Saturday, December 11, 2021

CERPEN DURIAN KURA-KURA

 

Cerpen

Oleh

Paridah Ishak

 

DIALOG DURIAN KURA-KURA

 

“Kau dah sebulan di sini! Tiada masalahkah kau mengajar di daerah ini” Lalu  bermonolog

Pula. ‘Kacak juga cikgu ini! Mungkinkah aku sudah jatuh hati kepadanya? Eh...apa yang

Aku fikirkan ini? Tapi apa pula salahnya? Aku pun masih solo, dia pun sama!’

“Insyaa-Allah ..nampaknya sehari dua ini tiada masalah apa-apa lagi. Saya  selesa tinggal

di sini. dikelilingi alam semula jadi yang indah permai dan tiada pencemaran alam.

Jiran-jiransekampung saya juga menerima saya dengan baik sekali.”

“Baguslah begitu! Cekal sekali jiwa kau menyerap norma baharu kehidupan kau. Tidak seperti sesetengah cikgu tu…baru saja beberapa hari di sini sudah isi borang pertukaran nak balik ke tempat asal. Aku ni dah lama mengajar di sini. Aku tahulah semua tu. Maklum di sini jauh terpencil tempatnya. Kalau hendak ke pekan terpaksa berperahu  lama. Penduduk di sini tidak ramai yang punya kereta. Mereka lebih suka berperahu ke pekan.” Fazli tertawa sedikit. Ocehan cikgu Linda menggelitik hatinya.                                                                                                            

“Yakah Lin? Biasalah Lin tak semua orang dapat menerima sesuatu yang baru

Dalam kehidupan mereka. Kau pun saya rasa serasi di sini sebab kau anak tempatan. Cuba kau terpaksa bertukar ke Semenanjung ke tentu kau pun isi borang nak minta tukar balik ke sini sebaik sampai di sana..heh..heh.” tawanya berderai.

“Yalah Fazli! Agaknya akupun seperti mereka juga kalau ditukarkan mengajar ke tempat lain. Eh aku kena masuk kelas ni. Asyik bersembang dengan kau, hampir terlupa aku.”

“Eh yala Lin! Saya  pun kena masuk kelas juga ni.

“Aku masuk kelas dulu ya! Kalau kau ada apa-apa masalah, jangan lupa cerita pada

 aku. Aku  akan tolong kau. Jangan kau risau apa-apa.”

“Terima kasih Lin! Apa-apahal yang saya nak tahu tentang sini nanti saya tanya kau!”

“Assamualaikum selamat sejahtera cikgu!” Freddy selaku ketua kelas menuturkannya

keras lalu disambut rakan-rakan sekelasnya.

“Waalaikummussalam. Terima kasih. Murid-murid duduk di tempat masing-masing

Ya! sebelum kita mulakan pembelajaran sebentar lagi. Usah kamu merayau bersembang dengan kawan-kawan kamu. Biar cikgu semak dulu buku kehadiran kamu ya. Kalau cikgu panggil nama kamu nanti kamu jawab ya! Fazli membaca nama muridnya yang tersenarai dalam buku kehadiran murid itu satu persatu.

‘Kemana perginya budak Amet ni. Sudah beberapa hari aku tidak nampak dia

masuk kelas. Apa  masalahnya. Aku tak boleh biarkan dia berterusan tidak masuk kelas. Aku kena cari tahu sebab musababnya ni. Di mana ya kampung budak ni? dalam buku rekod ni, kampungnya di hulu sungai. Aku akan cuba cari budak tu sebaik selesai tugasku di sekolah. Aku akan minta bantuan paman, pemandu bot penambang itu. Paman tu baik orangnya dan selalu menolongku sebaik aku menjejakkan kaki di sini. Mungkin Linda juga kenal Amet. Baik aku tanyakan dia.’

Enjin  motobot menyinggah deria dengarnya sebaik saja langkahnya

menghampiri pengkalan. Beberapa orang pemandu bot berada di dalam bot masing-masing.

“Naiklah cikgu! Cikgu hendak balik ke rumah atau hendak ke pekan? Boleh

paman hantarkan.” 

“Ya baik paman! Saya naik ni! Saya sebenarnya hendak ke kampung di hulu sungai

ni paman!”    

“Hendak mencari sumandak yang berkenan di hatikah cikgu!”

“Tidaklah paman! Tiada sumandak di sini yang mahukan saya yang hodoh ni

paman! Saya sekadar hendak melihat pemandangan di kampung hulu melalui sungai ini.”

