Pantun D’klasik
Pohon selasih
bersilang urat,
daunnya kasar bawa ke
Mantin;
ukhuwah kasih terjalin
erat,
keluarga besar saling
prihatin.
Di dalam kolam lama
berendam,
melakar rajah sakit
kepala;
siang dan malam merindu dendam,
bersua wajah erkejut
pula .
Terasa sejuk di atas
titi,
duduk di pangkin tepi
kuala;
lurus telunjuk arah ikuti,
jangan kelingking
berkait pula.
Tumbuhan lemba sisi
kuini,
merah bunganya mekar
di pangkal;
mesti mencuba dengan
berani,
gagal dan jaya reda
tawakal.
Sibuk bertanya hendak
sekolah,
maklum harinya sudah
diwarta;
berjanji hanya kerana
Allah,
dengan izin-Nya kata
dikota.
Dijamu puan pisang
berangan,
Harum pandan ketupat
palas;
bertemu tuan dalam
kenangan,
mesra kecindan
tuturnya ikhlas.
Membeli payung di Ulu Nerus,
singgah musolah selendang simpai;
penat mendayung
menongkah arus
kehendak Allah selamat
sampai.
Permata marjan indah
tiasa,
damba miliknya
walaupun susah;
tempias hujan dingin
terasa,
berpayung hanya
mengelak basah..
Mendaki bukit berbekal
kuih,
di tepi kali mencari
palas;
untung sedikit berkat
diraih,
jual dan beli di akad
ikhlas.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin ,
1/11/ 2021
Pantun dibaca
Pohonan redup sisi
telaga,
mengait manggis
berhati-hati;
dugaan hidup berumah-tangga,
pahit dan manis sabar
nikmati.
Hinggap di peran si
layang-layang,
lintas beringin kenari
biru;
kalau fikiran
melayang-layang,
apa teringin tentu
keliru.
Mengangkat sauh jauh
sekaki,
tergesa-gesa jatuh
seputar;
merantau jauh demi
rezeki,
tinggalkan desa hanya
sebentar.
Lembutnya bayu
merendah suhu,
dingin bersatu berubah
semi;
lahir OKU siapalah
mahu,
saling membantu cuba
fahami..
Tatkala malam cari
halia,
melangkah cermat di
jalan kelam;
selawat salam
junjungan mulia,
penghulu umat rahmati
alam.
Enak disebut manis
halua,
lucu perhati gelojoh
suri;
hujan dan ribut
berhenti jua,
sedih di hati rawat
sendiri.
Gali keladi berikan
teman,
mengerat pangkal
membuang urat;
hidup berbudi tanda
beriman,
amalan bekal tuju
akhirat.
Mekar angsana
mengharum malam,
di dalam kendi letak
di sini;
flora dan fauna hiasan
alam,
semula jadi indah
harmoni.
Sambil perhati saujana
bendang,
duduk menanti hadirnya
suri;
budi pekerti segak
dipandang,
mulia hati wajah
berseri.
Hendak ke bandar sebelum subuh,
bawa meranti bersama
turi;
dukaku sandar bahumu
roboh,
derita hati tanggung
sendiri..
Hendak ke mana gadis
rupawan,
cari seluang kali
direnung;
masa laksana emas
tempawan,
andai dibuang rugi
mengunung.
Kuntum raflesia mekar
dinanti,
ramai berkenan jual di
pasar;
Hari Malaysia amat
bererti,
erat santunan keluarga
besar.
Jatuh di perdu cedera
luka,
memanjat palma seorang
diri;
melerai rindu bersua
muka,
sekian lama sepi
sendiri.
Renang tepian capai
pantainya,
Sampai akhirnya
melangkah pulang;
Paralimpian ketara
hebatnya,
Pencapaiannya tinggi
menjulang..
Pergi Melaka di hari
cuti,
lawat zoo juga melihat
gajah;
erti merdeka hayati
pasti,
pandemik duga bukan
menjajah.
Banjir melanda menyapu
sisa,
mungkin gerangan
amaran Allah;
bergabung minda muda
dewasa,
berganding tangan
lerai masalah.
Pucuk mengkudu dipetik
dara,
dicelur sudah buat
kerabu
sulaman rindu benang
sutera,
selendang indah
selimut kalbu.
Saprah yang biru
bukannya merah,
sulam ditambah
denganlah renda;
norma baharu langkah
berhijrah,
bermuhasabah tawakal
reda.
Hendak ke Pagoh beli kerepik,
ke Parit Sulung cari
pelage;
bersungguh-sungguh
atlit Olimpik,
pingat terkalung
negara bangga.
Assalamualaikum dj Ady,
kerabat2 Radio Klasik
Terlihat girang ikan
semilang,
di hujung beting lompat-lompatan;
sahabat curang meunjuk
belang,
bagaikan gunting dalam
lipatan.
Ditanam kantan, limau kasturi,
di tepi rawa tanah
yang rendah;
permata intan merias
diri;,
mulia jiwa pekerti
indah
Melempai cekur rayap sesumpah,
si anak lebah
menyengat kaki;
andai bersyukur nikmat
melimpah,
Allah menambah jumlah
rezeki.
.
Atas perabung lantun
suasa,
samalah jua sebungkus
gundu;
pahit kecubung tidak
terasa,
andai bersua melerai
rindu.
Ambillah sudah buah
kelapa,
nak masak nasi segera
belah;
bertikam lidah tidak
mengapa,
cari solusi lerai
masalah.
Dalam telaga ikan
kelisa,
sembunyi rupa di celah
kayu;
jiwa dan raga teguhkan
asa,
laksana puspa mekar
tak layu.
Memakai kasur gali
keladi,
ubi diagih dengan
sempaya;
kerja beransur tidak
menjadi,
usaha gigih mencipta
jaya.
Atas beranda diletak
bekal,
terasa nanar tidur
terlena;
gemala minda tiara
akal,
gemilang sinar bijak
sempurna.
Indah lembayung jelas
ketara,
nyaman meredup rumpun
kemangi;
patah pendayung ombak
gelora,
lautan hidup tabah
harungi.
Lautan hidup tenang
membiru,
Taufan membadai ombak
gelora,
Tabah belayar ha
Lulur dedalu membuang
antah,
ambil teluki membuang
cekur
membujur lalu
melintang patah,
limpah rezeki meraup
syukur.
Hendak ke laut
menghala barat,
bekal dibawa jinjing
sebelah;
ajal dan maut sudah
tersurat,
menjaga nyawa amanah
Allah.
Di gunung Daik awan
meredup,
di tanah rata hujannya
pasti;
sahabat baik rezeki
hidup,
jauh di mata dekat di
hati.
Sangatlah indah bunga
semalu,
mereka-reka sulaman
timbul;
tangan menadah doa selalu,
langit terbuka hajat
kan makbul.
Berkain kasa duduk
memberus,
galau meretus bahan di
lambak;
doa tiasa usaha terus,
rantaian putus
terhindar wabak..
Menguli roti campur
halia,
jatuh melantun sebelah
kiri;
baik pekerti budi
mulia,
bersopan santun budaya
diri.
Kuih kasturi dibawa
bekal,
hendak membelah pohon
berangan
tabahkan diri reda
tawakal,
kepada Allah mohon
lindungan.
Di atas gebar bertabur
bunga,
rona setara indah
pandangan;
tersenyum lebar sampai
telinga,
riang gembira sambut
undangan..
Seronok beraya di
Gambang Damai,
ikut SOP tiada pilihan;
cantik berseri tidak
beramai,
bersama gembira patuh
arahan.
Kutip pegaga, kait
bidara,
ambil sempaya di sisi
cermai;
bersama keluarga saat
gembira,
seronok beraya di
Gambang Damai.
Kait pulasan bukan kepayang,
ambil rambutan di sisi
geti;
berpesan-pesan
tandanya sayang,
ambil ingatan fahami
erti.
Malam bermimpi erti
ditebak,
puas merawa tidak
bersua;
patuh PKP hindari
wabak,
sayangi nyawa kita
semua.
Kuih diadun
bersusah-payah,
dicantum-cantum Nampak
berseri;
baju sedondon warna
meriah,
senyum berkuntum di
Aidilfitri.
Buah melaka dengan
bahulu,
air katira berikan
saya;
lupakan duka senyum
selalu,
riang gembira aura
ceria.
Cahaya dian indah selalu,
dibawa adik ketara
cantik
Ramadan kian beransur
lalu,
amalan baik seiring
detik.
Cukup anggaran
timbangan perlu,
tepung segelas adun kasidah;
lihat al- Quran baca
selalu,
pandangan jelas
Ramadan indah.
Pantun D'Klasik:
Buah rambutan di dalam raga,
Duduk bersama buah pulasan;
Bulan ramadan mata dijaga,
Tundukkan nafsu tingkatkan amalan.
Buahan nadir ada
berserat,
tidaklah mudah hendak
dipetik;
Ramadan hadir dakaplah
erat,
Amal ibadah seiring
detik.
Umpan belalang kail
dipasang,
sepat puyu di dalam
telaga;
Ramadan jelang amal
dirangsang,
ampun dirayu malam
berjaga.
Kuih kasturi dibawa
pergi,
mendaki bukit letih
terhenyak;
rajin memberi tidaklah
rugi,
walau sedikit pahala
banyak.
Hidang juadah usah
tertumpah,
agar diramal berpada-pada;
Ramadan indah rahmat
melimpah,
pahala amal
berganda-ganda.
Pohon gaharu jangan
direngguh,
dipangkas temu teramat
cermat;
kalau berguru
bersungguh-sungguh,
berkatnya ilmu membawa
rahmat.
SELAMAT HARI RTM 74
Menampi-nampi hampa
melayang,
amat berhati terasa
jemu;
malam bermimpi siang
terbayang,
laranya hati merindukanmu.
Di dalam sanggul bunga
santini,
kerudung semat intan
bersinar
RTM unggul dulu dan
kini,
sebar maklumat semata
benar.
Pergi lama sekali,
kerana mencari bawang;
setanggi aroma asli,
cendana semerbak ruang
Bawa separa sarat
jinjingnya,
bilis sedia biar
berjimat;
wira negara berat
tugasnya,
polis setia sedia
berkhidmat.
Melangkah terus meniti
balak,
kaki meredah rumpun
dedalu;
menongkah arus hanyut
ditolak,
solusi mudah fikir
selalu.
Tidak keruan habis
disayat,
mengutip cekur bawa ke
pekan;
skim bantuan prihatin
rakyat ,
meraup syukur amat
perlukan.
Sabut di pagar ringan
belaka,
buang dilarang dengan
kerambil;
berebut biar dengan
etika,
peluang orang jangan diambil,
Di dalam garaj letak
kelubi,
banyak teramat
dibelah-belah;
Israq dan mikraj
kembara nabi,
Nabi Muhammad mengadap
Allah.
Sebuah kartu dicatat
pula,
meletak gundi di dalam
khemah;
wanita itu anggun
segala,
menyerlah budi
sembunyi lemah.
Gubah teluki juga
seroja,
buah celagi di dalam
talam;
cari rezeki di mana
saja,
di langit tinggi
lautan dalam.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin ,
1/3/ 2021
Pantun dibaca
Bubur bersagu nampak
berseri,
sayangnya masin
tidaklah sihat;
janganlah ragu
mendinding diri,
suntikan vaksin demi
maslahat..
Memasak rusa campur
halia,
tidak terkata sedapnya
kari;
budi bahasa sifat
mulia,
ringgit dan harta
perlu dicari.
Leka berjalan di atas
titi,
lantainya papan baru
dibelah;
jawab soalan
berhati-hati,
serah jawapan kepada
Allah.
