DEMI ALLAH
DEMI ANGIN
DEMI AIR
Azalina dan Nurhusna berkira-kira hendak mengikuti Nursyafikah pulang
ke kampungnya hujung minggu ini sebelum kedua-duanya pulang ke kampung halaman
masing-masing setelah menamatkan pengajian peringkat sarjana di university
Putra Malaysia Serdang.
Sekarang ini di kampung Nursyafikah
buah-buahan sedang bermusim. Lalu dia mempelawa kawan-kawannya itu untuk
merasai kenikmatan buah-buahan yang masak ranum di pohon lagi segar sekali.
Azalina lahir dan tinggal di bandar KB sementara Nurhusna pula lahir dan
membesar di bandar JB langsung tidak pernah merasai suasana alam di
perkampungan. Itu yang membuatkan kedua-dua sahabat itu teruja untuk mengikuti
Nursyafikah pulang ke kampungnya di Pahang.
“Kau dah beritahu makkau aku dan Suna nak ke
rumahkau?”
“Dahku pesankan di angin lalu.”
“Aik! Boleh berpesan-pesan melalui angin
pula.”
“Kau ni itupun nak pelik. Maknanya aku dah
telefon mak akulah. Dan gelombang udara membawa getaran suaraku kependengaran
mak aku. Orang dulu-dulu selalu berkata “kukirim rindu di angin lalu. Mungkin
itulah maksud tersiratnya kot. Melalui telepati saja mereka boleh menghantar
pesan kepada seseorang. Walau tanpa gajet canggih seperti sekarang.”
“Oh!” Azalina seakan cuba memahaminya.
“Jauh juga kampungkau ya Pikah. Lambat pula
aku rasa nak sampai. Dah naik kematu bontot aku rasanya duduk saja tapi masih
tak sampai lagi.” Azalina melepaskan keluh-kesahnya. Mungkin tekanan tubuhnya
yang tidak langgas bergerak cergas menyebabkan darah berkumpul dan tidak
mengalir lancar.
“Sabarlah! Kejap lagi sampailah kita. Tenguk
Suna relek saja. Leka dia perhati keindahan alam sekeliling. Kau ni macam-macam
saja lah Lin.”
“Tadi tu memang aku ralit sangat duk perati
orkid liar yang banyak tumbuh kat tepi jalan pinggir hutan tu, cantik sungguh.
Tapi bila keretakau dah mula membelok ke jalan yang bengkang-bengkok macam ular
kena palu ini kepala aku dah mula pening. Mual nak muntahpun ada. Menggelombang
je aku rasa perut aku ni.” Ketidakseimbangan situasi yang sedang dilaluinya
kini sedang mempengaruhi minda normalnya.
“Oh! Kau dah mula mabuk darat ya. Kesiankau.
Tak apa kita berhenti sekejap kat gerai buah kat depan tu. Kita minum dan beli
limau. Kalau rasa pening elok tonyoh dahikau dengan kulit limau dan makan
isinya. Aroma limau mampu membuat saraf otakkau tenang.” Istilah mabuk darat
sering digunakan emaknya kala melihatnya pening dan mual tika berkereta dalam
perjalanan jauh diulangi menyebutnya kepada Azalina.
“Jauh lagi ke Pikah ?” soal Nurhusna pula dari
seat duduk belakang..
“Kaupun dah rasa pening jugak ke Suna?”
“Taklah. Aku okey je. Cuma kesiankan Lin yang
dah pening lalat ni.”
“Sabar ya Lin. Kita berhenti sekejap kat depan
tu. Jalan kalau bengkang-bengkok gini memang ramai yang tak tahan perut kalau tak biasa. Aku dah biasa sangat
jadi dah mentan. Lagipun inilah satu-satunya jalan menghala ke rumah aku. Nak
tak nak kena lalu juga.”
Nursyafikah memarkir kereta kancilnya yang
kecil berurna biru itu di pinggir jalan berhampiran sebuah gerai buah-buahan.
Kelihatan tiada pelanggan yang mengunjungi gerai itu selain mereka bertiga. Ada
durian yang dilonggok dengan label Musang King. Jenama durian yang agak mahal
harganya dan amat popular kerana keenakan rasanya yang pahit manis itu.
Rambutan gading yang kuning dan rambutan merah
anak sekolah juga diikat kemas menanti pembelinya. Dokong, duku, langsat,
rambai juga berlonggok mengikut bahagiannya. Bentuk buah-buahan itu seakan tapi
berbeza rasanya. Bagi yang mengenalinya langsung tiada masalah untuk memilih
mana satu yang disukai.
“Kau berdua nak makan durian Musang King ke?
Ralit saja duk perati.”
“Taklah! Cuma terkejut tenguk harganya.
Kanmain mahal lagi, 80 RM sekilo.” Balas Suna.
“Apa nak hairan Suna. Barang baik, harganya
mesti mahal. Lagipun inilah rezeki pedusun setahun sekali. Durian ni bukannya
berbuah tiap masa.”
“Sekarang ni dah banyak durian klon yang
berbuah sepanjang tahun Pikah. Genetik durian dah diubah para saintis pertanian.
Mudah saja kalau nak makan durian bila-bila masa. Asal ada duitnya heh..heh..”
Nurhusna menyanggah kenyataan sahabatnya itu.
“Aku rasa nak beli buah dokong untuk makkau.
Tapi aku tak kenal yang mana satu. Nampak semua serupa saja langsat, duku,
dokong, rambai tu. Kaulah pilihkan Pikah.”
“Tak payah Lin. Semua buah-buah yang dijual
kat sini ada kat dusun belakang rumah aku. Limau madu dan belimbing besi pun
ada. Aku cadangkankau beli limau saja untuk legakan tekak kau yang mual tu.Kalaukau
rasa nak termuntah baik kau muntahkan isi perutkau tu sekarang. Barulah kau
rasa selesa sikit. Jalan bengkang-bengkuk ni tak lama lagi habislah di kawasan
perkampungan orang Asli di hujung tu. Jalan menghala kampung aku lepas tu lurus
saja hingga ke muka tangga..”
“Belum rasa nak termuntah lagi cuma pening
sikit.” Azalina memicit-micit dahinya.
“Sabarlah Lin. Sapu minyak kaki tiga kat
dahikau. Nah!” Nursyafikah mengunjukan botol minyak angin kecil itu setelah
mengeluarkannya daripada tas sandangnya.
“Dah tak sabar nak jumpa makcik Ina makkau
Pikah.”
“Aku tahulah sebabnya tu. Mestikau nak korek
rahsia mak akukan!”
“Ish! Tak adalah Pikah. Pandai sajakau ni main
teka-teka. Tapi makkau tentu tak lokek berkongsi kisah hidupnya kalau aku
bertanya. ”
“Pandai-pandaikau lah Lin”.
