Saturday, August 13, 2016

RAJAQNA

ASSALAMUALAIKUM..

RAJAQNA
MENGGAPAI CINTA
Oleh Paridah Ishak

Aku dengan  duniaku, di sebuah ruang kecil. Setiap hari ralit mendengar siaran radio dan menonton TV. Tragedi sadisku alami memberi akibat  tidak terduga. Terlantar tidak bermaya kini.
Ketika kemalangan berlaku, kereta kecil yang dipandu suamiku dilanggar lori  membawa muatan ayam yang tidak terkawal gerakan rodanya, kami sekeluarga dalam perjalanan ke  KL, menziarahi keluarga mertuaku.
Seseorang berada di muka pintu, menuturkan salam, menghampiriku.
“Maaflah Saerah! Baru hari ini dapat datang melawatkau.”
“Tak mengapa Sarah, aku lama lagi di sini, datanglah bila-bila saja melawat aku.”
“Hajatku memang begitu Saerah. Mami  Atiffi pun pesan padaku agar datang menjenguk kau.  Tapi sibuk sangat di rumah menguruskan rumah tangga dan anak-anak, selalu tiada kesempatan. Maklum anak kami kan ramai.”
Kenalan lamaku itu seringkali pula mengunjungiku selamaku bermukim di sini, di rumah tok dan tokwanku. Ayahku membawaku ke sini untuk menyembuhkan sakit akibat kemalangan itu.
Dan kini cuma menjadi penyaksi, perenung, pemikir semata dalam suasana yang tidak aku mahukan. Ego menjerut diriku sukar juga terlepaskan nampaknya.
Sarah pula adalah persona yang menjadi mangsaku semata-mata kerana obsesku terhadap Ilhami dan keinginanku menambat hatinya.
Kenangan dulu terimbau semula. Aku ditinggalkan ayahku pada tokwan dan tok untuk menyambung persekolahan di sini. Bersama sahabat baikku Atiffi, menamatkan pengajian hingga universiti.
Atiffi  berkahwin pula dengan lelaki kecintaannya Ilhami. Baik paras rupanya. Kerjayanya di bidang penerbitan media massa begitu mengujakan. Aku dan Atiffi mengenali Ilhami melalui surat sahaja kerana meminati tulisannya yang banyak disiar merata media.
Dalam diam perasaanku indah berbunga mekar terhadap sahabat penaku itu. Belum sempatku nyatakan apapun, Atiffi mengejutkan aku dengan berita bahawa Ilhami akan datang menemui kami dengan membawa maksud hatinya.
Rupanya kedatangan Ilhami membawa keluarganya untuk merisik Atiffi. Kenapa pula pilih Atiffi, tidak aku? Bukankah Ilhami sering juga mengungkapkan kata rindu kepadaku dan tidak sabar untuk bertemu? Hatiku diserbu galau dan sayu, terasa perasaanku dipermainkan.
Dan aku sarankan agar Atiffi menolak sahaja pinangan Ilhami itu dengan alasan perkenalan yang terlalu baru dan lewat surat semata. Sebenarnya hatiku iri justeru dilambung rasa kecewa teramat. Namun perkahwinan Atiffi dan Ilhami tetap berlangsung meriah. Aku terkulat-kulat merenung kebahagiaan yang dinikmati sahabatku. Rasa kecewa membawaku jauh ke negeri yang dirantau emak ayahku.
Tiba-tibaku terima surat daripada sahabatku, memberitahu kehendak suaminya ingin berkahwin lagi dengan seorang sepupunya lantaran telah jatuh cinta. Segera aku pulang mendapatkan Atiffi dan menggesanya menolak kemahuan suaminya itu. Bermadu bukanlah mudah. Apalagi kalau hidup bermadu dengan watak madunya jauh berbeza pada perkiraanku.
“Kalau Ilhami ingin sangat berkahwin lagi, suruh saja dia pilih aku. Akukan sahabatmu. Bukan Sarah yang garang tu. Benci sangat dia kepadaku kerana berkawan rapat denganmu.”
“Tapi kata Abah dia sangat cintakannya,  tidak kau.”
“Habis kau tidak dicintainyakah?”
“Katanya sangat mencintai aku. Solid. Tidak boleh dibelah-bahagi.  Cinta samarata antara aku dan Sarah.”
‘Boleh percayakah kenyataan lunak seorang lelaki yang ingin berkahwin lagi?’ monolog hatiku menggurutu sinis.
“Mungkin setiap hari dia melihat Sarah di sisimu, sering membantu setiap kesusahanmu buat hatinya berkenan. Kaupun tidak membantah hasratnya nak kahwini Sarah.”
Aku akhirnya merancang perkahwinanku sesuai citarasaku agar sentiasa berbahagia selamanya. Melupakan dengan payah rasa cintaku terhadap Ilhami yang mendalam. Perancanganku bukan ketentuan-Nya. Takdir-Nya kuredai.
Tanpa rasa reda tentu akan terselit dosa. Dosa yang tidak mahu lagi kuukir. Merasa berdosa amat olahku terhadap Sarah, Atiffi, Ilhami kerana sering menggugat kebahagian rumah-tangga mereka dengan pelbagai hasutan fitnah. Kifarah Allah mulai kurasa. Perkahwinan yang memberiku rasa bahagia tidak berkekalan. Singkat sekali berada dalam situasi yang disenangi. Suami kecintaanku meninggalkanku. Aku reda. Memang kumahukan jodohku dan dia berkekalan selamanya. Tapi apakandaya.
Padaku perkahwinan juga adalah nasib. Tidak semua perkahwinan akan memberi apa yang diimpikan.
“Aku dah lama juga berubat dengan Tok Minah, berurut setiap hari tapi tak sembuh juga. Rasanya minggu depan ni ayahku datang akan balik ke Pahang. Nak sambung berubat di sana pula.”
“Eloklah begitu. Biasalah sakit ni datangnya seperti ribut tapi nak baiknya berdengut-dengut macam semut. Insya-Allah kau pasti pulih. Aku selalu doakan kesejahteraan kau.”
“Terima kasih banyak Sarah. Insya-Allah.”
Aku merenungnya tajam, menyeluruhi wajah ayu itu.
“Kenapa  pandang aku begitu? Tak betul apa yangku katakan?” 
“Eh! Bukan itu maksudku Sarah. Kau mengingatkan aku pada Atiffi. Kamu berduakan sepupu. Wajahpun seiras. Dah lama tak jumpa, rindu sangat. Teringat dulu berjalan di batas bendang bersama-sama Atiffi ke sekolah. Jauh juga  jaraknya. Baliknya basah berpeluh melangkah di tengah rembang panas. Sedang perut berkeroncong lapar. Setelah makan kami berdua ke rumah Pak Utih pula belajar mengaji al-quran. Kenangan zaman kecil yang sangat indahkan Sarah.”
“Kau rindukan Mami Atiffi ya!” Tanpa sedar ada buli buli jernih yang bertakung  di kelopak mata tanda benar sekali jangkaan Sarah itu.
“Atiffi dan abah ke Brunei. Itu yang tidak dapat datang menemuimu.”
“Kau tak ikut sekali? Urusan apa agaknya tu?”
“Kalau aku ikut juga siapalah yang nak menjaga anak-anak kami yang masih kecil tu, Saerah. Abahkan berniaga mengedarkan buku-buku yang diterbitkannya. Urusan pemasarannya dibantu Mami Atiffi.”.
Setahu aku pada awal perkahwinan sahabatku itu suaminya, bertugas sebagai Ketua Biro Akhbar Istiqamah Kedah/Perlis. Kini sudah jadi penerbit buku pula.
“Seronokkan dapat bersama dengan anak-anak kita yang membesar di depan mata kita walau banyak kerenahnya. Aku tidak dapat merasai kebahagiaan itu. Yang membantu menjaga, mendidik anak-anakku hanya kedua ibu bapaku.”
Sarah menggenggam erat jemariku.
“Kau pasti pulih jua. Aku doakannya selalu.  Balik dari  Brunei abah bercadang membawa aku, Mami Atiffi dan anak-anak kami mengerjakan umrah. Di sana nanti aku akan doakan kesejahteraanmu. Moga dimakbulkan Allah insya-Allah.”
Aku terkedu. Hati Sarah begitu tulus. Tidakku sangka sepupu sahabatku Atiffi, dulunya kumusuhi kerana sikap kasarnya kini bertukar jadi sebaliknya. Dan aku mulai merasakan tindakan Ilhami memperisterikannya adalah jodohnya terbaik.
“Nampaknya kau dan Atiffi serasi bersama Ilhami. Aku doakan kebahagian kalian kekal hingga jannah. Kalau Atiffi dan Ilhami pulang, sampaikan salamku kepada mereka ya.”
“Insya-Allah.” Sahut Sarah.
Tinggallah tok dan tokwan yang bersusah payah menjagaku, mengurusi setiap keperluanku selama aku di sini. Kesabaran mereka menerima masalahku hanya Allah yang membalasnya.
Setelah aku pulih seperti kelak aku pasti kembali ke sini lagi. harapanku menemui semua yang kusayangi dan menelusuri jejak kenangan yangku tinggalkan dulu. Mungkinkah dapat kulakukan? Entahlah.











