RANCANGAN
PURBAWARA
PENERBIT: .
TAJUK: BONEKA KENCANA.
PENULIS: PARIDAH BINTI ISHAK.
ALAMAT: NO.7, JLN 7F, DESA MELOR, SERENDAH, SELANGOR.
K/P: 580524-02-5748.
HP/
E-MEL: 019-2525742 /
paridahishak@gmail.com
PELAKON: 1. ……………sebagai RADEN GALOH CENDERA KIRANA/PANJI SEMIRANG.
2.
……………sebagai RADEN GALOH ADJANG.
3.
……………sebagai PADUKA LIKU.
4. ……………sebagai
RADEN INU KARTAPATI.
5. ……………sebagai
PERABU DAHA.
EFEK: 1. SUARA RAMAI BERSETUJU
2. SUARA PERGELUTAN.
3. BUNYI KUDA
DITUNGGANG
SINOPSIS
Raden Galoh Adjang mencemburui kekandanya Raden Galoh
Cendera Kirana kerana lebih disayangi
ayahanda mereka. Kedua-duanya anakanda Perabu Daha berlainan ibu. Raden galoh
cendera kirana ibunya permaisuri Perabu. Galoh Adjang pula anak gundek Perabu;
paduka Liku. Paduka Liku juga amat iri kepada permaisuri dan anak tirinya.
Beliau meracun permaisuri dengan tapai kirimannya. Ubat pengasih digunakannya
untuk menundukkan Perabu Daha agar menuruti semua kemahuannya. Raden Galoh Cendera
Kirana didera setiap masa. Ayahandanya Perabu Daha menyebelahi angkara Paduka Liku
kerana kini dibawah pengaruh jampi pengasih Paduka Liku
Raden Galoh Cendera Kirana mempertahankan boneka
kencana hadiah tunangannya Raden Inu Kartapati daripada dirampas dan diberikan
kepada Raden Galoh Adjang. Perabu Daha menghukumnya dengan menggunting rambut
anaknya dengan tujuan menghinanya. Raden Galoh Cendera Kirana teramat sedih. Beliau
melarikan diri dengan bantuan pateh Karma menteri Daha bersama pengikutnya membuat
istana di hujung negeri dan menyamar sebagai lelaki bernama Panji Semirang.
Setiap angkatan yang membawa dagangan ke negeri Daha diserang dan dirampas barangan dibawa.
Akhirnya Panji Semirang bertempur dengan tunangannya yang membawa hantaran perkahwinan ke negeri Daha.
Tapi Raden Inu Kartapati tidak mengenali Panji Semirang ialah tunangannya yang
menyamar sebagai lelaki.
GRAM: MUZIK PENGENALAN.
JURUHEBAH: Wahana citra warisan bangsa, dipersembahkan dalam Purbawara.
(PAUSE) Purbawara dengan kisah “BONEKA
KENCANA” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor. “BONEKA KENCANA”.
SYAIR: Bermula
syair ditulis pena,
Raden
Galoh Chendera Kirana,
Hidup
sengsara tidak sempurna,
Didera
jasad jiwa merana.
Bonda
tirinya paduka Liku,
Dengki
dan iri hasad membeku,
Demi
mencapai hajat terbuku,
Angkara
zalim sanggup dilaku,
GRAM: MUZIK.
RG ADJANG: (MERAJUK)
Bonda lihatlah ayahanda Perabu! Ayahanda selalu melebihkan kekanda Chendera
Kirana daripada anakanda. Apa salah anakanda! Anakanda juga anakanda ayahanda
Perabu.
PLIKU: (MEMUJUK) Sudahlah jangan menangis
lagi. Beritahu bonda apa yang terjadi!
RG ADJANG: Tadi
di dalam taman, seekor burung kepadang ingin nakda tangkap. Tapi ke tangan
Cendera Kirana dia melekap. Puas nakda meminta. Tapi tidak diberinya. Katanya burung itu sukakannya. Kini dia
pemiliknya. (PAUSE) Ayahanda Perabu dan bonda permaisuri juga bersetuju.