Terbang camar tinggi
di awan,
Tika senja mengajak
pulang;
di dalam kamar sedih
merawan,,
sendiri saja mengenang
walang.
Tahniah
Sarat sekoci bawa keladi,
lambak di tepi kata
soldadu;
cinta nan suci kasih
abadi,
siang bermimpi melamun
rindu.
Mencari rata pohon pedada,
kayu meranti
dikerat-kerat;
sayang dan cinta
berpada-pada,
berhati-hati elak
mudarat.
Hajat ke Ranau mencari
herba,
sudah terlupa tidak
dibeli;
menjadi enau mati di
rimba,
tidak siapa ambil
peduli.
Pergi Kimanis hala ke
hulu,
daerah laha mencari
rempah;
tersenyum manis ikhlas
selalu,
rajin usaha rezki
melimpah.
PANTUN D'KLASIK
Khamis 28.1.2021
Pantun dibaca oleh DJ.
Lembu ditambat di
pohon pauh,
tidak bertangguh
menghala rawa;
Corona hambat berlari
jauh,
usaha sungguh menjaga
nyawa..
Bertukar madah kata
diperi,
kalau bersua usah
terleka;
sutera indah busana
seri,
belacu jua pembalut
luka,
Ulam kelisa bawa ke
sini,
usahlah ragu begitu
lama;
budaya bangsa amalan
murni,
bagaikan lagu dengan
irama.
Kuih berpulut makanan
sihat,
ambil belebat dihidang
tumpipi;
berbuih mulut beri
nasihat,
tanggung akibat
memandang sepi.
Rupawan tulus jelita rapi,
menghidang bubur dupa
dipinta;
jiwa nan halus mencita
mimpi,
memandang kabur apa
yang nyata.
Rasa terlalu
cantik sepatu,
tangan menyulam rumit diriba;
masa berlalu berdetik
waktu,
kenangan silam
menggamit hiba.
Adik berlari ke pekan
sari,
di sana bonda sedang
belanja;
cantik berseri mawar
berduri,
pesona minda sambil
berkerja.
Kayu gaharu letak di
peran,
simpan bercermat elak
gelupas;
tahun baharu mula
lembaran,
bersyukur amat masih
bernafas,
Indah pelangi
berkali-kali,
ralit perhati dalam
perahu;
harum mewangi aroma
asli,
pilihan hati siapa
tahu
Kuntum angsana tepi perigi,
Biji saga merahnya
rupa;
Harum cendana dengan
setanggi,
Gaharu juga di dalam
dupa.
Berkain kasa selendang
kasa,
tanam halia di dalam
taman;
budi bahasa budaya
bangsa,
sifat mulia tanda
beriman.
Selendang renda kain
sutera,
bermundar-mandir cari
di pecan;
perlu waspada mengatur
kira,
nasib dan takdir Allah
tentukan.
Terasa resah jiwa
menggundah,
di pohon redup mekar
kemboja;
apa yang susah jadikan
mudah,
justeru hidup sebentar
saja.
Labuh cunia singgah
kenari,
terasa sangsi puteri
malu;
harta dunia hiasan
diri,
saling berkongsi pada
yang perlu..
Lelah kerana nyeri disuntik,
lilau merandai melambuk
sebal;
apalah guna isteri cantik,
kalau tak pandai
menumbuk sambal.
Terserlah warna
berseri batik,
galau di sidai
berhabuk tebal;
apalah guna isteri cantik,
kalau tak pandai
menumbuk sambal.
Pantun
D’Klasik
Assalamualaikum
Selasih ini selasih
ranti,
susah dicari di rawa
temu;
kasihku ini kasih sejati,
telahku beri hanya
untukmu.
Terbanglah sudah burung
kedasih,
lewat angkasa tuju kuala;
usaha sudah mengikat
kasih,
sedih terasa terlerai
pula.
Buat adunan tatkala subuh,
uli capati letak di para;
kesan makanan kepada
tubuh,
akan terbukti dengan
ketara.
Gayung disimpan lengah ke
hutan,
garam yang lama diremas
merang;
mendayung sampan tengah
lautan,
karam bersama lemas
seorang.
Hendak ke kota
membeli-belah,
memilih buah si pisang
kaki;
bekerja kita kerana
Allah,
melimpah ruah nikmat
rezeki.
Cantik bergaya seorang
nyonya,
siapkan kerja benih
ditugal;
andai berjaya syukur
kurnia-Nya,
reda sahaja jikalau
gagal.
Pantun D'Klasik:
Buah pauh dalam dulang,
Dikirim orang kampung hulu;
Walau jauh di negeri orang,
Doa restu kirim selalu.
Kait rambutan bukan
kepayang,
ambilkan manggis sisi
melati;
dalam ingatan
terbayang-bayang,
kenangan manjs kekal di
hati.
Setalam melur pati
dicari,
mengolah lihai nenek
menjentik;
salam dihulur pengganti
diri,
sambutlah duhai adik yang
cantik.
Berbalam melur meranggi
sunti,
senikan mala indah
menggertas;
di dalam telur lagi
dinanti,
Inikan pula sudah
menetas.
di dalam telur lagi kunanti,
inikan pula sudah menetas.
Tertarik amat apa diukir,
bunga halia indah
menyerlah;
Nabi Muhammad rasul
terakhir,
agung mulia kekasih
Allah.
Membaling batu terkena
gelas,
kisah dikenang lama
bersisa;
Saling membantu tulus
dan ikhlas,
Susah dan senang sama
dirasa.
walaupun jauh beribu batu,
hilang di mata di hati
jangan.
Rimbunan redup subur
kelisa,
tatkala senja dihinggap
merbah;
dugaan hidup sukar
terasa,
sabar sahaja moga
berubah.
Adik melenjan tak tentu
arah,
sambil menampi kaki
direndam;
semoga hujan turun
mencurah,
gejolak api segera padam.
Mawar berduri berkuntum
sisi,
gugusan pauh leka dilihat;
jaga kendiri kawal emosi
berfikir jauh demi
maslahat.
Tertumpah tumpi adik
terkenang,
selerah baju cari busana;
serapah jampi bidik
petunang,
arah dituju biar mengena.
Sambil menyimpan mengemas
ruang,
letak di para gorengan
tamban;
baris hadapan tegar
berjuang,
demi negara rela
berkorban.
Buluh diraut
dikerat-kerat,
dibuat sauk ikan pelaga;
garam di laut asam di
darat,
dalam periuk bertemu
juga.
Sarapan pulut dengan
manisan,
kuih serabai
dikerat-kerat;
berbuih mulut
berpesan-pesan,
sayang diabai padah
menjerat.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin ,
28/9/ 2020
Pantun penyertaan
Pergi Kimanis basah
melencun,
turuni lurah jatuh di
lata;
bahasa manis berbumbu
racun,
parah berdarah dipancung
kata.
Baju kelabu dicemar debu,
wajah dirapi sekuntum
kekwa
rindu menggebu di dalam
kalbu,
di dalam mimpi moga
bersua.
Adik mencari buah kuini,
membawa baldi tepi
telaga;
sempurna diri rohani
murni,
cinta abadi bawa ke
syurga.
Kuih kasidah terhidang
sudah,
diambil lada lalu
dikerat;
bertikam lidah bertukar
madah,
anggap bercanda ukhuwah
erat.
Lari-larian membeli
kicap,
hendak melengat ikan
kerisi;
puji-pujian wajar diucap,
bugar semangat
memotivasi.
Terbang kedidi tatkala
senja,
hinggap segera di rumpun
palas;
orang tak sudi lupakan
saja,
ukhuwah mesra dijalin
ikhlas.
Hinggap segera di rumpun
palas,
sambil perhati sekawan
rusa;
ukhuwah mesra dijalin
ikhlas,
baik pekerti budi bahasa.
Sambil perhati sekawan
rusa,
lalu kedasih menghala
candi;
baik pekerti budi bahasa,
santunan kasih kekal
abadi.
Lalu kedasih menghala
candi,
terasa nanar arah
tersalah;
santunan kasih kekal
abadi,
niat sebenar kerana
Allah.
Terasa nanar arah
tersalah,
hajat bersua di pohon
palma;
niat sebenar kerana
Allah,
ke jannah jua akan
bersama.
Mengambil galah mengait
buah,
hendak diberi pada
saudara;
rezeki Allah melimpah
ruah,
usaha cari segala cara.
Bawa seraga bekal aneka,
siaga dara sangat
membantu;
jiwa dan raga kekal
merdeka,
warga negara semangat
jitu.
Berenang patin di celah batu,
cari keranji saing
kelisa;
saling prihatin
bantu-membantu,
sifat terpuji amalan
bangsa.
Menghiris umbut digaul
garam,
menggulai tilan, campurkan
cuka;
Selamat sambut awal
Muharam,
rai seiring bulan
Merdeka.
Rambutan longkah pilih
keliru,
rimbun meredup tumbuh
selari;
hijrah melangkah norma
baharu,
santuni hidup kendali
diri.
Ambil kerisi bukan
garupa,
sunting melati daun
sehelai;
kulit dan isi berbeza
rupa,
firasat hati tentukan
nilai.
Godak ikan berlinang
lemak
lalu
hidangkan jangan dilupa
hendak dimakan mati emak
hendak diluahkan mati bapa
Awan berkabut tinggi
sejengkal,
tidak dijangka akan
hadirnya;
hujan dan ribut dapat
disangkal,
hati terluka mana
ubatnya.
Terbang burung helang,
hinggap atas tangga;
kibar jalur gemilang,
penuh rasa bangga.
Terantuk dahi terlanggar
adik,
duduk berehat makan
serawa;
Covid jauhi langkah
terbaik,
jaga maslahat sayangi
nyawa.
Telur di reban basuh di kolah,
dibawa cermat tidaklah
berat;
ikhlas berkorban kerana
Allah,
hidup selamat dunia
akhirat.
Berkarya aktif menghapus
gundah,
memetik gambus mengirau
rusuh;
fikir positif tangani
mudah,
bebu dihembus melayang
jauh.
Si anak kelah mudik berteman,
berlumba-lumba
menyusul tebing;
sama mencecah si hati
kuman,
bimbang didamba
terumbang ambing
Rendang di taman sepohon
nyatuh,
buah papaya ambil
berdiri;
hatinya kuman usah
disentuh,
amat bahaya baik hindari.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin ,
20/7/ 2020
Pantun penyertaan
Bekal bekerja sekeping
pizza,
Hendak menyemi padi disukat,
Sambil bekerja menjamah
pizza;
lupakan saja apa berbeza,,
saling fahami tentu
sepakat.
Terpijak onak peluh
merenik,
air katira tumpah
disisih;
bahasa lunak budaya unik,
jalinan mesra mengikat
kasih.
Makan bidara duduk di
tangga,
sambil menanti merajut
pukat;
Rukun Negara amalan
warga,
bersatu hati membawa
berkat.
Bekas bertingkat isikan
maskat,,
gadis bergaya disapa
nama;
bermuafakat tanda
sepakat,
beza budaya tetap bersama..
Senantiasa menulis karya,
rajin mengolah kurang
ditambah;
beza bahasa juga budaya,
bukan masalah jalin
mahabbah.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Khamis ,
16/7/ 2020
Pantun penyertaan
Tersalah mungkin impian rusuh,
semakin laha mengeri
sandang;
biarlah mskin pakaian
lusuh,
rajin usaha diri
terpandang.
Bayan diasuh berkata
sisih,
gara mengerti olah
bicara;
pakaian lusuh ternyata
bersih,
aura pekerti menyerlah
citra
Ranti ditarik telah
berputik,
bendi halia digulai
kawah;
pekerti baik wajah pun
cantik,
budi mulia nilai maruah.