Like
Love
Haha
Wow
Sad


Top of Form

Like
Love
Haha
Wow

Sa

Wednesday, August 10, 2016

BAHTERA MERDEKA ITU....

ASSALAMUALAIKUM...

BAHTERA MERDEKA ITU

Seruling buluh perindu
Mengalun lagu merdu
Penuh syahdu mmendayu
Mengiring pelayaran bahtera MERDEKA
Menyonsong semilir angin
Di tengah samudera tiada bertepi
Ombak bergelora menggila
Pasang surutnya berkala
Sedang galau merenung destinasi berbalam kelam
Gelita malam
Sirna bintang harapan
Namun pelayaran berterusan
Bahtera MERDEKA
Membawa muatan sarat
Kargo hasrat
Menolak gusar
Ke pelabuhan dambaan
Jangan tersasar.


PARIDAH ISHAK
SELAYANG UTAMA
10 OGOS 016

Wednesday, May 4, 2016

SELIRATAN CINTA BAB 4...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
. Rizal sampai di rumahnya menaiki airport limousine dari KLIA. Dia meninjau-ninjau persekitaran rumahnya. Dilihatnya tiada sebuah kereta pun yang berada di dalam garaj. Rumah itu lengang dan sunyi, seperti kosong tidak berpenghuni.
Dia menekan loceng pintu beberapa kali. Sosok tubuh seorang wanita pertengahan usia terkocoh-kocoh keluar dari rumah itu menghampirinya. Dia terpana menerima senyuman manis dari lelaki kacak di hadapannya.
Dia mengamatinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Senyumnya terorak lebar setelah mempastikannya..
            “Eh… Rizal dah balik. Kenapa Datin tak bagi tau pun Rizal nak balik.” Sapanya dengan sangat teruja kekagetan.
            “Saja nak beri kejutan pada Mak Kiah.” Balasnya mengusik mesra pembantu rumahnya yang dianggapnya saudaranya sendiri itu sambil menyalaminya. Mak Kiah telah lama ada di dalam kehidupannya semenjak dia mula mengenal orang. Pengasuhnya sejak dari kecil kata mamanya.
            “Ada sajalah kau ni Rizal..” Mak Kiah mengambil beg Rizal dan membawanya ke dalam rumah. Rizal mengikuti langkah yang diaturnya pendek-pendek itu.
            “Sunyi saja rumah ni, tidak ada sesiapa ke di rumah? Mama dan ayah ke mana?”
            “Masuklah ke rumah dulu Rizal. Datuk pergi kerja. Datin pula ke salon.”
Rizal berpuas-hati dengan penerangan Mak Kiah. Dia tidak bertanya lagi Teramat biasa cerita itu kepadanya.
Rutin yang telah lama berlaku. Sejak dirinya mengenal dunia dan kebanyakan isinya. Ayahnya tentu saja pergi berkerja mencari rezeki sebagai memenuhi tanggung-jawabnya menyara keluarga.
Mamanya pula tentu memberi masa untuk merawati diri sendiri dengan sedikit keselesaan setelah berpenat lelah menyempurnakan tugasannya. Bukan ganjil untuk difikirkan secara terlalu mendalam.
Dirinya terus dibawa mendaki tangga ke tingkat atas hendak menjengah biliknya yang telah ditinggalkannya sepanjang pengajiannya di luar negara.
            Dia menanggalkan pakaian yang menyaluti dirinya sejak di kota New York sehingga berjam-jam di dalam pesawat. Sudah tidak selesa lagi dirasa pakaian itu berada di tubuhnya. Sudah lencun dengan peluh. Bau tubuh dan bau peluhnya yang hamis bercampur baur. Dia rimas.
            Dicapainya tuala bersih yang tergantung di lemari, membalut tubuh renjongnya yang sederhana tinggi dan bergerak ke bilik mandi. Air pancutan seperti rintik hujan menjamah tubuhnya. Dia merasai kesegarannya. Berbahagia sekali rasanya dapat bermandi-manda di dalam bilik air sendiri, di rumah sendiri, di tanah air sendiri. Sungguh tidak tergambar nikmat yang dirasakannya. 
                                                 
*   *   *

            Haseena menyambut dua tamunya dengan senyum teramat manis. Pelanggan tetapnya itu rajin mengunjungi salonnya sekiranya kedua-duanya memerlukan khidmatnya. Kedatangan kedua-duanya memang sangat di alu-alukannya. Ibarat ‘kurang tapak tangan nyiru ditadahkan.’ Pelanggan yang sentiasa membawa rezeki kepadanya.
 Sekurang-kurangnya dia boleh bercerita pada pelanggan-pelanggannya yang baru berjinak-jinak dengan khidmat salonnya bahawa salonnya itu sangat istimewa perkhidmatannya, sehingga mampu menarik golongan Datin-datin isteri-isteri Datuk-datuk bergelar yang ternama mengunjunginya.
Itupun salah satu strategi pengiklanan perniagaan juga menurutnya. Untuk melariskan lagi perniagaannya. Bukan senang juga hendak bersaing dengan peniaga-peniaga non-bumiputera yang telah lama bertapak di bidang ini. Perlukan semangat yang tegar gigih. Bukan calang-calang.
Amat kompetetif dan sengit sekali. Jika tidak sabar kerana sering rugi pada mulanya kerana pelanggan jarang-jarang mengunjungi salonnya, tentu sudah lama dia tutup kedai.
Dia sentiasa berusaha memperbaiki diri dan mencari di mana kesilapannya. Bimbingan dari agensi kerajaan seperti MARA (Majlis Amanah Rakyat) didapatkan. Badan ini memang dikenali dengan iltizam membantu bumiputera yang berminat dalam perniagaan memajukan diri.
Dan  berkat kesabaran dan kesungguhannya dia mampu juga bertapak dengan teguh. Sukar hendak menggoyangkan atau menumbangkan perniagaan yang berdiri jitu itu kini.
Kata seorang penceramah agama yang sering muncul di kaca TV; amalkan membaca surah al-waqiah setiap malam jumaat supaya Allah mempermudahkan rezekinya dan dia mengambil anjuran itu.
Disamping usaha yang tidak putus-putus dan doa-doa yang dipohon akhirnya dia dirahmati dengan kejayaan. Dia bersyukur ke hadzratnya.   
            “Ita temani Datin berdua ini saya hendak keluar sebentar.” Haseena menggamit pembantunya yang sedang menyusun semula majalah di raknya setelah ditarik keluar, dibelek, dibaca dan diletakan dimana saja oleh pelanggan-pelanggannya.
Tugas Ita mengemaskannya seketika untuk diserakan semula pelanggan-pelanggan Haseena. Dia tidak tidak boleh mengeluh bosan mengulangi rentak yang serupa kerana sememangnya dia dibayar untuk itu.
            “Maaf Datin berdua kerana tidak dapat hendak melayani Datin seperti selalu, sebab ada urusan sedikit yang perlu diselesaikan. Datin buatlah salon saya ni seperti rumah sendiri. Datin pun bukan tak biasakan…maafkan saya terpaksa berangsur dulu.” Haseena manis berbahasa dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir.