Sedangkan anakanda yang terlebih dahulu hendak menangkapnya. (PAUSE) Bonda
buatlah sesuatu demi anakanda ya bonda.
PLIKU: (MARAH)
Begitukah yang berlaku? Sungguh melampau batas perbuatan mereka memalukan
anakanda! Tahulah bonda hendak mengajarnya nanti. (MEMUJUK) Anakanda sabar dulu
seketika. Akan tiba masanya kita mengatasi mereka.
GRAM MUZIK
PLIKU: (SUARA
PERLAHAN) Adinda sudah dapatkan semua pesanan kanda daripada pawang pertapa?
Cepat berikan kepada kanda.(PAUSE) Terima kasih adinda Jaka. Hajat adinda
hendak menjadi menteri akan kanda penuhi setelah kanda bergelar permaisuri.
Pulanglah segera. Berhati-hati! Jangan ada yang memerhati kehadiran adinda di
sini. (MONOLOG) Dengan racun ini akan tamatlah riwayat permaisuri. Dan ubat
pengasih ini akan membuat Perabu tunduk kepada beta dan mengasihi beta.
(KETAWA) Baru mereka tahu siapa paduka Liku. (PAUSE) (SUARA TINGGI) Dayang bawakan
tapai yang beta sediakan ini kepada permisuri!
GRAM: MUZIK
RGC KIRANA: (MENANGIS)
(MONOLOG) Sampai hati bonda Liku meracuni bonda beta dengan tapai pemberiannya dan
ayahanda Perabu tidak dapat berbuat apa-apa kerana ayahanda disihir sedemikian
rupa menurut Pateh Karma. Hanya mengikut saja telunjuknya. Malang sekali nasib
diriku. Didera setiap hari paduka Liku yang tidak sedar diri itu. Galoh Adjang
juga semakin mengada-ngada bagai kaduk yang naik junjung tingkahnya. Tidak
tertahan beta menanggung derita.
RG ADJANG: (MENGEJEK) Berhentilah menangis kanda kerana bonda kanda yang
telah mati tidak akan hidup kembali. Sia-sia mengalirkan air mata duka,
membuang masa sahaja. Marilah bermain-main dengan dinda. (PAUSE) lihatlah apa
yang dinda pegang ini! Boneka gangsa kiriman Raden Inu Kartapati.
RGC Kirana: (MARAH)
Sudahlah dinda! Sungguh lancang bicara dinda. Usah lagi menabur bisa di hati
kanda yang luka. Pergilah bermain-main dengan bonda Paduka Liku dan ayahanda Perabu.
Tinggalkan kanda di sini sendirian.
RG ADJANG: Kanda
tidak mahukah malihat boneka gangsa kiriman tunangan kanda ini? (KETAWA)
Alangkah malangnya nasib kekanda kerana tunangan kanda akan jadi suami adinda!
Kanda akan terus menangis sendirian.
RGC Kirana: Usahlah
dinda bermimpi. Tidak akan kanda benarkan terjadi!
GRAM: MUZIK.
PERABU: (SUARA
TINGGI) Dayang bawakan bungkusan titipan Raden Inu Kartapati dan berikan kepada
Raden Galoh Cendera Kirana
RGC KIRANA: (HAIRAN) Ada juga juga titipan Raden Inu Kartapati kepada anakanda?
Syukur anakanda kepada Yang Maha Esa. Terima kasih ayahanda Perabu!
RGADJANG: (KETAWA
GELIHATI) Ambillah kanda! Titipan ini hanya sisa pilihan dinda. Lihatlah bungkusan
kirimannya hanya di dalam balutan kain
usang. Memang layak pun kanda menerimanya.
Mungkin isinya cuma kain buruk buat kanda menghapus air mata.
PERABU: Biarkanlah
kandamu sendirian di sini. Ayuh kita balai rong istana menemui bonda anakanda
permaisuri Liku.
