Saturday, December 11, 2021

AKROSTIK

 

 

PUAN JUWITA BINTI JAMALUDIN

 

P-eribadi mulia murni pekerti

U-rus SMK Padang Garuda sebaiknya

A-ntara pengetua gemilang jasa

N-yata sifatnya peramah amanah tulus

 

J-elita wajahnya seiras nama

U-sul asalnya dari Pahang Darulmakmur

W-anita yang tabah dugaan kerjaya

I-mpikan kecemerlangan anak bangsa

T-anpa pedulikan rintangan menghalang

A-gar matlamat pendidikan tercapai

 

B-iar dunia dikilik akhirat dijunjung

I-lmu disebar demi jaya anak bangsa

N-amun kesedihan berladung dalam kalbu

T-erpaksa berpisah tinggalkan yang tersayang

I-kutkan hati mahu bersama selama

 

J-iwanya serasi suasana mesra

A-mat sebal hendak melangkah pergi

M-eski aturan khidmatnya demikian

A-pa daya menyangkalnya walau kesal

L-antaran segalanya telah tersurat

U-ndur diri jua dari sekolah ini

D-oa diiring moga tiasa sihat sejahtera

I-ngin dan cita sukses bahagia

N-ur indah sinari lorong perjalanan

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

16/10/021

 

PUAN AMINAH MOKHTAR

 

P-enerima S.E.A Write Award 2021

U-nggul karyanya pelbagai genre

A-nugerah penulis kerap dimenangi

N-ovel  cerpen sajak berbilang

.

A-mat prolifik tekuni sastera

M-enulis selalu tiada henti

I-mpian sasterawanis anak FELDA

N-yata akhirnya membanggakan semua

A-lhamdulillah telah tersurat jodohnya 

H-anya Penyair Roslan Madun cintanya

.

M-esra santuni bidang budaya

O-bjektif selari tiada beza

K-halayak kagum kesungguhan kedua-duanya

H-idup sebagai personaliti sastera

T-ahniah pencapaian gemilang menginspirasi

A-da usaha tiasa merintis jaya

R-ahim Allah mengiringi menurunkan rahmat

 

SENIMAN NEGARA P RAMLEE

 

S-eorang budayawan unggul seniman

E-kspresi karya pelbagai cabang seni

N-an melonjak nama artis wibawa

I-nsan ulung pekerti mulia

M-enggemilangkan filem Melayu ke mercu

A-ntara Dua Darjat salah satunya

N-asib DO RE MI dan banyak lagi

 

N-egara anugerahi bintang kebesaran

E-kslusif karya amat dihargai

G-olongan warga berganti generasi

A-lam menangis kehilangannya 1973

R-indu terubat tonton filem tinggalannya

A-lunan lagunya malar segar

 

P-ersona istimewa lahir 1928

R-empah ratus pengalaman diri

A-nggaran ceritera adunan

M-enjadi ilham pada penerbitan

L-irih beliau menuturkan

E-ra berlalu tahun seribu

E-rat namanya dalam kenangan insya-Allah

 

LALUAN REL PANTAI TIMUR

 

L-aluan keretapi laju kembali jajaran asal

A-ntara terlibat mukim Serendah

L-embah pinggiran tanahnya rendah

U-ntuk sambung rel terus ke Port Klang

A-nggaran jarak makin singkat

N-amun realiti ada risiko berat

 

R-encana dirancang sekian lama

E-lak diubah lagi demi ekonomi

L-antaran lembab merudum angkara pandemik

 

P-emikiran pakar bijak bestari

A-ndai disanggah tersenyum cuma

N-amanya perubahan perlu pengorbanan

T-aman perumahan perlu dikosongkan

A-mat muyskil terpaksa jua

I-nisiatif permudah kehidupan diberi

 

T-empoh projek siap empat tahun

I-mpian perhubungan selaju peluru

M-asa akan menentukan wujudnya

U-rusan berkenaan moga sempurna

R-umah berhampiran rel risau juga

 

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

 

P-atuhlah arahan demi pertahahan nyawa nan satu

E-ndahkannya mudarat bertandang tiba-tiba

R-isikonya rantaian virus corona menular bahaya

I-ngkar perintah maka kluster bertambah jumlah

N-an tiada kesudahan selama

T-idak terdaya lagi menangkis serangannya di kanan kiri

A-tas bawah, depan, belakang musuh halus

H-ampiri untuk memedang afiat diri

 

K-alau tidak siap siaga musuh halimunan

A-mbil kesempatan akan kelemahan

W-alanglah nasib lalu hanya berserah namun

A-llah Maha Mengetahui segalanya

L-ambat laun berkat kesabaran berjuang

A-kan ringan masalah berat dan akhirnya

N-ur langit menerangit suram suasana insya-Allah

 