“Aku dah oder ABC ni…jomlah minum.” Ajak
Nurhusna mengeraskan suaranya agar didengari sahabat-sahabatnya yang agak
berjauhan jaraknya darinya.. Kedua-duanya segera tinggalkan pangkin yang sarat
dengan aneka buah-an tempatan itu menuju ke tempat Nurhusna yang menanti
sahabat-sahabatnya di meja yang dihidangkan tiga mangkok ABC oleh pemilik gerai
itu seorang gadis muda sebayanya.
“Sedap nampaknya ABC ni. Macam-macam yang
diisi dalamnya. Lebih dari tujuh jenis tu.”
Azalina menguis-nguis ais yang disagat halus
sambil cuba membilang-bilang satu persatu kandungan ABC itu. Ada kacang merah, kacang
tanah, sagu kasar, sagu halus, cendol, agar-agar, buah kembang semangkok dan
lain-lain lagi yang tidak dapat dipastikan namanya.
Ketiga-tiga sahabat baik mula menikmati
ABC/air batu campur yang melegakan kekontangan tekak mereka sebelum meneruskan
perjalanan ke destinasi tujuan mereka.Kancil biru telah membawa ke destinasi
yang ditujui mereka bertiga dengan selamatnya. Salina menyambut kehadiran
anaknya dan tetamunya dengan wajah ceria. Tersenyum simpul menyambut salam
sambil bertanya khabar.
“Besar juga rumahkau ya Pikah. Kau cakap dulu
rumahkau pondok buruk je. Pandaikau menipu ya.”
“Rumah besar tapi tiada isinya. Sama juga
tarafnya dengan pondok buruk Lin. Dahlah jangan soal lagi tentang tu. Mak aku
dah siapkan bilikkau orang. Pergi masuk sana nak baring ke nak salin baju ke.
Lepas tu kalau terasa nak makan durian pergilah ke dapur. Mak aku dah kumpul
durian gugur segala jenis nama untuk kauorang. Rambutanpun ada sikit mak aku
kait.”
“Yeke Pikah? Memang tak sabar nak rasa ni,”
balas Nurhusna.
“Tapi aku rasa nak mandi dulu segarkan diri
Pikah. Baru selesa sikit. Lega semua keletihan urat saraf badan.”
“Suka hatikaulah Lin. Bilik mandi sebelah
bilik ni saja. Pergilahkau berdua mandi segarkan diri. Lepas tu kau orang ke
dapur ya. Mak aku dah sediakan segala macam hidangan untukkau orang tu.”
“Okey Pikah. Selepas mandi aku ke dapur.
Kautak nak mandikah Suna.”
“Nak juga. Pergilahkau dulu..”
.Sambil membantu mak cik Ina menyiapkan
hidangan makan malam riuh saja kedua gadis itu bertanya begitu begini kepada
tuan rumah. Mak cik Ina melayan setiap pertanyaan tetamunya itu dengan ramah.
“Besar juga rumah mak cik ni. Mak cik tinggal
dengan sesiapa lagi. Tak Nampak sesiapapun selain kami.”
“Mak cik duk dengan adik Pikah.tah kemana dia
merayau tak balik lagi. Sorang lagi adik Pikah sedang belajar di UITM.”
“Ya adik Pikah yang belajar kat UITM tu kami
pernah jumpa. Selalu juga dia datang melawat Pikah di rumah sewa kami” sahut
Azalina sambil melirik Nurhusna.
“Rumah ni dulu ramai penghuninya. Sebab tu
dibina besar. Tapi la ni dah berkurang bilangan nya.” Salina merenung jauh
seolah dihadapannya terentang lorong kehidupan berliku yang pernah
ditempuhinya. Tujuh warna pelangi yang mengindahi kehidupannya dan anak-anaknya
telah dilitupi mendung gelap. Tidak kelihatan lagi. Hanya insiden yang
mencalari ruang langit kehidupannya tidak daya dilupakan.
Dialah jantung hatiku satu-satunya. Tiada dua tiada tiga. Seluruh
keperluanku, keluargaku, anak-anakku hanya tergantung kepadanya. Tidak
kasihankah kau kepadaku yang tidak punyai apa-apa sepertimu yang ketara miliki
segalanya. Mengapa tidakkau biarkan kehidupanku lancar berterusan tanpa
gangguan yang kautimbulkan.
Pilihanmu adalah hakmu
menentukannya. Mungkin langsung tidak ada apa salahnya untukku pertikaikan. Tapi ada sudut-sudutnya yang boleh dipersoalkan
kewajarannya. Hakmu pastikau pertahankan dan begitu juga aku. Selagi termaktub
aku berhak terhadap sesuatu itu akanku pertahankan sehabis kudrah.
Suratan pula menentu
takdir-Nya. Usahaku sudah bersungguh mempertahankan hakku dan anak-anak agar
tidak direnggut daripada genggaman tanganku dan diberikan sebagai
anugerah teristimewa kepadamu pula. Apalagi yang dapatku kata selain
merenung penuh sayu berbaur sesal teramat.
Barangkali kau
merasakan tidak pernahpun mengambil apa-apapun yang menjadi milikku kerana
jasad yang berjiwa, berhati nurani kadangkala bolak balek hatinya dan keputusan
yang diperhitungkan tidak semenggah yang didambakan.
Itulah kemungkinan
besarnya yang berlaku kepada diri pilihanku dan kini adalah diri pilihanmu.
Pertarungan, pergelutan, pergolakan yang menimbulkan kerusuhan jiwaku angkara
olahmu
terpaksaku hadapi
dengan air mata berlinangan kesedihan. Habis apalagi yang mampuku buat selain
menjuraikan air mata kesedihanku. Sungguhkau tidak berhati perut.
Langsung tidak kasihan kepadaku. Astaghfirullah! Berdosanyalah aku mengadilimu
begitu. Hak Allah hendakku ambil pula buat menambah dosa yang sedia ada.
Namun suara hatiku
selalu membisik begitu di dalam dunia sedar dan lenaku. Melupakannya,
menghambatnya jauh agar tidak berlegar lagi di rongga-rongga kalbuku
mengelirukannya dan meninggalkan efek negatif telah berusahaku laku.
Terngiang-ngiang jua
masih. Memeningkan, membingungkan.
Harus kuingat danku
sedari bahawa diri kesayanganku, kecintaanku itu bukan lagi siapa-siapa
denganku dan tidak layak bagiku merasai luhur sucinya seni halus jiwa itu.
Sifat terlalu mencntai
itu walau lumrah dan telah ditanam Allah ke dasar sanubari kita tidak
seharusnya melebihkan pula rasa cinta kepada yang berhak sesungguhnya
terhadap rasa cinta kepada Allah Azzawajalla. Mencintai seseorang tidak salah.