Friday, April 29, 2016

WAD 12A

ASSALAMUALAIKUM...

CERPEN:
WAD 12A
OLEH: PARIDAH ISHAK
Apabila tiba hari yang dijanjikan  dia bersama seorang pembantunya membawa aku ke hospital. Setelah sampai di KL dan puas bertanya tempat yang hendak dituju barulah dapat ditentukan kemana arahnya.
Appointment yang dibuat tidak menepati janji. Doktor yang sepatutnya ditemui dan menguruskan pemeriksaan perubatan diriku telah bercuti panjang entah kemana. Mujur ada seorang doktor yang sanggup mengambil tugasan yang ditinggalkan doktor berkenaan. Aku diuji kekuatan minda dengan beberapa soalan matematik asas. Komunikasinya menggunakan bahasa Inggeris yang mudah.
Seterusnya doktor menganjurkan agar aku ditahan di wad untuk beberapa ketika. Aku terkejut juga dengan saranan itu. Walau sebenarnya aku juga teringin merasai pengalaman berada di sebuah hospital yang sangat terkenal. Langsung aku tidak terfikir tentang masalah yang akan kudepani kelak. Setakat hanya bergantung kepada kekuatan diri dan kemampuanya yang tidak seberapa berlandaskan kata-kata doktor itu bahawa ramai kakitangan perubatan di wad yang akan menjaga aku. Mentelah lagi  tidak bersedia dengan apa saja keperluan yang patut. Tidak ada tuala untuk mengelap air yang sentiasa keluar daripada mulut. Dan tidak ada sikat untuk menyisir rambut yang kusut. Tidak ada gelas untuk mengisi air minuman untuk pagi, petang atau malam.Hanya semata-mata membawa diri dengan pakaian sehelai sepinggang.  
Jiran-jiranku terdiri daripada semua bangsa Malaysia yang pelbagai sakitnya menempati katil. Wad 12A menemukan aku dengan mereka. Kalau aku boleh bercakap tentu  aku dapat berkomunikasi dengan mereka sebaiknya. Tapi suaraku sudah bertahun hilang. Hilang bersama kemalangan yang merenggut keupayaan jiwa ragaku yang kualami bersama anak-anak dan suamiku di lebuhraya pantai timur. Entahlah. Mungkin susun-atur nasibku begitu.  
Di sini aku bertemu dengan Zaitun, Zarina dan beberapa orang jururawat pelatih dan jururawat terlatih yang memberi khidmat mesra mereka kepadaku dan pesakit-pesakit lain. Mereka gemar melayaniku. Mengajakku bersembang dengan caraku. Dia meninggalkan aku sebuah buku nota kecil dan pen. Itulah saja pemberian yang diingatnya. Dengan pen dan buku itu aku mencatat semua aktivitiku seharian dan sajak-sajak pendek dan berkonunikasi secara tulisan dengan mereka yang sudi berinteraksi denganku. Dia memang arif dengan kesukaanku iaitu menulis dan membaca. Jika tidak ada buku tulis dan beberapa majalah yang dibelinya tentu aku hanya akan merenung kosong hariku yang berlalu tanpa pengisian apa-apa.
TENUNAN RINDU
Sehari-hari menenun rindu pada keselesaan
sekian lama ia telah berlalu
meninggalkan urat-urat biru
yang menyarati saraf jasad itu

sekian lama tergadai jiwa raga
kesetiaan yang tulus jitu total.

Penamatnya hanya rentetan trajidi
yang tragis.

Sujud bermohon doa
nyah segera semua itu
namun masih juga di sini
di mata ini
di hati ini
Jan 07
Ward 12AHospital Universiti.