Mengulum manggis menanti
adik,
pulasan jatuh dari
junjungan;
tersenyum manis pekerti
baik,
pakaian lusuh seri
pandangan.
Menyimpan zaitun di gundi
kasa,
peti di kolek sarat
keranji;
sopan dan santun budi
bahasa,
pekerti molek sifat
terpuji
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin,
13/7/ 2020
Pantun penyertaan
Padat tetamu menyusah
hati,
mengganti madu minuman
jua,
adat bertemu berpisah
pasti,
ubati rindu dengan
berdoa.
Perak suasa nilainya
uwang,
sisih berhati bekal ke
situ;
jarak dan masa semata
ruang,
kasih sejati kekal
bersatu.
Lilau menyesah pauh berona,
galah dilunjur masih tergoyang;
walau berpisah jauh di sana,
biarlah jujur berkasih sayang.
Resah kedasih
tersedu-sedu,,
terasa jemu mamah bidara
berpisah kasih rindu
merindu,
kala bertemu luah bicara.
Serak sebasah gunakan
tangan,
suguh keranji sekar
sedia;
jarak pemisah bukan
halangan,
berteguh janji ikrar
setia.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin,
6/7/ 2020
Angin berlalu daun
gemulai,
terbanglah merbah ke
hujung galah;
sesat selalu kerana
lalai,
sikap diubah lerai
masalah.
Terang bersinar kulitnya
lokan,
sepah merata terpijak
luka;
jalan sebenar syaitan
sesatkan,
andainya kita sering
terleka.
Terasa sejuk ambil tuala,
mandi di kolah tingkah
meningkah;
mohon petunjuk Allah Taala
mula basmalah mengatur
langkah.
Terpisat-pisat merenung
tilan,
atas pengkalan mengail
keli;
andainya sesat di hujung
jalan,
ke pangkal jalan
cepat kembali..
Belikan langsat buah
pilihan,
bukannya sitrus dan limau
purut;
kadang tersesat arah
tujuan,
jalan yang lurus tidak
diturut.
Pergi perigi memakai
sarung,
berbaju kurta membasuh kaki;
seawal pagi seperti
burung,
terbang merata-rata kutip rezeki.
Berbaju kurta membasuh
kaki,
sebelum kelam hari dah
senja;
terbang merata kutip
rezeki,
seluruh alam di mana
saja.
Sebelum kelam hari dah
senja,
cepat ambilkan tebu
seruas;
seluruh alam di mana
saja,
Allah sebarkan saujana
luas.
Cepat ambilkan tebu
seruas,
hindarkan duri di rumpun
temu;
Allah sebarkan saujana
luas,
usaha cari usahlah jemu.
Hindarkan duri di rumpun
temu,
langkahnya rapat takut
direnjat;
usaha cari usahlah jemu,
akan mendapat apa
dihajat.
Langkahnya rapat takut
direnjat,
mula berlari arah selari
akan mendapat apa
dihajat,
Allah memberi nikmat
syukuri..
Kasa basahan telah
dibuang,
memakai sarung membuat
kerja;
fasa pemulihan memberi
ruang,
tidak terkurung di rumah
saja.
Kainnya kasa buat
basahan,
Duduk berehat
PKPP fasa pemulihan,
Demi masylahat patuh SOP.
Kait pulasan ranting dipulas,
rasanya manis makan di
peran
biar berpesan tulus dan
ikhlas,
tidaklah sinis penuh
sindiran..
Jajar lantana tanam di
huma,
tidak berserak rimbun
meredup;
dunia fana kekal tak
lama,
emas dan perak pesona
hidup.
Hinggap di sigai burung
kenari,
di anjung limas bentuknya
nenas;
terasa bagai menelan
duri,
cawannya emas airnya
panas.
Menuju Gemas bulan puasa,
bawa bahulu ke rumah aki;
tiada emas walau suasa,
apa yang perlu wajar
miliki
Bunga teluki , puspa
angsana,
digubah dara letak di
tepi;
mewah rezeki hidup
sempurna,
sirna gembira ratapi
sepi.
Hendak berkemas apa
selerak,
Susun di para segala
benda;
bercawan emas berpinggan
perak,
hilang selera nikmat
tiada.
Diminum kopi dimakan
tumpi,
hendak ke paya pergi
menjala;
lalu PKPP patuh SOP,
sambung beraya di kampung
pula.
Rapat dedaun belia semat,
semi setara daya tiasa;
64 tahun setia
berkhidmat,
demi negara budaya
bangsa.
segala aral lintas atasi,
letak di mercu bahasa
Melayu.
Ambilkan benih di dalam kamar,
semaikan kangkung sulam
selada;
telaga jernih hindarkan
cemar,
tidak bertakung segala
noda.
Leka menekat di atas
titi,
terasa gundah menuju
sawah;
hidup sepakat bersatu
hati,
lupa akidah erat ukhuwah.
Kebaya sulam lama ditiru,
berapun canggih tersentuh
api;
beraya dalam norma
baharu,
walaupun sedih patuh SOP.
Hendak menanam huma
dikawal,
bawa segemal padi dan maman;
puasa enam dibulan syawal,
tingkatkan amal teguhkan iman.
Dalam reban berbunyi itik,
keluar pagi berenang di kolam;
hari lebaran berhias cantik,
bergaya ranggi siang dan malam.
Faham takrifan senyuman dara,
sisip di rambut bunga
melati
maaf-maafan ditutur
mesra,
salam disambut lekat di
hati.
Busana jingga DJ Amelin,
wajah berseri suara
merdu;
kasih nan mesra erat
terjalin,
di Aidilfitri menanggung
rindu.
Pohon cemara di pinggir
paya,
Rimbun gaharu lempai sebelah;
rasa gembira menyambut raya,
norma baharu bukan
masalah.
Ligat berfikir sambil
berdandan,
hajat ke bandar hanya
berdua;
sepuluh akhir malam
Ramadan,
Lailalatul-qadar moga
bersua.
Menahan lukah ikan di
hulu,
umpan selalu roti yang
basah;
Ramadan berkah kian
berlalu,
terasa pilu sedih
berpisah.
Layarkan hilir gara semilir,
menumpah ratap sepi terduga;
biarkan air bersama air,
sampah tetap ke tepi juga.
Darat di barat himpun
jentayu,
lempung di raga pelam bergilir;
seberat-berat mana pun kayu,
terapung juga di dalam air.
Buangkan ceri di
dulang serbat,
mengganti kana sentang serupa;
kenalkan diri bak pisang lebat,
pasti bencana datang menimpa.;
Di pulau hendak menggaya topi,
entahkan bila rasanya lesap;
jikalau tidak adanya api,
masakan pula adanya asap.
Terbang camar tinggi di awan,
kicau senja mengajak pulang;
usahlah gusar sambut
lebaran,
jimat belanja tidak
menghalang.
Umpan belalang kail
dipasang,
sepat dan puyu di dalam
telaga;
setelah hilang luput
dipandang,
terasa sayu tidak
terhingga.
Hendak ke pekan naiki
sampan,
lintasi paya membawa
padi;
matilah ikan kerana
umpan,
mati sahaya kerana budi.
Berbaju kurung gadis dipingit,
siap sedia atas anjungan;
membadai burung atas langit,
merendah dia diharap jangan.
Jatuh
tersandong akar beluran,
tumbuh sejajar daunnya rapat;
yang dikendong jatuh berciciran,
yang nak dikejar tiada dapat.
Menggulai
kentang bercampur gadong,
mengurut
perut peluh menitis;
jangan ditentang matahari condong,
takut terturut jalan tak berintis.
Sirih disimpan di dalam puan.
elok berlipat tanda berdarjat;
mengail berumpan kata bertipuan,
barulah mendapat apa dihajat.
Kerjaya jururawat
bukanlah mudah,
tugas mulia lagi
diberkati;
sering merawat
sehingga sudah,
lakukan kerja setulus
hati.
---
Celah jeriji si ular
sawa,
takut sahaya pucat dan
lesi;
Ramadan uji iman dan
takwa,
akhirnya jaya mampu lepasi.
Asam celagi isi di sia,
sia ditindan biarlah
cermat;
amatlah rugi masa tersia,
hadir Ramadan membawa
rahmat.
Bersama rakan ke kampung
hulu,
hari Jumaat hendak ke
Kudat;
usah biarkan Ramadan
lalu,
setiap saat isi ibadat.
Beli juadah di pekan Pagoh,
lintas sempadan menukar
hala;
amal ibadah
bersungguh-sungguh,
bulan Ramadan himpun
pahala.
Jalan ke Daik cari halia,
limau kasturi banyak di
situ;
amalan baik sifat mulia,
suka memberi saling
membantu.
Siaplah sudah memasang
lukah,
memasang lukah pinggir
kuala;
Ramadan indah bulan yang
berkah,
rajin sedekah subur
pahala.
Hinggap kedasih di pohon
turi,
terbang tekukur setinggi
galah;
terima kasih sudi
memberi,
meraup syukur
Alhamdulillah.
Tertusuk duri kala
meniti,
bawa serama tuju pesara;
kalau memberi setulus
hati,
yang menerima pasti
gembira.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Rabu,
6 Mei 2020
Pantun penyertaan
Kecindan tingkah gemar
bersenda,
menanduk lemah menyakat
taulan.
Ramadan berkah ganjar
berganda,
duduk di rumah tingkat
amalan.
Habis sarapan saja menguras,
bermain parang gesa di hutan;
baris hadapan bekerja
keras,
semakin kurang mangsa
jangkitan.
Galau di dada kesan
menyunting,
kaduk dijamah basah
seluar;
kalau tiada urusan
penting,
duduk di rumah usah
keluar.
Kerana kurus rusuh
bersua,
kerling sepatu jelak
sakitan;
coronavirus musuh semua,
saling membantu elak
jangkitan.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin,
27 April 2020
Peta serahi pada
pengukur,
amat sempadan huma di desa;
cinta Ilahi hamba bersyukur
nikmat Ramadan sama
dirasa.
Ramadan indah aura
mencerah,
gelita sisih sinar
merata;
kepada Allah reda
berpasrah,
mendamba kasih bersulam
cinta.
Lekap bertindan sekerap
berat,
bawa ke sini sempat
keringkan;
dakap Ramadan kejap dan
erat
jiwa nan murni dapat rasakan
Lelah di tangga diserah
nenda,
Menyemat padan lumat
sendiri;
Allah menduga pasrah dan
reda,
Nikmat Ramadan rahmat
syukuri.
r
Singgah keluang di pulau
Angsa,
lena sejurus meniti
londang;
gagah berjuang walau
puasa,
coronavirus pasti
kecundang.
Makan juadah mengkelan
sudah,
tersedak pizza telan
kuini;
Ramadan indah bulan
ibadah,
tidak berbeza amalan
murni.
Sedan yang mini bahan
pameran,
Duduk serangguh berfikir
teanng;
Ramadan ini penuh
cabaran,
Azam bersungguh meraih
menang
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Khamis ,
23 April 2020
Pantun
penyertaan
Meliar tiung terbang
selamba,
mengepak malam larut
begitu;
biar beliung menebang
rimba,
kapak yang tajam turut
membantu.
Mengajak rakan gera ke
Genting,
mengolah kukus nasi
kerabu;
bijak putuskan perkara
penting,
tidaklah tikus perbaiki
labu.
Kerat bahagi pejam menggubal,
cempedak tanjung pangkal sewarna;
ibarat seligi tajam bertimbal,
tidak hujung pangkal mengena.
Durian belah jeda meriba,
serah selada isi seguni;
dugaan Allah kepada
hamba,
pasrah dan reda rohani
murni.