GRAM MUZIK:
RGC KIRANA: (TERUJA) Wah indahnya boneka kencana! Terima kasih kanda Raden Inu
Kartapati kerana memberi dinda hadiah ini. Kanda seakan memahami keaadan dinda
kini. Dan mengutus hadiah indah hanya dibalut kain buruk. Sedangkan boneka
gangsa pilihan Galoh Adjang dalam bungkusan yang elok rapi. (PAUSE) Dapatlah
beta bermain-main dengannya pengubat lara.
RG ADJANG: (TERUJA)
Eh boneka kencana! Cantiknya! Berikanlah kepada dinda.
RGC KIRNA: Tidak
mungkin kanda memberikan hadiah tunangan kanda kepada dinda. (MENGEJEK) Lagipun
kanda hanya terima sisa pilihan dinda dulu. Kenapa pula dinda kini tidak
berkenan dengan boneka gangsa dinda itu.
RG ADJANG: (MARAH) Dinda tidak peduli itu semua. Dinda tetap mahukan boneka
kencana itu. Cepat berikan kepada dinda!(BEREBUT) (PAUSE) Oh kanda berdegil ya!
Dinda akan adukan kepada ayahanda dan bonda dan kanda pasti akan dihukum!
(MENJERIT) Ayahanda! Bonda!
GRAM: MUZIK.
RG ADJANG: (MERENGEK)
Lihat itu ayahanda! Bonda! Kanda gembira
bermain dengan boneka kencana yang indah. Anakanda minta tidak mahu
diberikannya.
PERABU: (SUARA TINGGI) Anakanda Galoh Cendera
Kirana! Cepat berikan boneka kencana itu kepada Galoh Adjang!
RGC KIRANA: Ampuni
anakanda, ayahanda Perabu! Hadiah tunangan anakanda Raden Inu Kartapati tidak
akan anakanda beri kepada sesiapa!
PERABU: (SUARA
TINGGI) Nampaknya anakanda mengingkari perintah ayahanda!
PLIKU: (MARAH)
Sesiapa yang mengingkari perintah Perabu akan terima hukumannya! (PAUSE) Hukum saja Galoh Cendera Kirana, kekanda Perabu!
RGC KIRANA: (MERAYU) Ampunilah anakanda duhai ayahanda Perabu! Janganlah
dihukum akan anakanda.
RG ADJANG: Hukum sahaja ayahanda perabu! Usah bertangguh lagi!
PLIKU: (MENGGESA)
Cepat kekanda Perabu, laksanakan hukumannya!
PERABU: (SUARA
TINGGI) Petanda! Cepat bawakan gunting dan pisau ke sini! Galoh Cendera Kirana,
bersedialah menerima hukuman setimpalnya kerana ingkar perintah ayahanda.
GRAM: MUZIK.
RGC KIRANA: (MENANGIS)
Sampai hati ayahanda perabu menghukum beta dengan menggunting seluruh rambut
mahkota junjungan yang beta sayangi selama ini. Perbuatan ayahanda dan paduka
Liku, begitu menghina beta. (MONOLOG) Beta tidak boleh membiarkan diri beta
berterusan disiksa kejam begini. Entah apa lagi yang paduka Liku rancang terhadap
beta. Mungkin juga paduka Liku dan Galoh Adjang akan membunuh beta seperti
perbuatan mereka terhadap bonda beta. Beta perlu tinggalkan istana ini segera
demi menjaga keselamatan diri beta seperti nasihat Pateh Karma. (PAUSE) Wahai
dayang-dayang dan panglima beta yang setia, mahukah mengikut beta tinggalkan istana
yang semakin huru hara ini? Kalau kalian bersetuju, bersiaplah segera! Kita
berpindah ke hujung negeri membina istana baru.
EFEK
SUARA RAMAI BERSETUJU
GRAM MUZIK
RGCKIRANA: Sudah
pun siap istana kita. Terima kasih Pateh Karma bersama panglima-panglima dan
dayang-dayang beta yang setia. (PAUSE) Pateh pulanglah segera ke istana agar
kehilangan Pateh kerana membantu beta tidak disedari ayahanda Perabu dan paduka
Liku (PAUSE) Di sinilah kita dayang dayang dan panglima-panglima beta bersama merancang acara seterusnya. Setiap
angkatan yang bawa dagangan ke dalam negeri Daha kita serang dan rampas
barangan yang dibawa tanpa mengira siapa. Di sini beta adalah Panji Semirang
seorang perjaka.
