BAHASA IBUNDA
Bahasa kelahiran warisan
diri azali
lunak menuturnya
perantara mesra
budaya asli menjati diri
Bahasa ibunda milik
peribadi
tersanjung tinggi abadi
di jiwa
kebanggaan bangsa.
Bahasa ibunda tanah air
termaktub perlembagaan #152
Bahasa Melayu bahasa
negara
mengolah variasi sesuka
hati caca marba
tolak ansur penyatuan
berkongsi pertiwi
keramat nan satu.
Namun nyeri dan ngilu
kejengkelan
kala layar TV menggamat bahasa ibunda
menutur frasa
bukan kalimat persetujuan
hakiki.
Patutkah dibenar spora
semesta
tanda kompromi
baik budi
mewajar alasan tidak
fasih.
Kebebasan hak warga
mengatasi teguran sinis
PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol Pahang
2/06/019
DILEMA HAK
Hak dipertahankan wajib
Bahasa Melayu di puncak budaya nusa
Hak diri meraih bahagia di tanah pusaka
hak diri berselesa sentosa pewaris watan
hak diri mencipta gemilang jaya di negara tercinta
hak diri melaksana impian kebersamaan warga
hak diri menyisir kemelut bergelut mahu
hak diri hindari ribut gejolak gejala ranah
hak damai suasana
hak walafiat sejahtera.
Mampukah diperjuangkan hak diri itu?
sedangkan hak diri semakin dinafi.
terlalu pentingkan diri
demi keutamaan ditentukan
harmoni situasi begitu begini.
Terabailah hak wajar sebenar
Polemik kusut kejap tersimpul
boholnya sukar dirungkai
Toleransi membiarkan hak diri
terhakis perlahan.
Senyum tawar di bibir
merias wajah berbongkol rasa
ralat kejengkelan
dilema.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
2/06/019
BICARA METAFORA
Menang sorak kampung tergadai
renung minda fikir
bernas.
Kokok berderai-derai
sedang ekor gelumang tahi;
Di mana wajarnya? Ceber
sinis
Buka mata pasang
telinga,
tutup mulut simpan di hati.
Demikianlah sudahnya.
burung yang liar jangan
dilepas,
khabar yang mustahil jangan didengarkan.
Membisu terkedu
menggumam rasa.
Janganlah kala mengail berumpan kata
bertipuan,
barulah mendapat apa dihajat.
Hasrat menghalal cara.
Peribahasa menyusun kata
pasti
setinggi-tinggi orang
melanting,
jatuhnya tetap ke bawah juga
Sambang penuh jala
terletak,
laut kering ikan menghempas
nyata tersurat maksud
tersirat
berkias makrifat
sinis lunak.
Perbidalan berperibahasa
Perumpamaan menyusun
pepatah
falsafah merungkai seni
makna
mercu martabat bahasa
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
2/06/017
ANTOLOGI MENCANTENG
SAYANG
Sajak 1
PESIMIS
Asa yang lemah longlai
Dahan diri sekah
terkulai
Yakinnya lebur
Dalam semangkuk bubur
campur
Caca marba citarasa
bersatu
Pilihannya muktamat
Bingung melengung
Menukar pesimis kepada
optimis
Rencana awal rangka
sinis
Sarat kemelut tanda
tanya
Pergelutan di perdu
pohon gerigis
Mengintai juara semasa
Di dalam cermin
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
2/08/019
Sajak 2
BUNGA ANGGERIK
Bugar segar kelopak indah
Untai kudup ayun melengguk
Nama setara rona
Gantung tinggi rendah
Anggun hiasi ruang
Amat teruja menatapnya
Nan pelbagai rupanya
Geram hati ingin miliki
Gerhana rasa perih luruh
Endah pesona puspa
Ria terserlah di wajah
Impian moga nyata
Kumiliki harum indahnya
Sajak 3
BINGUNG
Melengung lesu
Arah fikir celaru tuju
Asakannya mendera kalbu
Ketenangan dikocak resah
Melonjak pucuk api amarah
Sabar membelai pujuk
Namun rajuk
Sajak 4
HANYA
DENGAN IZIN-NYA
KUN FAYA KUN
Maka terjadilah nyata seruan-Nya
Asbab musabab hanya
telahan yang memungkinkan
Tidak patuhi takdir
mengolah rencana
Meski lancang mulut menyumpah seranah
Kala langit petala
tujuh terbuka
Senjata doa merejam tepat.
Munajat hajat yang
diulang-ulang
Tiada hilang bersalang
Tiada hijab melitup
Hikmah berlaku sesuatu itu
Rahsia-Nya tersembunyi
Naqli gagahi mencapai erti
Namun kepastian holistik jaluran tanda soal
Misteri sepi
Detik hari berakhir
Menemukan esok terbaik
Amiin ya Rabb
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
3/03/019
Sajak 5
GAGAL
Air matanya tidak jatuh di pipinya
Namun diseka basahnya ke
sudut hati paling dalam
Rapuh hatinya akan berderai
meski tegarnya ternyata
walau hakikat tersembunyi
bisu
Tiada raungan suara ketara
Sekian lama menahan gelodak
rasa agar tidak membuak ruah
Malu tersipu akui kelemahan
diri sifat ujud hakiki
gagal laksana rancang yang
dijanji
sesalan sebal demi masa
yang bergulir mesti tanpa aral halangannya
lalu sukma dibelai lunak
dengan santunan aroma
kasturi syurga
hak Dia membungkus rahsia
mahu
sebelum
tikanya terbuka
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
28/12/018
sajak 6
NUTFAH MENUJU BARZAKH
Tidak pernah sadar
tiba sudah berada dalah rahim ibu dengan Rahim-Nya
Terbungkus nyaman
berteman uri mengintai urat selirat darah merah yang mengalir
cerah jernih tiada
henti mengiring nafas rusuh ibu
Yang memanaskan
kedinginan bernadi sendiri
ritma degup jantung
bertemali lampias sepi
Yang mengusung
kemana berpergian
Lena dalam kandungan
Nutfah bertukar
musfah hingga ujud aku
Dibuai selesa enggan
kemana
Alam yang tidak
mungkin kutinggalkan
Yang memanaskan
kedinginan bernadi sendiri
ritma degup jantung
bertemali lampias sepi
bahagia abadi
Surat-Nya
menzahirkan aku di ruang sini
mencipta karya masa
usia merona-roni pelangi
melupakan fana ini
menuju barzakh
dengan janji-Nya
yang tidak pernah mungkir
meski sebal
meninggalkannya justeru cinta terlalu
menafikan nikmat
syurga
taubat nasuha
santuni reda
PARIDAH ISHAK
Ulu Jempol.
PAHANG
DM
No comments:
Post a Comment