HIKAYAT KOTA
Sebuah kota asalnya desa
tanah pusaka warisan silam
Kuala Lumpur aman sentosa
terkenal sudah serata alam
.
Bangunan tinggi mengcakar langit
menghimpit desa makin menolak
riuh suara mengguruh bingit
arus nan moden mula menyelak
.
Tanah sedikit nilai jutaan
surat menentu milik terakru
saudara mara dalam kiraan
ceritera hai di Kampung Baru
.
Hak dipertahan walau sejengkal
tanah sedikit emas berbukit
paksa-memaksa idea dangkal
tiada reda beroleh sakit
TELEKUNG JINGGA USTAZAH ANA
Hai dari jauh dia kembara
membawa hasrat ingin ditunai
menyarung diri hias setara
berladung atma tangisan rinai
.
Alangkah indah persahabatan
bertegur sapa di alam maya
namun terjalin kemas ikatan
kekal selama ke hujung nyawa
.
Telekung jingga ustazah Ana
busana solat cantik bersulam
hadiah hati penuh pesona
dipakai daku siang dan malam
.
Meraup syukur Alhamdulillah
terima kasih juara pantun
moga rezeki dilimpah Allah
sukses afiat iring sepantun
PERASAAN
Emosi yang berbaur rona
jauh terpendam di dalam kalbu
diam menanggung jiwa merana
hanya dipilih melayan sebu
.
Apa guna gigih bercerita
siapakah yang akan fahami
bertenang sabar mengunci kata
laluinya pun bergulir semi
.
Nawaitu bantu apakan daya
tidak rasakan sekadar pandang
bahu memikul lelah upaya
pasrah walaupun beratnya gadang
.
Paut semangat genggam tawakal
Allah mendengar rintihan hamba
lara mendera derita sangkal
senyum ceria leburkan hiba
PESONA CINTA
Dalam al-Quran tersurat sudah
bermula cinta Adam dan Hawa
di dalam syurga terlakar indah
iblis mendurja agar kecewa
.
Anthony cinta Cleopatra
sepenuh hati cuba praktis
dalam riwayat terlukis citra
jelita wajah gambaran artis
.
Romeo dan Juliet terkorban
kerana cinta tersalah tindak
novel Shakespeare selesai beban
watak dicipta selari tandak
.
Uda dan Dara versi warisan
berpisah kasih cinta sejati
timbunan harta jadi batasan
Uda dibenci terbunuh mati
TONGKAT
Tatkala lemah mengatur langkah
perguna tongkat cecah jambatan
usaha daya tidak bertingkah
hindar segala duri kaitan
.
Tongkat mengukuh sokongan diri
tegak ceragah menyongsong angin
asa sejati gagah berdiri
gejolak hiba mulai mendingin
.
Semakin kukuh kaki berpijak
bersama tongkat titi seberang
yakin terawang tinggalkan jejak
gelombang riang beralun girang
.
Tongkat di tangan entah ke mana
dilontar jauh ke dalam semak
dianggap ganggu gaya sempurna
andai disimpan hanya menyemak
PERTEMUAN
Issey Miyaki wanita tabah
Seti Zaleha setia sisi
jauh melangkah hala berubah
santun ukhuwah sahabat rasi
.
Tidakku jangka akan bersua
salam dihulur tersenyum manis
di muka pintu nyata berdua
sedu di hati bergenang tangis
.
Terima kasih sudi ziarah
bersusah-payah alamat cari
masuki lorong tersalah arah
bertemu daku seorang diri
.
Maafkan daku serbanya kurang
sambut tetamu tidak sempurna
ingin raikan segala karang
kerana daya hajat merana
SUMPAH MENTERI
Demi setia kepada nusa
bibir melafaz segala janji
simpan rahsia apa terasa
serlah mulia sifat terpuji
.
Kepada bangsa menabur bakti
bukan sekadar kerana syarat
jujur amanah kekali di hati
selagi darah selirat urat
.
Ambil rasuah tidak sekali
khazanah nusa biar bertambah
maruah diri ambil peduli
walaupun cara telah berubah
.
Sumpah hadapan Allah Yang Agung
besar ujian tidak tertanggug
DESA TERCINTA
Desa kelahiran amat indah
telah lama daku tinggalkannya
khabar tersebar terlalu mudah
ada petaka mengenainya
.
Terkenang daku khayal merenung
bendang menghijau luas saujana
jaluran putih di kaki gunung
air menerjun jauh di sana
.
Di puncak Jerai jelas pencawang
hubung sistem telekomunikasi
pelbagai projek terawang-awang
pemaju rancang segenap sisi
.