Tapi harus berpada-pada.
Laluku pujuk hatiku
dengan berkata sesuatu yang tersurat takdirnya ada hikmah yang membawa rahmah. Sendirianlah
aku. Walau sepi, walau sunyiku tanggung sendiri. Terlalu berat sangatkah
masalah itu bagiku? Rasanya tidakpun jika aku reda.. Hidup perlu diteruskan
walau ujian-Nya merintang sepanjang perjalanannya.
Kesedihan, kedukaan
tidaklah selalu membentuk mendung hitam yang menabiri alamnya sehingga sentiasa
sangsi dan ragu untuk mengatur apa saja perancangan ke arah kehidupan sebaik
mungkin. Suratanku sejak azali begitu takdir-Nya. Dan kuterima dengan reda.
Jikalau telah reda semata tidak perlulah lagi ada sifat iri antara sesama kita.
Biarkan perjalanan hidup kita lancar berterusan ke destinasi akhirnya tanpa
olah tanpa bantah.
Siang malam bergantian
dan kitapun leka menjalani urusan tanpa memikirkan permasalahan antara kita.
Tidak langsung mahu mengambil peduli apapun lagi yang bersangkutan dengan
masalah yang telah ditinggalkan bersamaku. Justeru ia adalah semata-mata
masalahku saja. Tiada kena mengena denganmu dan diri yang telah jadi pilihanmu
itu.
Yang diinginkan
berlaku sebgitu tidak pula jadi begitu. Jauh pula menyimpang daripada sasaran
sebenarnya. Hendak mengalih sasaran ke arah yang betul tidak tahu pula. Pening
kepala memikirkannya.Sudahnya kerisauan yang mengganggu fikiran seakan
mengheretku sasau. Kesasauan yang tidak diingini akal sihat normal.
Mengenangkan nasib malang anak-anakku menggapai masa depannya laksana anak-anak
orang lain seakan kabur sekali jalan yang dilalui mereka merusuhkan hatiku.
Mengapa tidak mahu
menafkahkan anak-anak darah dagingnya sendiri sedangkan ayah kepada anak-anakku
itu tidak berkurang suatu apa. Tentu tidak akan menjadi miskin kerana menyara
kehidupan anak-anaknya yang bertiga yang masih kecil itu. Diri yang telah
menjadi hakmu kini juga adalah hak anak-anaknya sejak mereka lahir ke dunia.
Dulunya mereka dimewahkan dengan kasih sayang, perhatian rapi segenap segi ayah
kesayangan mereka sebelum kau hadir kerana ayah mereka orang berada.
Kini setelah hadirmu
jadi sebaliknya pula.
Membiarkan bekas
isteri yang tiada harta sepencarian yang ditinggalkan walau sedikit buat
menyara hidup semua zuriat suaminya mampukah dilakukannya. Nescaya langsung
tidak. Marah sungguh bekas suamiku yang kini adalah suamimu kepadaku hingga
sanggup menganiaya aku dengan tidak menafkahi anak-anaknya lantaran kemahuanku
memohon perceraian di mahkammah syariah.
Jikalau marahkan aku
janganlah libatkan anak-anak darah daging sendiri menanggung akibat daripada
kemarahan itu.Namun tidak dinafikan
memang ada suami yang tahu tanggungjawab mereka, tetapi sengaja tidak mahu beri nafkah
kerana dalam diri mereka telah tertanam sifat mahu balas dendam terhadap bekas isteri
yang telah bertukar jadi musuhnya.
Ada juga beri alasan
tidak bekerja ataupun telah berkahwin baru dan mereka tak mampu untuk beri nafkah anak.
Tapi ayah kepada
anak-anakku itu tidak tergolong dalam kalangan mereka yang tidak
berkemampuan yang
boleh dijadikan alasan untuk mengelak bebanan tanggungjawab yang semestinya dipikul.
Apa perlunya suamimu
itu memusuhi bekas isterinya yang sudah dibuangnya ini?
Anak-anak adalah
nasabnya yang tidak boleh dipertikai sampai bila-bila. Amanah Allah yang miliki
7 petala langit, 7 petala bumi dan seluruh alam ini kepada seorang yang
bergelar bapa kenapa dipermudahkan saja?
Apakahkau memain peranan sebagai jarum
penyucuk agar diri pilihanmu itu membenci anak-anaknya? Menghembus mantera yang
dibawa angin menyelinapi lubuk hatinya? Peranan angin yang membawa pesanan kepada
minda adalah fakta yang sukar dipertikai. Boleh jadi aku hanya berprasangka
tapi kemungkinan itu sentiasa ada. Semoga apa yang kurasakan hanyalah fitnah
bisikan syaitan durjana.
Pengabaian nafkah sara
hidup kepada anak-anak suamimu itu amat memenderitakan kehidupan mereka yang selama ini
tidak pernah merasainya sepanjang hidup di samping ayah kesayangan mereka. Hairan pula
dengan perubahan sikapnya yang berlaku dalam masa semalaman itu.
Agaknyakau telah
sihirkan diri pilihanmu itu agar membenci anak-anaknya sendiri? Ish! Sekali lagi hatiku dirunyam
sangkaan-sangkaan yang sukar ditebak kebenarannya. Walau segalanya adalah langsung tidak
mustahil lantaran sifat ilmu pun ada dua. Ada hitam ada putih. Sejak purbakala keujudannya
dan firman Allah menegaskannya di dalam lembaran surah-surah alquran yang suci.
Paranoia pula aku
melebihkan rona situasi yang melengkungiku sehingga fikiranku bercelaru bersimpang
perenang. Entah kemana halanya destinasi tidaklah pasti. Namun kesulitan
corak kehidupan yang terpaksa didepani anak-anakku membuat fikiranku
sering diganggu tanggapan yang bukan-bukan.
Ah! Melayan
perasaanpun tidak mendatangkan apa-apa keuntungan. Lebih baik aku mengerah
mindaku berfikir bagaimana aku mahu meneruskan kelangsungan hidup daripada tiada kepada
ada. Untuk sesuap nasi demi anak-anak tersayang aku terpaksa membuat
apa saja perkerjaan yang mendatangkan imbuhan sesuai dengan apa yang
kulakukan. Di subuh hari sudah terbongkok-bongkok menoreh getah. Sebelum embun
jantan yang luruh ke daun beransur kering bersedia pula dengan timba yang
akan mengumpul susunya dan membawanya ke tempat pengumpulan untuk pemesinan susu
getah setelah dibekukan.
Sekerat hari masaku
berada di mandala kebun getah yang redup buat mengais sedikit rezeki Allah. Mujur juga ada
tanah getah pusaka yang sekangkang kera diwariskan gemulah kedua ibapaku. Dapatlah aku
mengais rezeki di atasnya. Kelelahan tubuhku tidakku pedulikan dengan mengupayakan tenaganya
yang telah berkurangan itu dengan mencangkul tanah untuk bercucuk tanam pula.
