APA ITU
Menyapa
tanya lupa segala,
menyimpan
emping saku berdebu;
apa
sebabnya kenapa pula,
papan
sekeping paku beribu
Lurus
jalanya menyimpang gaya,
menghala
situ sampainya tentu;
lurus
bentuknya tumpang berdaya,
kepala
satu kakinya satu.
Di
pulau itu teja merendang,
bakal
dicantas bergencok sewah;
Walau
begitu teruja pandang,
Pangkal
di atas pucuk di bawah.
Terbias
hujah berubah peri,
masa
berada adang berpada;
menghias
wajah menambah seri,
dirasa
ada pandang tiada
.
Mencari
tauhu nanti adinda,
lama
di kota terpempan rimas;
diberitahu
pasti tiada,
bersama
kita tersimpan kemas.
.
Kala
menepi reba merahang,
tetapi
langkah terpijak nenas;
menyala
api haba membahang,
api
apakah yang tidak panas.
.
Nangka
meninggi lalu ditebang,
sangka
menyilang pinang mandala;
ketika
pergi selalu terbang,
ketika
pulang berenang pula.
.
Berinya
minyak mintanya cawan,
biskut
dipesan bungkuskan kopi;
kakinya
banyak bukannya haiwan,
ikut
landasan bukan keretapi.
Limau
yang harum kilik ke Manir,
pinang
ke hulu dekam selesa;
harimau
mengaum balik banir,
tenang
dahulu menerkam mangsa.
.
Padannya
lurus terganti runcing,
rapi
susunnya keratan rotan;
badannya
kurus seperti cacing,
tapi
minumnya nan selautan.
.
Menghimpun
ikan serabai lokan,
sipi
dirungkai melayap letih;
haji
pun bukan lebai pun bukan,
tapi
memakai ketayap putih.
.
Beleklah
pala lupa keladi,
rasi
berkuah sarak beluntas;
peliklah
pula apa terjadi,
nasi
di bawah kerak di atas
..
Bertambah
lemah semangat kini,
tujah
dedalu ranah terjatuh;
lembah
yang pamah buat bertani.
sang
gajah lalu tanah pun runtuh..
Menujah letih
berlengah lemah,
hampa rasanya lelah di
sendi;
sang gajah putih di
tengah rumah,
apa maksudnya telah
terjadi.
.
Lesung indiknya letak
di sisi,
ikatkan tali anyang di
pohon;
kosong perutnya tidak
berisi,
makan sekali kenyang
bertahun.
.
Bayam meretih tempat
berlegar,
sentuh angsana juga
pegaga;
si ayam putih melompat
pagar
jatuh di mana
berjaga-jaga..
.
Menjamah kuah hanya di
huma,
lupa rasanya diberi
tauhu;
rumah sebuah pintunya
lima,
apa jawabnya dicari
tahu.
.
Terbenam gerai lemang
penghulu,
barai dihimpun rapi
dikaut;
bertanam serai memang
selalu,
serai serumpun di tepi
laut.
Ke
pulau riang rata meronda,
menjala
dalam jauhnya hunjam,
jikalau
siang mata tiada
tatkala
malam matanya tajam
hanya
tempua melaju sisi,
landak
di sana guman ratia;
sayapnya
dua berbaju besi
hendak
ke mana teman setia.
Menghangat
senggang membelah pala,
tuala
hampar menelah redup;
saat
dipegang matilah pula
kala
dilempar teruslah hidup
Empunya
rantang di tanjung beting,
nyamannya
hening melarik peti;
banyaknya
bintang di hujung ranting
warnanya
kuning menarik hati
16. Alpukat enak buahnya
segera dimakan jangan sampai busuk
Coba tebak apa jawabnya
semakin berisi semakin menunduk
-Jawaban: padi
TEKA TEKI
Tajin yang enak usang
menghijau,
suka lemaknya lain
mendingin;
rajin si anak memasang
ranjau,
leka emaknya bermain
angin.
Menggayung cia kalanya
senja,
memandak alan pudak
berbaki;
berpayung dia bukannya
raja,
hendak berjalan tidak
berkaki.
Tumbuh di tasik
hairannya sakan,
menepi terbul
hairannya biul;
tubuh bersisik
bukannya ikan,
tapi berjambul
bukannya siul
Pergi sekali
merewang-rewang,
tersentuh kawah jerang
kerambil;
tinggi sekali di awang-awang,
jatuh ke bawah sarang
diambil
Ukirnya panda hiaskan
renda,
pingit di rantang
ditanda sentang;
airnya ada ikan tiada,
langit terbentang
tiada bintang.