Selendang baru warnanya
biru,
resah sendiri rami
tersiat;
kadang keliru cara
baharu,
usah ingkari demi afiat.
Pohon gaharu rimbun
meredup,
sunting melati lalu
disemat;
gaya baharu aturan hidup
kalau ikuti sihat
selamat.
Menggala saban mengeruh
rawa,
semi bidara,palas dan
ranti;
rela berkorban pertaruh
nyawa,
demi negara ikhlas
berbakti.
Rihat di batu hendak ke
lembah,
senggara kara berbekal
tumpi;
semangat jitu tidak
berubah,
wira negara cekal hadapi,
Letak di ruang si ikan
talang,
bawa ke kota untuk
pembeli,
biar berjuang berputih
tulang,
berputih mata tidak
sekali.
Dura melara sumandak
lelah,
dikurung naga di tanjung
rawa;
wira negara tidak
mengalah,,
bertarung hingga ke
hujung nyawa.
Bergaya suri atur langkahnya,
jatuh perlahan tergarut
batu;
semakin hari nampak
kesannya,
patuh arahan turut
membantu.
Pengat di ruang rakan
sarapan,
puspa dijirus indah
mewangi;
semangat juang barisan depan,,
corona virus gagah perangi.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
JUMAAT
, 17 April 2020
Pantun
penyertaan
Salah sendiri lelah
mengumpil,
menekur dada rebah
berdebar;
Allah memberi Allah
mengambil,
syukur dan reda tabah
bersabar.
Bawal diisi disingkir
sentang,
terserlah lokan sisa santapan;
kawal emosi berfikir
matang,
pandanglah akan masa
hadapan.
Lupa keladi dia menelah,
kalut di rumah gadung
dilumat;
apa terjadi rahsia Allah,
bersalut hikmah
terlindung rahmat.
Tatkala senja menuju
desa,
denai yang sepi kaki
geliat;
bukan sengaja kerna
terpaksa
patuh PKP demi afiat.
Leka melihat gadis
menampi,
berbaju merah sedari
tadi;
ulang nasihat patuh PKP
bagai curah air ke daun
keladi.
Terbang merpati menghala
depan,
ke gunung Tahan kejar
geroda;
biar seperti memaku
papan,
tiap arahan lekat di
minda.
Lalu di pekan belikan
koko,
reja dikelar merata-rata;
perlu fikirkan akan
risiko,
sengaja tular fakta yang
auta.
Tergaris papan gara sang
kera,
jera mengejar terkapa
gundah;
baris hadapan wira
Negara,
juara tular apa faedah?
Para bergegar dilanda
angin,
ranah serata diganti
lewa;
juara tular ada yang
ingin,
fitnah semata pasti
didakwa.
Seraga lobak di para
tepus,
jatuh menepi sumandak
latah;
semoga wabak segera
hapus,
patuh PKP tidak
membantah.
Dara tertarik menggetus
bayan,
meranduk lemah lahan
merendah,
cara terbaik putus
rantaian,
duduk di rumah arahan
mudah.
Pesan kudapan menyenteng
lengan,
menghiris bengkang lama
di situ;
barisan depan benteng
serangan,
baris belakang sama
membantu.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
JUMAAT
, 10 April 2020
Pantun
penyertaan
Jaga kedasih gajah berlari,
pasang jaringan ditutup
jua;
tiasa bersih wajah
berseri,
sepasang tangan meraup
doa.
Menggalah longan tarap di
pangkin,
berkenan sunting melati
pasti;
cucilah tangan sekerap
mungkin,
pesanan penting mesti
ikuti.
PANTUN DISIARKAN
Sisihkan duri rawa
pelaga,
terserlah toman bergegar
rakit;
bersihkan diri jiwa dan
raga,
teguhlah iman hindar
penyakit.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Khamis ,
9 April 2020
Pantun
penyertaan
Ke pekan sari niaga
satin,
beli siakap dipesan simpan;
jadikan diri warga
prihatin,
contohi sikap barisan
hadapan,
Perling di huma satu di
batu,
jatuh menepi separas tambak;
Saling bersama bantu
membantu,
Patuh PKP benteras wabak.
Setangan rakan diberi
suri,
sambil sapukan cangkir
berubat
jangan pentingkan diri
sendiri,
ambil tindakan fikir
akibat.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Rabu ,
8 April 2020
Pantun
penyertaan
Ralit sekali sehingga
senja,
demi si dara berpencak
rambang;
duit diberi kena belanja,
ekonomi negara rancak
berkembang
Rantaian renik
pisah-pisahkan,
rangkap di situ akan
disemai;
belian panik usah
lakukan,
sikap begitu susahkan
ramai.
Tulis senarai apa nak
beli,
Jimat belanja bajet
bulanan.
Kali di hulu pastikan
dulu,
takut tersasar akan
jalannya;
beli yang perlu bukan
melulu,
mengikut nafsu lesu
akhirnya.
Membaca jemu bersembang
pula,
mengukir sauh tami
dilihat;
neraca ilmu timbang
segala
berfikir jauh demi
masylahat.
Jarangkan lada buangkan kekwa,
takir setentang mengguna
tajak;
lapangkan dada tenangkan
jiwa,
berfikir matang sempurna
bijak.
Kala merenda nanar
menyerang,
berpeluh sakan rata
menggetus;
gemala minda menyinar
terang,
menyuluh akan kata
diputus.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin,
6 April 2020
Pantun
penyertaan
Naik pedati bawa keladi,
tenang tiasa pesan halia;
baik pekerti suka
berbudi,
dikenang jasa insan
mulia.
Membaling batu sisih
kepayang,
adik menanti lepat
disaji;
saling membantu berkasih
sayang,
baik pekerti sifat
terpuji.
Sebelah pangkin letak kereta,
sapi ke paya langkah
terhenti;
biarlah miskin tidak
berharta,
tetapi kaya budi pekerti.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Jumaat,
3 April 2020
Pantun
penyertaan
·
Tujah mengkudu rentap
selasih,
maman di para turi di jabir;
wajah dirindu ditatap kasih,
senyuman mesra menyeri bibir.
Selisih taut rambah sekerat,
melilau sesah pauh di lata;
kasih bertaut bertambah erat,
walau berpisah jauh di mata
Sudu terendam di dalam
talam,
raga halua letak di peti
rindu terpendam tersudut
dalam,
moga bersua sabar
menanti,
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Khamis, 2 April 2020
Pantun penyertaan
Talam berkerim ingin
selalu,
dipotong dadu reja
disisih;
salam dikirim di angin
lalu,
selaut rindu
membungkus kasih
Tandak perlahan tersigung tandu,
terpijak ramu jeda berangan;
tidak tertahan menanggung rindu,
hendak bertemu ada halangan.
Dara pingitan mengelim sulam,
merombak pula menyaring lama;
tanda ingatan kukirim salam,
sejambak doa iring bersama.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Rabu, 1 April 2020
Pantun penyertaan
Sabar berkumat beralih
nanar,
mengelem sanggul katanya
sial,
sebar maklumat sahih
sebenar,
RTM unggul media sosial.
Mualim fasih akan
saranan,
salsa digelar tempo yang
jemu;
RTM gigih dengan peranan,
tiasa tular info berilmu.
Kailan di huma subur
meranti,
cari dan kirim kepada
rakan;
sekian lama menabur
bakti,
Hari RTM kita raikan.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Selasa 31 Mach 2020
Menunduk lemah zaitun
dibeli,
urus semua belian kaktus;
duduk di rumah santun
famili,
virus bahaya rantaian
putus.
Hangatkan sisa ulik
asyura,
mengolah pula jamu
dipesan;
manfaatkan masa sebaik
cara,
hilanglah rasa jemu dan
bosan.
Tumpi biarkan gara
disayat,
tingkah diamat menyentuh
bahan;
PKP bukan mendera rakyat,
langkah selamat patuh
arahan.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin 30 Mach 2020
Pantun
penyertaan
Leka menampi si padi pulut,
terasa lesu peluh merenik;
tika hadapi situasi kalut,
berita palsu menambah panik.
Taburkan baja serata pasu,
gemburkan lalu kena semuanya’
abaikan saja berita palsu
pastikan dulu mana sumbernya.
Hanya mengangguk kala
disuruh,
ambilkan susu di dalam
gelas;
suka menangguk di air
keruh,
info yang palsu disebar
luas.
Terguris tipan gara sang
kera,
cari berangan takut
alahan;
baris hadapan wira
negara,
beri sokongan ikut
arahan,
Sigup sebeban bawa niaga,
sendi terasa hendak
melelas;
sanggup berkorban jiwa
dan raga,
budi dan jasa tidak
terbalas,
Penjaga telah beri
aturan,
dipesan jangan sunting
rerama;
Semoga Allah beri
ganjaran,
Barisan hadapan benteng utama.
Berpisah dalil laras
semester,
lebar sehasta lalu
bersihkan;
usah diambil tugas
reporter,
sebar berita perlu
sahihkan.
Jangan selasih andar ke
taman,
Tangan yang bersih
terhindar kuman,
Demi kesihatan amalan
penting.
Para markisa di sisi leban,
Menyemi sukat mengira
leta
Adiwira bangsa rela
berkorban,
Demi masyarakat negara
tercibta.
Segera angsa hala ke reban,
rami diangkat dara
jelita;
adiwira bangsa setia
berkorban,
demi masyarakat negara
tercinta
Malu bertongkat muka
dibebat;
kurus merana padah
menanti;
terlalu dekat bawa
akibat,
virus corona mudah
jangkiti.
Gerakan suri lekatkan
pati,
bersihkan Loyang di
pangkal palma;
jarakkan diri dekatkan
hati,
kasih dan sayang kekal
selama
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Jumaat 20 Mach 2020
Pantun
penyertaan
Jebak di paya jaha
menyinggah,
kain di tangan lucut
basahan;
wabak bahaya usaha cegah,
main peranan ikut arahan.
Ikan dibawa untuk
berkhemah,
tepian pantai palma
menirus;
sayangkan nyawa duduk di
rumah,
putuskan rantai koronavirus.
SANTUN KASIH
Menahan susah lundang di
sipi,
Melukah gawal landa
haruan;
Arahan usah dipandang
sepi,
Langkah dikawal ada
tujuan.
Bayam dijamah zaitun
dibeli,
ke sana urus untaian
kaktus;
diam di rumah santun
famili,
Coronavirus rantaian putus.
Leka di huma urat
selisih.
Selasih isi sarat di
raga;
tika bersama mengerat
kasih,
bersih awasi sihat
dijaga.
Jalan ke Mukah lelah berhuma,
ke Mulu sempat rasa
baulu;
kawalan langkah tidaklah
lama,
terlalu cepat masa
berlalu.
Di dalam khemah mengolah
pesan,
kerat selasih simpan
kepayang;
diam di rumah tidaklah
bosan,
mengerat kasih insan
tersayang.
Lihat di situ hanya kepayang,
tilan dan palas harus
dicari;
nasihat itu tandanya sayang,
ingatan ikhlas tulus
diberi.
Rihat di Genting sarapan
roti,
sangan kudapan langsai diolah;
nasihat penting simpan di
hati,
dengan harapan usai
masalah.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Selasa 17 Mach 2020
Pantun
penyertaan
Berkilat kekwa kala disepuh,
lukis di cukin gambarkan kudup;
solat dan doa senjata
ampuh,
menangkis yakin dugaan
hidup.