Hasil tanamanku kelak
bolehlah dijual untuk memenuhi sedikit keperluan hidupku dan anak-anak. Cili padi, terung,
kangkung, keledek, ubi kayu sentiasa ada di batasnya. Tanaman yang mudahku urus dan agak rentan
dengan serangan penyakit tumbuhan. Selain menambah pendapatan dapat juga menjimatkan
belanja sayur di dapur dengan tidak hanya membelinya saja.
Ayam dan itik turut
diternak untuk dapatkan telur dan dagingnya. Sesekali atau selalu lebih
tepatnya keluargaku berlauk telur pelengkap hidangan santapan. Pandangan sepasang
mata yang keletihan tubuhnya samar dan kabur namun setiap malam tanganku ini sentiasa
bermain bersama jarum, benang dan gunting untuk menjahit pakaian tempahan mereka yang
berhajat.
Karya jahitanku
tidaklah terlalu kemas dan cantik tapi yakin sajalah dengan kemahiran diri yang
sedikit itu. Mentelah hanya itulah ilmu yang ada untuk dimenafaatkan
sebaiknya demi kelangsungan hidup. Ilmu kemahiran hidup yangku perolehi darpada kelas Sains
Rumah Tangga sewaktu bersekolah dan kelas jahitan di kampung anjuran pihak berwajib
kugunakan sebaik mungkin.
Susah payahku tidaklah
berpanjangan setelah anak-anakku semakin dewasa dan mendapat pendidikan hingga
ke menara gading melunasi setiap impian ibu bapa.
Melakukan kebiasaan
yang melekakan membuatku terlupa dengan cabaran hidup dan
masalahnya yang perlu
diselesaikan demi masa yang berlalu. Mendung yang menabiri ruang kehidupanku semakin berarak lalu.
Sekitar suasananya telah cerah indah, biru lagi mendamaikan. Syukur Alhamdulillah di atas
karunia-Mu ya Allah.
Seseorang berdiri di
muka pintu. Kusambut huluran tangannya sambil tersenyum berbudi bahasa. Tidak asing
padaku wajah yang hadir ke sisiku itu. Cuma aku tidak tahu apakah tujuannya menemuiku.
Adakah nawaitunya bermaksud baik atau sebaliknya. Hati perut orang masakan
dapat ditebak isi kandungannya.
Meneka-neka pun
tiadalah gunanya. Biarkanlah dulu pertanyaan tentang itu berladung dalam hatiku
menanti jawapannya dengan sabar. Terkedu seketika. Tidak tahu pula untuk
memulakan perbicaraan.
“Kau sihat Ina? Dengar
khabar kau hendak ke Mekah. Ini yang aku datang menziarahi kau ni. Bukankah kau ni
sahabat aku.”
Hmm…sahabat aku
rupanya diri yang terhenyak di atas sofa ruang tamu rumahku ini. Aku pun sudah terlupa bahawa
dia adalah sahabat lamaku. Sahabat yangku kongsi susah senangku bersamanya.
Riang bercerita dengan
gelak tawa pengalaman apa saja. Sering pula menemaniku menghabiskan percutianku bersama
anak-anak dan mantan suami kecintaanku di mana saja. Jalenan persahabatan antara
kami amat erat dan akrab. Aku merasakan hatiku berkata bahawa dialah sahabatku dunia dan
akhirat. Harapanku terabadi selamanya. Adakalanya panas tidak sampai ke petang dan
hujan menyimbah pula di tengaharinya.
Musnahlah harapan yang
dipertaruhkan. Sahabatku dunia akhirat yang dibayar suamiku suatu ketika dulu sebagai
guru tusyen anak-anakku tidak pernah akan kuduga sanggup bermain mata dan bermain cinta
dengan suami sahabat baiknya sendiri. Setelah permainan cinta berlangsung dengan
jayanya dikejutkan aku dengan berita perkahwinan mereka di sempadan negara.
Sahabat baikku dunia
akhirat ini juga telah memberi kata dua kepadanya supaya memilih antara dua. Samada memilih aku
isteri pertamanya atau dia. Mendengar itu akupun tidak mahu menyusahkan lelaki
pilihan yang menjadi rebutan itu dengan cepat-cepat mengajukan permohonan tuntut
cerai di mahkamah syariah.
Firasatku mengatakan tiada
guna mempertahankan perkahwinan yang telah menipis rasa cinta
antaranya. Perkahwinanku pun termansuh dengan izin-Nya. Gelaran ibu tunggal
yang ditinggal dengan penuh kerelaanpun melekat kejap pada diriku. Relakah diceraikan?
Sedihnya hanya hati yang merasainya.
“Bilakah kau hendak
bertolak ke Mekah?”
“Tidak lama lagi
dengan penerbangan MAS yang keenam.”
“Maafkan semua salah
sillapku ya Ina…sampai di sana jangan lupa berdoa supaya sahabatmu ini juga akan ke sana.”
Berlapang dadakah aku
untuk menerima tuntutan maaf hamba Allah ini yang terlalu banyak melukis warna
kesedihan di atas kanvas lukisan hidupku ini? Insya-Allah! Jesteru perjalananku
menemui-Nya tidak mahuku membawa urusan-urusan yang menggendalakan sebarang
niatku kelak. Lagipun ganjaran Allah justeru memaafkan kesilapan sesiapa saja
yang menganiayainya teramat besar. Dan nikmatnya tidak mampu didustakan. Sifat
iman yang kental.
Manis dan molek
sungguh susun atur bicara wanita anggun ini. Seolahnya antara kami tiada kisah
yang terjadi mengoyak rasa. Tenang dan nyamannya hubungan persahabatan bagai
air di tasik biru di bawah malam disinari cahaya rembulan.
Aku yang mendengarnya
hanya tersenyum polos.
“Kau bila pula nak ke
sana. Duitpun sudah juta-juta.”
“Belum sampai seru
lagi kata abang. Dan masih banyak ringgit yang perlu dicari untuk bekalan
masa depan nanti.”
Bersyukur sungguh aku
kerana Allah memilihku menyahut seruan-Nya untuk bertamu ke tanah suci-Nya
walau aku tidak kaya dan seadanya saja.
Renungan Salina
menyapa wajah di sisinya. Citra dilayar mindanya sirna.
“Wah rajinnya
anak-anak berdua ni tolong mak cik kat dapur ya. Mari duduk dulu. Mak cik nak
cerita sikit kenapa rumah ni besar tapi tak ramai yang duduk sini.”
Mak cik Salina menceritakan
serba sedikit secara kasar tentang kisah kehidupannya kepada kedua-dua sahabat
baik anaknya itu.