“Lihat tu cikgu! Apa dibuat budak tu di tebing sungai. Lagaknya bagai mengacah sesuatu.”

“Yalah paman! Astaghfirullah! Besarnya buaya! Beraninya budak itu bermain-main dengan buaya. Nampaknya buaya seperti hendak menyambarnya. Bahaya tu!”          

“Oi budak cepat kau lari dari situ!” Jerit Paman.

“Alhamdulillah! buaya tu menggelusur ke dalam sungai semula dan tidak mengejar

budak tu! Anak siapalah tu. Kenapalah emak ayahnya membiarkannya bermain di tebing sungai. Rasanya saya macam kenal dengan budak tu!” Paman membalas pantas.

“Macam si Amet adik Hasna. Paman kenal keluarga mereka. Amet dan kakaknya anak yatim piatu. Ayahnya baru saja meninggal dunia. Emaknya sudah lama tiada.

“Oh…begitukah! Saya sebenarnya hendak berjumpa Amet dan keluarganya Paman! Saya ni guru kelas Amet! Saya hendak tahu kenapa Amet sudah seminggu tidak ke sekolah. Apa pula masalahnya. Kalau mampu saya akan cuba menolong sekadar terdaya untuk laksanakan tanggung-jawab saya sebagai guru Amet.”

“Kalau begitu maksudnya, nanti paman hentikan bot di

jeti hadapan tu! Kita bersama berjalan ke rumah Amet. Paman memang tahu hala rumahnya.

 

Derapan langkah kedua-duanya mencapai destinasi.                                                                          

“Assalamualaikum! Apa khabar kamu Met!”

“Eh cikgu, paman! Waalaikummussalam.” Amet terkapa-kapa menyambut

salam gurunya.                                         

“Eh…kamu nak lari ke mana pula! Duduk sini! Cikgu datang dari jauh nak tanya khabar kamu…ini kamu nak lari pula. Cikgu bukan datang sini nak marah kamu! Cikgu rindu nak jumpa kamu sebab kamu sudah lama tidak datang ke sekolah.”  Lunak saja lontaran kata merias ruang hening.

“Maaf cikgu, saya bukan sengaja tidak mahu ke sekolah cikgu. Tapi saya  sedih bila ayah yang saya sayang telah tiada. Saya tidak tahu hendak berbuat apa lagi bila ayah tiada di samping saya cikgu. Saya pun terpaksa tolong semua kerja kakak di kebun.  Tiada siapa yang dapat menolongnya, melainkan saya adiknya. Kakak terpaksa menggantikan ayah berjualan di pekan hasil tanaman kami.” Amet meluahkan suara hatinya lirih.

“Cikgu sedih dengar cerita kamu. Nasib kita sama! Ayah cikgu juga meninggal dunia ketika usia cikgu sebaya kamu! Emak cikgu nasihatkan cikgu kalau rindukan ayah, mesti banyak sedekahkan bacaan al-Fatihah, berdoa dan mesti banyak berbuat baik. Juga  mesti rajin ke sekolah menuntut ilmu dunia akhirat untuk bekalan hidup masa depan kamu.”

“Kakak kamu tidak benarkan kamu ke sekolahkah?” Paman mencelah.

“Bukan begitu Paman! Kak Hasna pagi-pagi lagi sudah ke pekan menjual buah dan sayur kampung. Sebelum pergi kakak pesan suruh saya ke sekolah! Saya angguk saja!”

“Paman tahu tu…sebab kakak kamu paman yang hantar dengan bot ke pekan pagi tadi.”

“Jadi kakak kamu tidak tahulah kamu tidak ke sekolah? Tidak baik menipu kakak Met! Berdosa tau! Tuhan marah! Arwah ayah dan mak kamu juga tentu tak suka dan sedih kamu buat begitu.” Fazli merenung muridnya.

“Maaf cikgu!”

“Jangan minta maaf pada cikgu. Kamu minta maaf pada kakak kamu kerana telah menipu dia selama ini. Kamu seorang diri di rumah, tidak jemukah? Tidak takutkah? Kalau kamu ke sekolah, kamu dapat belajar dan bermain-main dengan kawan-kawan kamu.  Apa yang kamu buat di rumah?” kejora  matanya merayapi suasana sekitarnya,

“Saya merayau saja dalam dusun, melastik tupai yang cuba makan durian. Kalau saya jemu di dusun saya akan ke tebing sungai bermain-main dengan Bedal.”

“Bedal? Siapa tu?”

“Bedal tu buaya di sungai ni cikgu! Dalam sungai tu, memang banyak buaya cikgu!” Paman menjelaskannya.

