Tuesday, June 25, 2019

IMAN


#3 GURINDAM IMAN
Gurindam iman #1
Beriman hamba kepada  Pencipta
mengharap kasih mendamba cinta..

Gurindam iman #2
Insan beriman kukuh pegangan,
reda diuji redah rintangan.

Gurindam iman #3
Tiara iman mahkota jiwa,
rohani suci zahir bernyawa.

Gurindam iman #4
Beriman hamba pada Pencipta,
mengharap kasih mendamba cinta.
Gurindam iman #5
Teguhkan iman pasak bersungguh,
reda terima tidak disuguh.

Gurindam iman #6
Hati beriman aura ketara,
wajah berseri cerahnya citra.

Gurindam iman #7
Beriman teguh pegangan diri,
walau sengsara sabar mandiri.

Gurindam iman #8
Beriman tauhid amal ibadah
lenyaplah resah terusir gundah.



.PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
07/05/019




#2 GURINDAM KALAULAH

Gurindam kalaulah #1
Kalaulah pasti esokkan hadir,
apa berlaku suratan takdir.

Gurindam kalaulah #2
Kalaulah yakin mentari cerlang,
malam berganti siang menjelang.

Gurindam kalaulah #3
Kalaulah tahu langkahkan pincang,
Allah penentu apa dirancang.

Gurindam kalaulah #4
Kalaulah tahu akan berada,
bersyukur sungguh berserta reda.

Gurindam kalaulah #5
Kalaulah tahu Dia kasihi,
dalam lindungan rahmat Ilahi.

Gurindam kalaulah #6
Kalaulah tahu kitalah warga,
pegang amanah saling menjaga.

Gurindam kalaulah #7
Kalaulah faham jadi pilihan,
tegar beriman dalam sentuhan.

Gurindam kalaulah #8
Kalaulah faham jiwa insani,
saling perhati santun harmoni.

3 comments:

  1. Selepas ini kena banyak membaca di sini. Moga-moga selepas ini, ada juga kerajinan saya nak menulis macam kak Paridah. =)

    ReplyDelete
  2. tksh faarihin rajin juga mengintai karya kak di sini ya

    ReplyDelete
  3. Dalam keperitan ini, hanya mengharapkan iman diri teguh

    ReplyDelete