SAJAK ZAABA…
Aku dan kamu
hidup sekarang
pada zaman maju,
Zaman pendapat
baharu, fikiran baharu,
Tidak lagi seperti
dahulu
Zaman kebebasan
dan perkembangan ilmu,
Manusia tidak lagi
boleh diperlembu,
Suara Zaaba, SULUH BAHASA DBP 1965
Terkedulah aku
Membaca bicara
bersambung melantun
Mengetuk minda kosong
dungu.
Menafsir makna
membekas di kalbu.
Buangkanlah segala
perasaan kuno,
Segala fikiran
beku yang keras kaku,
Segala kepercayaan
karut yang hanya jadi belenggu,
Segala-galanya
yang kini tidak lagi laku:
Lemparkanlah,
tinggalkanlah sekalian itu,
Supaya kita senang
selalu.
Terpaku melirik aksara
bait berilmu
Satu persatu.
Menghadaminya dengan
mahu.
PESANAN ZAABA
Kita mesti berani
menggodam mengetuk,
Meruntuh meroboh
segala yang lapuk,
Memotong yang busuk,
memangkas yang bengkok
Mengganti
membaharui dengan yang elok,
Mengikut panduan
sebenar-benar petunjuk;
Ambil ingatan jadikan
panduan
Pancaran makrifat
terserlah lampaui kegelapan
Sejak lama zaman
berzaman
Menyuluh gelita rusuh
hati
Menimbang keputusan
sejati.
Timbang sendiri,
tidak mengikut telunjuk.
Hapuskan segala
kepercayaan
Yang tak mempunyai
kenyataan kebenaran,
Ingat, hati-hati
kita mesti berani
Dengan tekad
menurut suluhan abadi
Memecahkan sekatan
kolot, walau seperti besi
Segala yang karat
dikikis diganti.
(Petikan Suluh
Bahasa DBP, 1965)
PENDETA
ZAABA
Akal budi menjati diri berperibadi tinggi
Telusuran perhatian minda melantasi ruang
Tentang perjuangan anak bangsa yang masih melata
Berpada sentiasa seadanya
Sukar merubah kebiasaan dengan pasrah walau itulah
keimanan berpaksikan redha.
Anak bangsa dikejutkan daripada lena bermimpi panjang
Merentasi waktu berlalu dengan lesu.
Berjuanglah demi kehidupan
Walau ranjau di hadapan di kiri di kanan
Tanpa menoleh belakang yang suram
Atasi setiap kelemahan diri
Berpegang azam
Kemas digenggam.
16/3/2016
SELAYANG UTAMA.
No comments:
Post a Comment