MADAH
#1 MADAH
#1 PENULIS
Penulis persis tukang masak akan memasak pelbagai resepi menurut
kebolehannya dengan cara olahan
tersendiri walau ramuannya hampir sama namun persembahan hasil karyanya
berlainan kenikmatan rasanya.
#1 MADAH
#2 PENULIS
#1 MADAH
Penulis berpengetahuan luas, akan berjaya menuliskan karya berisi fakta
sebenar sesuai dengan khalayak sasaran berdasarkan ilmu menjadi amalan berterusan memberi pahala
walau telah tiada. Insya-Allah.
#3 PENULIS
Ilham apa pun
ternyata ditulis, datang dari Allah SWT. Lalu bermohonlah kepada-Nya
selalu agar tidak kekontangan idea untuk menulis perkara baik semata, sebagai
warisan kelak ditinggalkan..
Bermuhasabah menyedarkan diri kesilapan yang menjadi noda
hitam atas kanvas kehidupan lalu berusaha memadamnya hingga sirna.
Kalau berani mencuba tentu boleh berharap sebarang
kemungkinan hasilnya. Sekadar semata berharap tiada harapan.
Cinta sejati akan mengikhlaskan perasaan dikuasai yang
dicintai.
Perbuatlah kebaikan selalu justeru ia akan memayungi susah payahmu saat perlukannya.
hendak mengambil sesuatu keputusan itu sewajarnya perlu
diteliti sebaik mungkin agar tidak nanti dikesali kemudian hari
Cipta bahagia mengikut situasi dan nikmatinya tanpa sebarang rungutan
Memaklumkan sesuatu biar maluman itu dimaklumi dan tidak mengelirukan untuk memahaminya
releven situasi semasa
#1
Walau terasa payah hadapi hidup justeru wabak COVID-19,
bawa bersabar dan bertenang selalu kerana setiap dugaan Allah bersalut hikmah
yang belum terbuka sebagai tanda Allah
sedang menguji keimanan hamba.
#2
Lestari ukhuwah dan mengerat ikatannya semesra mungkin
tanpa kekangan walau tidak bersentuhan lantaran mudarat koronavirus menular
kerananya jika tersengaja atau tidak melakukannya. Demi keafiatan yang tersayang.
#3
Patuhi ketetapan unjuran pihak berwajib kepada setiap
warga negara kerana mentaatinya
merupakan langkah terbaik untuk menghalang koronavirus daripada terus
menyebarkan penyakit demi kebaikan semua.
Kebersihan itu sebahagian dari iman dan tuntutan agama,
langsung tidak boleh dipertikaikan kebenarannya
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
SEMOGA CERIA SELALU MENITI DISEMBER SEHINGGA BERAKHIR 021...
Kakpidah simpan di sini
memori beberapa buku yang diterbitkan tahun 021 via penerbit tersenarai.
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian menerbitkan
karya kakpidah yang seadanya saja ;
1. SPTA
2. DBP
3. NUHA BOOKS
4.WRITER WRITE
5.NUMERA
6. PEMUISI
7. TINTA KARYA
8. KARYAWAN PK
9. JOM SASTERA
10. SYIHABUDIN PRESS
11. ESASTERA GAKSA
PELARIAN
.
Mesti
berlari sekuat hati
jauhkan
diri langkah amati
Kalaulah
masih tunggu di situ
nasib
mudarat sudahlah tentu
Apa
yang mampu semua bawa
demi
teruskan hidup bernyawa
Menumpang
kapal menukar arah
tinggal
segala jadi sejarah
Pertaruh
harap setinggi mercu
meriah
rona semerah gincu
Bungkusan
lusuh buang ke laut
tiang
gaharu erat dipaut
Tanah
yang hujung sampailah jua
ingin
dihuni sehingga tua
Mungkinkah
sudah jemu berlari
sukar
meneka rentak menari
PERANG
Perang sedang
berlangsung teramat sengit
sebelah alam sini
Jasad terbujur hilang
nyawa terdorong ke gaung
laju berlari menyorok
diri dalam graha sunyi
berlindung serangan
bertubi-tubi kanan kiri
Geletar bibir mengucap
Allah! Allah! Allah!