Tapi tidak keseluruhannya.
Cerita sebenarnya banyak yang dirahsiakannya. Dan Azalina mula membuat
kesimpulan akan mengapa agaknya Nursyafikah terlalu teliti dalam pemilihan
jodohnya. Dan kenapa sahabatnya itu menolak pernyataan cinta kawan-kawan lelaki
sekuliah yang berminat memenangi hatinya.
“Kau dengar cerita mak cik
Lina tadi?”
“Mestilah dengar. Kan aku
ada bersama tadi.”
“Patutlah Pikah tu memilih
sangat. Rupanya bimbangkan nasib yang menimpa emaknya, menimpanya pula. Bak
kata orang tak mahu pisang berbuah dua kali.”
“Sekarang pisang dah boleh
berbuah dua kali kalau kita pangkas pokok tanpa tebang hingga perdunya. Akan
keluar sulur baru dan berbuah semula. Kan untung tu.”
Keduanya tertawa pula.
Sama-sama gelihati menafsir perumpamaan yang tidak dikira releven pada mereka
dalam situasi semasa.
“Sudahlah jangan bersembang
lagi. Aku dah ngantuk sangat ni.”
Dan malam yang memberi
kerehatan pada tubuh manusia mengurangkan oksigen pernafasan kerana tumbuhan
alam melepaskan kaban dioksida ke udara maya menyebabkan nyenyak terlena
sehingga dinihari. Fajar membuka tabir subuh demi detik waktu berlalu.
Subuh yang sunyi. Hanya suara
serangga-serangga yang tidak ketahuan jenisnya mersik halus. Kalau hujan tentu pasti suara katak yang menggema. Bukan katak-katak
tu memanggil hujan Tapi mungkin sedang berzikir dan memohon hujan agar berhenti.
Justeru hujan yang lama mencurah menyebabkan makhluk-makhluk Allah itu
kedinginan amat. Wallahualam.
Suara azan subuh jelas kedengaran di segenap
ruang berhampiran. Melantasi hingga ke rumah mak cik Salina yang jaraknya hanya
beberapa puluh meter sahaja. Lalu segera membangunkan isi rumah itu daripada
tidur mereka yang amat jenera.
“Kaunak mandi dulukan sebelum solat?”
Nurhusna hanya angguk tanpa sepatah kata.
“Kalau gitu biar aku masuk bilik air dulu
ambil wuduk. Segan pula aku nak mandi pagi-pagi ni. Bukan main sejuknya. Mengalahkan berada di
Cameron Highland.”
Sahut Azalina sambil mengungkapkan komennya
tentang pengalamannya berada di tempat percutian tanah tinggi itu.
Dia pernah ke sana dalam rangka lawatan kerja
kursus menyiapkan tugasan mengenai
pencerobohan alam sekitar yang berlaku sekitar situ dan kemusnahan system
ekologinya. Ianya dilakukan mereka yang tidak bertanggungjawab dan hanya
memikirkan keuntungan jangka pendek. Dan kerja kursus yang dilakukan itu turut
melibatkan Nurhusna, Nursyafikah, Zulhilmi dan beberapa orang lagi rakan
sejurusan pengajian.
“Pergilah cepat? Waktu solat subuh ni pendek
saja. Aku rasa Pikah dan mak cik Ina tentu dah bangun. Dan dah mula sibuk di
dapur. Entah apalah yang dimasak mak cik Ina untuk sarapan kita. Mesti sedap
sangat tu.”
“Hish! Kau ni Suna, soal makan saja yang
kaufikirkan. Okey aku gerak dulu.”
“Aku tu cakap saja Lin.”
Azalina memboloskan dirinya ke bilik air
meninggalkan Nurhusna yang tertunduk-tunduk mengemasi ranjang tidur mereka.
Anak gadis ini sudah dibiasakan melakukannya sejak lama hasil didikan ibunya.
Usai melakukannya langkahnya diatur ke dapur. Dia menjangka pasti mak cik
Salina dan sahabatnya Nursyafikah berada di sana.
“Hai! Awalkau bangun Suna? Macamana lena tidur
kat sini? Tiada yang mengganggu?” Pertanyaan sahabatnya itu hanya dibalasnya
dengan senyumnya yang terorak sedikit.
“Kalau sebelum tidur ada wuduknya dan dibaca
tiga qul, ayat kursi tujuh kali, bersyahadah terlebih dahulu tentu tidak ada
yang mengganggu dan dapat tidur lena dengan nyaman,” tingkah mak cik Salina
yang sibuk menuang adunan kuih cara ke dalam acuan bunga cermai di atas api
dapur gas yang dipasang perlahan. Api dengan digri kepanasan yang tinggi akan
menyebabkan kuihnya hangus tapi tidak masak keseluruhannya.
“Suna ni lain sikit mak. Dia ni ada kebolehan
nampak apa yang kita tak nampak.” Selama dia berkawan dengan sahabatnya itu,
pelbagai keanehan kisah mistik yang diceritakan Nurhusna kepadanya. Ketika
mereka berada di Cameron Highland Nurhusna memberitahu penyelia projek tugasan
mereka bahawa kawasan itu tidak lagi selamat kepada mereka kerana akan berlaku
tanah runtuh tidak lama lagi.
Dr. Nordin selaku penyelia projek bertanya
kepadanya bagaimana dia boleh tahu. Dia tidak menjawabnya tetapi memberitahu
kepada Nursyafikah dia melihat ramai orang di tanah tinggi itu sedang
mengangkut barang-barang untuk berpindah entah kemana.
“Aku tak nampakpun.”
“Kau memang tak Nampak. Tapi aku nampak.”
Balasnya dengan yakin. Dan keesokannya kejadian seperti yang dijangkakan
Nurhusna telah berlaku. Dengan izin Allah jua.
“Oh! Anugerah Allah tu.” Sela emak Nursyafikah. Nurhusna memandang Nursyafikah lunak sambil
jari telunjuknya menyentuhi bibirnya.
Sahabatnya itu lantas terdiam seolah mengerti maksudnya.
“Siapa bilal yang azan di sini mak cik? Mersik
merdu suaranya.” Nurhusna mengalih topik bicara agar emak Nursyafikah tidak
menyoal lanjut tentang kenyataan sahabatnya itu mengenai dirinya. Terlontar
suaranya bertanya tentang itu. Ingin sekali diketahuinya pemilik suara yang
mengalunkan azan dengan amat merdu sekali.
Suara azan yang dikumandangkan Bilal bin Rabah
sahabat Rasullullah difirmankan Allah dalam al-Quran melantasi lapisan petala
bumi dan langit hingga ke baitl-makmur di syurga. Hebat sekali gelombang alun
azan itu membawa risalah-Nya walau kemana saja pelosoknya dan sentiasa sambung
menyambung seiring putaran bumi di paksi-Nya. Kini yang mengalunkan azan di
masjid atau surau disebut ‘Bilal’ sebagai tanda penghormatan kepada muazin
Bilal bin Rabah sahabat kepada Rasullullah itu..