P-epatah menyebut; hujan ribut ada hentinya

E-mosi elak bergolak bagai ombak

R-atib zikkir tenangkan jiwa lara

G-alau rusuh lontarkan jauh

E-sok lusa mungkin hari lebih indah

R-edup nyaman permai tiada gangguan

A-minkan doa sebanyak mungkin

K-ala solat malam akhir Ramadan

A-nggap  lailatulqadar membawa seribu bulan mencerlang cahaya

N-usa tercinta dirahmati seluruh warga selamat sejahtera

SELAMAT HARI PEKERJA

 

S-ehari-hari bekerja bercuti pula

E-ntah apa rencana hati yang disusun

L-angkah masih belum bermula

A-ngannya sekadar santai membelai diri

M-erehatkan jiwa raga yang kelelahan

A-pa pun harapan mungkinkah akan

T-erjadi sedemikian rupa

 

H-anya harapan yang digantung tinggi justeru

A-kan ada tugasan hakiki tiasa sebati menjadi

R-utin kehidupan lestari selagi

I-nginkan selesa bahagia sempurna

 

P-ekerja wajib bekerja demi Allah semata

E-lemen yang menggagal hindar resapi

K-endiri yakin dengan daya usaha

E-nergi dijana walau puasa

R-amadan selama sebulan

J-ulangkan asa menginspirasi

A-gar jaya diraih berkat rahmat-Nya akhirnya

 

 

RUSSILAWATI MULYATI

 

R-aut wajahnya seri jelita

U-mpama mawar mekar sekuntum

S-antun berbudi molek bahasa

S-eni sastera minat berkarya

I-ndah sekali lukisan ilham

L-unak diksi rima soneta

A-mat teliti membina sonian

W-alau tersenyumnukil limerik

T-alibun tidak ketinggalan

I-ngin hayati genre puisi

M-emurnikannya sebaik mungkin

U-nggul karyanya wakili nama

L-agang gayanya tersendiri

Y-ang dibawa tanpa kesal

A-pa pun sekadar melukis citra cuma

T-anda ukhuwah terjalen erat

I-tulah dia pesona seorang Mak Russ

 

KEMELUT DARURAT

 

K-alut selaru haru belum usai

E-ntah apa akan berlaku

M-asih tidak ketahuan

E-soknya apakah rona

L-unak bicara sekadar

U-ntuk menyiram api sengketa

T-erus menyala lalu membara

 

D-amaikanlah rusuhan hati persona

A-lasan demi alasan semata

R-esmi yang lama ketinggalan

U-mpama kasa jarang

R-ompong pula di mana-mana

A-salkan menutupi namun aurat terbuka

T-idak mengapalah andai situasi membenarkan

 

KUDETA

 

K-adangkala situasi tidak dipedulikan sesiapa

U-untuk melampiaskan hasrat apapun

D-emi kuasa dambaan niat

E-nggan berundur tinggalkannya

T-iada tolak ansur lagi

A-khir sebuah tragedi diduga terjadi berulang

 

POHON TAHUN BAHARU

 

P-ada-Mu Ilahi Rabbi dipohon

O-mbak menggelora pantai hidup sekian lama surut ke laut

H-iaskan keindahan buana yang sirna

O-leskan semulus murni ikhlas cinta-Mu

N-ur bahagia merimmbun pohon tahun baharu semesta alam

 

T-ahun 21 moga terlakar arca manusiawi globalisasi

A-gar saling prihatin turut merasai

H-angat api bahana kezaliman tercetus lantaran

U-bah segala kehendak-Nya tersurat

N-asib hamba demikian jadinya

 

B-ah air mata berladung sendu

A-ngin insaf menyapa segenap ruang hati

H-anya semata bergantung kuat tali harap

A-llah Yang Esa

R-ahim tiada belah bahagi

U-nggul teragung

 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

K-awal maslahat rakyat jelata

E-lak ancaman mudarat sihat

M-erawat sakit selagi boleh

E-mpati akan nasib pesakit

N-yahkan derita rasa

T-empuh cabaran melintang lalu

E-rat ukhuwah dijalin mesra

R-amah sekali lunak bicara

I-ngin terbaik santun pesakit

A-gar segera sihat sejahtera

N-amun berserah kehendak Allah

 

K-es jangkitan corona virus

E-ndah peduli diambil berat

S-anggup hadapi apa akibat

I-mpikan wabak berhujung pantas

H-adir semula normal dahulu

A-man harmoni menolak ragu

T-etap pilihan sayangi nyawa

A-mbillah langkah tegas kendiri

N-escaya akan putus rantaian

 

