Wednesday, August 14, 2019
LORONG INI
Tuesday, June 25, 2019
IMAN
Monday, December 31, 2018
ANEKDOT
Certot
Oleh
Paridah Ishak
KEBENCIANKU
Kelemahanku merupakan
kebencianku. Seolahnya aku membenci diriku sendiri. Sepatutnya aku
menyayanginya sepenuh hati. Dan menghargai diri tanpa perlu dipertikaikan apa
saja kelemahannya. Wajar menerima apa
saja kondisi diri seadanya. Bukan sama sekali membencinya.. Kehidupan itu anugerah Allah terindah untuk
hamba-hamba-Nya. Wajib mensyukurinya.
Tapi semua kelemahan yang memenjarakan kecergasanku
menjadikan aku pesimis dan hilang asa hidup. Segalanya berlaku ekoran tragedi
kemalangan yang menimpaku suatu waktu dahulu. Lantaran itu aku kehilangan
kebanggaan diri yang dimiliki. Tenaga
dan upaya diri sangat minima. Aku tidak lagi boleh menolong diriku
sendiri. Apalagi bergerak ke mana hala menunaikan tujuanku. Benci! Benci!
Kelemahanku menjadi masalah kepadaku. Juga keluargaku. Benci sungguh.
Kemusykilan menyilarati minda kecilku.
Semua
keperluanku terpaksa dibantu suami, ibu bapa, anak-anak, adik-adik dan akhirnya
cucu-cucu juga. Masa pantas berlalu bersama kebencian yang tidak pernah pupus
wujudnya dalam atmaku. Cucu-cucuku lahir dan membesar di samping nenda mereka
yang hanya mampu memandang mereka dengan renungan kasih. Sejak mereka lahir
mereka sudah kenali nenda mereka seorang bisu. Tapi sesekali lontaran suaraku
walau tidak jelas sebutannya mampu mereka menafsirkan maknanya.
Celoteh dan kerenah mereka membahagiakanku. Hatiku
menjerit sakit kala melihat anak-cucuku sakit atau ditimpa malang kerana
menyesali akan diriku yang tidak dapat membantu suatu apa. Aku amat terkilan
kerana aku tidak mampu menjalankan tanggungjawabku sebagai ibu yang sempurna
kepada anak-anak dan nenda kepada cucu-cucu yang mengharapkan aku melindungi
mereka. Tapi menjadi sebaliknya pula. Mereka pula yang terpaksa menjaga
maslahat dan kebajikan nenda mereka yang kurang upaya ini.
Menyusahkan sesiapa saja adalah kebencianku. Namun
hakikat yang tidak sama sekali kugemari melestarikan hayatku bersambung
insya-Allah. Aku hanya reda mengikut arus takdir yang menolakku ke garis
penamat ketentuan-Nya.
Aku
suka berkebun. Tanaman yang tumbuh membuahkan hasil menggembirakanku. Aktiviti
itu hanya tinggal kenangan. .Catatan
kenanganku tersimpan dalam diari. Kala menyelak membacanya aku diulit
sedih. Aku benci untuk membaca lembar kenangan itu.
Seorang wanita sebaya emaknya kelihatan kalut dan gelabah sekali tika dia dan temannya menghampiri gerainya.
Dia dan kawannya berbalas pandangan. Tersenyum pula.
"Begituke! kak ingatkan awak semua orang-orang DEWAN BANDARAYA tadi...hati dah tak sedap. Bimbang saja gerai kak kena roboh!"
"Kita nak berniaga mestilah mohon lesen berniaga kan. Dah banyak kali dipohon...tak adapun jawapannya. Banyak sungguh kerenahnya. Kita ni nak cari rezeki halal...nak hidup. Bukannya nak mencuri...itupun jadi masalah." Wanita itu melepaskan rungutan tentang tidak kesetabilan hidup yang melengkunginya kini.