GRAM MUZIK
EFEK PERGELUTAN
RGC KIRANA: Berjuang
habis-habisan panglima-panglima beta yang perkasa. Kalau ada yang melawan
habiskan saja riwayatnya. (PAUSE) (SUARA TINGGI) (MONOLOG) Siapakah pula
berkuda laju menghala sini. Seakan beta kenali lagaknya.
EFEK
BUNYI KUDA DITUNGGANG
RI KARTAPATI: (MARAH) Kenapa angkatan
beta dihalang perjalanannya menuju Daha. Apa pula masalahnya? Siapakah tuan
hamba semua? Berani sekali kalian menentang angkatan beta!
RGC KIRANA: (SUARA TINGGI) Hamba Panji Semirang, penguasa sempadan negeri!
Siapa pula tuan hamba ini?
RI KARTAPATI: Beta Raden Inu Kartapati, putera Perabu
Kuripan! Beta dalam perjalanan ke Daha untuk mengahwini Raden Galoh Cendera Kerana.
Hajat beta dan angkatan usahlah dihalang!Biarlah beta meneruskan perjalanan
dengan aman.
PSEMIRANG: (LUNAK)
Oh begitukah? Maafkanlah panglima hamba kerana menggendalakan perjalanan raden
yang mulia. Sebelum raden berangkat menuju Daha sudikanlah raden ke istana
hamba terlebih dahulu. sebagai tanda pertemuan kita. Sembari melepaskanlah
lelah diri sebelum meneruskan perjalanan (MONOLOG) Cukuplah sekadar dapat
bertemu kekanda Raden Inu kecintaan hati beta seketika di sini! Beta hanya
boleh berdoa, perkahwinan kekanda raden dengan Galoh Adjang tidak terjadi
kerana ketiadaan beta di sana Galoh Adjang pasti jadi penggantinya.
RIKARTAPATI: Terima kasih atas baik budi Panji
Semirang melawa beta ke istana panglima. (PAUSE) Tapi beta merasa tuan hamba
ini seolah pernah beta kenali. Dan beta
nyaman tanpa gusar berada di sisi tuan hamba. Beta akan singgah di sini lagi
sekembali dari Daha bersama Raden Galoh Cendera Kirana setelah berkahwin
dengannya.
SYAIR: Galoh
Adjang kini bermegah,
Kehendak
hati tidak tersanggah,
Iri
dan dengki rasa menggugah,
Dengan
kekanda asyik telagah.
Boneka kencana punca masalah,
Cendera
Kirana merasa lelah,
Pertahan
kaduh tanpa mengalah,
Dihukum
Perabu kerana olah.
GRAM: MUZIK.
RIKARTAPATI: Ampun ayahanda Perabu!
Anakanda turut bawakan hadiah aguk ratna berrsama kalungnya kiriman ayahanda
Perabu Kuripan. Sudikanlah ayahanda kalungkannya ke leher ayahanda.
PERABU: (GEMBIRA)
Terima kasih anakanda! Adinda Perabu Kuripan tidak pernah lupakan beta
kekandanya. (PAUSE) Anakanda Raden Inu Kartapati telah tiba dari Kuripan dengan
alatan persiapan perkahwinan sebagaimana perjanjian yang diperteguhkan bersama
dahulu! Tapi ayahanda dukacita hendak menyampaikan khabar ini kepada anakanda.
Tunangan anakanda telah hilang entah kemana. Puas dicari tidak bersua.
P.LIKU : (MENGHASUT)
Raden Galoh Cendera Kirana itu tidak sesuai untuk dijadikan isteri anakanda
kerana perangainya buruk sekali. Sanggup meninggalkan negeri entah bersama
siapa tidak diketahui.
