ANEKDOT
Certot
Oleh
Paridah Ishak
KEBENCIANKU
Kelemahanku merupakan
kebencianku. Seolahnya aku membenci diriku sendiri. Sepatutnya aku
menyayanginya sepenuh hati. Dan menghargai diri tanpa perlu dipertikaikan apa
saja kelemahannya. Wajar menerima apa
saja kondisi diri seadanya. Bukan sama sekali membencinya.. Kehidupan itu anugerah Allah terindah untuk
hamba-hamba-Nya. Wajib mensyukurinya.
Tapi semua kelemahan yang memenjarakan kecergasanku
menjadikan aku pesimis dan hilang asa hidup. Segalanya berlaku ekoran tragedi
kemalangan yang menimpaku suatu waktu dahulu. Lantaran itu aku kehilangan
kebanggaan diri yang dimiliki. Tenaga
dan upaya diri sangat minima. Aku tidak lagi boleh menolong diriku
sendiri. Apalagi bergerak ke mana hala menunaikan tujuanku. Benci! Benci!
Kelemahanku menjadi masalah kepadaku. Juga keluargaku. Benci sungguh.
Kemusykilan menyilarati minda kecilku.
Semua
keperluanku terpaksa dibantu suami, ibu bapa, anak-anak, adik-adik dan akhirnya
cucu-cucu juga. Masa pantas berlalu bersama kebencian yang tidak pernah pupus
wujudnya dalam atmaku. Cucu-cucuku lahir dan membesar di samping nenda mereka
yang hanya mampu memandang mereka dengan renungan kasih. Sejak mereka lahir
mereka sudah kenali nenda mereka seorang bisu. Tapi sesekali lontaran suaraku
walau tidak jelas sebutannya mampu mereka menafsirkan maknanya.
Celoteh dan kerenah mereka membahagiakanku. Hatiku
menjerit sakit kala melihat anak-cucuku sakit atau ditimpa malang kerana
menyesali akan diriku yang tidak dapat membantu suatu apa. Aku amat terkilan
kerana aku tidak mampu menjalankan tanggungjawabku sebagai ibu yang sempurna
kepada anak-anak dan nenda kepada cucu-cucu yang mengharapkan aku melindungi
mereka. Tapi menjadi sebaliknya pula. Mereka pula yang terpaksa menjaga
maslahat dan kebajikan nenda mereka yang kurang upaya ini.
Menyusahkan sesiapa saja adalah kebencianku. Namun
hakikat yang tidak sama sekali kugemari melestarikan hayatku bersambung
insya-Allah. Aku hanya reda mengikut arus takdir yang menolakku ke garis
penamat ketentuan-Nya.
Aku
suka berkebun. Tanaman yang tumbuh membuahkan hasil menggembirakanku. Aktiviti
itu hanya tinggal kenangan. .Catatan
kenanganku tersimpan dalam diari. Kala menyelak membacanya aku diulit
sedih. Aku benci untuk membaca lembar kenangan itu.
#ANEKDOT 1
HANTU NASI KANDAR
Umairah mengajak
aku berjalan-jalan ke tengah kota KL membeli beberapa keperluannya. Setelah
mendapat apa yang terasa ingin dibeli,
perutku berkeroncong pula.
“Jom kita pekena nasi
kandar kat restoran tu.”
Umairah mengangkat
mukanya mengadap aku. Aku perasan selama aku mengiringnya berjalan dia menunduk
saja, tidak memperhatikan kiri kanan. Apa masalahnya? Sakit tengkok kot! Ish! Aku
mengagak saja.
“Mana kedainya?”
“Tu!” Kelihatan ramai yang berpusu-pusu ke situ.
Agaknya makanan yang dijual di situ tentu tersangatlah sedapnya.
“Ish! Taknaklah ke situ…”
“Kenapa pula?”
“Hisyh! tak mahu aku! Kau
tak nampak lembaga besar, hitam berbulu duk tolak orang masuk ke situ.”
“Ishh! Mana ada! Aku tak
nampak pun.”
“Aku Nampak! Kau tentu perasan kenapa aku jalan menunduk
saja. Sebab di sini ramai benda tu. Tak sanggup aku nak jeling pun.”
Ungkapan Umairah
serta-merta meremangkan romaku.
Aku percayakan kata
Umairah bukan kerana dia kawan baik aku tapi kerana peribadinya yang sangat
baik. Tidak tinggal solat, sering baca alquran juga. Lagipun kita berkongsi
alam dengan keujudan ciptaan Allah yang lebih halus dan tidak mampu dilihat
mata kasar.
