ULASAN BUKU
Pengulas : Paridah Ishak
Judul: Asik
Genre : Novel
Penulis : Mohd Kholid Hamzah
Penerbit : Buaya Putih
Nombor ISBN : 978-967-14481-0-6(
Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 148
Harga: 20RM
Tahun terbitan: 2021
ASIK
Novel ASIK amat mengasyikkan dibaca.
Beberapa watak dikemukakan mewakili pemikiran penulisnya yang berdailog santai
tetapi serius perbincangannya merangkumi soal ekonomi, politik, agama,
pendidikan, sosio kehidupan yang didepani beberapa watak seperti Pak Din, Haji
Don, Asik, Mat Nor, Pak Bin dan watak yang muncul sesekali di beberapa lokasi.
Masing-masing
melantunkan buah fikiran berasaskan pengalaman lestari hidup rakyat marhaen.
Segalanya sekadar bicara santai yang tidak formal namun dalam situasi kondusif
dan santunan bicara tidak terlalu mencemuh. Tapi ketara sinikal menyentuh isu
tertentu sekiranya difikirkan dengan teliti. Penggunaan gaya bahasa yang
sederhana dan tidak terlalu tinggi nilai kesusasteraan yang menyusahkan pembaca
memahami maksud yang disampaikan Penulis sebenarnya.
Menelaah
novel ASIK melekakan juga. Mahu gelak terguling-guling membaca gelagat selamba
Asik. Ternyata Asik sebagai tajuk novel adalah pilihan tepat. Watak ini sebagai
perencah penting yang menghiburkan pembaca novel ini. Penulis berjaya menggarap
novel Asik dengan sempurna tanpa meninggalkan unsur frasa lucu yang juga
penting diadakan, walau kisah yang dinukil penuh dengan maksud kiasan tersirat.
Disertakan dua petikan yang mengaitkan frasa dimaksudkan
di sini;
Saya
belek-belek petai yang tergantung pada buluh itu. Lima papan seikat. Bijinya
nampak rapat, harap isinya elok.
“Ada
biji besar lagi, Asik? Tanya saya.
“Itu
aje yang ada encik. Tak sempat nak pilih yang mana kecik yang mana yang besar
atas pokok nun..encik.”
“Hmm
ada sajalah jawab kamu, Asik,” keluh saya
“Kalau
encik nak biji yang besar,dalam guni tu ada jering…busuknya sama saja encik…”
2.
Aku
perhati lama dah. Asik memancing memang handal. Tapi bila dia dapat ikan 6 ekor
dia pun balik. Memang pelik perangai Orang Asli ni. Nak tanya, tahu aku
dah…memang kena balik. Tak tanya macam mana aku nak tulis novel fasal hidup
Orang Asli.
“Apa
fasal nak balik dah? Kan boleh pancing banyak lagi. Hari pun masih awal.”
“Dah
cukup 6 ekor, buat apa tangkap ikan lagi?”
“Kenapa
cukup 6 ekor? Kenapa tak tangkap 7 atau 10 ekor?”
“Saya
makan satu ekor. Adik-adik saya 5 orang. Cukuplah makan seorang 1 ekor. Tangkap
ikan banyak-banyak buat apa encik, nanti tak habis.”
Saya
garu kepala.
“Simpanlah.esok
boleh makan.”
“Nak
makan esok, esoklah pancing.kalau semua tangkap hari ni,esok tak ada kerja!”
Ngeeng
..
Begitu mudah penanggapan Asik tentang sesuatu
berkaitan kehidupan. Dan watak persis Asik, ramai di dalam masyarakat. Dan
tidak hanya dalam lingkungan kalangan Orang Asal.
Banyak lagi kisah Asik terselit
antara lembaran novel ASIK. Tahniah Penulis justeru menghasilkan novel yang
lengkap menyerap elemen bersesuaian walau mengutarakan pelbagai diskusi tentang
masalah kehidupan yang sukar ditafsir namun disulami watak yang melegakan stres
pembaca. Membaca novel yang sarat dengan konflik berat sewajarnya ada
keseimbangan emosi yang menuteralisasi gelora perasaan pembaca dengan
melukiskan suasana nyaman yang melegakan.
Penulis mengenengahkan isu yang
sering dibincangkan di mana-mana saja kelompok manusia berada yang sentiasa
bergelut dengan masalah tiada penghujung. Namun watak Asik, ciptaan Penulis
mengajar agar tenang selalu mendepani apa pun situasinya.
No comments:
Post a Comment