Berada di wad dalam bulan puasa sangatlah memilukan. Terpaksa meninggalkan puasa yang wajib di bulan Ramadan . walau aku uzur dan ada sebab syarie untuk meninggalkannya tapi aku sangat suka kalau dapat berpuasa. Namun tidak tergamak pula menyusahkan mereka yang terlibat, walaupun aku tahu tugasan mereka adalah melayani apa saja keperluan pesakit-pesakit yang berada di bawah pengawasan mereka.
Hari raya semakin hampir. Tapi pemeriksaan ke atas diriku belum juga selesai. Setiap hari ada saja temujanji yang ditentukan. Aku hanya mengikut saja arah kerusi roda  ditolak yang membantu membawaku. Pernah dihantar untuk scan dengan seluruh tubuh dimasukan dalam alatan scan seumpama telor yang besar.
Dalam laporan fail yang aku cuba fahami kandungannya yang tergantung di kerusi roda, bahawa aku mengalami kecederaan yang serius di otak (broken brain) dan ada pembekuan darah di situ.
Satu ketika pula aku disorong ke bilik di mana kepalaku dipasang wayar yang berselirat dan disambung ke mesin pengimbas yang melukis graf panjang pendek yang tidak aku fahami. Tulisan di fail juga tidak memberiku sebarang makna justeru tidak memahaminya suatu apa.
Memang sukar untuk memahami tulisan doktor. Mungkin doktor tidak mempunyai banyak masa untuk membentuk tulisan yang cantik kerana masa sangat perlu untuk diberikan kepada pesakit yang bertali-arus untuk mendapatkan khidmat mereka.
Tulisan cantik atau sebaliknya tidaklah terlalu dikira. Tapi bagi yang mencari maksud dan makna sepertiku ianya adalah amat penting sekali dan sangat diutamakan.
Selepas membuat pemeriksaan di kepala, disorong pula ke klinik mata untuk dibuat pemeriksaan mata pula, di sini seorang doktor wanita Melayu yang amat ramah meladeniku. Daripada name tag yang terlekat di bajunya ternyata  beliau ini adalah seorang professor Universiti Malaya . Hospital ini namanya pun hospital university dan tentulah ianya mendapat khidmat  mereka yang pakar dalam bidang perubatan daripada universiti yang berhampiran juga. Aku mengagak saja. Sebab bukan arif sangatpun pengetahuan tentang ini.
Sepanjang aku di sini memang ada siswa-siswi fakulti perubatan yang datang bersama pensyarah mereka melawat pesakit-pesakit di sini. Ada saja yang ditanya mereka kepadaku. Mereka begitu yakin dengan apa yang dipelajari dan kemahuan diri yang ingin dicapai setelah menamatkan pengajian kelak. Mulalah aku bermuhasabah diri tentang kekuranganku kerana telah mengabaikan peluang yang memberiku harapan untuk seiring mereka yang berpendidikan tinggi. Hendak bertaklik kepada nasib semata tidak boleh juga kerana Allah tidak akan mengubah apapun jikalau yang empunya diri tidak berusaha sesungguh hati.
Appointment aku yang terakhir adalah menemui seorang pakar anggota. Beliau membawa aku ke gym yang dipenuhi alatan yang membantu mereka yang lumpuh separa sepertiku untuk boleh berjalan semula. Aku diberi keyakinan bahawa aku boleh berjalan semula. Jurupulih Anggota di situ berpendapat begitu sambil menolongku bertatih berjalan memegang besi yang disedia daripada melihat gayaku berjalan perlahan.
“Untuk kembali pulih seperti sediakala tentu mengambil masa,” menurut Jurupulih Anggota yang membantuku itu..
Tahun ini adalah tahun ketiga aku berkeadaan begini. Terasa pantas masa berlalu tapi bagiku teramat lambat pula kerana keberdayaan diri yangku harapkan segera menyongsong tidak juga kunjung datang. Memikirkan semua itu menyesakkan mindaku. Air matapun berjurai mengirai kesedihan. Biarkan sajalah. Terima ketentuan-Nya dengan reda. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan harapan yang didamba menjadi kenyataan.
Zaitun, Jururawat Pelatih yang berasal dari Sungai Petani Kedah sering juga menemaniku. Selalu juga bertanya tentang diriku dan bercerita tentang pensyarahnya yang suka memarahinya tanpa diberitahu kesilapannya apa.
 “Mentang-mentanglah saya seorang pelatih, ada saja yang nak ditegurnya,” rungutnya.  Aku mendengar saja dengan ralit. Hendak berkomentar pun tidak tahu apa. Walau dia menjadikan aku sebagai tempatnya meluahkan rasa amarah yang membekam di hatinya tidak mengapalah. Aku rela menjadi pendengarnya. Sekurang-kurangnya diri yang lemah dan tidak berdaya masih ada gunanya. Dan masih ada yang sudi berkongsi cerita denganku.
Namun aku juga tidak dapat lari daripada kesedihanku bilamana aku sendirian di katil kala tiba jam 12.00 tengah hari. Ketika inilah ramai pesakit yang menerima tamu mereka. Mereka di kelilingi sahabat handai saudara-mara yang mengasehi mereka. Tapi tidak aku. Tidak ada sesiapa yang sudi menziarahi aku. Tersedu aku menangis disebalik tuala yang menutupi wajahku. Seorang porter yang menghantar makanan seperti selalu menyedari itu. Dia tahu aku sedih dan bertutur manis kepadaku, mempelawa aku makan.
“Makanlah dik. Jangan ikut sangat rasa hati sedih.”
Sekadar saja makanan yang mampu disuapkan ke mulut. Selera telah hilang bersama kesakitan dan kedukaan jiwa raga yang ditanggung.
Hadir juga tetamu yang sangatku nanti di sisi katilku. Hatiku yang kecewa teramat pula. Luluh rasa, sirna ceria. Sebabnya dia membawa seseorang bersamanya. Sesaorang yang amat penting dan istimewa dalam kehidupannya kini. Tapi bagiku seolah dia membawa duri kerawat yang mencarik-carik hatiku dan melukakannya dengan parah. Apalah salahnya kalau dia seorang saja hadir di saat kesendirianku ingin bersamanya. Mengapalah aku ralat dan musykil kerana keberadaan mereka bersama menemuiku? Memang wajarpun mereka boleh bergerak bersama kemana saja kerana mereka adalah pasangan suami isteri yang sah. Langsung tidak ada batas halangannya. Apatahlagi merekapun baru saja berkahwin.
Tapi tidakkah dia mahu memberi hatiku sedikit kegembiraan setelah selama ini menghancur-lumatkannya? Takkan sedikitpun tidak ada rasa belas-ehsan terhadap isterinya yang pernah sangat disayanginya suatu ketika dulu ini? Atau mungkin sengaja hendak menambah kelukaan di hatiku dengan lebih parah. Penderitaan yang teramat sangat sehingga tidak termampu diucap dengan kata-kata. Berterusan merangkai kata mengenainya hanya teriring dengan derai air mata.