Melangkah gaya segera
bantu,
anjir di hulu keliru
rejan;
apakah dia negara itu,
banjir dahulu baharu
hujan.
Bongkok cik abang
gundah hatinya,
terlupa hitung mungkin
bahagi;
pokok ditebang rendah
jadinya,
apa dipotong semakin
tinggi
Pasang kelingkan sulit
menuang,.
ralit renungkan kadang
terlupa;
pisang dimakan kulit
dibuang,
kulit dimakan dibuang
apa.
Bokor dirikan papan
sebaris,
Gertak penukang
bawalah gula;
Seekor ikan hadapan
Inggeris,
Letak belakang Jawalah
pula.
Minyaklah sulih
melugai manis,
redap urutkan rasinya
senja;
banyaklah kuih
pelbagai jenis,
sedap dimakan tepinya
saja.
Bertuah jamah sekar
berpala,
tuah bertingkah
terbayang rahmat;
sebuah rumah terbakar
pula,
buah apakah yang
terselamat.
Terluka kancil larinya
cepat,
mendaki tangga
menjelah gua;
ketika kecil kakinya
empat,
berkaki tiga setelah
tua.
Di pekan Tenom lama
berkerja,
Gagal di batu hendak
bersigup;
makan dan minum
percuma saja
tinggal di situ memang
tak sanggup.
32. Batang apa
berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah kembang, Terkadang tegak terkadang
tumbang, celaka benar kalau ditebang.
Jawapan: Batang hidung
33. Pak Ali ada sebuah
ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk
memenuhi cita-citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko
separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak
tumbuh, sebab dia tanam separuh je.
34. Ada seorang wanita
yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suami dia bawa isterinya ke
hospital. Dia melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia
lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa?
Jawapan: Sebab anak
dia tu perempuan
35. Negara apa yang
banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain - bah
tu banjir, 'rain' tu hujan.
36. Kalau kancil
dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya
yang mati. Kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar. Mati lah orang tu.
37. Mula-mula aku buka
baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun ke
dalam tasik. Lalu aku mandi. Setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik.
Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
38. Haiwan apakah
perutnya di kepala, kakinya di kepala, bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?
Jawapan: Kutu ler.
Sebab memang duduk kat kepala orang!
39. Apakah hidupan
yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar berkaki 2 kaki dan bila tua pula
berkaki 3?
Jawapan: Manusia!
Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan dengan dua kaki dan bila tua
bertongkat.
40. Kenapa kebanyakkan
motosikal namanya YAMAHA?
Jawapan: Kerana yang
menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
41. Seorang lelaki
memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam,
sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam.
Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam
dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan
lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh
melihat lelaki serba hitam itu?
Jawapan: Waktu itu
adalah siang hari bukannya malam!
42. Badannya keras
tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis
43. 10 ekor burung
sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus
terbang tanpa masalah. Namun, 4 ekor burung telah jatuh ke bumi. Kenapa 4 ekor
burung itu jatuh ke bumi?
Jawapan: Kerana 4 ekor
burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat
terbang seperti biasa.
44. Binatang apakah
yang paling kaya di dunia?
Jawapan: Beruang
(sebab binatang ni ber wang)
45. Ikan apakah yang
separuh jawa dan separuh inggeris?
Gajah putih di tengah rumah
Makan sekali kenyang bertahun
Ayam putih melompat pagar
Rumah sebuah pintunya empat
Serai serumpun di tepi laut
Menujah letih berlengah lemah,
hampa rasanya lelah di sendi;
sang gajah putih di tengah rumah,
apa maksudnya telah terjadi.
Lesung indiknya letak di sisi,
ikatkan tali
anyang di pohon;
kosong perutnya tidak berisi,
makan sekali kenyang bertahun.
Bayam meretih tempat berlegar,
sentuh angsana juga pegaga;
si ayam putih melompat pagar
jatuh di mana berjaga-jaga..
Menjamah kuah
hanya di huma,
lupa rasanya diberi tauhu;
rumah sebuah pintunya lima,
apa jawabnya dicari tahu.
Terbenam gerai lemang penghulu,
barai dihimpun rapi dikaut;
bertanam serai memang selalu,
serai serumpun di tepi laut.
No comments:
Post a Comment