M-asih ketara tidak peduli

A-njuran KKM cegah berapat

L-alu terjadi apa diduga

A-kibatnya virus merajalela

Y-ang pasti akan berpusu dapatkan rawatan

S- abar KKM tangani masalah

I-nsaf memandang beratnya beban

A-ndai tersilap akan perhitungan

 

PARIDAH ISHAK

DMS

30/9/020

 

SALAM MAAL HIJRAH

S-edih tinggal kenangan semalam

A-ndai terdaya menghentikan detak waktu

L-ewatnya pasti tertunda

A-nggapan apa pun tidak memungkinkan

M-asih jua jarum sejarah beredar

M-elintas lalu menuju hari esok

A-wal Muharam moga cerlang sinar suria pagi

A-sa dipahat pada sulbi agar lsegera aturkan

L-angkah hijrah tinggalkan kemungkaran

H-indarkan kemaksiatan mengasyikan

I-nsan berhati ihsan mulia jadikan idola

J-alan lurus sebenar lalui

R-asai  nikmat bahagia syurgaloka

A-nugerah-Nya kepada hamba kerdil berdosa

H-anya setelah hjrah tbertaubat nasuha ertunai

 

SIVAGANGGA

 

S-eteru halus ikut pulang

I-ring perjalanan rentas benua

V-irus corona tulantaran lepa dan alpa

A-ntonim kepada siaga

G-eruh mencemar damai hijau negeri

A-ngkara Covid-19 merajalela semula

N-oktahnya masih tertunda

G-elut perangi wabak tegar

G-awat memuncak amarah sinis

N-gilu atma mentafsir mudarat Kluster Sivagangga

 

ERTI GLOBALISASI SEBENAR

 

E-nggan percaya akan reality terjadi

R-umus menurut kemahuan

T-api mana upaya menolaknya

I-nsaf rasa kekerdilan

 

 

G-ambiran citra ngeri

L-emah daya asa

O-mpong lohong harapan

B-adai landa seluruh

A-nasir bawa mudarat afiat

L-indungan Allah dipohon sungguh

I-mpian warga dunia fana

S-ingkirkan musuh menjauh

A-mpuni dosa lalu tersembunyi

S-empurnakan segala gendala cita

I-ndah permai alam saujana

 

S-eluruh hamba mayapada serata

E-sak sendu irama jiwa serasa

B-eza air mata tiada ketara

E-sok mendoakan keajaiban

N-amun virus corona masih leluasa

A-nugerah rahmah-Mu didamba

R-ahim-Mu kepada hamba yang berdosa

 

NEW SABAH TIMES

 

Nur NST yang menyinari suram suasana

Enggan dilepaskan hilang ditelan gelita

Walau takdir demikiah tersurat sudah

 

Sayang dan kasih tulus terpaut lantaran budi

Andai dilepaskan perih ngilu kehilangan melukakan

Bagaikan ruang jiwa lohong gosong

Asa kian lemah gapai impi sebenar

Harapan semoga akhirnya sempurna segala

 

Tanda kasihku buat akhbar NST

Ingin kucoret aksara akrostik

Meski pertemuan kita cuma sebentar

Erat jalin mengikat rasa kebersamaan

Sayu mengenang ukiran tinta budimu abadi selama

 

 

SELAMAT HARI GURU

 

S-ifu Tabir Alam Selamat Hari Guru

E-nam belas Mei tarikh terakru

L-irih dilantun lafaz di kalbu

A-ndai tersalah maafkan daku

M-oga ilmu diturun halal diguna

A-gar berkahnya selama-lama

T-erus diamal sepanjang hayat

 

H-adiah tiada sebanding nilai

A-krostik cuma puisi kecil

R-ajinnya sifu menunjuk ajar

I-ngin dibalas budi tak mampu

 

G-uru murabbi sifu terbaik

U-mpama dian menyuluh kelam

R-ohani murni pikul amanah

U-saha bakti sanggup bersusah

 

 

RAHSIA LAILATULQADAR

 

R-ahmat Ilahi kepada hamba

A-matlah banyak tidak terkira

H-arganya tinggi tidak tiada tara

S-empurna segala serba serbinya

I-ndah tercipta dengan maksudnya

A-lam semesta laha saujana

 

L-ingkaran maya tiada batasnya

A-ntara pangkal dengan hujungnya

I-nsaf memaut akan takdir-Nya

L-ambat dan cepat akhir kisahnya

A-ntara pagi menuju malam

T-enang menanti akan hadirnya

U-sah persia malam nan berkah

L-embaran sirah telah tertulis

Q-adar dijanji Ilahi Rabbi

A-mbar kasturi mewangi hayat

D-apat bertemu santun ibadat

A-mbil peluang amal bersungguh

R-aih pahala sebanyak mungkin

 