Tambah
segantang pulut di rumah,
raga
berukir pohon berbunga;
musibah
datang bersalut hikmah,
moga
berakhir dipohon doa.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin 16 Mach 2020
Pantun
penyertaan
Sisihkan
duri naik di pangkin,
buah
rambutan dibelah genting;
bersihkan
diri sebaik mungkin,
gegah
jangkitan amatlah penting.
Pana
sejurus ular melintas,
nenas
diparang terlupa kerja;
corona
virus menular pantas,
ganas
menyerang siapa saja.
Assalamualaikum
Pantun
D’Klasik
Sisihkan
duri naik di pangkin,
buah
rambutan dibelah genting;
bersihkan
diri sebaik mungkin,
gegah
jangkitan amatlah penting.
Pantun dibaca
Diarun lumat sitrus merona,
rawa di barat berakit kerat;
digerun amat virus corona,
bawa mudarat sakit melarat.
Mengelar sepat dibongkar lekat,
lukah dipunggah tenggiling huma;
menular cepat sukar disekat
langkah mencegah paling utama
pantun
penyertaan
Sisi halia kangkong menjalar,
rumpun di kiri ternyata kurus;
kawal selia tidak menular,
bersihkan diri cemar diurus.
Mengganti peti juga
almari,
diberi dalca kebab
sedikit;
berhati-hati menjaga
diri,
hindari punca sebab
penyakit.
Diarun lumat sitrus merona,
rawa di barat berakit kerat;
digerun amat virus corona,
bawa mudarat sakit melarat.
Mengelar sepat dibongkar lekat,
lukah dipunggah tenggiling huma;
menular cepat sukar disekat
langkah mencegah paling utama
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Khamis , 12 Mach 2020
Pantun
penyertaan
Menyalut
ukir selari besi,
sebelah
dupa menala gasing;
kalut
memikir cari solusi,
masalah
timpa kepala pusing.
Perah
diolah pedada belah,
jaha
dirangkai jadikan bekal;
serah
masalah kepada Allah,
usaha
rungkai dengan tawakal.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Rabu 11 Mach 2020
Cukin
di paya buaya tahan,
ghaib
di lembah hadir di situ,
miskin
dan kaya hanya pilihan,
nasib
berubah takdir penentu.
Gali
halia bendi di tangan,
adik
perhati kesan di jari;
budi
mulia jadi sanjungan,
baik
pekerti hiasan diri.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Selasa, 10 Mach 2020
Hingar meganggu audio
bisik,
boria ganti terbarai
madah;
mendengar lagu radio
klasik
ceria hati terurai
gundah.
Ambilkan geti sisihkan
salsa,
asingkan pauh berpeluh
basah;
tenangkan hati legakan
rasa,
buangkan jauh rusuh
meresah.
Pantun
D’Klasik
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin, 9 Mach 2020
Pantun
penyertaan
Jelatik
kota jelatik ganti,
sulik
meranti rawa dahlia;
cantik
di mata cantik di hati,
molek
pekerti jiwa mulia.
Lukisan suri kaffan terindah,
sentuhan
mahir lawa berseni;
cantikkan
diri dengan ibadah,
berseri
zahir berjiwa murni.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Jumaat, 6 Mach 2020
Pantun
penyertaan
Ragi
dibeli demang di hulu,
sambil
menebar padi di laman;
rugi
sekali memang selalu,
ambil
iktibar jadi pedoman.
Resah
termakan lemak se pagi,
handai
mengaktif tandak serupa;
usah
amalkan tamak merugi,
andai
positif tidak mengapa.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Rabu, 4 Mach 2020
Pantun
penyertaan
Seri
penganan hijau kasturi,
bekas
dilukis santai dan cermat;
duri
di kanan ranjau di kiri,
tangkas
menangkis capai matlamat.
Rimbunan
redup dihuni lebah,
tirus
menongkah dahan kuini;
ujian
hidup harungi tabah,
terus
melangkah dengan berani.
Pantun D’Klasik
Radio Klasik RTM
Rabu, 4 Mach 2020
Pantun
penyertaan
Kira
berudu lambak di kasa.
lantai
berambu tepi selari;
gelora
rindu mengombak rasa,
se
pantai kalbu sepi sendiri.
Kira
berudu lambak di kasa.
lantai
berambu tepi selari;
gelora
rindu mengombak rasa,
se
pantai kalbu sepi sendiri.
Pantun D'
Mengkudu
mati dipandak dara,
dibelah
sisa melandai jemu;
rindu
di hati tidak terkira,
lerailah
rasa andai bertemu;
Pantun
D’Klasik
Kira
berudu lambak di kasa.
lantai
berambu tepi selari;
gelora
rindu mengombak rasa,
se
pantai kalbu sepi sendiri.
Saat
bersama ayat kekata,
gulana
suri di anjung satah;
taat
setia rakyat jelata,
Perdana
Menteri menjunjung titah.
Gayung
dileta baung cempera,
terlompat
gamat, toman di sini;
payung
mahkota naung negara
rakyat
selamat aman harmoni
Pantun D' Klasik
Radio Klasik RTM
Rabu, 26 Febuari 2020
Pantun
penyertaan
Jalan
berdebu baju kelabu,
janji bertemu hari Selasa;
rindu
menggebu di dalam kalbu,
ingat
padamu senantiasa.
Terbang
merpati saing kedasih,
hinggap
diperdu rumpunan lemba;
sabar
menanti hadir kekasih,
sepi
merindu tak kunjung tiba.
Ayam serama ramai berminat,
diberi
makan tidak segala;
Rejab
menjelma puasa sunat,
rajin
amalkan besar pahala.
Roti
sebuku dibelah-belah,
mengait
pinang di kala petang;
apa
berlaku kehendak Allah,
bawa
bertenang berfikir matang.
Pantun D' Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin, 24 Februari
2020
Di
dalam raga tepung pelita,
mengutip
pinang di pinggir kali;
jiran
tetangga saudara kita,
susah
dan senang ambil peduli.
Lari
sang kancil diserkup kain,
ke
rumpun bemban menuju kali;
di
masa kecil ralit bermain,
jemu
seremban melontar guli.
Jalan berliku juga
beronak,
Duri terpijak tidaklah
asing;
Zaman riang
kanak-kanak,
Bermain congkak
bermain gasing.
Buluh menyesah gawa
merata,
ranti di tasik sambau
gandingan;
berkeluh-kesah jiwa
meronta,
hati terusik imbau
kenangan.
Balam melata kerana
lara,
di ruang sepi melayang
jemu;
malam gelita lena
jendera,
terawang mimpi riang
bertemu.
Kalau pegaga hendak dijaga,
risih serumpun jengkal
bersungguh;
walau terduga tidak
terhingga,
kasih terhimpun kekal
dan teguh.
Mandi di sini kedasih
lari,
tenang menjamu ladu
kelabu;
abadi murni kasih
lestari,
kenang dirimu rindu
menggebu.
Pantun D' Klasik
Radio Klasik RTM
Isnin, 3 Nov 019
Pantun dibaca
Hendak ke
Kudat dari Segamat,
lintas udara
lalui Serting;
wajib ibadat
iringan khidmat,
masa bersara
tumpuan penting.
Nenas sepohon di sisi guri,
reputlah tanjung di dalam relau;
panas setahun hujan sehari,
liput lah tanjung dengan pulau.
Asyik berkhayal
terkedu kata,
sedang berkarya fikir
terlalu;
media sosial menular
berita,
hendak percaya
sahihkan dulu
Sempaya kota rimbun meredup,
daun diruntun terkulai mati;
budaya kita amalan hidup,
bersopan santun baik pekerti.
Daun diruntun terkulai mati,
tanam halia sisi kelisa;
bersopan santun baik pekerti,
sifat mulia warga berbangsa.
Pantun penyertaan
Sarapan pagi roti gardenia,
menggaya samfoo nikmati bubur;
Selamat Hari Radio Sedunia,
media info juga menghibur.
Pantun dibaca
Di tepi tasik atap disemat,
kutip berangan jatuh di rawa;
Radio Klasik sumber maklumat,
lagu kenangan mengusik jiwa.
Pantun
penyertaan
Mengayuh
beca sambil mengaji,
tali
disimpul ikan temenung;
usah
mencerca mengata keji,
hanya
mengumpul dosa menggunung.
Pantun
dibaca
Di
atas tangga leka berperi,
letih bersandar alih sedikit;
tiasa
jaga kebersihan diri,
agar
terhindar gejala penyakit.
Selam
itik katik,
Terjah
rengguh manggis,
Salam
adik cantik;
senyum
sungguh manis.
Anai-anai
membina busut,
Memakan
kayu sehingga rongga;
Rusuh
amat kepala kusut;
Berhati
sayu duduk di tangga.
Ambil kudapan serata puan,
tersalah tempat diterpa pijat;
mengail berumpan kata bertipuan,
barulah mendapat apa dihajat.
Kentang dkamir menjelum usai,
merintang kijang jatuh perigi;
hutang samir belum langsai,
hutang kajang tumbuh lagi
Tersasar telan merana perut,
goncar disaji cerana gelang;
pasar jalan kerana diturut,
lancar kaji kerana diulang.
tangan terluka bengkung ke dada,
sangkut
jangan
dibuka pekung di dada,
takut
mengaib diri sendiri.
ke pekan tumpat
membeli buah,
menaiki kuda sedari pagi;
sudah dapat gading bertuah,
tanduk tiada berguna lagi.
Sarapan
pagi roti gardenia,
Menggaya
samfoo nikmati bubur;
Selamat
hari radio sedunia,
media
info juga menghibur.
Di
tepi tasik atap disemat,
Kutip
berangan jatuh di rawa;
Radio
klasik sumber maklumat,
Lagu
kenangan mengusik jiwa.
Sebar
maklumat iring kenangan
Kala
gerimis sawah diredih,
Menghijau
padi benih disebar;
Usah
menangis meratap sedih,
Apa
terjadi ambil iktibar
Menumbuk
ringi lalu dirasa,
Seorang
diri sepi di kali;
Harum
mewangi anggerik desa,
Cantik
berseri tak dipeduli.
Namun sedia risau
sedia,
meniris sambal lupa menggagah,
tiris menitis hingga seluruh;
timun di dia pisau di dia,
hiris tebal tak siapa menegah,
hiris nipis tak siapa menyuruh.
Saja mengelat tiada
jeran,
walau dilejang duri seruas,
silau bermudik dari Maluku;
kerja dibuat ada aturan,
kalau panjang beri beruas,
kalau pendek beri berbuku
Si anak dara sinis mengadu,
tangkap di kamar lipan berbisa;
lunak bicara manis bermadu,
jerangkap samar mengumpan mangsa
Sayup beringin sudah merimbun,
tertumpu gajah mengisir tebu;
meraup angin menadah embun,
menyapu wajah mengusir debu.
Jejaki pamah berlindung sukar,
sentuh terkukur lebam dipanah;
kaki nan lemah tersadung akar,
jatuh tersungkur menyembam tanah.
Jarang berkuntum cendawan rawa,
redih selalu lewa ditandu;
orang tersenyum kawan tertawa,
sedih piluku bawa beradu.
Dingin berkabut rapat sejengkal,
henti gerimis timpa perahu;
angin ribut dapat disangkal,
hati menangis siapa tahu.
Mandak angsana layuh terduduk,
bingit menarah diri teruja;
hendak kemana mengayuh biduk,
langit pun merah hari dah senja.
Mengail
terbul dapat pelata,
Ikan
gelama dikerat-kerat;
Ijab
dan Kabul impian cinta,
kekal
bersama dunia akhirat..
Asyik
berkhayal terkedu kata,
Sedang
berkarya fikir terlalu;
Media
social menular berita,
Hendak
percaya sahihkan dulu.