“Oh! Bilal baru tu. Dulu bilal lain. Memang
bagus suara bilal baru tu. Mak cik ni kalau setiap subuh tidak dengar suara
azan subuh seakan terasa hilang sesuatu. Sunyi sepi.”
Hadir rakaman saat itu melintas lalu.
Dan subuh mutakhir ini menjadi terlalu sunyi kerana suara muazin tidak mengumandangkan azan daripada surau yang berhampiran menyeru menunaikan solat untuk menuju kejayaan. Kenapa jadi begitu? Tentulah ada sebabnya. Jikalau tidak tentu tidak terabai surau dengan suara yang penuh hikmat itu.
Sebenarnya tok bilalnya tiba-tiba demam dan tidak dapat nak menapak ke surau pada setiap subuh hari. Betapa berharga suara tok bilal yang sering mengumandangkan azan itu dirasakan setelah suaranya tidak terdengar lagi. Begitu kehilangan sekali.
“Dahulu tukang azannya adalah jiran mak cik,, Md. Rodi yang tinggal berselang beberapa rumah dengan rumah mak cik ni. Setiap subuh akan terdengar langkahnya yang diatur dengan derap yang serupa ritmanya. Dan kami semua jirannya sangat kenal dengan derap langkah yang teratur di subuh sunyi itu.Kini tidak dengar lagi ritma langkah itu lantaran beliau telah melangkah jauh meninggalkan kenangan murni itu untuk menemui Ilahi yang menjanjikan kejayaan.”
“Wah! Mak ni kalau bercakap macam baca skrip
radio hih…hih..” Mak cik Salina tersenyum saja. Ungkapan yang terlahir di
bibirnya adalah spontan tanpa dia merangkanya.
“Kauni Pikah. Pandai saja nak usik mak kau.”
“Perangai anak mak cik sorang ni memang gitu
Suna. Sabar ajelah.”
Dalam diamnya mak cik Salina menghadiahkan
bacaan ayat suci Al-fatihah untuk Allahyarham Md. Rodi jirannya yang sangat
baik itu. Dan tempatnya yang istimewa itu diganti jirannya bang Din dengan
segera. Surau itu tidak sempat sunyi dengan laungan azan.
Tiba-tiba bang Din demam pula. Demam urat kata
isterinya kerana terlalu rajin berkerja. Jirannya itu memang dikenali tabiatnya
yang sangat rajin berulang ke kebun sawitnya mengerjakan apa saja daripada
membersihkan kawasannya sehinggalah menuai hasilnya mengikut jadualnya. Apabila
beliau demam tidak ada lagi suara azan yang menerjah subuh sunyi walau tetap
kedengaran azan dari masjid yang sayup-sayup kejauhan.
Salina pula yang kegelisahan justeru merasakan azan yang tidak kedengaran menemani subuhnya adalah suatu kehilangan yang tidak tahu bagaimana hendak digambarkan. Azan subuh juga mengingatkannya tentang waktu bermulanya langkah meneruskan kehidupan dengan perancangan yang direncanakannya.
Salina pula yang kegelisahan justeru merasakan azan yang tidak kedengaran menemani subuhnya adalah suatu kehilangan yang tidak tahu bagaimana hendak digambarkan. Azan subuh juga mengingatkannya tentang waktu bermulanya langkah meneruskan kehidupan dengan perancangan yang direncanakannya.
“Wah! Dah siap kuih cara mak cik ni. Hijau warnanya dan
harum bau daun pandan. Cantik hijaunya. Mak cik letak pewarna ke?”
“Tak. Mak cik bubuh air daun pandan campur air daun
asin-asin.”
“Oh!” Info baru menjengah mindanya, petua masakan cara lama
yang tidak diketahuinya sebelum ini.
“Nak rasa ambillah.” Ingin saja tangannya mencapai kuih
cara itu seketul dan memasukan ke mulutnya. Tapi tidak dilakukannya. Kuih cara
yang dihijaukan warnanya daripada campuran daun asin-asin tua dan daun pandan yang
dihancurlumatkan amat mengait seleranya. Padanya sempurna sekali bentuknya dan
harum aromanya.
“Tak apalah, nanti kita sarapan sama-sama. Saya ni tadi
duk tunggu Lin sudah gunakan bilik air. Barulah saya boleh masuk mandi pula.”
Tiba-tiba Azalina muncul di tengah mereka.
“Kau dah siap solat Lin?”
“Dah! Kau tu yang belum.”
“Yalah Lin. Aku ralit pula tengok mak cik Ina buat kuih
cara pandan ni sampai tak sedarkau dah siap berwuduk dan solat.”
“Pergilah cepat. Nanti datang ke sini kita sarapan
sama-sama. Kalaukau lambat aku habiskan semuanya hih..hih.”
“Suka hatikaulah Lin.” Nurhusna meninggalkan ruang dapur
dan segera menuju ke bilik air. Padanya kata-kata Azalina adalah gurauan indah
yang menceriakan hatinya.
“Selepas bersarapan bolehlah kita ke dusun di belakang
rumah ni. Bolehlah kalau kau dan Suna nak ambil buah apa saja untuk dibawa
balik esok.”
“Aku nak panjat pokok manggislah Pikah. Aku intai-intai
belakang rumahkau petang semalam nampak pokok manggis rendang dan lebat
buahnya. Teringin nak makan manggis atas pokok hih..hih..”
“Sukahatikaulah Lin. Tapi kena hati-hati. Pokok manggis
ni walau banyak cabangnya dan senang nak letak kaki waktu memanjat tapi ramai
juga yang jatuh tersembam ke tanah. Silap gaya jatuh boleh patah tulangkau lin.
Baik-baikkau mengimbang badan.”
“Okey aku hati-hati. Tapi kau jangan cakap bukan-bukan
pula bimbang jadi doa.” Risau pula hati Azalina mendengar komen Nursyafikah
itu.
“Kalau takut jatuh, kait saja. Ada galahnya mak cik
sandar di pokok tu. Anak dara dah besar panjang, tak elok memanjat pokok. Malu
dilihat orang.”
“Mak ni cakap gitu pula. Kan dah putus angin Lin nak jadi
Tarzan. Tak apa Lin…kau panjat saja lepaskan hajat. Bukan ada orang yang nak
pandang pun. Cuma kita-kita saja.”
“Jangan kisah sangat apa yang mak cik cakap Lin. Mak cik
dulu pun memang suka memanjat pokok manggis sampai puas dilarang atok Pikah
ni.”