Gunung Jerai pun galak ditarah
tega musnahkan alam sekitar
tatkala hujan mencurah-curah
hanyut segala cuma sebentar
ADIKKU YANG MANIS MAAFKAN DAKU
.
Aku terlalu ingin bertemu
denganmu hasrat hati berkata
walau sekadar hanya bertamu
namun impian tidak ternyata
.
Kita berkenal di alam maya
manis wajahnya penulis mapan
editor lagi rajin berkarya
bukunya terbit santun harapan
.
Termangu daku renung aksara
tidak melintas di mukabuku
adikku ini diam bicara
ke mana dia tertanya daku
.
Budimu adik terkenang-kenang
riuh ciapan sang murai pagi
dukanya hati cemarlah tenang
adikku sayang tiada lagi
.
Hazama Harun nama sebenar
dan Aiza Zizan pena samaran
telahpun jauh dibawa sinar
akhir Ramadan jelang lebaran
.
Langkahmu laju mendahului
doaku sayu mengirim doa
takdir Rabbi tidak ketahui
akhirnya pasti bertemu jua
RINDU
Rindu padamu melaut duka
mengenangkanmu bersilih hari
darah memerah jiwa terluka
berharap moga sembuh sendiri
Pesona rindu bukan kepalang
memujuk hati agar bersabar
Ramadan hadir Syawal menjelang
anak perantau berdebar-debar
Moga terlerai rindu yang sarat
ingin bersua ayah dan bonda
ukhuwah kasih bertaut erat
saudara-mara riang bercanda
Norma baharu menjadi lama
kawalan langkah menjerut sukma
BUNGKUSAN RINDU
Bungkusan rindu belum terbuka
Siang dan malam berganti hari
Mengenangkanmu melaut duka
Perihnya luka tidak terperi
Usung bungkusan ke mana-mana
TIGA HARI
Hanyalah tiga hari sahaja
akan berada hamba di sini
sedari pagi sehingga senja
malam beransur menjelang dini
Ternyata hari milik sebenar
hayatnya hamba untuk nikmati
menarik nafas mengusir nanar
amal ibadah sesungguh hati
Semalam sudah jadi kenangan
pahit dan manis tertulis rapi
sejarah lalu sumber karangan
terbuai rindu mengulit sepi
Mengharap esok bakal menjelma
entahkan mungkin entahkan tidak
rencana susun sekian lama
takdir penentu apa kehendak
MAKANAN
Jika makanan pilih yang halal,
mendarah daging peroleh dalal.
Jika makanan tidak yang bersih,
penyakit datang sukar disisih.
Jika makanan bercampur-campur
memulas perut sakan gelupur
Jika makanan sering ditambah,
kawan sebelah riak berubah.
Jika makanan ambil berlebih,
perut memboyot kulit gelebeh.
Jika makanan manis bergula,
diserang diabetis risau menggila.
Jika makanan masin bergaram,
hipertensi pun mula mengeram.
Jika makanan suka meminta,
tidak diberi mengata-ngata.
Jikalau makan sambil berdiri,
Adab sebenar tidak sedari.
Jikalau makan berpada-pada,
Usus nan kecil isi waspada.
Jikalau makan suka sebarang,
Tubuh yang sihat sakit mengerang.
Jikalau makan beralih tempat,
Ramai memandang sempat mengumpat.
Jikalau makan berlebih-lebih,
Perut memboyot kulit gelebeh.
Jikalau makan manis bergula,
Bimbang diserang diabetis pula.
Jikalau makan masin bergaram,
Hipertensi dera wajah pun suram.
Jikalau makan suka meminta,
Tidak diberi tentu derita.
Jikalau makan saling menyuap
Kasih dan mesra meluap-luap.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
19/09/019
Virus-free. www.avast.com |
Attachments
area
SEJARAH DUNIA
Nota sejarah sedang tertulis
Siapa sangka libatkan
kita
Satu dunia bagai
dipilis
Virus Corona merenjas
rata
Sering dibaca catatan
silam
Cerita tentang wabak
penyakit
Sekadar samar yang
ilam-ilam
Tidak diduga mungkin
berjangkit
Kini berada dalam
sejarah
Alaf baharu gaya
baharu
Agar berakhir semata
pasrah
Bijak atasi ridak
selaru
Kepada Allah lafaz
munajat
Lindung segala gara
musibah
Mohon dikabul sedikit
hajat
hamba berdosa merayu
sembah
DENGKI KHIANAT
Dengki khianat sikap tercela
menghina keji elok sisihkan
didik perangai saling membela
sifat mulia mesti amalkan
Sering berlaku tika terkini
suka memfitnah mengadu-domba
reka cerita itu dan ini
wajah serius tapi selamba
Andai percaya jerat mengena
mulailah hati merasa gusar
rusuh kecamuk gundah gulana
niat pendengki menuju sasar
Hubungan mesra menjadi renggang
dulu bersatu kini berpisah
elak bersama walaupun
senggang
akhir segala mengundang resah
Retak sedikit berkecai sudah
angkara iri menggelut atma
nasihat benar tidak diendah
mencerai-berai hajat utama
SEUNTAI PERCAYA
Laksana
kalungan malar melur
harum
membugar dititis
jernih gemerlap embun pagi
terselit ayu dibawah
labuhan kerudung.