AHLAN RAMADAN MUBARAK

 

A-llah anugerahi Ramadan mulia

H-amba muslimin sambut ceria

L-alu bersyukur segala cara

A-mpun dipohon dosa tercipta

N-iat di hati  tertera lara

 

R-asai nikmat kala diuji

A-nggap dugaan petanda cinta

M-asih mengharap akan kasih-Nya

A-llahu Akbar yang maha Esa

D-an janji-Nya tidak mungkiri

A-ndai beriman seluruh jiwa

N-ur sinari atma yang suram

 

M-aghfirah rasi serata alam

U-nggul terpuji amalan murni

B-erpuasa sebulan lama

A-kur turuti wajib dan sunat

R-ela setia setulus hati

A-kan nikmati rahmat terindah

K-elak temui ‘lailatul-qadar’

 

PARIDAH ISHAK

DMS

26/4/020

 

 

POHONAN KELAPA SAWIT

 

Peneroka menjaya rencana FELDA

Ongkos jumlahnya tidak terkira

Hendak realisasi impi marhaen

Obor dinyala terangi denai hidup

Niat murni majukan tanah pertiwi

Akan usaha walau keringat jatuh

Namun tidak sesekali menyerah

 

Kelak hasilnya bertandan-tindan

Enggan lagi didera papa-kedana

Ladang luas saujana hijau

Anugerah Ilahi rezeki kepada hamba

Pasrah tawakal tabah aral merintang

Alhamdulillah meraup syukur nikmat-Nya

 

Semakin waktu berlalu pergi

Anak kecil dewasa dan tua

Warisi tanah pusaka bertuah

Ingin sekali terus berbakti berkebun sawit

Tanpa berhenti hingga nafas berakhir

 

PARIDAH  ISHAK

DMS

11/10/019

 

 BUNGA ANGGERIK

 

Bugar segar kelopak indah

Untai kudup ayun melengguk

Nama setara rona

Gantung tinggi rendah

Anggun hiasi ruang

Amat teruja menatapnya

Nan pelbagai rupanya

Geram hati ingin miliki

Gerhana rasa perih luruh

Endah pesona puspa

Ria terserlah di wajah

Impi suatu tika

Kutanami semua jenisnya

 

TRADISI PURBA

 

Sudah hilang desis manusiawi di sudut hati

tatkala kemuncak bangga diraih satu persatu

Nun tinggi membelah kepulan putih sirus menimbus

robot-robot pesawat melayang layah melontar peluru ghairah menuju sasar

Menyerlah jingga api celahan puing berterbangan zarah atom menyesaki ruang alam bumi Palestin tiada kesudahan punah meranah

menakluki kelemahan persis zaman kuno

Raung tangis perih berdanung hanyir pekat darah  menyimbah warga

selintas pandang bersahaja

Lasykar zionis menghapus manusiawi seluruh  kalbunya

kosong gersang kontang gurun rasa

Sinis melihat derita citra tercipta

Kemarau ihsan

sirna rasa bersalah

Antigonis berzaman tradisi purba lestari

sosok perrsona zalim

Perincian Al-Quran

bersatu dalam doa

Laknatullah ini

diazab siksaan jahim maha pedih.

 

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor  Serendah

04/01/021                                                   

 

 

AKROSTIK

PEJUANG NUSA SEBENAR

 

Padah biarkan nusa tidak terbela

Endah sambil lewa tindak balas

Jangan beransur lagi bertangguh

Upaya daya ubahlah nasib dicatur

Andai ranjau duri melukakan perih

Namun pejuang sebenar tegar lelah

Nyisih cemar noda berkulat

Ungkai lerai sengketa nista pesona

Sambung silaturahim erat berpadu

Ambil yang jernih buang yang keruh

Sayang mahabbah kasih kukuhkan

Elak menggeser rasa menyentuh atma

Budaya sopan santun bahasa nyatakan

Empati prihatin simpati ihsan suburkan

Nilai diri setinggi langit

Allah Maha Mengetahui niat pejuang bangsa

Reda takdir-Nya pasti

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

7/10/019

 Mara melangkah menuju jaya meraih cita

Anganan dan impi realisasikan

Lambat berleka ketinggalan waktu

Andai ingin berdiri sama tinggi

Yakin asa kemas genggaman

Suci niat sudut nubari

Ilahi restui berkati insyaa-Allah

Amiinkan doa nusa sejahtera selama

 

 

No comments:

Post a Comment