“Kamu jangan berani-berani bermain dengan Bedal. Bahaya tu. Nampak saja jinak. Tapi nasib tak baik kamu dibahamnya.  Kamu jangan bermain lagi dengan Bedal. Ingat pesan paman tu!”

“Baik paman! Mulai esok saya akan ke sekolah semula.Tapi cikgu dan paman janganlah beritahu kakak, saya sudah lama tidak ke sekolah. Kalau kakak tahu tentu dia marah dan sedih. Saya tidak mahu kakak saya sedih. Saya kasihankan kakak.”      

“Baiklah cikgu dan paman tidak akan beritahu kakak kamu tentang hal ini. Tapi kamu mesti pegang janji kamu. Kalau kamu tidak ke sekolah esok cikgu akan datang lagi ke sini!”

“Baik cikgu, saya janji!” Amet terhangguk-hangguk.

“Eh lebatnya durian! Buahnya banyak hingga di perdu pokok pun ada. Pertama kali cikgu tengok durian macam ni. Durian ni dalam dusun kamu kan? Damai sekali suasananya di sini.”

“Cikgu hendak makan duriankah? Nanti saya ambilkan. Banyak juga buah durian gugur pagi tadi saya kutip.”

“Ini durian kura-kura cikgu. Orang sini tidak makan durian ni. Rasanya tidak sedap macam durian biasa. Baunya pun seperti kencing kura-kura. Sebab itu orang dulu-dulu namakannya durian kura-kura.” Penjelasan Paman mengujakan cikgu Fazli.

“Oh begitukah! Memang ajaib ciptaan Allah kan!”

“Assalamualaikum!  Eh paman di sini rupanya! Patut saya cari di pengkalan paman tiada. Jadi saya pulang dengan bot penambang abang Adi.” Suara itu mengejutkan Paman.

“Waalaikummussalam!  Eh... kamu dah pulang ya! Maaflah paman tidak sempat hendak mengambil kamu tadi. Terlupa juga sebenarnya.  Kamu tentu hairan kenapa Paman ada di sini kan? Paman temankan cikgu Fazli yang ke sini hendak mencari durian di dusun kamu ni.”

“Yakah? Tiada siapa pun di sini!”    Hana melingas persekitarannya.                                                                    

“Amet membawa cikgunya berjalan-jalan melihat dusun kamu mengutip durian gugur. Paman menunggu di pondok ini saja sambil berehat. Eh…itupun mereka. Ada juga durian yang dibawa tu! Merasalah cikgu Fazli makan durian dusun kamu.”

“Ini kakak saya, Hasna cikgu!”

“Apa khabar Hasna!”                

“Baik saja! Terima kasih cikgu dan paman sudi ziarah ke rumah saya.  Biar saya naik ke rumah dulu sediakan sedikit minuman dan juadah yang ada di dapur.”        Tergesa-gesa Hasna hendak naik ke rumahnya.               

“Tidak usahlah bersusah payah Hasna! Saya dan Paman dah nak balik ni.  Kami pun sudah kenyang dijamu Amet dengan macam-macam buah yang ada di dusun ini! Terima kasih Amet, Hasna. Saya nak beli durian ni! Berapa harganya?”     

“Tidak usah dibayar cikgu. Saya beri saja kepada Cikgu dan Paman!”        

“Tidak boleh begitu! Kamu pun berniaga. Tidak elok saya menerimanya percuma saja!”                                   

“Terima sajalah cikgu. Rezeki tidak baik ditolak!” 

“Begitukah paman? Hmm…segan pulak saya.. Terima kasih Hasna, Amet. Semoga Allah merahmati kehidupan kamu berdua dengan rezeki yang melimpah! Amiin! Jom Paman kita balik! Amet ambik ni!

“Apa ni cikgu! Banyaknya duit cikgu bagi saya!

“Ambillah Met! Rezeki kamu tu!” Gesa Paman.

Suatu pagi.

“Eh...banyaknya buah-buahan! Rambutan, bambangan durian! Durian kura-kura pun ada! Kau belikah semua ni! Ada pula yang menjual durian kura-kura kepada kau ya! Sudah tertipu kau ini nampaknya! Orang di sini tidak makan durian ini!”