Menguntai kepercayaan
memudar ragu
walau hanya sekelumit
rasa.
Menyerlah cinta obsesi
melampaui.
Kewajaran hanya
polemik berpanjangan
Menyimpul bohol
kerumitan
sukar dirungkai.
selama masa
membiarkan.
Justeru menggugurkan
untaian kepercayaan sebenar
fatamorgana ilusi
menjati atma selama.
PARIDAH ISHAK
ULU JEMPOL
PAHANG DM
Virus-free. www.avast.com |
SEORANG SIFU
Jalanan maya banyak
simpangnya
tersalah hala bimbang
tersesat
Saniah Masri tunjuk
arahnya
tidaklah lagi
terpisat-pisat
Hasrat pertingkat ilmu
sastera
media maya manfaat wadah
berguru dengan sifu
bitara
mulanya sukar berakhir
mudah
Genre puisi pelbagai
jenis
sifu mengajar penuh
teliti
bergolak rasa masam dan
manis
kala ditegur tercuit
hati
Sifuku Tabir Alam
bestari
sarat ilmunya di dalam
dada
daya ingatan di hujung
jari
jawab soalan biar senada
Sempena ulang tahun
sifuku
sihat afiat lestari
hayat
panjang usia tulus doaku
karya kecilku menyusun
ayat
SANTUN KASIH
Adik beradik saudara
mara
jiran tetangga kawan
sahabat
ukhuwah kasih erat dan
mesra
kenali makna kaum
kerabat
Bertanya khabar jauh dan
dekat
mengambill tahu senang
susahnya
terasa renggang segera
ikat
agar hubungan kekal
jalinnya
Bertolong bantu bahu
membahu
masalah berat berubah
ringan
tidak mengendah
mengambil tahu
bersatu padu berpisah
jangan
Ada masalah usaha
rungkai
duduk berbincang
bermesyuarat
kata diputus tidak
pertikai
apa tersurat sama
tersirat
Kasih dan sayang bersemi
segar
bak puspa indah harum
kasturi
tegaknya pohon usah digegar
taman ukhuwah cantik
berseri
SALAM RAMADAN
Masih berdiri di ruang
ini
kala Ramadan menghulur
salam
cinta Ilahi syukuri kini
tiada sirna suram
berbalam
Sinar Ramadan aura
mencerah
hapus gelita cerah
merata
kepada Allah reda
berpasrah
mendamba kasih bersulam
cinta
Dakap Ramadan kejap dan
erat
enggan lepaskan walau
leraikan
hela nafasnya menadi
urat
jiwa nan murni dapat
rasakan
Nikmat Ramadan
tidak sedikit
demi hamba-Nya Allah hamburkan
himpun amalan biar
membukit
ganjaran besar Allah
janjikan
Bulan Ramadan amat mulia
jagalah adab pekerti
diri
sopan berbudi sifat
aulia
menghina keji dosa
hindari
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
7/05/019
RAMADAN NUR LANGIT
Semesta alam gemilang cerlang
cahaya rahmah menyerlah berkah
amal ibadah usah dibilang
tawakal hati mengawal tingkah
Kasih Ilahi hamba diuji
wajib puasa bulan Ramadan
rajin sedekah khatam mengaji
Allah berjanji imbal sepadan
Ramadan tiba bunga berkudup
bakal berkembang indah meranggi
diiring amal lestari hidup
terbuka jannah taman mewangi
Janji Ilahi pasti tepati
tidak berdusta menghambur kata
pahala Allah usah perhati
usaha kutip butir permata
Kala Ramadan berangsur pergi
hati menggundah resah gelisah
ditinggal pergi terasa rugi
sedih terkilan hendak berpisah
PARIDAH SHAK
Desa Melor Serendah
14/12/018
SECORET PESAN
Keluhan itu luahan rasa
sekadar zahir rasa empati
pegal terbuku melukis rupa
apa yang mampu diucap lagi
Tegarkan asa usah mengalah
gemala minda menimbang keputusan
onak dan ranjau sudah diredah
gelora hidup tanpa alasan
lestari hayat laksana alam
kadang gelita kadang benderang
berlalu siang berganti malam
ombak melaut surut dan pasang
Medan akli terbelah juga
Berbolak-balek buruk dan baik
positif negatif sering duga
