KHAMIS LEPAS DALAM PERJALANAN PULANG KE PAHANG SINGGAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SELAYANG SEBAB ANAK MENANTU NAK DAFTARKAN ANAK KEDUANYA TUAN ARIFF KE SEKOLAH TERSEBUT UNTUK PERSEKOLAHAN TAHUN SATU 2017.....TAPI TIDAK BERKESEMPTAN PULA PABILA KERANINYA BERCUTI....SINGGAH PULA SEBENTAR BERSARAPAN DI GERAI BERHAMPIRAN.....TIBA-TIBA ANAK MENDAPAT PANGGILAN DARIPADA DBP MEMINTA NO AKAUN UNTUK MENDAFTAR MANUSKRIP NOVEL YANG TELAH LAMA DIHANTAR KEPADA PIHAK DBP.....SYUKUR ALHAMDULILLAH ....BERITA YANG SANGAT MENGGEMBIRAKAN SEKALI....AKHIRNYA KARYA YANG SEDERHANA ITU DITERIMA JUGA UNTUK PENERBITANNYA.
SINOPSIS:
AISYAH ditinggalkan ibubapanya
bersama neneknya di kampung asal mereka
di Kelantan dalam penghijrahan mereka ke pertempatan baru di negeri Pahang
untuk menyertai sekim LKTP anjuran kerajaan.
Di sinilah bermulanya cerita Aisyah
yang mendepani kehidupannya masakini bersama neneknya yang dirasakan tidak menyukai
kehadirannya dan sering menderanya dengan cacian disertai tindakan menyakiti
tubuh badannya.
Salina dan anaknya Zahari jiran
sebelah rumah neneknya sering membantu Aisyah mengatasi kesulitannya meneruskan
kehidupan dan persekolahannya.
Aisyah bertemu pula dengan Faizal
seorang kawan kepada Zahari yang turut bersimpati dengan nasib Aisyah yang
telah tolong merubah dirinya yang gemar melakukan kemungkaran seperti minum
arak kepada seorang pemuda beriman dan istiqamah dengan ibadahnya.
Perpisahan berlaku setelah
kedua-duanya mulai merasai cinta kerana Faizal menyambung pelajarannya di
Amerika dalam jurusan perubatan dan Aisyah ke rumah ibubapanya di Pahang
sebagaimana impiannya selama ini ingin bersama keluarga yang disayanginya.
Pengalaman baru ditempuhi Aisyah di
sini yang segalanya amat mengujakannya. Berpeluang berkerja di ladang sawit
LKTP dengan niat mengumpul duit untuk menyambung pelajaran setelah keputusan
SPM diumumkan kelak.
Berkenalan pula dengan Murni yang
menjadi kawan baiknya. Dalam pergaulannya dengan masyarakat di tanah rancangan
pelbagai yang dirasainya. Ramai pemuda di situ yang mengagumi keayuan paras
jelitanya dan jatuh cinta. Aisyah tidak mengambil tahu semua gangguan itu
sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan sesame mereka.
Aisyah ditunangkan pula dengan
seorang pemuda kawan baiknya kerana ibubapanya tidak mahu nasib buruk
menimpanya disihirkan orang kerana menolak peminangan orang seperti yang
berlaku kepada seorang kawannya. Aisyah amat kecewa sehingga meninggalkan
jawatan guru sandaran yang dijawatnya di sini dan pulang ke Kelantan. Meneruskan hajatnya menyambung pelajaran ke
tingkatan enam sekolah swasta sambil berkerja sebagai pembantu kepada seorang
penulis terkenal di situ.
Dilemmanya dengan kekasihnya Faizal
berakhir dengan pertemuan dan perpisahan yang tidak diingininya. Faizal
meninggal dunia kerana serangan jantung di Amerika sementara tunangnya yang
turut membantunya meninggal dunia kerana sakit misteri.
Aisyah lama kemurungan jiwa
sehingga Zahari menyedarkannya untuk berusaha tabah dengan t akdir Allah dan mengembalikan
niatnya menggulung ijazah university.
No comments:
Post a Comment