Hujan gerimis di pagi hari,
Gugurlah
manggis banyak di perdu;
Tersenyum
manis wajah berseri,
Hati
menangis bawa beradu..
-------------------------------------------------------
PANTUN PERIBAHASA
Kerat bahagi pejam menggubal,
cempedak tanjung pangkal sewarna;
ibarat seligi tajam bertimbal,
tidak ujung pangkal mengena.
Lala di papan dari kimanis
diangkut tongkang hingga muara
Bila berhadapan mulutnya manis
balik belakang lain bicara
Duduk meratah serunding kerbau
batang nyatuh usang berongga
Bajak patah banteng terambau,
sudahlah jatuh ditimpa tangga
Tepi perigi semak jerangau
menyisip atap makan halua
Setinggi-tinggi
terbangnya bangau,
surutnya tetap ke kubang jua.
Gadis jelita menyunting bunga
menyuap pulut di atas titi
Buka mata pasang
telinga,
tutup mulut simpan di hati.
Saja mengelat tiada
jeran,
walau dilejang duri seruas,
silau bermudik dari Maluku;
kerja dibuat ada aturan,
kalau panjang beri beruas,
kalau pendek beri berbuku.
Galau bingit menerpa
semi,
tersekah dahan longan merunduk;
kalau dah langit nak timpa bumi,
bolehkah ditahan dengan telunjuk?
Darat jentayu geti pun
gugur,
rahsia menanti serlah purnama;
ibarat kayu mati berpunggur,
manusia mati biarlah bernama.
Kilau sinarnya indah
melengkok,
bahkan menirus akan panjangnya ;
kalau kayunya sudah bengkok,
masakan lurus akan bayangnya.
Namun sedia risau
sedia,
tiris sambal di dupa menggagah,
tiris menitis hingga seluruh;
timun di dia pisau di dia,
hiris tebal tak siapa menegah,
hiris nipis tak siapa menyuruh.
Mengulum sentul
sepanjang hari
merendah landak mengangkit duri;
belum betul membilang jari,
sudah hendak bangkit berdiri.
Berhati-hati sental
serombong,
berkerut seret tenggelam pesong;
jangan seperti si buntal kembung,
perut buncit di dalam kosong.
Makan serawa di tepi
panggung,
mungkin serasi mangkin gelegak;
jangan dibawa resmi jagung,
semakin berisi semakin tegak.
Dalamlah taman mana
jelantik,
bayan bermalam rumah tamunya;
matilah kuman kena pelantik,
sekalian alam limpah darahnya.
Walau tersepit lama
dirempuh,
galau kerengga delima bujur,
kalau sempit sama bertimpuh,
kalau lega sama berlunjur.
Buah sentang di pasar
berakit,
kepayang nangka lupa ditindan;
tuah datang sebesar bukit,
sayang celaka menimpa badan.
Di lewat senja pukang
disapa ,
di sisi kasa semata kendi;
penat saja tukang menempa,
besi binasa senjata tak jadi.
Bersama
adik mengutip tanjung,
Masuk
ke hutan cari melati;
Budi
yang baik rasa nak junjung
Kekal
ingatan hingga ke mati.
Jala
ditebar terkena sangkar,
Tidak
ketara di dalam rawa;
Pantang
dicabar asa pendekar,
Demi
negara pertaruh nyawa.
Berputih
mata tidak sekali.
Di dalam bendang subur kemahang,
Tempat bergabung si ikan tilan;
Kain sebidang tenunan Pahang,
Gadis kelubung lawa berjalan,
.
Pantun yang menggunakan jenis-jenis fabrik sebagai pembayang
atau maksud..tema bebas.
Cth: baju, kain, sampin, selendang, songket, sutera, satin,
batik dan lain-lain
Bahtera berlayar menuju utara,
Pulau Angsa tempat singghan;
Betapa mahal kain sutera,
Belacu juga buat basahan
Sempaya kota rimbun meredup,
Daun diruntun terkulai mati;
Budaya kita amalan hidup,
Bersopan santun baik pekerti.
Daun diruntun terkulai mati,
Tanam halia sisi kelisa;
Bersopan santun baik pekerti,
sifat mulia warga berbangsa.
Lama bersimpuh membongkok perih,
diselar malu silu terbelit,
haru terkujat duduk di anjung;
umpama tumbuh si pokok sirih,
menjalar dulu lalu melilit,
baru memanjat ke pucuk junjung.
Merantii
merbau zahir terhimpit ,
sela senduduk mengalah lejang,
langkan dan pandan merendah sasar;
seperti kerbau leher tersepit,
dihela tanduk sudahlah panjang,
lalukan badan sudah membesar.
Buat menghitam merona pipit,
buat mengurung lana merayap,
buat merangkan di mana kedai;
kuat ketam kerana sepit,
kuat burung kerana sayap,
kuat ikan kerana radai.
Nenas sepohon lenjan di guri,
reputlah tanjung hatinya galau;
panas setahun hujan sehari,
liput lah tanjung dengannya pulau.
Sarat sebaris pajang di teluk,
ratna Sembawa merona geluk;
ibarat keris panjang berkelok,
ke mana bawa ke mana elok.
Mengukur merbau lara dan bimbang,
memandang rakan mana hilangnya;
seekor kerbau gara berkubang,
sekandang akan kena loloknya
Perbidalan: Keris panjang berkeluk, ke mana
dibawa ke mana elok.
Maksudnya: Orang yang boleh dipergunakan untuk sebarang tujuan.
sekar suhun dipakai suri,
jatuh kalung ke dalam relau;
panas setahun hujan sehari,
liput tanjung dengan pulau.
Perbidalan: Panas setahun hujan sehari, liput
tanjung dengan pulau.
Maksudnya: Jasa atau kebaikan yang banyak boleh hilang oleh kesalahan
yang sedikit.
Erti perkataan: Sekar suhun ialah sejenis kalung emas.
BURUNG TAPTIBAU DI DAHAN BEREMBANG,
KE ARAH LANGKAN PERGI TERBANGNYA;
SEEKOR KERBAU YANG BERKUBANG,
SEKANDANG AKAN KENA LOLOKNYA.
Perbidalan: Seekor kerbau berkubang, sekandang
kena loloknya.
Maksudnya: Seorang yang melakukan kesalahan semuanya
terlibat sama.
Erti perkataan: 'Lolok' atau luluk bererti lumpur.
RUMAH SEBUAH DI TEPI KUKUP,
DI SELUT TEBAL TERSADAI KOLEK;
KALAU KUAH SAMA DIHIRUP,
KALAU SAMBAL SAMA DICOLEK.
Perbidalan: Kuah sama dihirup, sambal sama
dicolek.
Maksudnya: Bersama-sama dalam senang dan susah..
Erti perkataan: 'Kukup' ialah lumpur yang ditim[bunkan oleh air
di sepanjang pantai laut atau tebing sungai.
BELIMBING SEGI BANYAK BERBUAH,
DIJOLOK BUDAK JATUH DI SISI;
KE MANA LAGI TUMPAKNYA KUAH,
KALAU TIDAK KE ATAS NASI.
Perbidalan: Ke mana tumpah kuah, kalau tidak
ke nasi.
Maksudnya: Baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak
turun ke anaknya.
BUNGA MELATI SI BUNGA MELUR,
DAHANNYA MATI DITIMPA KELAPA;
JANGAN DINANTI KUARAN BERTELUR,
SAMPAI KEMATI TAK AKAN TERJUMPA.
Perbidalan: Menanti kuaran bertelur.
Maksudnya: Mengharap sesuatu yang tidak mungkin terjadi
atau diperolehi.
Erti perkataan: 'Kuaran' ialah sejenis burung yang keluar bertelur pada
waktu malam.. Burung kuar atau burung kuak-kuak.
DI ATAS MEJA SI BUAH ZAITUN,
DI MEJA TERDAPAT SI DAUN PALAS;
SEDIKIT BEKERJA BANYAK BERANTUN,
ITULAH SIFAT ORANG YANG MALAS.
PANTUN D’KLASIK
(Tema KASIH SAYANG)
Pagi hari memetik bunga,
Bunga mawar bunga kasturi;
Kasih lestari tidak
terhingga,
Indah dan segar bahagia
diri.
Galau terendak sambung
bersegi,
mengukir pauh
Jikalau hendak melambung
tinggi,
Berfikir jauh kuatkan
azam
RUMAH ITU
Jamah di pintu manisan mayang,
melipat
labuh senbat kerudung;
rumah
warisan moyang
tempat berteduh tempat berlindung
Pokok melaka di dalam kota
batang berkelok diletak kaki
Rumah pusaka milik kita
sentiasa diperelok sentiasa dibaiki
Saprah hiasan siap berenda,
leta di sisi tabur perada;
rumah warisan tempat bersenda,
kita berkongsi apa yang ada.
Senduduk ungu di tepi kolah
sayang angsana merah cerah
rumah itu anugerah Allah
moyang membina bersusah-payah
Sorong papan di dalam taman
anak panah dilepas jatuh
rumah warisan zaman berzaman
jangan dipunah jangan diruntuh
Gema serata hebat bunyinya,
Silat geraknya m;
bersama kita
mertabatkannya,
mendaulatkannya menyanjung tinggi.
Rasa serata juadah dibeli,
leka
sejenak berderet tamu;
bahasa kita indah
sekali
bicara lunak mencoret ilmu.
Rimbun kelisa rebah diruntun,
buah keranji letak di para;
budi bahasa sopan dan santun,
tingkah terpuji
menyerlah aura.
Petir merata bergema guntur,
hujan di rawa hanyut halia;
bahasa kita lunak ditutur,
gambaran jiwa bangsa mulia
Pantun D’kasik
Merimbun
pohon hinggap kenari,
Bau
semerbak si limau purut;
Panas
setahun hujan sehari,
Laut
berombak pasang dan surut.
.
Indahnya pantun seni berseri,
Di
dalam hutan terasa nanar,
Cabut
keladi sisi meranti;
Cintakan
watan warga sebenar,
Kekal abadi
kasih sejati.
Pantun D’Klasik
Tahun Baharu 2020
Sudahlah lama ternanti-nanti,
Merasa zam-zam jadi minuman;
2020 menjelma pasti
Genggamlah azam capai
impian.
Hijau daun semalu,
Tumbuh subur melata;
2019 kian berlalu,
2020 bersediakah kita
2020 menjelma pasti
Genggamlah azam capai
impian.
PANTUN D’KLASIK
Orang jawa memasang lukah,
Bawa bekal pulut bersantan;
Teguh wibawa mengatur langkah,
Berhati cekal redah rintangan.
TEMA : HINDARI SIFAT SOMBONG
Bunga mawar baunya sedap,
Harum lagi bunga melati;
Sombong bebenar elok
diredap,
Tentulah rugi dikenal
pasti.
PANTUN D’KLASIK
Mencari jamu memulih urat,
Amat berhemat pilih teliti;
Tuntutlah ilmu dunia akhirat,
Hidup selamat Allah rahmati.
Kalau bertemu di Tanjung Sedili,
sampaikan salam teruna bertiga;
Jikalau ilmu belum digali,
Lautan dalam usah diduga.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : Ambil Kesempatan
Jauh belayar hingga muara,
Tidak sedar hari dah petang;
Usah dibiar usaha segera,
Manfaatkan pintar
kesempatan mendatang.
PANTUN D’KLASIK
TEMA: NILAI KEMANUSIAAN
Tanam halia sisi kuini,
Tersadung batu jatuh gelungsur;
Bangsa mulia rohani murni,
Saling membantu bertolak ansur.