SN Normah yang baik dan berperwatakan lembut itu bertanya kepadaku tentang kehadiran tetamuku siang tadi. Dia tidak percaya akan itu cerita sebenarnya.  Dan amat bersimpati dengan nasibku. SN Normah adalah, jururawat terlatih  kenalan pertamaku di wad ini. Orangnya cantik manis. Daripada lorat percakapannya aku yakin sekali beliau ini berasal dari Negeri Sembilan. Beliau pernahku dengar menasehati rakan sekerjanya yang mengadu kepadanya kerana keletihan dan kesebalannya terpaksa melayani kerenah pesakit yang sangat kurang upaya dan terpaksa dibantu kesemua keperluannya.  Ada di antara kes yang ditanganinya melibatkan pesakit yang memenuhi appointment dengan doctor untuk menuntut pampasan kemalangan yang mereka alami daripada syarikat insuran yang dilanggani. Komennya lagi;
“Apalah gunanya mendapat wang pampasan  dengan nilai tinggi ringgitnya sedang diri sakit terlantar saja di perbaringan. “
Jawab SN Normah yang baik budi itu dengan lunak;
“Merekapun tidak minta nasib mereka begitu. Kita yang ada kekuatan dan sedikit kelebihan upaya inilah yang sepatutnya membantu mereka. Jikalau diri sakit tapi tidak berduit memang besar masalah yang terpaksa dihadapi untuk menangani kos kehidupan yang mahal kini. Sekurang-kurangnya dengan wang pampas an yang didapati boleh membantu mereka membiayai kehidupan atau berusaha pelbagai cara untuk merawat sakit mereka.  Segala-galanya kini perlukan duit. Susah juga sudahlah sakit tapi tidak berduit. Berat sangat bebanan yang terpaksa mereka pikul.”
Memang aku sangat bersetuju dengan ungkapan manis penyejuk jiwaku itu kerana aku tergolong dalam golongan yang dimaksudkan itu. Tapi berapa ramaikah diantara yang memahaminya? Hanya SN Normah seorang di antaranya.
Dalam pertemuanku yang sebentar cuma dengan dia aku sempat berpesan kepadanya agar menjemputku sebelum menjelang Aidilfitri tidak beberapa hari lagi. Aku tidak pasti samaada pesananku itu mahu dipenuhinya. Harapanku mudah-mudahan begitulah hendaknya. Setelah hampir dua minggu berada di bulan Ramadan di katil hospital aku merasa semakin jelak di sini. Dan tentu ingin sekali segera pulang ke rumah ibu-bapaku menyambut hari raya bersama anak-anak dan keluargaku.
Renungan menjauh sehingga kelibat Anne Lai tiba-tiba tersenyum kepadaku sambil menghulur kepadaku sebuah majalah fesyen. Anne Lai merupakan teman pesaakit yang sama-sama tidak boleh bercakap sepertiku. Sudi juga dia bertegur sapa denganku. Beliau baru saja menjalani pembedahan di tekaknya dan kerna itu suaranya tidak boleh berbicara. Gadis China itu adalah seorang jururawat resepsionis sebuah hospital swasta dan rajin meminjamkan aku majalah yang dibawa keluarganya.
Zaitun, Zarina dan ramai jururawat pelatih yang sering melayan bicara bisuku telah berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing hendak menyambut Adilfitri sehari dua lagi dijangka tibanya. Kelibat SN Normah pun tidak kelihatan. Kenalan-kenalan yang sering berinteraksi denganku telah tiada. Aku kesunyian, kehilangan tegur-sapa mereka. Walau sebenarnya memang telah lama aku larut dalam kesunyian yang melengkungi situasiku kini.  Di saat aku sangat mengharapkan kehadiran mereka yangku rasa rapat dan ada hubungannya denganku tidak ada yang terjengul di sini. Masing-masing sibuk melayani tuntutan kehidupan rutin dan membiarkan aku tidak dipeduli.
Dia membawa aku ke sini dan meninggalkan bebanannya iaitu aku isterinya dan mengharapkan akan dijaga orang lain kemasylahatannya. Beginikah sikap seorang yang sangat bertanggung-jawab terhadap keluarganya seperti yang kerap dikatakannya dulu. Ahli keluarganya adalah mereka yang terpenting dan diutamakan segala-galanya. Aku ini adalah ahli keluarganya yang terdekat. Kenapa pula sanggup menyisihkan aku dalam keadaanku seperti ini? Ah! Masih merintih lagi. Sedang nasib yang mengunjungi tidak harus dikesali.
Aidilfitri yang ceria, menggembirakan semua tetap juga jelang pabila tarikh yang diumumkan Penyimpan Mohor Raja Raja bagi negeri negeri di seluruh Malaysia tidak kira aku di mana. Aku melihat Anne Lai di ujung katil. Dia merenungku sayu seolah mengongsi kepiluanku menyambut hari bahagiaku di katil hospital. Aku bertanya kenapa dia kelihatan murung dengan menulisnya di buku nota kecilku.  Namun dia tidak membalas apa-apa. Mungkin ada sesuatu yang difikirkannya.
Tidak ramai petugas di wad pada hari ini. Kebanyakan mungkin telah bercuti sempena meraikan Aidilfitri bersama keluarga. Pesakit di wad yang Islam kecuali aku telah dibawa pulang keluarga masing-masing yang prihatin. Sepatutnya aku juga sudah discharge dari wad tapi tidak ada sesiapa yang datang menuntutku dan membawa aku pulang ke rumah.
SN Rasnah menjadi kenalan baruku. Dia kasihan melihat aku masih di wad sedang sepatutnya sudah dibawa balik. Dia berusaha menghubungi mereka yang ada sangkut-paut denganku yang berada di sekitar KL untuk segera mengambilku setelah discharge sejak semalam. Tapi banyak pula alasan yang kudengar menolak kehadiranku. Tidak mengapalah. Mendesak sesiapa saja untuk menerima masalahku yang akan menyusahkan mereka bukan kugemari. Aku cuma berharap pihak hospital bersedia membenarkan aku berada di hospital ini sehingga dia mengambilku semula setelah diberitahu pihak yang berurusan dengannya kini.
Hari raya telah separuh hari berlalu. SN Rasnah melayani aku makan sambil berbual-bual. “Selama  begini barangkali sudah terlalu banyak agaknya air mataku yang tumpah.” Sayu sekali kudengar susunan frasa tuturnya. Bak kata pepatah; karam bersama tapi yang lemas seorang.   Aku mengangguk. Kebiasaanku begitulah. Terangguk-angguk untuk mengiakan sesuatu. Kenalan baruku ini sangat memahamiku rupanya.
Akupun mula menulis sesuatu tentang dirinya dalam buku kecilku.
Tamat.