RG ADJANG: (SUARA
MANJA) Adinda kan ada. Biarlah adinda jadi pengganti kekanda yang tiada! Adinda
juga tidak kurang suatu apa. Lebih jelita daripada kekanda!
P.LIKU: Ya
bonda juga amat bersukacita sekiranya anakanda memperisterikan Raden Galoh Adjang
(PAUSE) (SUARA LUNAK) Tidakkah sebaiknya
begitu kekanda Perabu!
PERABU: (SERBA
SALAH) Ya ya! Ayahanda bersetuju dengan bonda permaisuri. Anakanda berkahwinlah
dengan anakanda ayahanda Raden Galoh Adjang.
RIKARTAPATI: Ampun ayahanda Perabu! Berikan anakanda masa untuk menimbang
keputusannya.
GRAM: MUZIK..
RIKARTAPATI: Beta merasa berat hati hendak berkahwin dengan Raden Galoh Adjang
kerana Raden Galoh Cendera Kirana yang beta cintai. Beta tidak percaya bicara
permaisuri itu bahawa tunangan beta buruk perilaku. Beta sudah kenali tunangan
beta sejak lama. Orangnya cantik dan baik hati budi. (MONOLOG) Beta pasti Pateh Karma pembesar Daha
tahu apa yang sebenarnya duduk perkara. (PAUSE) Pengawal! Panggilkan pateh
Karma ke sini!
EFEK: BUNYI PINTU DIBUKA
Masuklah kemari Pateh Karma. Ada
sesuatu yang terkilan ingin beta tanyakan. Diharap pateh dapat memberikan
jawapannya. (PAUSE) (FLASHBACK RADEN GALOH CHENDERA KIRANA DIHUKUM PERABU) (PAUSE)
Oh
begitukah kisah sebenarnya? (MONOLOG) Kasihan sungguh tunangan beta dihukum
ayahanda Perabu sedemikian rupa, angkara hasutan paduka Liku dan anakandanya
yang kejam itu. Tidak sanggup beta benarkan perbuatan keji mereka. Jikalau beta
mengahwini puteri paduka Liku itu mungkin beta juga akan menerima nasib seperti
ayahanda Perabu. Kasihan ayahanda Perabu! Semoga azimat yang diberikan ayahanda
Perabu Kuripan di dalam aguk mampu menawarkan jampi mentera paduka Liku dan
ayahanda Perabu Daha pulih sediakala. Ayahanda beta maklum akan masalah yang
menimpa kekandanya, Perabu Daha itu.
GRAM: MUZIK.
RIKARTAPATI: Ampun ayahanda Perabu!
Setelah menimbangkan keputusannya semalaman, anakanda bersetuju berkahwin
dengan Raden Galoh Adjang. (PAUSE) Tapi sebelum acaranya berlaku, izinkan
anakanda berjalan-jalan dahulu sebentar melihat keindahan negeri Daha.
PERABU: Silakanlah
anakanda. Tapi segeralah pulang ke istana kerana banyak acara yang perlu
anakanda jalani dengan sempurna sebelum perkahwinan anakanda berdua
dilangsungkan.
RGADJANG: Biar anakanda ikuti kekanda raden menemani kemana saja ya
ayahanda!
PLIKU:
Tidak boleh anakanda!
Diam saja di istana. Bonda akan mempersiapkan anakanda sebagai mantin dengan
busana indah tidak terperi, bersulam permata intan baiduri.
GRAM: MUZIK
RIKARTAPATI: Terima kasih Pateh Karma mengiring beta hingga ke hujung
negeri. Beta akan cuba mencari tunangan beta mulai dari sini. (PAUSE) Pateh
segeralah pulang ke istana. Sekiranya ayahanda Perabu bertanya katakan beta
terpaksa pulang ke Kuripan segera kerana ayahanda beta mengirim utusan membawa
pesan.
GRAM: MUZIK.
PLIKU: Cantik
sungguh anakanda berbusana indah bertatah ratna mutiara. Tambah berseri dengan
perhiasan intan berlian yang gemerlapan.