lirih sendu bersatu mengharap
karamah langit
menghujani rahmah afiat
daya upaya elak peluru
musuh seni
Saki baki jasad
tergeletak lemah dalam ruang
alam sebelah sini
Berdamailah takdir
pohon perang ini tumbangkan
musuh seni mohon
tewaskan wahai Al Malik
Kasihani nyawa
mendenyut nadi wahai Al Muhamin
dan izinkan jantung
masih berdegup
menghirup udara
kasih-Mu
semesta buana
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
1/07/021
SEMI LANGIT MENANGIS
KEBAL
Siaga kemungkinan
apapun bias terjadi
Sebab ujud diri tidak
lutvirus meski lut haba
Tapi kalis rasa kalis masalah,
kalis peluru adil
Kalis segala ranjau
reba duri tajam menusuk hayat
Namun tidak kalis
panahan virus corona
Amukannya menafikan
kekebalan hamba
LABA LOMBONG
Ayuh ke sini!
Lombong Pengiran terbiar pinggiran jantung tanjung
prakarsa keras cari
gali
Dalam perutnya ada
timah, emas, perak, berlian
penuhkan kantungmu
dengan laba
Andai hanya memandang
lelah kecundang
Bersaing mendulang
mengayak kerikil
menyisih pasir halus
pilih mutiara
mengusir ngeri virus
halimunan
Demi laba
Peduli apa!
Tawakal Allahu
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
22/9/020
SEORANG PENULIS
Menulis catatan
teramat asyik
sungguh-sungguh
Hayati
Waktu pun bergulir
tidur dan lena
senyum tangis
terlakar
Tersirat tersurat
luahan rasa
lagu jiwa
senada
Menyelak semula
lembaran silam
enggan hati
membaca
Sekian lama catatan
itu kita tulis
Mungkin bertimbun
setinggi mercu gunung
periwayatan sejak
kelahiran
hingga noktah terakhir
kematian.
Hari pengadilan
Mahsyar
terentang skrin layar
Ilahi
menjustifikasi setiap
zarah amal kebatilan kebaikan
walau terlindung
tersembunyi
tidak diketahui.
Catatan yang diselak
buka
Satu persatu
lembarannya
adalah cerita
kehidupan yang ditulis
merentak tari kemahuan
kesukaan
menguasai bijaksana
pendirian.
Sebagai penulis
catatan hidup
bertanggungjawablah
dengan etika penulisan
ketentuan Editor.
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
24/06/020
SENTUHAN CURIGA
Disebalik pintu inikah musuh bersembunyi
Disebalik pintu kedai?
Disebalik pintu sekolah?
Disebalik pintu opis?
Disebalik pintu masjid?
Disebalik semua pintu?
Mangga kemas semuanya
Taringnya akan mengerkahmu
Menghisap darahmu hingga kering
Usah sesekali berani mati membukanya
Demi masylahat dambaan
Langkah laju hentikan
Berkurunglah dalam syurga fana
Rumahmu
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
14/7/2020
LORONG KLISE
Hanya lorong ini
mesti ditelusuri hingga hujungnya
pengakhiran bagaimana sukar terduga
Menuntut wajah peribadi skema
melupus noda mencela
Lorong ini gelap buram temaram
melangkah yakin berhati-hati
Penamatnya bukan jalan mati
sabar menyerlah sinar benderang
sirna gelita semesta
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
14/04/2020
SIAPA KAMU?
Siapakah dia
Berani sungguh
Menguncimu di ruang sempit ini
Serasa nafasmu sukar dihela
Omelanmu berjela-jela
Menyeranah corona merajalela
Sedang tentera Alah itu utusan halus
Membawa risalah semesta jagat
Ingat akhirat
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
13/04/2020
KLUSTER
Ijtimak tabligh masjid
kluster satu
Allah duga
rantaian
Kluster Italy
warisan darah
erat hubung
menjangkit
Meriah kenduri
kluster Bangi
saling kunjung
penyebab
Kluster kayangan
status tinggi
makan hati
KKM
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
12/4/2020
MORITARIUM
Hendak kemana tu
pergi sekolah
tutup pula
bosannya
Hendak kemana tu
pergi kenduri
simpan pinggan
tak jadi
Hendak kemana tu
ke kedai dekat
beli barang
bolehlah
Hendak kemana tu
pulang ke kampung
simpan rindu
menunggu
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
12/04/2020
SENTUHAN CURIGA
Disebalik pintu inikah musuh bersembunyi
Disebalik pintu kedai?
Disebalik pintu sekolah?
Disebalik pintu opis?