“Saya tak beli pun buah-buah ni! Semuanya anak-anak murid saya yang bagi. Alhamdulillah.... rezeki untuk kita semua juga. Makanlah Lin!  Durian kura-kura ni Amet yang bawakan. Walau orang sini tak gemar sebab rasa dan baunya tak enak tapi saya terfikir nak mengkajinya. Bagi saya not bad       selera saya boleh terimanya. Saya kagum dengan kejadian-Nya melihat durian yang begitu menjadi di pokok tapi seolah tidak dihargai kerana rasanya. Tapi kalau boleh diubah rasanya dengan teknik secara cantuman dengan durian yang kita sukai...agaknya menjadi kan Lin?” Linda termenung seketika.

“Kau ni bercakap macam pegawai pertanian pula! Tidak baik mengubah kejadian asal Tuhan kut!                                                                                       

“Kau ni Lin. Usah pesimis sangat. Setakat cantuman benih pokok sudah banyak dibuat. Tapi dengan sepsis yang sama. Cantumkan saja kulitnya dengan durian D24, udang merah atau musang king. Durian kawin durian. Macam orang kawin orang tak mengira bangsanya kan.

“Jadi kau selalu ke rumah Amet sebab nak kahwinkan durian kura-kura di dusunnya kah?” Balas Linda pantas.

“Saya tu melihat-lihat saja! Tak berani saya. Lagipun pokok tu bukan milik saya.”                      

‘Bukan sebab nak kahwin dengan tuan punya pokok durian kura-kura tu? Boleh percayakah tu! Hasna itu cantik orangnya. Walau kerjanya cuma berkebun setiap hari, tidak boleh dibiarkan ni. Jika selalu bertemu tidak mustahil mereka akan jatuh cinta. Melepas aku! Kenapalah Hasna masih di sini lagi? Kau ni menyusahkan aku saja Hasna! Aku akan cuba renggangkan hubungan mereka. Apa cara pun aku mesti lakukannya.’ Linda bermonolog kalut.

“Tidaklah Lin. Jangan  sangka yang bukan-bukan pulak!”    

“Kau jangan selalu ke rumah Amet cikgu. Tidak baik dilihat orang keliling. Apa pula kata mereka nanti, seorang cikgu sering ke rumah muridnya. Sedang di rumah itu ada seorang gadis muda. Tentu tidak manis dipandang orang. Nanti malu pula nama sekolah kita disebut begitu.”

“Saya ke rumah Amet bukan seorang diri Lin. Saya selalu bersama Paman. Tidak berani saya ke sana kalau tidak berteman. Itupun masa cuti dan tiada kegiatan di sekolah. Saya cuma menolong mengangkut barang jualan Hasna yang hendak dibawa berjualan ke pekan dengan bot Paman…. kasihan saya melihatnya mengangkut segala macam sayur kampung dan buah-buahan ke dalam bot . Hasna  itu kecil saja orangnya…tenaganya tentu tidak seberapa.  Kasihan dia kalau saya tak menolongnya Lin! Dia rajin sekali mencari rezeki untuk menyara hidupnya dan adiknya tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Pertolongan saya tu kecil saja. Atas dasar peri kemanusiaan.”

“Walau niat kau baik sangat, tapi tiada siapa tahu niat dalam hati kau itu Kau

Ikut saja kata aku, jangan lagi ke rumah Amet demi menjaga nama baik kau dan sekolah kita.”

Fazli terkedu.

‘Wow Lin! Macam serius sangat kesalahan saya tu Lin! Melanggar

 Akta tata tertib ya Lin!’

Suatu pagi di pasar tani.              

“Ramai juga pembeli barang yang awak jual ya!”                                                                                                                                                   

“Eh cikgu! Cikgu hendak apa?”

“Saya hendak beli pucuk paku dan buah bambangan ini! Segar nampaknya pucuk paku ni.

Kalau digoreng belacan sedap juga. Buah bambangan kalau buat sambal belacan sedap tu.”

“Ya cikgu nanti saya bungkuskan untuk cikgu.”

“Mana Amet? Saya tidak nampak dia di sini, menolong kamu berjualan.”                       

“Amet di rumah cikgu. Sebab hari ni sekolah cuti, saya minta dia menyiram tanaman, mengutip

buahan dan sayuran yang saya hendak jual esok pagi.”        

Oh…rajin sungguh kamu dua beradik, mencari rezeki!

Kami kan orang susah cikgu. Kalau kami tidak berusaha keras mencari rezeki, macam mana

kami nak hidup? Tiada siapa yang dapat membantu kami. Ayah ibu pun sudah tiada. Walau saya

tidak menyusahkan sesiapa tapi orang kampung masih mengata saya macam-macam cikgu.

Sedih hati saya! Terasa hendak pindah saja dari sini.