Wednesday, April 27, 2016

SELIRATAN CINTA BAB 3

ASSALAMUALAIKUM....

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dato Shaari sedang berada di pejabatnya. Seorang gadis setiausaha menemaninya berbual kata. Sesekali terdengar kikihan manja seakan tergeletek amat perasaan dicuit gurau senda antara kedua-duanya. Perbualan yang sangat mesra di antara bos dan sekretarinya tiada apa yang mengganggunya. Berlaku dalam suasana harmonis yang selesa.
Amin menerjah masuk ke bilik bosnya seperti kebiasaannya tanpa mengetuk pintunya terlebih dahulu. Gadis setiausaha bingkas dari duduknya dan segera meluru keluar sambil mengepit fail di tangan.. Amin yang terjengul tiba-tiba mengejutkannya. Berderau darahnya menyimbah ke muka. Jantungnya berdegup kencang kerana keterkejutan.
Bimbang pula tersebar gosip hubungan mesra antaranya dan bos dijaja kemana-mana. Tukang canangnya tentulah Amin yang gemar bermuka-muka itu. ‘Bukan boleh percaya sangat ‘mamat’ pengampu seorang ni,’ desis hatinya.
Jika kabar-angin yang bukan-bukan itu sampai ke pendengaran tunangnya tentu haru-biru jadinya. Gadis itu tidak mahu berita sensasi begitu mengeruhkan hubungannya dengan tunangnya. Sudah tidak beberapa bulan lagi akan ke jenjang pelamin pula. Banyak persiapan yang telah dibuat. Kalau tidak jadi gara-gara mulut Amin yang celupar itu, alangkah malunya.  
            “Kau ni kenapa haa. Ingat pejabat ni bapa kau punya ke. Main terjah ikut suka je,” sergahnya dengan renungan mata tajam bersinar. Amin terkedu dijerkah bosnya.
            “Maaf Datuk. Sebenarnya adahal penting sangat. Sebab tu saya nak cepat. Datuk tengok ni.Ada artis baru Datuk. Mesti Datuk berkenan punya.” Amin menyuakan sebuah majalah hiburan  keluaran terbaru pada Datuk Shaari yang terkepit kemas dalam genggamannya.
Dia berharap kepanasan hati bosnya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam.’ Tidak setara mana panasnya. Sekejap lagi sudah suam-suam kuku. Kembali normal sediakala.
Dato Shaari segera mencapainya. Kemarahannya kerana diganggu tadi ketika dia sedang berdua-duaan dengan setiausahanya cepat pula mereda. Amin lega melihat wajah Datuk Shaari tidak setegang tadi. Sudah setenang ayam tambatan dan tidak segarang harimau di kandang. Dia semakin berani menghambur bicara.
“Cantik Datuk. Bak bidadari.”
“Hah? Secantik Rozana ke?”
“Ini lagi hebat Datuk. Kecor air liur dibuatnya. Memang ngam dengan Datuk.” Amin ligat menggula-gula propa yang sangat diminati Datuk Shaari mutakhir ini. Dulu Datuk Shaari tidak begitu lakunya.
Dia hanya meniru contoh seorang rakannya seorang ahli perniagaan IT bertaraf dunia yang sering mengundang model-model jelita dan artis cantik untuk bersama pelanggan yang berurus-niaga dengannya. Katanya sebagai penyeri suasana dan melancarkan urusan bisnis yang hendak dijalankan. Supaya licin dan sempurna.
Dia cuba memperaktikan apa yang diamalkan kawannya itu sehingga dia pula yang terseret ke dalam kancah golongan manusia berparas cantik dengan kelebihan sebagai artis pelakon, artis penyanyi atau model  ini. Sehingga tidak dapat lari dunia yang sangat obses pada keindahan dan kecantikan itu. Dia sangat mengkaguminya.
Kini dia adalah peminat golongan itu dan sentiasa mendekati, mengikuti perkembangannya. Perantaranya adalah Amin kerana dia adalah seorang yang luas pergaulannya dalam ruang yang bersangkutan ini dan sentiasa berusaha hendak memenuhi hasrat tuannya. Tanpa sebarang olah dan bantah. Akur pada perintah.
“Ini boleh dapat ke Amin?” Amin terdongak mengadap Datuk Shaari.
“Eh datuk punya pasal, apapun saya boleh bagi. Kalau nak suruh saya uruskan untuk jadi yang nombor dua pun boleh.” Dia tersengih dengan yakin kerana terasa mampu melakukannya tanpa aral.
“Ish.. jaga sikit mulut tu. Untuk nombor dua, kau tak payah nak ajar aku. Aku ni dah berguni garam aku telan. Kalau aku nak pasang nombor dua dah lama aku buat. Aku yang akan pilih, bukan kau. Aku hanya akan pilih orang yang aku berkenan saja. Bukan sembarangan.” Matanya tidak lepas dari menatap majalah.
Hatinya amat kagum dengan wajah-wajah cantik penghias lembar majalah itu. Di selak lagi lembar seterusnya. Memang wajah-wajah perempuan dijadikanNya sangat cantik memikat. Sukar sesiapapun menafikannya. Bisik nuraninya.
Dibiarkan saja Datuk Shaari tekun melayani hobi terbarunya itu kerana dia juga yang mendapat pulangannya. Setiap artis atau model yang diperkenalkannya sekiranya menepati cita rasa Datuk Shaari untuk dijadikan teman sosial seketika dia akan diberi ganjaran yang tidak mengecewakannya. Rezeki Datuk yang mewah dan melimpah ruah itu mengalir juga sedikit ke poketnya.
Dia tahu juga tentang sepotong ayat al quran yang menyebut setiap rezeki yang diberikan itu ada hak orang lain bersamanya. Jadi tunaikanlah zakat. Dia berharap Datuk itu telah menunaikan zakatnya kerana dalam setiap laporan kewangan tahunan syarikat ada terpapar di akhbar di keluarkan sekian-sekian juta RM untuk zakat perniagaan.
Nampaknya Datuk itu tidak lokek berzakat kerana zakat akan menyuburkan rezekinya hingga melimpah-ruah dan mengalir ke poketnya menjadi haknya. Cuma caranya saja yang menyeleweng.
Dia tidak peduli apa maksud penyelewengan dari fahaman agama. Yang penting poketnya berisi. Dan dia boleh menjalani kehidupan yang senang kerana poket tidak kosong. Penuh berisi RM.  
“Agaknya yang ni boleh dapat tak?” Yang ditanya hanya menyeringai tanpa sebarang jawapan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengatur jawapannya. Dia membalik-balik minda fikirnya yang kiri. Menurut pakar, otak sisi kiri metah kreatif.
“Itulah Datuk, dulu lagi saya dah cakap. Kalau Datuk berminat kenapa tidak berusaha mencuba. Citarasa artis ini nampaknya orang-orang yang berumur setara datuk. Tidak muda sangat tidak tua sangat. Sedang-sedang. Ini bila sudah terlepas pada yang lain barulah Datuk menyesal gigit jari.”
“Buat apalah mencuba kalau hasilnya memang sudah dijangka. Dia hanya memilih Datuk yang dicintainya. Bukan sembarangan orang. Kau mana tahu bagaimana perasaan orang yang jatuh cinta dan dilamun cinta. Sebab cara hidup kau ni mudah. Main sapu semua. Pendek kata ‘bujur lalu melintang patah.’”
“Habis buat apa nak tanya lagi. Redha je lah. Biarlah artis pujaan itu berada dalam dulang cintanya dengan berbahagia. Datuk tengok sajalah. Bukannya rugi apa-apa.”
“Pandai pula kau bercakap ya Amin,”gerutunya dengan geram.
 Wajah anggun wanita secantik Cinderella pada anggapannya itu di tatap dengan ralit sebelum menutup lembarnya. Dan mengkesampingkan majalah popular itu di sudut meja.
“Hai Sitti Nurhalliza, kenapalah kau tidak pilih aku. Aku pun Datuk juga. Banyak harta juga.” Keluhannya dilepaskan lemah dan perlahan. Amin tersengih di sisinya. ‘Hai ada hati juga datuk ni nak pikat Sitti Nurhalliza, tak tengok cermin kot, rupa pun retak seribu. Ada hati nak pikat artis paling top. Kalau aku tu lain la, tampan, bergaya, muda.’ Gumam kalbunya sinis

