AIR
MATA DIBUANG JANGAN
Titis-titis air matamu berderai
bagai manik terurai
pilumu berlagu sendu
menampar kalbuku, ibumu.
Hamburkan segala gejolak rasa
yang melanda nestapa jiwa
dan menggugah resah sukma
ibumu, sentiasa siaga
merawat lukamu berdarah duka.
Sayang, air mata dibuang jangan
hulurkan tanganmu, kita
bergandingan
berlari mengejar pelangi impian
seindah warna-warni lukisan
yang kaucorakkan di kanvas
kehidupan.
Ujian takdir daripada-Nya ini
adalah buat insan yang disayangi
kerana DIA merindui rayuanmu
dan Maha mengetahui, terbaik
untukmu.
Taman Selayang Utama,
Selayang, Selangor.
01 Januari 2015.
No comments:
Post a Comment