Berarak mega Di Gunung Daik,
Pelangi terbias di hujung desa;
Ajaran agama berbuatlah baik,
Sesama manusia tak kira bangsa.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : REDHA DENGAN UJIAN
Luputlah siang malam berganti,
Cahaya terang gelap menjadi;
Kasih dan sayang Allah
menanti,
Reda sebarang ujian
terjadi.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : HIDUP PERLU POSITIF
Galah di pintu menimpa bangku,
Tandanya lama biar sandarnya;
Allah penentu apa berlaku,
reda terima besar ganjar-Nya.
Terang bulan bagai diukir,
Tupai mengusik bunga durian;
Sebarang perbuatan habiskan fikir,
Tidak menyesal hari kemudian.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : BERJIMAT- CERMAT
Batu cincin delima merah,
Di jari manis elok tersemat;
Saku pun licin duit
diserah,
Memborong habis tidak
berjimat.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : ILMU PENYULUH HIDUP
Mencari semu menghala barat,
kullit disiat sepanjang jalan;
Tuntutlah ilmu dunia akhirat,
Lestari hayat jadi amalan.
Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan;
Tuntutlah ilmu bersungguh-sungguh,
Buat bekalan hari kemudian.
PANTUN D’KLASIK
TEMA: BEBAS
Umpan belalang kail dipasang,
Sepat puyu di dalam telaga;
Apa menghalang
asa dirangsang,
Tidaklah
luyu hadapi duga.
PANTUN D’KLASIK
Indah alam terbenam mentari,
Kicau terlihat sekawan merbah;
Penghujung tahun bakal hampiri,
Azam yang lama tertunaikah sudah.
Daun semalu dipijak
merbah,
Terasa janggal mengubah
hala;
Masa berlalu tahun
berubah,
Azam tertinggal bina
semula.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : Negara Rahmah Ummah Sejahtera
Terbang camar tinggi di awan,
Kicau senja mengajak pulang;
Onar mencemar watan warisan,
Segala durja segera halang.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : JAGA SILATURAHIM
Rendang bidara di tepi sawah,
Buah celahi terlihat jarang;
Berkenal mesra jalin ukhuwah,
Namun patuhi pantang dan larang.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : REZEKI
Banyak gunung sudah di daki,
Tidak sama hai Gunung Ledang;
syukur merenung mewah rezeki.
Allah terima usaha
gedang.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : SEMANGAT KERJASAMA
Tanam halia kutip keranji,
Mengait pinang di tanah huma;
Ikrar setia berteguh janji,
Susah dan senang hadap bersama.
Indah jambangan bersulam ranting,
Bunganya lebat di dalam bakul ;
Andai ringan sama dijinjing,
Andai berat sanggupkah dipikul?
Sudah berjanji setia bersaama
PANTUN D’KLASIK
MUSIM TENGKUJUH
Hujan di muara airnya deras,
Payung sekaki berkongsi sama;
sudah ketara banjir
separas,
sampan naiki usah
berlama.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : BUDAYA PEMBERSIH
Indah busana warisan lama,
Lambang kasih kusimpan kekal;
Kemudahan terminal kelas pertama,
Budaya pembersih kenapa tak amal?
Cenderawasih terbang ke pekan,
Lintasi bendang hala istana;
Budaya pembersih wajar amalkan,
Selesa pandang nyaman suasana.
DJ AZLAN OMAR Selamat
bertugas
Sedikit coretan mutiaea
kata;
Berusahalah menolong diri
sendiri kerana yang fahami masalah kita hanya kita disamping berpaut teguh
dengan tali Allah.
BAHASA KITA
Buah pulasan, markisa
muda,
salai di para geti, kuini;
indah warisan bahasa bunda,
nilai aksara sejati murni.
Layah geroda
mara jentayu,
tumbuhan kelisa di birai tangga;
madah bunda bahasa
Melayu,
keagungan bangsa nilai berharga.
Rimba kota pinggir
bandaraya,
dan indahkannya berseri ranggi;
bersama kita
mertabatkannya,
mendaulatkannya disanjung tinggi.
Rasa serata juadah
dibeli,
leka
sejenak berderet tamu;
bahasa kita indah
sekali
bicara lunak mencoret ilmu.
PANTUN D’KLASIK
UTAMAKAN KESIHATAN
Kuning ranum buah markisa,
Bawa belayar penuh muatan;
Makan dan minum mengikut masa,
Berkhasiat segar jaga kesihatan.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : BUDI BAHASA BUDAYA KITA
Rimbun kelisa rebah diruntun,
Buah keranji letak di
para;
Budi bahasa sopan dan santun,
tingkah terpuji menyerlah aura.
Gulai peria di bawah saji,
Piringnya retak terkena paku;
Berbudi bahasa amalan terpuji,
Mengapa tidak seiring laku?
PANTUN D’KLASIK
TEMA : BAJET OH BAJET
Masak meranum si buah ara,
jatuh sebiji di atas papan;
Bajet diumum puas mengira,
Semoga janji beri harapan.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : KASIH SAYANG
Pohon bidara sisi kepayang
Hinggap kenari buahnya jatuh;
Bahagia mesra berkasih sayang,
Benci dan iri sisihkan jauh.
DJ Azlan Omar
Sutera malam menyelimuti
peraduan lenamu
Semoga rona roni mimpi
memgindahi ruang dini hari sunyi.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : KENANGAN
Lagu rindu jadi siulan,
Nyanyian jiwa menusuk kalbu;
Sedih tersedu menangis pelan,
Kenangan lama sebak
menyerbu
PANTUN D’KLASIK
TEMA : KEJAYAAN
Pohon sempaya pinggir graha,
sisinya tunggal pisang
restali;
tempalah jaya dengan
usaha
andainya gagal cuba
berkali.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : JEREBU OH JEREBU
Padi jerami dibuang jangan,
Bawa belayar elok diikat;
Jerebu melanda kabur pandangan,
Patuhi arahan kekal sihat.
Buah kedabu dimakan
camar,
Bersama nuri terbang ke
paya;
Olah jerebu udara cemar,
Jagalah diri elak bahaya.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : JAGA KESIHATAN
Ikan di air
melompat-lompat,
Ikan bernama si ikan laga;
Makan berfikir jangan tak
sempat,
Sihat selama tubuh dijaga.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : KITA MALAYSIA
Sia terakhir isi juadah,
Di dalam dulang menu berbilang;
Malaysia mengukir sejarah indah,
Nama gemilang warga cemerlang.
Jauh berkelana ke Batu Kikir,
Dari desa teruna berlima;
56 tahun Malaysia terukir,
Amanah bangsa belalah bersama.
PANTUN D’KLASIK
Tema : Keranamu Malaysia
Antara kasih sayang & cinta,
Mana dulu mana kemudian;
Segala bersih impi dicita,
Malaysiaku nusa kebanggaan.
Gula dicampur labu di para,
Ditegah nyonya keladi hutan;
Kuala Lumpur ibu negara,
Megah namanya jadi sebutan.
PANTUN D’KLASIK
Tema: Rukun Negara
Malaysia bersih damai dan aman,
Di bawah naungan Seri Paduka Baginda;
Tiga belas negeri tiga Wilayah Persekutuan,
Berpandukan prinsip Rukun Negara.
Merimbun ara tepi telaga,
Tanam halia sisi kuini;
Rukun Negara amalan warga,
Demi setia hidup harmoni.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : MERANTAU JAUH
Buah pauh atas permatang,
Masak sebiji buah delima;
walaupun jauh jadi pendatang,
berteguh janji pasti bersama.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : HIJRAH
Pergi Krabi membeli gamat,
Di waktu malam terasa nanar;
Berhijrah nabi membawa umat,
Serata alam Islam bersinar.
Beras basah atas serambi,
Bawa ke hulu berteman pelita;
Makkah Madinah hijrahnya nabi,
Membawa syiar islam tercinta.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : KITA MALAYSIA
Kalau tuan benar sayang,
berilah bukti bicara kata;
kukuh kian teguh tak goyang,
bersatu hati jiwa sekata,
PANTUN D’KLASIK
TEMA : Sayangkan Negara
Setiap tahun menyambut Merdeka,
Jalur Gemilang berkibar megah;
Sejarah negara jangan dilupa,
Beratus tahun kita dijajah.
Bunga
sakura dan bunga kekwa,
Petik dan bawa perlahan-lahan;
sayang negara seluruh jiwa
bergadai nyawa rela pertahan.
PANTUN D’KLASIK
Tema : Kepahlawanan
Patah atap kerana buluh,
Atap dijalin dengan tali;
Usah meratap merasa luluh,
Asa yang tulin gagah sekali.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : Kemakmuran Bersama
Anak cina mencari galah,
galah panjang celahan perdu;
Apalah guna berpecah belah,
Banyak hikmahnya bersatu-padu.
Membeli-belah terasa lelah,
Bahan yang mentah pilihan
tentu;
berpecah belah undang masalah,
mudah dipatah lidi yang satu
PANTUN RINDU DENDAM
Anak gelama buahan nadir,
dibawa nyonya berserta
labu;
kekasih lama ditunggu
hadir;
mengenangkannya rindu di
kalbu.
Tepi perigi kembang seroja,
membawa serkap buluh
sembilan;
sedari pagi menjelma senja,
di muka tingkap merenung
jalan
Dari Kediri menuju Langkap,
bunga melati letak di
alang;
sepi sendiri di muka
tingkap,
yang dinanti tak kunjung
jelang.
Perih tersilau ralat
merenyah,
undurkan langsir ke arah
tubir;
sirih nan hijau lipat dan
kunyah,
kapur dan gambir memerah
bibir
jeda berjamu legakan tekak,
cempedak gurih hidanglah
dulu;
pada tetamu hulurkan tepak,
sepiak sirih janganlah
malu,
Jerat di tepi curam
selisih,
teliti arah silih serasi;
penat menampi sekam
disisih,
peti saharah memilih isi.
…;;PANTUN D’KLASIK
Tema : Semangat Patriotik
Semai mari bunga melati,
kembang disunting putih warnanya;
teguh kendiri bugar di hati,
utama penting cinta watannya.
;;;;;
PANTUN D’KLASIK
TEMA: NILAI KEMANUSIAAN
Jalan ke huma berlari jatuh,
Abdul dan Rahim tuju sasaran;
Ajaran agama mestilah patuh,
Siratulrahim besar ganjaran.
Berarak mega Di Gunung Daik,
Pelangi terbias di hujung desa;
Ajaran agama berbuatlah baik,
Sesama manusia tak kira bangsa.
PANTUN D’KLASIK
Tema : Pengorbanan
Orang jawa memasang lukah,
Bawa bekal pulut bersantan;
Berkorban jiwa janji menikah,
Kasihnya kekal erat ikatan.
Menyuci jiwa haji ke Mekah,
Tersirna dangkal noda
palitan.
Seluruh jiwa janji di warkah,
Kasihnya kekal erat ikatan.
Tema : Perpaduan
Pergi ke Lundu beli bidara,
cari kelisa juga bambangan;
bersatu padu demi negara,
berbilang bangsa bukan halangan.
Putih seroja merah tiada,
susun diatur elok terhimpun;
Makan semeja bergurau senda,
Biar berbeza tetap serumpun.
Tema : Usaha Tangga Kejayaan
Kalau mencari buah asam,
biar lebih jangan kurang;
upayakan diri menggenggam azam,
jaya diraih hatipun girang.
Asah berkilat parang di paya,
memotong
rotan lalu disiat;
Raja
berdaulat waris anbiya,
mahkota
watan sanjungan rakyat.
Kalau ada menanam tebu,
Boleh dijual di pasar desa;
tidak berada duit
beribu,
budi diamal setiap masa.
