KISAH SEORANG
BELIAWANIS FELDA
Sebulan yang lalu aku
mendapat surat pos yang meminta aku mengambil kiriman yang dialamatkan kepada
bilik bacaan felda ini. Sebab aku yang menyelia urus bilik bacaan ini dan ingin
menambah koleksi buku buku yang sedia tersusun di rak buku tersedia, tentulah
aku yang terpaksa pergi mengambilnya. Bukan dekat jarak antara pejabat pos
dengan tanah rancangan felda kampungku. Pejabat pos itu di Jerantut .
Jadi terpaksalah aku menaiki bas untuk ke sana. Melepasi jalanraya yang bengkang bengkok bak ular dipalu dan memeningkan kepala. Kalau tidak tahan dengan situasi begitu tekak akan terasa mual dan termuntah dibuatnya. Mujur aku terhindar dari rasa begitu. Sebelum tiba di Bandar Jerantut terlebih dahulu perlu menaiki feri menyeberangi sungai Pahang pula. Ketika itu tidak ada jambatan lagi. Jawabnya letih berpeluh sebelum tiba ke destinasi.
Bungkusan kiriman sebuah kedutaan luar negara itu diberikan seorang pegawai pos kepadaku. Setelah mendapatnya pulang pula dengan cara yang sama. Lalui lagi kepenatan yang serupa. Rupanya bungkusan yang dikirim itu mengandungi buku buku yang menceritakan doktrin sebuah negara kominis. Aku terduduk.
Takut pun ada. Tidak berbaloi langsung susahpayahku pergi mengambilnya. Tidak pasal-pasal aku akan didakwa kerana bersubhat menyebarkan dakyah kominis. Nampaknya buku yang agak banyak jumlahnya tersadai saja di suatu sudut kerana tidak dapat diletakan di rak buku kerana kandungannya yang ternyata menyalahi undang undang negara. Lagipun aku tidak mahu terlibat dengan masalah yang akan membelitku kerana kecuaianku sendiri yang melakukan sesuatu tanpa usul periksa lantaran terlalu rajin dan komited dengan tugasan tidak bergaji yang dipertanggungjawabkan. Tidak berapa lama setelah itu aku dipanggil mengadap pengurus rancangan pula.
Kali ini bukan setakat berjumpa dengan pengurus rancangan tetapi bertemu muka dengan dua orang pegawai polis yang menanyakan soalan tentang buku buku itu kepadaku.
Kata mereka kedutaan yang mengirimkan buku buku kepada semua bilik bacaan felda sedang disiasat kerana motifnya yang nyata; menyebarkan dakyah kominis ke pertempatan felda. Sebuah pengalaman yang ternyata mahal sekaliku alami dalam keseronokanku aktif dalam aktiviti social di tanah rancangan sambil menanti peluang menjawat sebarang jawatan setelah tamat persekolahan
Banyak juga faedahnya kerana aktif dalam persatuan belia felda ini.
Sentiasa ada peluang untuk menyertai aktiviti yang tidak terduga. Aku dipilih
berseminar di KL, bersama Md. Amin selaku naib pengerusi persatuan belia 4B di
sini dan aku pula adalah setiausahanya.
Wilayah felda pahang tengah diwakili aku dan dua orang lagi
belia dari felda Kampung. Awah.
Kami dibawa ke KL menaiki landrover felda dengan ditemani En.
Zainudin Yunus seorang pegawai sdo felda wilayah Pahang Tengah.Teruja sungguh
dengan pengalaman baru ini. Seminar dirasmikan Abdullah Ahmad Badawi mantan PM
yang tika itu Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Tun Abdulah tika
itu sangat kacak tampan sekali. Kami perserta perserta seminar berpeluang bergambar
dengan beliau.
Aku berkenalan dengan ramai kawan kawan belia yang datangnya
dari felda seluruh negara. Antara yang sangat rapat denganku adalah Mussalma
yang
menjadi rakan baikku ; berasal dari felda Lurah Bilut. Seorang yang sangat baik dan rapat denganku. Kemana saja berpergian mesti hendak bersama dengannya. Maklum akupun tidak biasa dengan majlis begini. Agak canggung sedikit dengan suasana yang selama ini tidak pernah dialami. Maklumlah orang kampung yang pertamakali ke bandaraya bagai rusa masuk kampung pula..
menjadi rakan baikku ; berasal dari felda Lurah Bilut. Seorang yang sangat baik dan rapat denganku. Kemana saja berpergian mesti hendak bersama dengannya. Maklum akupun tidak biasa dengan majlis begini. Agak canggung sedikit dengan suasana yang selama ini tidak pernah dialami. Maklumlah orang kampung yang pertamakali ke bandaraya bagai rusa masuk kampung pula..
Sedang kami sibuk berseminar muncul pula seorang wartawan yang
berhasrat menemuramah kami untuk bahan berita majalah yang diwakilinya. Aku dan
mussalma pun bercerita tentang kegiatan belia di tempat kami, dalam kesibukan
dan kesuntukan waktu untuk memenuhi acara yang disusun tidak sempat pula hendak
bertanya kepada wartawan itu tentang majalah yang diwakilinya dan bilakah
tulisannya tentang kami akan disiarkan
Telah berlalu cerita itu sehingga beberapa bulan kemudian bapa membawa pulang sehelai kertas majalah yang diberi seorang rakannya.
Telah berlalu cerita itu sehingga beberapa bulan kemudian bapa membawa pulang sehelai kertas majalah yang diberi seorang rakannya.
Tertera gambar aku dan mussalma di dalam
kertas itu.Kata bapaku rakannya menemui kertas itu berlapis di dalam kelongsong
kertas barang yang dibelinya di kedai PNF.kesian kan...gambar aku dan Mussalma
terperosok di dalam kelongsong pembungkus barang. Tapi okey lah juga dapat
menatap gambar sendiri di dalam cebisan majalah. Terimbau kembali kenanganku
bersama Mussalma dan peserta2 seminar di K l dulu. Momen yang sangat
menggembirakan. Mussalma kini seorang pegawai felda.
Dan aku meneruskan keseronokanku terlibat
dengan pelbagai aktiviti belia felda dengan menambahkan lagi kesibukannya
dengan menghasilkan karya penulisan tentang pelbagai kisah yang berlaku di kampung
felda yang dihantar ke akhbar arus perdana Utusan Malaysia. Ada beberapa
tulisanku yang disiar. Hasilnya dapatlah menjana sedikit pendapatan. Aku berkira-kira
hendak menulis tentang seorang isteeri peneroka yang dibiarkan suaminya gantung
tak bertali mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami setelah berkahwin lagi. Baru saja merangka, belumpun ditulis lagi
sudah dipanggil mengadap pengurus rancangan kerana katanya isu yang hendakku
tulis menyangkut soal pentadbiran felda. Nasib penulis picisan. Hih! Hih!
Tamat.
No comments:
Post a Comment