“Kau tentu pernah terbaca
di akhbar, najis ditemui di restoran
nasi kandar kan!”
“Hmm apa kaitannya tu?”
“Mestilah ada kaitannya.
Segala najis dan tulang-tulang adalah makanan sepsis tu.”
Meloya tekak aku
mendengarnya. Terus mati seleraku nak makan nasi kandar.
Mujur aku tidak
dianugerahi pancaindera ke enam yang terus mata seperti Umairah. Sebab
aku ni penakut. Kalau terpandang mahu demam tak kebah.
ANEKDOT #2
SALAH SANGKA
Seorang wanita sebaya emaknya kelihatan kalut dan gelabah sekali tika dia dan
temannya menghampiri gerainya.
"Tolonglah
cik...janganlah roboh gerai saya...saya baru saja buat gerai ni nak berniaga.
Saya orang susah cik...anak-anak ramai yang nak disara!"
Dia dan kawannya berbalas pandangan. Tersenyum pula.
"Kenapa kak? Jangan
risau...kami ni bukannya pegawai DEWAN BANDARAYA yang datang nak meroboh gerai
kak. Kami ni dari UPM Serdang buat kajiselidik sikit tentang alam sekitar kat
kawasan pinggir bandaraya ni. Dah penat berjalan menemuramah orang tekak pun
rasa kering...itu yang kami berdua singgah kat gerai akak ni."
"Begituke! kak ingatkan awak semua orang-orang DEWAN BANDARAYA tadi...hati
dah tak sedap. Bimbang saja gerai kak kena roboh!"
"Kenapa kak risau
sangat dengan orang-orang DEWAN BANDARAYA...kak tak ambil lesen berniaga kat
sini kot?"
Lirih suara Firdaus
ketara sambil melabuhkan ponggongnya di atas kerusi pelastik yang tersedia di
situ. Zaliza turut duduk di kerusi bersebelahannya.
"Kita nak berniaga mestilah mohon lesen berniaga kan. Dah banyak kali
dipohon...tak adapun jawapannya. Banyak sungguh kerenahnya. Kita ni nak cari
rezeki halal...nak hidup. Bukannya nak mencuri...itupun jadi masalah."
Wanita itu melepaskan rungutan tentang tidak kesetabilan hidup yang melengkunginya
kini.
ANEKDOT #3
SUATU SISI KAMPUNG FELDA
Kebiasaannya pada waktu petang menjelang senja, para
suri rumah di tanah FELDA kampungku akan
berkumpul sambil bersembang ringan. Ikut
istilah kini disebut ‘membawang.’
"Berapa banyak
pendapatan bulan ni Idah?"
"Adalah
sikit...kadang dua ribu kadang tiga kadang 4. Ikut jumlah tan buah sawit yang
dikait dan harga semasa di pasaran."
Idah bercakap dengan arif
sesuatu yang diketahuinya pasti sebagai penerokawati.
"Kau ladang serah
pada felda pertanian kan? Berapa yang felda bayar?"
"Adalah
seribu...dulu tu felda bayar dekat 1500...la ni felda dah takde duit. Kita nak
urus sendiri kita pun tak daya. Lainlah kau ada suami yang rajin uruskan
ladang."
"Cukuplah tu kau
duduk saja je...tiap bulan duit masuk...lagipun nak buat apa duit banyak-banyak
kan...hih..hih..."
'Duit banyak nak buat
apa? Duit seribu cukup ke nak berbelanja sebulan. Tambah dengan kenaikan harga
barang yang melonjak setiap hari.' Suara hatinya mengiring senyum tawar. Kak
Sah pula mencelah suara dengan lorat
Penangnya.
"Aku nak cerita kat
hampa ni...hampa jangan cerita kat orang lain pulak!" Kedua-dua rakan
sejiranan tersengih saja tanpa mengaku apa-apa.
"Cerita apa tu
sampai kak Sah beria berpesan gitu..."
"Hampa tau
sebenarnya bakal menantu Ani tu bukannya peguam...takdak kerja apapun!"
"Mana kak Sah tau? Pandai-pandai
jer bawa cerita!" Soal Idah yang memang rapat dengan Ani ragu.
"Aku tahulah...anak
saudara aku bukan ke berkawan dengan budak tu!"
"Ishy nampak bergaya
je dengan kereta besar takkan takde kerja!"
"Bergaya dengan
kereta pinjam!" balas kak Sah sinis.
Di suatu hari.
"Apa yang riuh-riuh
kat rumah kak Sah malam tadi?" Ina bersuara.