Tema: Bapa Borek Anak Rintik
Serawa labu dicampur pandan,
isikan santan pulut ditanak;
ayah dan ibu insan tauladan
jadi ikutan idola anak
Anak umpama kain yang putih
Mudah menyerap warna dilorek
Tanam limau tanam kedondong,
tanam mari tepi pantai;
usahlah lemau apa dikendong,
apa dicita biar tercapai
Tanam limau tanam kedondong,
Tanam mari di pantai;
PANTUN D’KLASIK
Sepakat Membawa Berkat
Kalau berakit saudara berlima,
Jangan dilupa bawalah pukat;
Ada sedikit kongsi bersama,
Besarnya nikmat membawa berkat.
nangka dibelah ambil seulas,
sepiring biskut pula disua;
rahmat Allah rezeki meluas,
usah kedekut bolot semua.
PANTUN D’KLASIK
Tema : Berjimat-cermat
PANTUN D’KLASIK
Tema : Berjimat-cermat
Kelam gunung jauh terlihat,
kicau burung terbang pulang;
sambil membeli niat bercermat,
boros dikurung minda menghalang.
Kelam gunung jauh terlihat,
Kicau burung terbang pulang;
lama termenung apa nak buat,
andai berkurung rezeki hilang.
PANTUN D’KLASIK
Assalamualaikum
Pohon mengkudu sisi kuini,
tidak berbuah rimbun bidara;
bersatu padu hidup harmoni,
jalin ukhuwah warga negara.
1. Sazalee Sulaiman
2. Pak Engku
3. Latty Latisa
Cari berudu di Tasek Chini,
Letak di para
dalam
Bersatu padu aman harmoni
Ukhuwah mesra warga Negara.
Dj yatti n Amelin moga ceria sihat sejahtera
PANTUN D’KLASIK
TEMA : BERJIMAT- CERMAT
Batu cincin delima merah,
di jari manis elok tersemat;
sebabkan
licin jatuh berdarah
mula
menangis langkah tak cermat.
PANTUN D’KLASIK
TEMA :Hari Bumi Sedunia
Bunga melur tumbuhnya rendah,
Petik seraga belayar perahu;
Tempat bertelur hilanglah sudah,
Penyu menangis siapa tahu.
Malam
gelita ke Pulau Aman,
bonda
berpesan membeli kelah;
alam
semesta indah dan nyaman,
Jaga
warisan amanah Allah.
Tidak berubi pohon kemuni,
membiak jaha sisi
kelisa;
Ilahi Rabbi mohon ampuni,
taubat nasuha segala dosa.
berbunga lemba di dalam taman,
makan berangan bersulam lada;
jadikan hamba insan beriman,
apa dugaan hadapi reda.
Tumbuhan salsa pinggir kuala,
subur kemumu rajin dijirus;
Allah yang Esa Azzawajalla,
bimbing hamba-Mu ke jalan lurus.
Gigih meramu tepung pelita,
untuk tetamu di anjung rumah;
hanya pada-Mu hamba meminta,
akan kasih-Mu melimpah ruah.
Hati mendamba buah pedada,
merasa jemu ditumbuk lumat;
hadirnya hamba ke mayapada,
tanda cinta-Mu bersama rahmat.
Anak terkukur di rumpun kaduk,
dipasang kandil di pohon sena;
hamba bersyukur tunduk tawaduk,
insan nan kerdil tidak sempurna.
Hendak mendobi si kain kasa,
busana serba milik muslimah;
Ilahi Rabbi maha kuasa,
matikan hamba husnulkhatimah
Berjaga-jaga dalam gelita,
tersadung janggi reba semalu;
Ingin ke syurga hati mencita,
harapan tinggi hamba termalu.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor
20/01/019
Umpan belalang kail dipasang,
Sepat puyu di dalam telaga;
Ramadan jelang beri perangsang
Usah meluyu walau berjaga.
Umpan belalang kail dipasang,
sepat puyu di dalam raga;
lama menghilang rindu merangsang,
lesu dan layu jiwa dan raga.
Kodok menyanyi merdu terasa,
menari- nari sianak kambing;
riuh berbunyi itik dan angsa
ayam
berketuk tersenyum sumbing
Orang bertamu di Padang Tembusu,
Meriah jualan itik serati;
Kurangkan gula kurangkan susu,
Manis manis undang obesiti.
membawa joran pancing pelotan;
berhenti makan sebelum kenyang,
elak pembaziran jaga kesihatan.
Tepi kuala berkain kasa,
cari pedada tersangkut duri;
semanis gula setakat rasa,
sakit tiada wajah berseri.
PANTUN D’KLASIK
TEMA : REZEKI
Banyak gunung sudah di daki,
tidak sama hai gunung Ledang;
usah termenung tunggu rezeki,
mengharap semua akan dihidang.
•••
Gadis manja elok berlima,
Berbaju kurung manis bersanggul;
73 tahun setia bersama,
Demimu Malaysia tetap unggul.
Bungkusan sohun di atas
para,
buah bidara letak di peti;
73 tahun RTM bersuara,
demi negara menabur bakti.
Pantun D'Klasik
Sinar mentari cerah cahaya,
embun menitis sudahlah kering;
usahakan diri sepenuh daya,
jaya dirintis pasti mengiring.
Tangkap gelama mendapat
gamat,
melihat nyonya serba tak kena;
sekian lama polis berkhidmat
sambut harinya penuh bermakna.
TEMA : GEJALA RASUAH
Kalau tuan belayar jauh,
singgahlah bertamu di Teluk Segari;
rasuah jangan biar
berlabuh,
kalau bertemu usir pemberi.
PANTUN D’KLASIK
TEMA: NILAI KEMANUSIAAN
Ke pekan Chini membeli kasur,
ubi keladi dibuat kaswi;
hidup harmoni bertolak ansur,
saling berbudi sifat manusiawi.
Berarak mega Di Gunung Daik,
Pelangi sesudah gerimis di desa;
Ajaran agama berbuatlah baik,
Sesama manusia tak kira bangsa.
.
PANTUN D’KLASIK
Tema : Keharmonian
Bayu pagi menyapa suasana,
kelam gunung di hulu tidak;
harmoni lagi aman sempurna,
mudah merenung apa kehendak.
Mari pergi
ke kota melaka,
Terlihat puteri hati tertawan;
Pagi pagi bermanis muka,
Murah rezeki bertambah kawan.
Terbang tinggi burung kenari,
anak lelaki hambat terkukur;
bersinar pagi senyum berseri,
melimpah rezeki meraup syukur.
Meninggi palma di sisi pinang,
rimbun meredup pohon merapi;
Setia bersama susah dan senang
cabaran hidup tegar hadapi.
Cukup
indah cukup tenang,
Pabila irama bersatu hikayat;
Teman susah teman senang,
Setia bersama keakhir hayat.
PANTUN D’KLASIK
TEMA: KASIH SAYANG
Sayur keladi ulam raja,
masakan bonda sedap sekali;
kasih dan budi tulus
sahaja,
tidak bersenda demi Ilahi.
Berpada-pada cari kelisa,
ikan gelama simpan di kolah;
apa yang ada sama dirasa,
milik bersama rezeki Allah.
Kalau
berakit saudara berlima,
Penuhkan muatan pisang berikat;
Ada sedikit kongsi bersama,
Besarnya nikmat membawa berkat
Kalau ke Rengit terus ke Larkin,
singgah Segamat membeli pasu;
menongkat langit masakan mungkin,
lelah teramat raga pun lesu..
PANTUN
D’KLASIK
Tema : Hanya Di Radio
Meraut
lidi hingga leka,
tidak sedar jauh berangan;
radio jadi
penghibur duka,
memori segar gamit kenangan.
Titis embun di hujung kota,
Angin selatan bertiup kencang;
Puitis madah bersulam dusta,
Manis di depan menikam belakang.
Berkain kasa sehingga senja,
hendak ke kota membeli gamat;
manis bahasa di bibir saja,
hati berdusta sarat kesumat
#iramamerentaszaman
#menggamitkenangan
PERPADUAN
Memikat burung di Lembah Beriah,
kicau si pipit hinggap di tepian;
usah
bermurung biar meriah,
sama
berhimpit rai perayaan..
PANTUN D’KLASIK
Hendak mengalih pindah tempatnya,
susun bejana harga sepeser;
makan dipilih tinggi nilainya,
sihat sempurna jauhi kanser.
Tema : ‘Beli Barangan Malaysia’
Gerimis pagi bawa ke petang,
Semilir angin sejuk terasa;
alangkah rugi tidak terbentang
memandang
dingin barangan bangsa.
Tanam sejajar mawar berduri,
indah mekarnya harum teramat;
masa dikejar cepat berlari,
manfaatkannya setiap saat.
Joran buluh bertali tangsi,
Mengail ketutu di dalam sumur;
Putaran masa tetap berpaksi,
Sedetik waktu tidak berundur.
TEMA: MEDIA SOSIAL
Rapat rapat tumbuh keladi,
tumbuh dicelah pohon kelapa;
usah melompat tular tragedi,
bimbang tersalah mungkin
terlupa.
Bunga pedada gugur di rawa,
Jauh berdepa darilah sawah;
Bergurau senda senyum ketawa,
Bertegur sapa erat ukhuwah.
Corak berseni batek lepas,
Elok disarung sicantik nyonya;
Ambil sari buang ampas,
Jelek ditinggal manfaat semua.
Kenari sanya
mengiring belas,
lepas mengambus
kedidi raja;
sari
pastinya disaring jelas,
ampas
dikompos menjadi baja…………
TEMA : Budi Bahasa Budaya Kita
Merah merah buah delima,
bawa belayar ke Pulau Pandan;
rendamlah marah indah bersama,
bahasa biar kilau didandan.
Senangin lembut tumpat dibekal, ,
sepeti dadih bersama tauhu;
angin dan ribut dapat disangkal,
hati nan sedih siapa tahu.
Ke Gunung Senyum telang dibawa,
pilih delalu kekwa terkedu;
orang tersenyum orang tertawa,
sedih dan pilu bawa beradu.
Pergi ke pasar
mengendung sekar,
anak terkukur lembam dipanah;
kaki tersasar tersadung akar,
jatuh tersungkur menyembam tanah.
Pantun D'Klasik
Lepas berela
lesap di dusun,
menggantung
kasa redup angsana;
nafas dihela
asap beracun,
jantung
tersiksa hidup merana.
Mari meniti jambatan gantung,
Bawa ragi di dalam raga;
Asap beracun merosak jantung,
Sayangi diri, kasihi keluarga.
PANTUN D’KLASIK
(Tema KASIH SAYANG)
Pagi hari memetik bunga,
bunga mawar bunga teratai;
kala
sendiri berdetik duka
terasa
tawar kasih terabai.
•••
Sepohon geti pucuk direngguh,
berbekal tapai makan di bangsal;
berazam mesti tegar bersungguh,
biar tercapai tidak menyesal.
Tebu bergoyang ditahan rawa,
pangkal keladi gelam berangan;
ibu tersayang belahan jiwa,
kekal abadi dalam kenangan.
Jauh belayar ke Kuala Langat,
Hajat mencari buah cempedak;
Ingin berazam penuh semangat,
Separuh jalan harapnya tidak
Jati sepuntung tepi perigi,
dekat madrasah pokoknya perah;
hari dihitung berlalu pergi,
tercatat kisah dalam sejarah.
Pohon
gaharu pucuk direngguh,
berbekal
tapai makan di bangsal;
berazam
baru tegar bersungguh,
biar tercapai tidak menyesal
tahun nan baru menjelma wajah,
pandai akk berkarya
ReplyDeletesinggah sini
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html
TERIMA KASIH CUYA
ReplyDelete