Sunday, April 24, 2016

SELIRATAN CINTA ... bab 2

ASSALAMUALAIKUM...

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dato Shaari sedang berada di pejabatnya. Seorang gadis setiausaha menemaninya berbual kata. Sesekali terdengar kikihan manja seakan tergeletek amat perasaan dicuit gurau senda antara kedua-duanya. Perbualan yang sangat mesra di antara bos dan sekretarinya tiada apa yang mengganggunya. Berlaku dalam suasana harmonis yang selesa.
Amin menerjah masuk ke bilik bosnya seperti kebiasaannya tanpa mengetuk pintunya terlebih dahulu. Gadis setiausaha bingkas dari duduknya dan segera meluru keluar sambil mengepit fail di tangan.. Amin yang terjengul tiba-tiba mengejutkannya. Berderau darahnya menyimbah ke muka. Jantungnya berdegup kencang kerana keterkejutan.
Bimbang pula tersebar gosip hubungan mesra antaranya dan bos dijaja kemana-mana. Tukang canangnya tentulah Amin yang gemar bermuka-muka itu. ‘Bukan boleh percaya sangat ‘mamat’ pengampu seorang ni,’ desis hatinya.
Jika kabar-angin yang bukan-bukan itu sampai ke pendengaran tunangnya tentu haru-biru jadinya. Gadis itu tidak mahu berita sensasi begitu mengeruhkan hubungannya dengan tunangnya. Sudah tidak beberapa bulan lagi akan ke jenjang pelamin pula. Banyak persiapan yang telah dibuat. Kalau tidak jadi gara-gara mulut Amin yang celupar itu, alangkah malunya.  
            “Kau ni kenapa haa. Ingat pejabat ni bapa kau punya ke. Main terjah ikut suka je,” sergahnya dengan renungan mata tajam bersinar. Amin terkedu dijerkah bosnya.
            “Maaf Datuk. Sebenarnya adahal penting sangat. Sebab tu saya nak cepat. Datuk tengok ni.Ada artis baru Datuk. Mesti Datuk berkenan punya.” Amin menyuakan sebuah majalah hiburan  keluaran terbaru pada Datuk Shaari yang terkepit kemas dalam genggamannya.
Dia berharap kepanasan hati bosnya hanya ‘hangat-hangat tahi ayam.’ Tidak setara mana panasnya. Sekejap lagi sudah suam-suam kuku. Kembali normal sediakala.
Dato Shaari segera mencapainya. Kemarahannya kerana diganggu tadi ketika dia sedang berdua-duaan dengan setiausahanya cepat pula mereda. Amin lega melihat wajah Datuk Shaari tidak setegang tadi. Sudah setenang ayam tambatan dan tidak segarang harimau di kandang. Dia semakin berani menghambur bicara.
“Cantik Datuk. Bak bidadari.”
“Hah? Secantik Rozana ke?”
“Ini lagi hebat Datuk. Kecor air liur dibuatnya. Memang ngam dengan Datuk.” Amin ligat menggula-gula propa yang sangat diminati Datuk Shaari mutakhir ini. Dulu Datuk Shaari tidak begitu lakunya.
Dia hanya meniru contoh seorang rakannya seorang ahli perniagaan IT bertaraf dunia yang sering mengundang model-model jelita dan artis cantik untuk bersama pelanggan yang berurus-niaga dengannya. Katanya sebagai penyeri suasana dan melancarkan urusan bisnis yang hendak dijalankan. Supaya licin dan sempurna.
Dia cuba memperaktikan apa yang diamalkan kawannya itu sehingga dia pula yang terseret ke dalam kancah golongan manusia berparas cantik dengan kelebihan sebagai artis pelakon, artis penyanyi atau model  ini. Sehingga tidak dapat lari dunia yang sangat obses pada keindahan dan kecantikan itu. Dia sangat mengkaguminya.
Kini dia adalah peminat golongan itu dan sentiasa mendekati, mengikuti perkembangannya. Perantaranya adalah Amin kerana dia adalah seorang yang luas pergaulannya dalam ruang yang bersangkutan ini dan sentiasa berusaha hendak memenuhi hasrat tuannya. Tanpa sebarang olah dan bantah. Akur pada perintah.
“Ini boleh dapat ke Amin?” Amin terdongak mengadap Datuk Shaari.
“Eh datuk punya pasal, apapun saya boleh bagi. Kalau nak suruh saya uruskan untuk jadi yang nombor dua pun boleh.” Dia tersengih dengan yakin kerana terasa mampu melakukannya tanpa aral.
“Ish.. jaga sikit mulut tu. Untuk nombor dua, kau tak payah nak ajar aku. Aku ni dah berguni garam aku telan. Kalau aku nak pasang nombor dua dah lama aku buat. Aku yang akan pilih, bukan kau. Aku hanya akan pilih orang yang aku berkenan saja. Bukan sembarangan.” Matanya tidak lepas dari menatap majalah.
Hatinya amat kagum dengan wajah-wajah cantik penghias lembar majalah itu. Di selak lagi lembar seterusnya. Memang wajah-wajah perempuan dijadikanNya sangat cantik memikat. Sukar sesiapapun menafikannya. Bisik nuraninya.
Dibiarkan saja Datuk Shaari tekun melayani hobi terbarunya itu kerana dia juga yang mendapat pulangannya. Setiap artis atau model yang diperkenalkannya sekiranya menepati cita rasa Datuk Shaari untuk dijadikan teman sosial seketika dia akan diberi ganjaran yang tidak mengecewakannya. Rezeki Datuk yang mewah dan melimpah ruah itu mengalir juga sedikit ke poketnya.
Dia tahu juga tentang sepotong ayat al quran yang menyebut setiap rezeki yang diberikan itu ada hak orang lain bersamanya. Jadi tunaikanlah zakat. Dia berharap Datuk itu telah menunaikan zakatnya kerana dalam setiap laporan kewangan tahunan syarikat ada terpapar di akhbar di keluarkan sekian-sekian juta RM untuk zakat perniagaan.
Nampaknya Datuk itu tidak lokek berzakat kerana zakat akan menyuburkan rezekinya hingga melimpah-ruah dan mengalir ke poketnya menjadi haknya. Cuma caranya saja yang menyeleweng.
Dia tidak peduli apa maksud penyelewengan dari fahaman agama. Yang penting poketnya berisi. Dan dia boleh menjalani kehidupan yang senang kerana poket tidak kosong. Penuh berisi RM.  
“Agaknya yang ni boleh dapat tak?” Yang ditanya hanya menyeringai tanpa sebarang jawapan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mengatur jawapannya. Dia membalik-balik minda fikirnya yang kiri. Menurut pakar, otak sisi kiri metah kreatif.
“Itulah Datuk, dulu lagi saya dah cakap. Kalau Datuk berminat kenapa tidak berusaha mencuba. Citarasa artis ini nampaknya orang-orang yang berumur setara datuk. Tidak muda sangat tidak tua sangat. Sedang-sedang. Ini bila sudah terlepas pada yang lain barulah Datuk menyesal gigit jari.”
“Buat apalah mencuba kalau hasilnya memang sudah dijangka. Dia hanya memilih Datuk yang dicintainya. Bukan sembarangan orang. Kau mana tahu bagaimana perasaan orang yang jatuh cinta dan dilamun cinta. Sebab cara hidup kau ni mudah. Main sapu semua. Pendek kata ‘bujur lalu melintang patah.’”
“Habis buat apa nak tanya lagi. Redha je lah. Biarlah artis pujaan itu berada dalam dulang cintanya dengan berbahagia. Datuk tengok sajalah. Bukannya rugi apa-apa.”
“Pandai pula kau bercakap ya Amin,”gerutunya dengan geram.
 Wajah anggun wanita secantik Cinderella pada anggapannya itu di tatap dengan ralit sebelum menutup lembarnya. Dan mengkesampingkan majalah popular itu di sudut meja.
“Hai Sitti Nurhalliza, kenapalah kau tidak pilih aku. Aku pun Datuk juga. Banyak harta juga.” Keluhannya dilepaskan lemah dan perlahan. Amin tersengih di sisinya. ‘Hai ada hati juga datuk ni nak pikat Sitti Nurhalliza, tak tengok cermin kot, rupa pun retak seribu. Ada hati nak pikat artis paling top. Kalau aku tu lain la, tampan, bergaya, muda.’ Gumam kalbunya sinis.  

Friday, April 22, 2016

SELIRATAN CINTA BAB 1

ASSALAMUALAIKUM....

SELIRATAN CINTA

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

1.

HARI yang terang, tenang lagi aman. Sudahpun mengerjakan rutin seharian sesempurna yang mungkin. Sehari-hariannya sedemikian. Menenun rindu pada keselesaan, menganyam kecerian, menjalin kebahagian yang beringsut datang menempuh perjalanan yang panjang.

Dia menilik wajah di cermin. Ah…kusam tidak bermaya. Wajah yang polos tidak berseri perlu dilakukan sesuatu untuk menceriakannya seterang hari yang tenang. Apa agaknya yang perlu dibuat? Mindanya mencongak kira ketepatannya bersesuaian dengan keinginannya.
Hari ini tidak ada sebarang aktiviti yang tercatat di diari untuk di penuhinya. Waktu yang senggang dan lapang tanpa gangguan. Duduk-duduk bersendiri tanpa teman di sisi, amat terasa sunyinya. Bosannya terlalu.

‘Kenapalah tadi aku tidak ikut saja abang pergi ke opisnya? Tapi buat apa mengganggu dia di opis sedangkan aku langsung tidak ada sebarang jawatan di sana. Biarkanlah. Abang itu orang baik. Masakan sanggup dia hendak mencurangi aku.’ monolog hatinya berkata begitu dengan yakin.
Keyakinan yang kadangkala tidak dapat dipertahankannya. Apapun perasaannya dia berserah dan bertawakal saja kepadaNya. Memikirkannya dengan terlalu hanya menambahkan kerunsingan yang meningkatkan stres.

Dia tidak mahu menanggung akibat stress itu yang akan meningkatkan hipertensi tekanan darah tinggi. Amat digeruninya penyakit yang bersarang dalam senyap tetapi memberi akibat berat. Mohon dijauhkan Allah penyakit itu darinya. Doanya.
Jadi dia perlu mengambil sikap tidak terlalu menurut emosi dan kasih sayang yang keterlaluan terhadap suami sehingga menyusahkan dirinya sendiri. Padanya jika sesuatu itu ditakdirkan untuk menjadi hak mutlak kita, tidak akan ke mana perginya. Setinggi manapun ia terbang melangit, ia tetap kembali ke bumi, keribaan kita. Pegangan itu mendamaikan jiwanya.

Selepas kelahiran anak lelakinya yang sulung dan bongsu itu dia dengan rela hati meninggalkan jawatannya sebagai Pengurus Operasi Kanan syarikat miliknya dan suaminya itu. Demi mendidik seorang anak dengan sangat sempurna dia sanggup mengorbankan kerjaya yang sangat diminatinya itu. Kasih sayang terhadap anaknya mengatasi segala-galanya. Seperti dua rangkap pantun yang pernah ditulisnya;

Cenderawasih seri wajahnya
Laksana mutiara kaca permata
Bersatu kasih seluruhnya
Aduhai untuk cahaya mata.

Layang layang mengitari benua
Sehari suntuk menyisih onak
Kasih sayang nan seluruhnya
Hanya untuk mu anak.