“Kan dah pecah rahsia mak akuni Lin.” Azalina dan
Nursyafikah tergelak kecil.
“Dah jangan asyik nak bergelak saja. Hidangkan sambal
tumis bilis, ikan pekasam goreng dan ulam-ulam atas meja. Nasi lemak dah masak
tu. Telur rebus tu kupas letak dalam piring.”
“Okey mak.”
“Banyaknya makcik masak. Nasi lemak lengkap lauknya dan
ada kuih cara lagi. Agaknya pukul berapa mak cik bangun siapkan semua ni?”
“Mak cik dah biasa bangun awal pagi Lin. Biasanya pukul
4.00 pagi. Selepas solat malam tahajjud, taubat, hajat dan witir, mak cik ke
dapur sekejap sambil tunggu waktu subuh masuk. Masaklah apa yang patut untuk
sarapan. Pabila dah jadi amalan dan kebiasaan sampai saja masanya mesti
tersedar dari tidur. Terus saja bangun.”
“Gitulah mak aku Lin. Tak reti nak duduk diam. Walau
tidur masih teringat kerja-kerja yang nak dibuatnya.”
“Bila dah jadi emak ni memang perlu tangkas dan cekap
semua urusan rumahtangga Lin. Nanti bila kauorang dah berumahtangga merasalah
semua tu.”
Nurhusna muncul ke ruangan dapur sambil menarik kerusi
merapati meja.
“Wah tuan puteri Suna sudah sedia hendak bersarapan ya.
Cepatkau sendukkan nasi lemak tu Pikah.”
“Kau ni Lina. Aku rasa kaupun dah tak sabar nak
bersarapan cuma tunggu aku datang saja kan Lin.”
“Cepatlah kausemua bersarapan. Makanlah masakan orang
kampung yang mudah saja ni. Cuma buat nasi lemak, sambal tumis bilis, goreng
ikan pekasam dan buat kuih cara sikit. Lepas makan kauorang ke dusun dengan
Pikah. Mak cik nak tunggu lori ikan lalu. Nak beli lauk-lauk sikit.”
“Adik mana mak? Tak ajak makan sekali?”
“Ada tidur kat bilik dia tu. Biarkanlah dia tidur. Malam
tadi dia balik lambat. Katanya ke rumah ayah kamu.”
“Oh! Rajin adik ke rumah ayah?”
“Biasalah adik kamukan gitu selalu. Suka ulang-alik ke
rumah ayahnya. Diakan sayang sangat dengan ayahnya tu.” Terkenang dia suatu
ketika dulu anaknya yang bongsu itu sangat disayangi mantan suaminya. Namun
setelah berlaku perpisahan antara mereka bekas suaminya itu tidak lagi
mengambil tahu tentang mereka.
“Tapi ayah tak pedulikan diapun mak. Sedih pula tenguk
adik tetap tak peduli walau ayah abaikan dia. Ayah tu nampaknya macam sangat
bencikan kita. Dahlah tak bagi kita belanja sara hidup. Mak tiri tu pun Nampak
macam bencikan kita. Dan tak mau kami adik beradik rapat dengan ayah. Sebab tu
saya terfikir langsung nak ke rumah ayah.” Kata-kata anaknya itu menyapa
hatinya yang sebak tiba-tiba. Terasa hendak berurai air matanya.
“Sudahlah Pikah. Tak payah fikir semua tu. Kauorang
sarapan dulu ya.” Sahutnya tidak mahu lagi menyambung bicara yang tidak
digemarinya itu.
“Mak cik pun duduklah sarapan sama.”
“Tak apa Suna. Mak cik kena keluar tunggu van yang jual
ikan sayur tu lalu. Kalau tak ditunggu tak berlauk sayur pula kita hari ni.”
Mak cik Salina mengatur langkah meninggalkan ruang dapur dengan gaya bersahaja.
Tidak terlalu laju dan tidaklah terlalu perlahan.
“Makanlah Suna, Lin. Tak payah gelut sangat nak
sudahkannya. Dusun kat belakang rumah aku tu tak lari kemana.”
“Memanglah tak lari kemana dusun tu tapi aku yang dah tak
sabar nak memanjat pokok manggis ni. Sedapnyalah dapat makan buah manggis atas
pokok. Huish! Tak terkata nikmatnya.” Husna dan Nursyafikah tergeleng-geleng
memerhatikan gelagat Azalina yang mengujakan dirinya itu.
* * *
“Wah! Dah banyak
buah-buah yang kita petik ni Lin. Nanti tak muat pula boot kereta Pikah kita
nak isi bawa balik. Turunlah dari pokok manggis tu Lin. Ke kau pandai naik saja
tapi tak reti nak turun.”
“Sekejap je lagi Suna
aku nak ambil sebiji lagi manggis kat ujung julai tu.”
“Okey hati-hati Lin.”
Suna memperhati
kelibat Nursyafikah di kejauhan. Sedang ialan beriringan bersama emaknya dan
seorang wanita separuh baya menuju ke arahnya. Sebentar tadi Nursyafikah
meninggalkannya dan Nurhusna pulang ke rumahnya mengambil raga untuk mengisi
buah-buahan yang telah mereka petik.
“Ini mak cik Poziah.
Isteri pak cik Din, bilal surau sini yang Suna tanyakan mak cik tu”
“Oh! Apa khabar mak
cik?” Tanya Nurhusna sambil menyalami mak cik Poziah.
“Baik saja. Bila
sampai?”
“Petang semalam mak
cik bersama Pikah dan Lin yang kat atas pokok manggis tu.”
Azalina segera
bergegas turun dari atas pokok manggis dan menghulur tangan bersalam dengan mak
cik Poziah yang tersenyum kepadanya.
“Laju je kauturun Lin,
macam nak lari dari sesuatu.”
“Aku Nampak macam ada
benda yang bergayut atas pokok tu Pikah. Seram pula aku rasa.”
“Lotong yang ekor
panjang tu kot. Biasanya kalau musim buah, haiwan hutan sebelah selalu saja ke
sini. Kadang kita tak sempat petik, haiwan-haiwan tu dah petik dulu. Kulit saja
ditinggalnya kat bawah pokok.” Celah mak cik Poziah menceritakan hal yang
diketahuinya selama ini.
“Mungkinlah kot. Tapi
cuba kau tenguk Suna. Aku nampak ada lagi benda tu duk bergayut kat situ.”
Nurhusna hanya
menjeling sekilas sambil mengurut dadanya.
Nursyafikah merenung
wajah sahabatnya itu yang ketara tidak berapa selesa di situ.
“Jomlah kita ke rumah.
Semua buahnya pun dah diisi dalam raga tu. Jomlah mak cik ke rumah dulu.
Bolehlah bersembang dengan kawan-kawan saya ni.”
“Aku rasa macam nak
demamlah Suna. Bulu roma meremang dan seram sejuk pula.”