RG ADJANG: (RESAH) Tapi kanda Raden Inu Kartapati sudahkah dipersiapkan
bonda? Tidak sabar anakanda hendak bersanding di pelaminan bersama arjuna anakanda
itu bonda!
PLIKU: Bersabarlah
anakanda! Akan menjelma detik yang anakanda nanti sebentar sahaja lagi. (PAUSE)
Bonda juga turut bersukacita akhirnya kita dapat menyingkirkan Galoh Cendera
Kirana dan anakanda merampas tunangannya Raden Inu Kartapati. (KETAWA)
(BERBISIK) Nanti bonda berikan jampi mentera bagaimana anakanda hendak
menundukkan Raden Inu Kartapati.
PERABU: (SUGUL)
Nampaknya kegembiraan kita hendak meraikan perkahwinan anakanda kita tidak
menjadi. Anakanda raden Inu Kartapati telah pulang ke Kuripan!
PLIKU: (TERKEJUT)
Apa! Siapa yang memberitahu kanda Perabu?
PERABU: Pateh
Karma membawa khabar utusan Kuripan tiba membawa pesan menyuruh anakanda raden
segera pulang.
RGADJANG: (MENANGIS) Malunya anakanda tidak dapat bersanding dengan kekanda
yang amat nanda cintai sedangkan anakanda sudah berhias diri segala.
PLIKU: (MARAH)
Kanda ini semua tidak boleh dibiarkan berlaku! Sungguh berani Raden Inu Kartapati
memalukan beta dan anakanda beta! (PAUSE) Kanda Perabu! Isytiharkan perang
dengan Kuripan!
PERABU: (SERBA
SALAH) Tapi Kuripan itu negeri adinda kekanda! Tidak mungkin kekanda berperang
dengan saudara kekanda!
GRAM: MUZIK.
RIKARTAPATI: (MONOLOG) Sebelum beta berkelana keliling buana mencari Raden
Galoh Cendera Kirana, beta hendak singgah dulu di istana Panji Semirang. Beta
akan cuba mengajaknya bersama beta menjejak Raden Galoh Cendera Kirana.
(PAUSE) Akhirnya
sampai juga beta ke istana Panji Semirang ini. (SUARA TINGGI) Kalian semua
pulanglah ke Kuripan. Dan sampaikan pesan beta kepada ayahanda Perabu Kuripan
bahawa beta akan berkelana mencari tunangan beta Raden Galoh Cendera Kirana.
GRAM
MUZIK
RIKARTAPATI: Tidak
kelihatan sesiapa pun di sini! (MONOLOG) Mungkin Panji Semirang dan satrianya
sedang berperang melawan musuh mereka. Biar beta masuki istana untuk
pastikannya. Eh ada seseorang di sana siapakah dia? Busananya bagai seorang
puteri. Isteri Panji Semirangkah? Biar beta dekati tanpa disedari.
(TERKEJUT) Eh
adinda Raden Galoh Cendera Kirana!
RGCKIRANA: (TERHARU) Ya kekanda! Adinda yang selalu menantikan kekanda
bersama boneka kencana di sisi. Saat bahagia dinda bersama kanda ada jodohnya
jua.
RIKARTAPATI: Tapi siapa Panji Semirang?
SYAIR: Cinta
nan tulus bersatu jua,
Pelbagai
rintang menghalang arahnya,
Ditempuh
dengan penuh sabarnya,
Derita
dulu bahagia akhirnya.
Boneka kencana kisahnya tamat,
Hanya
thamsilan ambil maklumat,
Sifat
terbaik jadi azimat,
Hidup
selamat beroleh rahmat.
GRAM: MUZIK PENUTUP.
JURUHEBAH: Demikian Purbawara dengan kisah “BONEKA KENCANA” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor.
PELAKON:
1.
……………………………...………………………………………..
2.
……………………………...………………………………………..
3.
……………………………...………………………………………..
4.
……………………………...………………………………………..
. 5.……………………………...………………………………………..
PENYAIR:
…………………………………………………………….
Purbawara
khazanah seni warisan bangsa, diterbitkan oleh................................
No comments:
Post a Comment