Setelah menjadi seorang pekerja yang sangat didikasi dan memberi komitmen yang sesungguh hati terhadap tugasnya dia ingin pula mengabdi diri sebagai isteri solehah dan mithali juga ibu yang sejati sepenuh masa. Bukan separuh masa di pejabat dan sedikit masa yang tinggal untuk memperhatikan anak dan suami. Dia gembira dan bahagia melakukannya. Meskipun pandangan kebanyakan yang lain berbeda pula.

Setiap orang berhak menentukan sesuatu yang membahagiakanya, tidak tertakluk hanya dengan satu cara persis dilakukannya. Lakukanlah apapun mengikut kesesuaian dan keupayaan empunya diri.
Bukan mudah hendak menjadi isteri mithali seperti sabda Rasullullah kepada Saidina Umar AlKhatab dalam sebuah hadis;
1. Jika suami memandangnya gembira hatinya.
Jika suami menyuruhnya dia mematuhi.
2. jika suami meninggalkannya, dia akan menjaga hak-haknya.

Sedaya upaya dia akan cuba menerapkan nilai-nilai murni itu di dalam kehidupannya.
Meski tidak mengadaptasi keseluruhannya. Sebaiknya memang patut diambil nilai baik itu kesemuanya tetapi baginya dia hanya manusia biasa yang tidak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan di mana-mana tanpa disedari.

Kini apabila anak sudah semakin dewasa terasa banyak pula ruang kosong tanpa tanggung-jawab yang usai dilaksana. Ruang yang lapang itu perlu diisi sebaiknya. Apakah acaranya yang sesuai untuk hari ini? Dia menimbang kira. Jari telunjuknya menuding kiri dan kanan.
Maksudnya hendak ke sana atau ke situ. Hendak buat ini atau buat itu. Dia bingkas bangun dari duduknya Keputusannya sudah diambil. Dia mengerling sekitarnya.

Tas tangan hadiah seorang anak yang menuntut di luar negara segera dicapai. Ada sesuatu yang menujah mindanya agar merealisasikan ide yang terencana secara tiba-tiba.
Kunci kereta Produa Kancil miliknya yang sentiasa menemaninya kemana saja ditinjau dimana diletakannya. Segugus kunci pelbagai guna segera tersorot anak mata, nun tersorok dicelah-celah berjenis-jenis alat solek yang diguna-pakai seharian.

Kancil comel berurna oren itu telah menyertai deretan kereta yang sedang menyesaki lebuhraya kotaraya. Seorang pemandu wanita sedang berada di belakang seterengnya. Memandu dengan cermat dan penuh ketenangan jiwa. Menuju destinasi pilihannya.

Kereta kecil itu memang fleksibel sebagai kegunaan seharian. Kemana saja akan membawa dirinya menurut kemahuannya. Lagipun sebagai anak yang lahir selepas negara merdeka dia perlu berbangga dengan prodaksi negaranya sendiri.
Siapa lagi yang hendak menggunakan ciptaan karyawan tempatan jika tidak anak jati pribuminya. Di lembah hatinya semangat patrioritik cintakan watan itu tumbuh berpucuk subur.

Lambat pula pergerakan tali arus kereta di hadapan. Barangkali ada sesuatu yang mengendalakan kelancarannya. Dia mengikut saja rentak itu dengan sabar supaya tidak menongkah arus.
Jikalau diikutkan kemahuannya yang sebenar tentu akan menjadi seperti pantunnya yang ini;

Inginku tebang pohon kedondong.
Anak rerama sedang merayap.
Inginku terbang seperti burung
Apakan daya tidak bersayap.

Ingin sekali cepat tiba ke destinasi pilihannya. Tetapi dia memandu dengan sangat berhemat. Tidak menekan pedal minyak sehingga keretanya deras bergerak seperti hendak terbang.


* * *

“Kau rasa betul ke ni. Baru berlakon dua tiga drama, Nurima sudah mengaku intim dengan seorang Datuk?” Tanya gadis yang berambut perang kontot kepada teman di sebelahnya. Kawannya itu mencebik bibirnya. Cebikan bibirnya yang menjuih ke bawah itu menghodohkan rupa cantiknya.

“Ala biasalah tu...kau bukan tidak tahu. Beberapa tahun dulu ada penyanyi membuat kenyataan di majalah dia jadi penyanyi sebab hendak kahwin dengan anak Raja..” balas gadis di sebelahnya bersungguh-sungguh menekan fakta yang diberinya. Sinis sekali bunyinya.

“Hah yang tu aku ingat lagi. Tapi lepas tu artis tu terus tenggelam.” Kedua-duanya serentak tertawa. Masing-masing memahami difinasi ‘tenggelam’ itu.
“Agaknya dah dapat apa yang dicarinya kot. Mana tahukan.” Tersenyum pula kedua-duanya dengan pandangan sinis.

Dia memandang Datin Maimon di sisinya. Pandangan mata bertautan. Ada resah yang membuak dan merusuh di kalbu. Datin Maimon mencebik bibirnya.
“Aku rasalah bila timbul cerita-cerita macam ni tentu panas bontot Mak Datin semua. Mana tahu terkena suami dia orang pulak.” Mengelekek ketawa kedua-dua gadis itu terburai.

Seolahnya masalah dan kesusahan orang lain menjadi bahan jenaka yang seronok ditertawakan. Barangkali terlupa dengan pepatah ‘bila daun di atas jatuh daun di bawah jangan ketawa.’
“Nampaknya Mak-Mak Datin tu kenalah lebih berhati-hati menjaga suami. Jangan anggap senang saja jaga laki. Kena kebas kan naya. Bukan senang hendak jaga suami yang kaya raya dan bergelar pula tu,” sela gadis yang berambut perang kontot itu.

Bertambah masam dan kelat wajahnya dan teman di sisinya mendengar bual bicara kedua-dua gadis yang selesa duduk bergoyang kaki di kerusi sambil tangan menyelak lembar majalah hiburan kegilaan kini sehelai demi sehelai.
Setelah dibaca siap diberi komen yang menyukakan hati sesedap rasa. Wajah Datin Majmin dan Datin Maimon ketara masam mencuka.

“Datin Majmin, jom kita ke sana bilas rambut. Datin Maimon belek-beleklah dulu majalah fesyen rambut tu sebelum pereka fesyen rambut menyelesaikan kerjanya pada pelanggan di sana.” Suara pembantu salon yang agak keras menyebabkan kedua-dua gadis yang seronok melayari halaman gossip di majalah Jelitawan Era tersentak.

Pandangan mata terangkat dari halaman majalah yang terbuka dan beralih memandang Ita. Ita tersenyum membalas pandangan kedua-duanya.
Baru disedari ada beberapa orang Datin di kalangan mereka. Hati merasa tidak enak dan serbasalah. Merasa pula telah melakukan kesilapan kerana menyinggung perasaan wanita lain secara tidak sengaja. Atau tersengaja. Malunya.

Tapi apa hendak dikata, ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak madah bicara tanggunglah akibatnya.’ Maksud pepatah lama itu memang bertepatan sekali dalam kondisi begini.
Kedua-duanya saling berpandangan. “Jom belah” barangkali itu gerak mata menuturkan bahasanya. Hasrat hendak shampoo rambut dan menukar fesyen rambut trend terkini terbantut.

Kedua-duanya bergerak meninggalkan salon terkenal yang sering dikunjungi Datin-datin isteri korporat itu.
‘Begitulah cakap siang kenalah pandang-pandang. Cakap malam kenalah dengar-dengar,’ desis hati Majmin. Anak matanya mengiringi atur langkah kedua-dua gadis yang semakin hilang di sebalik pintu masuk salon.

BERSAMBUNG...