusa kita
atma putih
niat bersih
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
9.
KARMINA
Karmina #1
DETIK
MASA
Suhun membiru diguni lama;
tahun baharu kini ;menjelma..
Rengsa di hulu
menuju kali;
masa berlalu laju
sekali.
Kainnya kasa hana selendang;
tajamnya masa laksana pedang..
Ikan kelisa dikilik dara;
manfaatkan masa sebaik cara.
Angsa berintik meranah kaktus;
masa berdetik tak pernah putus.
Lupa pelita jaha dilompat;
apa dicita usaha cepat..
Salsa dikandar
putat selerah;
masa beredar catat sejarah.
Karmina #2
KASIH SAYANG CINTA
Sisih kepayang di atas kasa,
berkasih sayang hidup sentosa.
Membaca tarhim sambil berdakwah,
silaturahim jalin ukhuwah
Kerat cemara di tepi titi.
erat dan mesra kasih sejati.
Bunga kedasih gugur merata;
hilang kekasih kemarau cinta.
Resah menggetus daun semalu,
usah terputus bugar selalu.
Buah pedada bawa ke huma,
ayah dan bunda kasih utama.
Ikan kelisa di dalam baldi,
Allah Yang Esa cinta abadi
Terbang lelayang menuju Kedah;
berkasih sayang itu
ibadah.
Karmina #3
KAMPUNG HALAMAN
Di dalam taman letak
karangan,
kampung halaman dalam
kenangan.
Daun semalu bercampur
maman,
rindu selalu kampung
halaman..
Dokoh gelinya di
tayang-tayang,
indah permainya sering
terbayang.
Mengerat dahan tidak
sedikit,
dusun buahan di pinggir
bukit.
Terbang kelkatu jatuh di
jenang,
duduk di situ sunyi dan
tenang.
Hilang di paya seutas
gelang,
menjelang raya perantau
pulang.
Jalan ke taman ambil
cempaka;
kampung halaman tanah
pusaka.
Isi manisan dalam
penganan;
harta warisan demi
turunan.
Karmina #4
KUNTUMAN KEMBANG
Tinggi cemara dipangkas rendah;
mekar flora suasana indah.
Mandi melulur kembang berkuntum;
cempaka, melur menyebar harum.
Ramai berduyun iring mempelai;
gemalai ayun bayu membelai.
Memakai furdah sehari suntuk;
kelopak indah aneka bentuk.
Beli di pekan asam gelugur;
usah biarkan layu dan gugur.
Kuntum jenjarum mekarnya lama;
bunga nan harum kekal aroma.
Terlalu mua sakitnya hati;
kutip semua sejatkan pati.
Tumbuhan pasli celah keladi;
pewangi asli semula jadi.
Karmina #5
RINDU DENDAM
Anak
gelama buahan nadir;
kekasih
lama ditunggu hadir.
Dibawa
nyonya sebiji labu,
mengenangkannya
rindu di kalbu.
Tepi
perigi kembang seroja,
sedari
pagi menunggu saja,
Dari
Kediri menuju Langkap,
sepi sendiri
di muka tingkap,
bunga
melati letak di alang,
yang
dinanti tak kunjung jelang.
Tumbuh
selasih tepi kepayang,
datanglah
kasih datanglah sayang.
Buah
bidara kunyah dan hadam,
rindu
membara biarkan padam.
Sulaman
baldu corak angsana;
anyaman
rindu selimut lena.
PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol Pahang DM
10.
SONIAN
Sonian #1 SENJA
Langit jingga suram
azan kumandang
gema alun
muazin
Atur langkah laju
satu persatu
arah pasti
musolah
Jernih air wuduk
tadahan tangan
basah wajib
anggota
Diri solat Maghrib
waktu cemburu
hadap kiblat
segera
Imam di hadapan
berbaris makmum
susunan saf
jemaah
Sonian #2 ALAM MAYA
Alam maya luas
tiada batas
bebas sapa
kenalan
Gemuruh bicara
riuh seronok
kawan baru
internet
Positif negatif
wajib perhati
sampah sarap
jauhi
Media sosial
ramai berkenan
perkenalan
global
Persona bergaya
hartawan mewah
jerat mangsa
siaga
Sonian#3 SAHABAT
Sahabat sejati
syukuri Allah
hingga jannah
bersama
Langkah beriringan
kemana saja
sefahaman
gandingan
Berpisah tiada
tolong menolong
saat susah
prihatin
Kemelut sengketa
usaha elak
jalin erat
ikatan
Saling Tanya khabar
apa sahaja
susah senang
peduli
Sonian #4 ILMU
Ilmu sinar hidup
pelita iati
wajib cari
di mana
Pelajari ilmu
dunia akhirat
demi jaya
setara
Murabbi berilmi
sahih dan benar
walau jauh
pilihan
Kepentingan ilmu
usah pertikai
keperluan
insani
Istiqomah amal
walau sedikit
ketahui
sempurna
Sonian #5
Sonian #4 GUBAHAN KATA
Susunan kekata
sopan bahasa
lirih lunak
pesona
Indah reka karya
sentuhan rasa
jiwa halus
rasai
Kreatif cipta
manifestasi
wajah hati
sebenar
Peribahasa
tersirat maksud
metafora
Melayu
Simpulan bahasa
perumpamaan
perbidalan
Banyaknya pantun Melayu..
ReplyDeleteTERIMA KASIH CIKGU YA BANYAK PUISI KITA
DeleteWaahh. Terima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteTKSH HANNAH LILY SUDI BACA
DeleteWaaa.... ni semua karya akak ke? kagumnya saya. Saya pun minat bidang penulisan ni, cuba tak kesampaian utk belajar dengan lebih mendalam.
ReplyDeleteTKSH SS YA SEMUA KARYA KAK..PUISI SEMUA NI KAK BELAJAR AKHIR2 NI SAJA SELAMA NI XTAHUPUN
Delete