sifat hakiki turun naik
Atasi aral dengan berpada
doa tawakal kepada Allah
terima tentu-Nya dengan reda
kepada Dia kita berserah
terlalu ralit mengejar dunia
tidak seimbang dengan akhirat
kelak tertinggal kerana alpa
di Padang Mahsyar bimbang mudarat
PARIDAH SHAK
Desa Melor Serendah
14/12/018
KUATRIN
SIAPALAH KITA
Siapalah kita suka menghina
gemar mencerca tidak berkenan
mudah melontar batu mengena
tuju sasaran bawa peranan
Sekadar kenal
belum bersua
bagaikan akrab tersangat rapat
luar dan dalam tahu semua
arif segala buktinya tepat
Sedikit tahu habis
dibongkar
bagai menulis sebuah karya
darinya pucuk hingganya akar
dicoret larik di media maya
Cacian hina bukan budaya
budi bahasa santun
Melayu
sebabkan ragu
hilang percaya
maksud sebenar lagu mendayu
Di tempat tinggi Dia tercinta
tingkah hamba-Nya jelas perhati
Rakib dan Atid terus meninta
Di Padang Mahsyar memapar bukti
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
11/04/019
KUATRIN
KASIH INI
Kasihku ini hanya untuk-Mu
tidakku ragu mengukir
kata
pernah keliru sering
bertamu
pudar gerhana tulusnya cinta
Sesalan datang tidak
terkira
rasa berdosa menimbun tinggi
sesak dihimpit perih sengsara
tidakkan mahu diulang lagi
Murni kasih-Mu daku mengharap
kudus cinta-Mu kepada hamba
tulus sayang-Mu inginku serap
ampuni salah amat didamba
Bagai meruntun
di dalam sukma
ingin bertemu melerai rindu
saat dinanti bakal bersama
renyai tangisan tersedu-sedu
Detik berlalu
dibilang-bilang
langkah hampiri makin mendekat
tiada aral dapat menghalang
tatkala nafas sudah tersekat
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
11/04/019
KUATRIN
LORONG INI
Di lorong ini aku tersesat
tidak kutahu mana arahnya
peluh menitis kuseka kesat
langkah kuatur tega perihnya
Kutemu rakan kawan sejalan
berbeka riang
berkongsi rasa
kadang bergelak kadang terkilan
dihambur dengan kata
berbisa
Di lorong kecil ruangnya sempit
sesak bernafas sedut
udara
daya dijana meski berhimpit
hasrat sebenar mencipta citra
Karya tercantik digubah mampu
moga pesona dilirik pandang
seri cahaya lantera lampu
nikmati syukur apa dihidang
Di lorong ini berpencak silat
melakar ilham melukis benar
beri manfaat tidak meralat
fikiran jernih merawat nanar
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
10/04/019
FLORA FAUNA ALAM
Flora fauna santunan alam
Allah wujudkan dengan sempurna
Saling lengkapi tersurat kalam
Amanah hamba wajjib laksana
Flora hijau damaikan jiwa
Alam sekitar permai meredup
Bunga-bungaan berkembang lawa
Harum aroma menyegar hidup
Buah-buahan merata dusun
Pelbagai jenis di dalam rimba
Tidak terkira bersusun-susun
Kurnia Allah kasihkan hamba
Fauna berada di mana-mana
Kecil dan besar berbilng-bilang
Laut dan darat huni berlena
Makhluk ketara
kalang berselang
NORMA BAHARU
Sering di ulang dalam bicara
norma baharu gaya terkini
usah dilanggar permudah cara
apa disaran mesti yakini
Rakyat jelata akur sahaja
anjuran baik tidak dibantah
patuh segala tidak mendurja
Virus corona semoga betah
Akhirnya landai peratus wabak
bersyukut hamba pada Pencipta
dapat kembali rutin ditebak
sayang sekali tidak ternyata
Norma baharu tidak dihadam
ada yang engkar kononnya kebal
hamba setia laksana khadam
No comments:
Post a Comment