SINOPSIS
MANUSKRIP NOVEL SELIRATAN CINTA.
Penulis Paridah Ishak.
Seorang anak yang pulang daripada luar negara mendapati
keharmonian rumahtangga kedua
ibunya telah tergugat. Ketara kepadanya ayah dan mamanya
tidak sebahagia dulu. Kasih sayang
yang terjalen antara kedua-duanya kelihatan hambar dan
renggang.
Rizal cuba mencari sebab-sebabnya dengan merisik tanya kepada
mamanya. Namun mamanya
itu tidak menyatakan apa-apa dan menyembunyikan kenyataan
sebenarnya.
Akhirnya Rizal menyedari kebahgian rumah tangga mama dan
ayahnya semakin sirna lantaran
sikap ayahnya yang kini gemar mendekati diri dengan golongan
artis dan model yang berparas
jelita kerana pengaruh rakan-rakan korporatnya yang berjaya
dalam bisnis mereka kerana
melibatkan golongan ini sebagai penyeri dan pelancar urusan
bisnis mereka.
Rizal amat kecewa dengan sikap ayahnya yang menjengkelkannya
di samping sangat bersimpati
dengan mamanya yang sentiasa menjeruk hati menahan perasaan
duka. Dato’ Shaari ayah kepada Rizal cuba mengajak anaknya untuk turut sama
mengendalikan perniagaan perkapalan yang diterajuinya. Rizal menolaknya setelah
melihat gaya ayahnya bersosial dengan alasan hendak meningkatkan kemajuan
bisnis yang dijalankannya. Sikap ayahnya yang suka berdekatan dengan
gadis-gadis cantik yang terkenal sebagai model dan artis tidak disetujui
hatinya.
Dia mengambil keputusan meninggalkan rumahnya untuk mencari
ketenangan jiwa dan solusi
kepada permasalahan mama dan ayahnya menuju ke pulau
percutian yang dimiliki mamanya di
pantai timur. Rizal bertemu pula dengan Fareez seorang
graduan menganggur yang berhajat untuk pulang ke kampungnya di stesen bas.
Tindakan Fareez menyelamatkan beg pakaian Rizal daripada dilarikan seorang
lelaki yang ingin mencurinya membenihkan kemesraan antara mereka sehinggakan
Rizal mengajak kawan yang baru dikenali bersama mengikutinya dengan janji untuk
mengubah kehidupannya kepada yang lebih baik.
Fareez ditawarkan jawatan sebagai pengurus resort SRI
JELAPANG milik mama Rizal setelah kedua-duanya sampai di pulau percutian itu.
Terkejut Fareez pabila menyedari Rizal adalah anak seorang tokoh korporat
ternama yang dikenali, dan Fareez mulai kegundahan kala Rizal memintanya
menyamar sebagai dirinya pula.
Ayah Rizal meneruskan gelagatnya yang suka berdampingan dengan
artis dan model jelita yang dikenalkan Amin pembantunya yang setia. Niatnya
pada mulanya hanya suka-suka mengisi masa akhirnya menjerat dirinya pula. Dato’
Shaari tidak dapat hendak mengelak daripada jatuh cinta terhadap seorang artis
drama yang mulai mencipta nama dalam bidang itu. Beliau sentiasa mencari alas
an untuk bertemu Anita dan memberinya hadiah untuk memikat hati artis itu
dengan bantuan Amin dan Sarina iaitu kawan kepada Anita.
Anita tidak suka dengaan dato’ Shaari dan menolak mengadakan
sebarang hubungan dengannya. Produksi Drama Kita di mana Anita dan Sarina
sebagai pelakunnya telah memilih pulau percutian sebagai lokasi penggambaran.
Bertemulah Anita dan Rizal di resort yang diuruskan Rizal dan Fareez tanpa
mengetahui identiti sebenar dirinya. Perkenalan yang langsung tidak disenangi
Rizal yang menyangka Anita adalah kekasih ayahnya seperti yang diceritakan
Sarina kepada Fareez.
Perhubungan mereka bertukar menjadi rapat dan mesra pula
setelah saling mengenali hati budi masing-masing. Telahan Rizal terhadap Anita
selama ini ternyata tidak benar.
Kedua-dua sahabat baik itu berkira-kira dengan rancangan
untuk menggagalkan hasrat dato’ Shaari untuk melamar Anita sebagai isterinya
dalam satu majlis keramaian yang diadakan di resort milik isterinya datin
Majmin.
Anita bertekad melarikan diri dari resort itu
kerana terasa dirinya dipermainkan Rizal yang sengaja mahu menemukannya dato’
Shaari yang amat dibencinya. Namun usahanya gagal dan terpaksa turut terlibat
dalam rancangan yang diatur Fareez dan Rizal. Walau berat hati Anita menyetujuinya
dengan mengharapkan hasil rencana yang diatur sebaiknya itu menyelesaikan
masalahnya dan masalah Rizal jug
No comments:
Post a Comment