Disebalik pintu masjid?
Disebalik semua pintu?
Mangga kemas semuanya
Taringnya akan mengerkahmu
Menghisap darahmu hingga kering
Usah sesekali berani mati membukanya
Demi masylahat dambaan
Langkah laju hentikan
Berkurunglah dalam syurga fana
Rumahmu
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
11/4/2020
JUARA
Asa yang lemah longlai
dahan diri sekah
terkulai
yakinnya lebur
Dalam semangkuk bubur
campur
caca marba citarasa
bersatu
Pilihannya muktamat
bingung melengung
ruwat mendesir
Menukar pesimis kepada
optimis
rencana awal dirangka
sinis
sarat kemelut tanda
tanya tergumpal
polemik celaru mengharu
biru
Pergelutan di perdu
pohon gerigis hidup
mengintai juara semasa
Di dalam cermin
citra sebenar nyata
tertera
hakikat tidak pernah
berdusta
semata pilihan
tidak merubah makna
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
17/09/020
ASSALAMUALAIKUM
SEMANGAT
JITU
Dugaan berat mata memandang/
melihat kudratmu berjuang/
perjalanan berliku dalam kehidupan/
memintal kudrat sepenuh jiwa raga/
perjalanan takdir tiada siapa yang tahu /
arah tuju bahtera nasib /
hidup ini indah bila saling menghargai/
tawa mu penyubur kasih/
simpati kami bukan sedikit/
kau harungi dunia yang gelap gelita/
siang dan malammu sama sahaja/
doamu tiada hijab/
darjatmu telah di angkat/
kian sukar kau melontar suara/
bibir bergetar menghimpunkan aksara/
kini aku sudah mengerti/
kau sudah kehilangan suara/
masih mampu mengukir nama di persada sastera/
ILHAM SURI SANIAH MASRI
MUADZAM SHAH PAHANG
10/9/2018
CINTA
Cinta
Indah,, suci
seni relung hati
dakap kemas abadi rasa
tidak mungkin dilepas jauh
agar bersama selama
kembaran jiwa
murni
SIRIH PULANG KE GAGANG
Sekian lama berpisah jauh
Rindu-rinduan di rantauan mendura lara
Pertemuan meleraikan rusuh resah
Sirna sengketa dalam pahit kenangan
Demi Allah ikat kejap ukhuwah terburai putus
Justeru prinsip dipertahan melonjak megah ego
Dosa kesilapan tafsirnya milik-Nya
Biduk lalu kiambang bertaut
Serasi bersama lestari selama
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
15/03/019
BUNGA
ANGGERIK
Bugar segar kelopak indah
Untai kudup ayun melengguk
Nama setara rona
Gantung tinggi rendah
Anggun hiasi ruang
Amat teruja menatapnya
Nan pelbagai rupanya
Geram hati ingin miliki
Gerhana rasa perih luruh
Endah pesona puspa
Ria terserlah di wajah
Impi suatu tika
Kutanami semua jenisnya
BINGUNG
Melengung lesu
Arah fikir celar tuju
Asakannya mendera kalbu
Ketenangan dikocak resah
Melonjak pucuk api amarah
Sabar membelai pujuk
Namun rajuk
PENJAGA GUNUNG
Renung
dari langit lazuardi celahan awan
berdiri susuk-susuk hamba kerdil memasang
perangkap
demi memperolehi habuan mahu gerangan
menarah lereng menggerudi
luka wajah jelita gunung Jerai warisan Merong
Mahawangsa
menuju puncak menyucuk ceracak sana sini
tanpa segan ngeri pada penjaga gunung
yang mewujudkannya sesuai perlu
sebagai tonggak tunjang bumi sejak purba
Kegelojohan yang melangkaui batas tersengaja
tindak laku
rakus
serakah nafsu menguasai mercu gemala kecil di ubun
tidak terasa tugu dosa sedang dibina
mencemari hening harmoni alam mengusiknya
Mega mendung pawana bersiru
maka bersatu udara tanah hujan menghukum
kezaliman tidak tersanggah
mendongak puncak kepala air menerjun lembah
perangkap dipasang kemas
menjerat diri menghanyutkan kesombongan
namun kesilapan dinafikan tiasa
malaikat penjaga gunung menghantar laporan
kepada Khalik
PARIDAH ISHAK
Desa Melor Serendah
20/08/021
No comments:
Post a Comment