Dalam hidup kita ni ada saja masalahnya Hana. Setiap orang diduga dengan ujian berbeza. Sabar

sajalah hadapinya. Mana tahu kelak kamu bertemu jodoh dengan orang berada

dan hidup kamu pun berubah sekelip mata. Saya doakannya amiin..

Hih..hih..iyalah tu! Siapalah yang mahukan saya gadis kampung yang hodoh ni! Cikgu

kenapa pula sudah lama tidak ke rumah saya? 

Saya sibuk sikit dengan kerja kat sekolah. Maklum tak lama lagi murid-murid akan periksa.

Terpaksa kena siapkan kertas soalan peperiksaan.

Cikgu hendak balikkah? Naiklah paman hantarkan.!

Ya paman! Tadi jalan-jalan di pekan beli barang keperluan sikit.

Cikgu tidak berjumpa dengan Hasna?.

Sempat juga bertemu dan bersembang sekejap. Nampak Hana sibuk melayan pelanggan di

gerainya. Saya tidak mahu mengganggunya. Dia pun nampak sedih dan tak gembira Segera saya

beredar dari situ. (PAUSE) Hasna berikan saya pucuk paku merah dan buah bambangan. Saya

nak bayar tapi dia tidak mahu terima. Baik sungguh dia!

Cikgu pun baik juga.  Hasna terpaksa berkerja keras mengumpul duit untuk menyambung pengajiannya yang tergendala kerana ayahnya meninggal dunia. Dia mahu membawa Amet tinggal bersamanya di Bandar.

Oh begitukah? Hasna tidak pernah cerita apa-apa pun pada saya!

Sifat Hasna memang begitu. Merendah diri dan tidak suka ceritakan masalahnya kepada orang

lain!                                      

Tapi dia cerita pula pada paman!

Mungkin Hasna anggap paman ini seperti ayahnya juga. Pengganti ayahnya  yang telah tiada.

Kami pun ada darah hubungan keluarga. (PAUSE) (BERTANYA) Cikgu tidak sukakah pada Hana

Eh...mestilah suka!                     

Kalau cikgu suka Hasna, hantarlah rombongan meminang. Boleh jadi menantu paman!

paman suka sangat kalau cikgu pilih Hana sebagai isteri.

 Eh paman ni! Sampai ke situ pula maksudnya! Terima kasih paman sudi terima saya sebagai menantu! Tapi saya rasa Hasna tak akan terima saya. Sebab saya ni orang luar! (PAUSE) Lagipun Hasna kan hendak sambung pelajarannya. Biarlah dia mencapai cita-citanya.

Paman rasa Hasna tidak fikir begitu! Tapi setahu paman mereka yang belajar di

university itu ramai yang telah berkahwin. Tiada masalah kan?  Fikirkanlah apa yang

paman kata cikgu demi menjaga nama baik Hasna! Kasihan Hasna!                                       

Apa maksud paman, demi menjaga nama baik Hasna? Saya tidak faham! Setahu saya, saya dan

Hasna tidak pernah buat apa-apa yang buruk. Saya ke rumah Hasna dan Amet pun bersama paman!                                      

Tapi orang-orang di sini bercerita, Hasna cuba memikat cikgu dengan menjamu buahan di dusunnya. Sedang cikgu tidak sukakannya. Mereka kata cikgu cuma sukakan durian kura-kura yang ada di dusunnya. Tapi Hasna cuba menggoda cikgu. Sebab itu Hasna ingin tinggalkan kampung ni. Dia malu orang kata begitu padanya.

Oh...begitu pulak jadinya! Siapa pulaklah yang suka bawa mulut, bercerita bukan-bukan nih

Tapi kalau aku sukakan Hasna sekalipun takkan aku nak ceritakannya pada semua orang.

Melampau betul tu!

Saya nak balik ke Semenanjung

Katanya kau gembira di sini! Takkan belum sampai setahun kau sudah hendak pulang

Semenanjung?

Tapi kalau kau balik ke Semenanjung bagaimana kau hendak mengkaji durian kura-kura yang cuma tumbuh di sini?

Saya balik sekejap saja Lin! Nak bawa mak  saya ke sini. Saya bercadang hendak meminang

seseorang di sini untuk saya jadikan teman hidup saya. .

Oh begitukah? Tidak sabar rasanya hendak bertemu dengan emak cikgu! Tapi siapa yang hendak

dipinang cikgu Fazli? Mungkin akulah itu. Lagipun cikgu Fazli hanya rapat dengan aku!                          

No comments:

Post a Comment