SEORANG SIFU
Jalanan maya banyak
simpangnya
tersalah hala bimbang
tersesat
Saniah Masri tunjuk
arahnya
tidaklah lagi
terpisat-pisat
Hasrat pertingkat ilmu
sastera
media maya manfaat wadah
berguru dengan sifu
bitara
mulanya sukar berakhir
mudah
Genre puisi pelbagai
jenis
sifu mengajar penuh
teliti
bergolak rasa masam dan
manis
kala ditegur tercuit
hati
Sifuku Tabir Alam
bestari
sarat ilmunya di dalam
dada
daya ingatan di hujung
jari
jawab soalan biar senada
Sempena ulang tahun
sifuku
sihat afiat lestari
hayat
panjang usia tulus doaku
karya kecilku menyusun
ayat
SANTUN KASIH
Adik beradik saudara
mara
jiran tetangga kawan
sahabat
ukhuwah kasih erat dan
mesra
kenali makna kaum
kerabat
Bertanya khabar jauh dan
dekat
mengambill tahu senang susahnya
terasa renggang segera
ikat
agar hubungan kekal
jalinnya
Bertolong bantu bahu
membahu
masalah berat berubah
ringan
tidak mengendah
mengambil tahu
bersatu padu berpisah
jangan
Ada masalah usaha
rungkai
duduk berbincang
bermesyuarat
kata diputus tidak
pertikai
apa tersurat sama
tersirat
Kasih dan sayang bersemi
segar
bak puspa indah harum
kasturi
tegaknya pohon usah digegar
taman ukhuwah cantik
berseri
SALAM RAMADAN
Masih berdiri di ruang
ini
kala Ramadan menghulur
salam
cinta Ilahi syukuri kini
tiada sirna suram
berbalam
Sinar Ramadan aura
mencerah
hapus gelita cerah
merata
kepada Allah reda
berpasrah
mendamba kasih bersulam
cinta
Dakap Ramadan kejap dan
erat
enggan lepaskan walau
leraikan
hela nafasnya menadi
urat
jiwa nan murni dapat rasakan
Nikmat Ramadan
tidak sedikit
demi hamba-Nya Allah hamburkan
himpun amalan biar
membukit
ganjaran besar Allah
janjikan
Bulan Ramadan amat mulia
jagalah adab pekerti
diri
sopan berbudi sifat
aulia
menghina keji dosa
hindari
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
7/05/019
RAMADAN NUR LANGIT
Semesta alam gemilang cerlang
cahaya rahmah menyerlah berkah
amal ibadah usah dibilang
tawakal hati mengawal tingkah
Kasih Ilahi hamba diuji
wajib puasa bulan Ramadan
rajin sedekah khatam mengaji
Allah berjanji imbal sepadan
Ramadan tiba bunga berkudup
bakal berkembang indah meranggi
diiring amal lestari hidup
terbuka jannah taman mewangi
Janji Ilahi pasti tepati
tidak berdusta menghambur kata
pahala Allah usah perhati
usaha kutip butir permata
Kala Ramadan berangsur pergi
hati menggundah resah gelisah
ditinggal pergi terasa rugi
sedih terkilan hendak berpisah
PARIDAH SHAK
Desa Melor Serendah
14/12/018
SECORET PESAN
Keluhan itu luahan rasa
sekadar zahir rasa empati
pegal terbuku melukis rupa
apa yang mampu diucap lagi
Tegarkan asa usah mengalah
gemala minda menimbang keputusan
onak dan ranjau sudah diredah
gelora hidup tanpa alasan
lestari hayat laksana alam
kadang gelita kadang benderang
berlalu siang berganti malam
ombak melaut surut dan pasang
Medan akli terbelah juga
Berbolak-balek buruk dan baik
positif negatif sering duga
sifat hakiki turun naik
Atasi aral dengan berpada
doa tawakal kepada Allah
terima tentu-Nya dengan reda
kepada Dia kita berserah
terlalu ralit mengejar dunia
tidak seimbang dengan akhirat
kelak tertinggal kerana alpa
di Padang Mahsyar bimbang mudarat
PARIDAH SHAK
Desa Melor Serendah
14/12/018
KUATRIN
SIAPALAH KITA
Siapalah kita suka menghina
gemar mencerca tidak berkenan
mudah melontar batu mengena
tuju sasaran bawa peranan
Sekadar kenal
belum bersua
bagaikan akrab tersangat rapat
luar dan dalam tahu semua
arif segala buktinya tepat
Sedikit tahu habis
dibongkar
bagai menulis sebuah karya
darinya pucuk hingganya akar
dicoret larik di media maya
Cacian hina bukan budaya
budi bahasa santun
Melayu
sebabkan ragu
hilang percaya
maksud sebenar lagu mendayu
Di tempat tinggi Dia tercinta
tingkah hamba-Nya jelas perhati
Rakib dan Atid terus meninta
Di Padang Mahsyar memapar bukti
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
11/04/019
KUATRIN
KASIH INI
Kasihku ini hanya untuk-Mu
tidakku ragu mengukir
kata
pernah keliru sering
bertamu
pudar gerhana tulusnya cinta
Sesalan datang tidak
terkira
rasa berdosa menimbun tinggi
sesak dihimpit perih sengsara
tidakkan mahu diulang lagi
Murni kasih-Mu daku mengharap
kudus cinta-Mu kepada hamba
tulus sayang-Mu inginku serap
ampuni salah amat didamba
Bagai meruntun
di dalam sukma
ingin bertemu melerai rindu
saat dinanti bakal bersama
renyai tangisan tersedu-sedu
Detik berlalu
dibilang-bilang
langkah hampiri makin mendekat
tiada aral dapat menghalang
tatkala nafas sudah tersekat
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
11/04/019
KUATRIN
LORONG INI
Di lorong ini aku tersesat
tidak kutahu mana arahnya
peluh menitis kuseka kesat
langkah kuatur tega perihnya
Kutemu rakan kawan sejalan
berbeka riang
berkongsi rasa
kadang bergelak kadang terkilan
dihambur dengan kata
berbisa
Di lorong kecil ruangnya sempit
sesak bernafas sedut
udara
daya dijana meski berhimpit
hasrat sebenar mencipta citra
Karya tercantik digubah mampu
moga pesona dilirik pandang
seri cahaya lantera lampu
nikmati syukur apa dihidang
Di lorong ini berpencak silat
melakar ilham melukis benar
beri manfaat tidak meralat
fikiran jernih merawat nanar
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
10/04/019
Zumal amat berharap dapat bertemu lagi Ramadhan tahun ini
ReplyDelete