“Ada sajalah kau ni.
Mungkin kau letih sangat memanjat pokok kot. Otak yang letih memberi kesan juga
pada tubuh kita Lin.” Nurhusna cuba mengingati beberapa fakta yang diketahuinya
mengenai itu.
Minda mengawal segala perkara yang dilakukan. Contohnya
pemikiran, perasaan, tingkah laku, keputusan, kelakuan, interaksi, pencernaan,
penilaian dan pekerti. Otak menggunakan 20% oksigen dan darah dalam
badan. Sel dalam otak disebut sebagai neuron. Otak adalah organ yang menghantar
mesej atau signal kepada badan. Jadi neuron ini perlukan banyak tenaga dan oksigen.
“Kenapa Lin, Suna?”
“Entahlah Pikah! Katanya
tak sedap badan.”
“Oh! Jom ke rumah
cepat. Aku bagikau pracetemol. Nanti rasa tak sedap badankau pasti hilang.”
Sampai di rumah saja
Azalina terus masuk ke bilik, naik ke katil dan berselimut.
“Kau kenapa Lin? Kau
kata demam. Tapi badankau tak panaspun.”
“Entahlah Pikah. Aku
rasa badan aku ni sekejap sejuk sekejap panas.”
“Penyakit ganjil ni!
Takpa kita jemaah solat zohor dulu. Lepas tu mak cik gi minta tolong pak cik
Din tengukkan kamu.”
Mak cik Salina yang
turut kerisauan akan hal Azalina cuba mencari solusinya. Pak cik Din walau
bukan seorang pengamal rawatan alternative tapi sentiasa dicari rakan dan
jiran-jirannya sekiranya ada keperluan terdesak sebegini. Beliau sekadar
membantu saja tanpa apa-apa pengerasnya.
“Panggil adikkau
Pikah. Biar dia imamkan kita.” Mak cik Salina meletakkan jag berisi air di
hadapan tempat solat mereka. Sering dilakukannya setiap kali dia lakukan solat
kerana mempraktikan ilmu yang di ajar ustaz di kuliah yang dihadirinya setiap
hari Jumaat.
Kata ustaz Solehin, “Saya yakin semua kita ada
dan pernah menghadiri majlis bacaan Yasin. Dan saya yakin kita ada melihat atau
kita sendiri menyediakan air kosong atau mineral diletakkan di tengah majlis
tersebut di mana tujuannya untuk dijadikan air Yasin.
Kenapa? Ini kerana air
merupakan "perakam" terbaik dan dibuktikan oleh ilmu sains.
Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita ( tanpa kata-kata ).
Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita ( tanpa kata-kata ).
Di sini saya ingin
berkongsi satu amalan baik yang boleh kita lakukan bersama dengan mudah.
Terutama suami, bapa dan lelaki khasnya. Amalkan meletak satu botol air semasa
solat. Amalan ini boleh dilakukan semasa solat Subuh, Maghrib dan Isyak. Di
mana pada waktu solat fardu yang disebutkan tadi sunat untuk menguatkan bacaan
pada rakaat pertama dan kedua. Dengan ini secara tidak langsung air ini telah
merakamkan bacaan takbir, Al Fatihah dan bacaan ayat lazim.
In shaa Allah air ini
boleh dijadikan minuman yang terbaik untuk kita.
In shaa Allah berkat dari bacaan dalam solat tadi dengan izin Allah kita akan bertambah sihat.
In shaa Allah dengan izin Allah banyak kebaikan untuk anak-anak kita.
In shaa Allah berkat dari bacaan dalam solat tadi dengan izin Allah kita akan bertambah sihat.
In shaa Allah dengan izin Allah banyak kebaikan untuk anak-anak kita.
Tidak perlu lagi
mengeluarkan belanja untuk membeli air yang dijual di pasaran yang dikatakan
dibaca dengan ayat tertentu.
Sesungguhnya yang baik
itu dari Allah, saya cuma hambaNya yang lemah sekadar ingin berkongsi ilmu-Nya.”
Mak cik Salina berdoa
semoga air di dalam jag yang telah merakam hasrat dan bacaan ayat suci itu akan
segera memulihkan keadaan Azalina seperti sediakala.
Segera diminumkan
kepada Azalina setelah mereka selesai bersolat secara berjemaah.
“Mak! Pak cik Din dan
mak cik Poziah dah sampai.” Beritahu Khairul Idlan.
“Masuklah kak, bang
Din. Cuba tengukkan budak Azalina ni.”
“Ah! Tak ada apa-apa
tu. Terkejut sikit je.” Tersenyum dia kepada Nurhusna yang turut membalas
senyumannya seolah saling bepengertian. Nursyafikah menyedari itu. Dia meminta
segelas air putih daripada mak cik Salina sembari mulutnya komat-kamit membaca
selawat nabi dan surah al-fatihah berulang-ulang kali.
“Nah! Minum sikit dan
basuh muka. Sekejap lagi okeylah tu.”
Khairul Idlan menatang
dulang berisi beberapa cawan kopi dan sepiring biskut yang dibawanya dari dapur
disediakan kakaknya Nursyafikah dan meletakan di meja ruang tamu.
“Marilah minum pak cik
Din. Mak cik Poziah. Kak Suna, kak Lin jom sekali.” Khairul Idlan mempelawa
sopan.
“Duduk sini Lan. Pak
cik Din nak tanya sikit.”
“Nak tanya apa cik
Din.”
“Malam tadi kamu balik
lewatkan. Kamu kemana?”
“Tak ada kemana cik
Din. Cuma ke rumah ayah di bandar.”
“Oh! Ada yang kirim
kasih sayang ke sini tu. Lain kali kamu jangan balik lewat malam sangat. Takut
ada yang menumpang kamu ikut pulang.”
Mak cik Poziah dan mak
cik Salina menumpu pandang ke wajah pak cik Din menafsir makna kata-katanya.
Sedang Khairul Idlan langsung tidak memahami apa-apa. Nursyafikah tajam
menjelah pandang sahabatnya Nurhusna. Sebuah wajah yang sedang berayun di pohon ara
tersengih kepadanya dengan sinar matanya merah cerlang mengganggu skrin minda
Nurhusna.
“Tak mengapa. Apa yang
dikirim tu tak boleh masuk ke rumah ni. Sebab makkau dah pagar rumah ni dengan
ayat qursi dan kunci setiap sudut dan pintu dengan kalimat yasin.”
Masing-masing mengurut
dada sambil mengucap Astagfirullah dan menadah tangan mengaminkan doa yang
dibacakan pak cik Din agar mereka semua dilindungi Allah daripada sebarang
musibah angkara mereka yang dengki dan bersubhat dengan syaitan durjana.
TAMAT
No comments:
Post a Comment