"Ani dan anak
beranaknya bertengkar dengan kak Sah, katanya kak Sah cerita bukan-bukan tentang
bakal menantunya..."
"Mesti sebab kau
yang sampaikan pada Ani cerita kak Sah hari tu kan!"
Idah tersengih saja.
'
ANEKDOT #4
ARTIS KAMPUNG
"Cantiknya artis ni!
siapa ya?" Pancaindera kembaran akhbar Mingguan Malaysia direnungnya tajam
seakan mahu tembus.
"Kan ada
tertulis namanya dan ceritanya tu!"balas temannya.
"Eh! dia ni kan anak
Pak Haji yang tinggal kat hujung kampung kita tu kan?”
"Ialah kot!"
jawabnya ringkas.
"Wah! dah jadi
artis terkenal dia...orang kampung kita tu...bangga juga ya!" dia
tersenyum senang sebelum menambah dengan pertanyaan yang menyebabkan rakan
bicaranya terpanggung.
"Macam mana
tiba-tiba boleh jadi artis? dia ni rajin sangat berulang solat di masjid...tup
tup boleh berlakon filem pula."
"Apa
salahnya...berlakon itu kerjaya dia...bersolat beramal ibadat itu memang wajib
sebagai tuntutan agama...pegangannya tentu masih kekal di hati sebab dia pernah
kata kat aku...takkan beriman seseorang itu sekiranya hatinya tidak gentar kala
nama Allah disebut!"
"Hebat tu...rupanya
kau kenal dia."
"Mestilah kenal kan
sekampung dengan kita." Dan hatinya terkenangkan nasib malang artis itu
yang dianggap sebagai adiknya sendiri.
Artis f dipaksa
berkahwin dengan pilihan keluarganya. Diterimanya dengan reda walau terpaksa
melupakan kekasih hatinya seorang guru yang dicintai sungguh.
Berkahwinlah dia dengan
meriah menurut adat dan hukum. namun tidak lama kekalnya. Beberapa bulan saja.
Suaminya yang sering
berketayap dan berjubah itu boleh tidak serasi pula dengan isterinya yang
cantik ayu itu.
Setelah sah bercerai dia
kembali menjalin hubungan dengan mantan kekasihnya. tapi tidak lama juga kerana
dia menyedari kekasihnya itu mencuranginya,
Kini memperjudikan nasib
sebagai artis filem bergandingan dengan aktor aktress terkenal.
‘Isyh dia ni buat-buat
lupa pula yang adik dia merampas kekasih artis ini.’ Gumamnya dalam diam.
ANEKDOT #5
MUSANG BERJANGGUT
"Kenapa kau tak jadi
kahwin dengan dia? Pelik juga aku! alih-alih kawan baik kau pula yang ganti
tempat kau!"
"Saja...maknanya tak
ada jodohlah tu!"
"Mana boleh
saja-saja. Bukankah kau dah plan
elok-elok nak kahwin. Siap bawa dia dan maknya pergi dating lagi..tup...tup..kawan yang kau selalu bawa bertandang ke
rumah dia pula yang dikahwininya. Mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Cuba cerita
sikit kat aku."
"Mak ayah dia memang
setuju aku dengan anaknya tu. Cuma aku minta tangguh masa nak masuk minang
sebab nak kumpul duit dulu. Aku kan cuma kerja bawa lori je ...bukannya kaya raya
atau anak orang kaya."
"Mak ayahnya tentu
tak setuju sebab itu dikahwinkannya anaknya dengan kawan kau kan!"
"Bukan begitu. Rupanya
kawan aku pun suka dengan makwe aku tu. Jadi sebab nak tarik perhatian mak ayah
dan makwe aku dia reka cerita yang dia ni anak raja yang menyamar, datang ke
sini nak menyiasat sebuah perbadanan kerajaan di sini."
"Gitu pulok! bukankah
kau kata kawan kau tu anak sinun yang sekampung dengan kau?"
"Entahlah...aku pun
tak faham...tiba-tiba boleh bertukar jadi “musang berjanggut” pulak!"
"Dan mak ayah makwe
kau pun teruja nak bermenantu waris raja; kau ditolaknya!"
"Hmmm......"
kereen kak artikelnya, mampir2 ke blog saya juga yaa
ReplyDeleteDekat Perlis pun ada kedai macam tu, ada ustazah nampak
ReplyDeletetksh azka insyaa ALLAH
ReplyDeleteTKSH ZUMAL YA ORG BISNIS NK UNTUNG BANYAK PELBAGAI CARA DIGUNA
ReplyDelete