Friday, July 31, 2020

PERASAAN

ASSALAMUALAIKUM


Diamante #1
PERASAAN
#1 PERASAAN
#1
Gusar
keliru, gelisah
melengung, merintih, berontak
mengelamun jauh, merenung hikmah
bertenang, bercanda, gembira
belajar, kendiri
riang



Sedih

#1 PERASAAN
#2
Sedih
terasing, sendiri
berduka, bermuram,  berdiam
masih menimbang, mencari kepastian
diskusi, merancang, bersama
bijak, sempurna
girang


#1 PERASAAN
#2
Galau
gelombang fikiran gentayang
bimbang, petaka, celaka
mampu hindari, biar menjauh
rancangan, laksana
jaya

diamante #2
#2 PENULIS
#1
Muda
gigih, iltizam
menulis, berfikir, berdoa
mencuba kreativiti, merumus pengkaryaan
mengkaji, teliti, terjemah
mapan, bermutu
tua

#2 PENULIS
#2
Karang
kemas, tabah
meneliti, mencipta, berfikir
menumpu perhatian, termangu keletihan
melarik, berehat, perbaiki
hambar, rosak
rombak

#2 PENULIS
#3
Cerpen
pendek, pesona
bercerita, merakam, melarik
sentuhan perasaan, mengeksploitasi watak
mencatit, mereka, berangan
panjang, drama
novel


PEJUANG
#3 PEJUANG
#1
#3 PEJUANG
#1
Wira
gagah, berani
prihatin, bergerak, selidik
tangkas melangkah, berganding bahu
bantu, merintis, berjuang
madani, kental
srikandi



#3 PEJUANG
#3 PEJUANG
#2
Goyah
lemah, longlai
merana, kecewa, berundur
harapan merudum, perbaharui tekad
bangkit, bergerak, berjuang
gagah, berani
teguh

#3 PEJUANG
Paridah Ishak
#3 PEJUANG
#3
Gagah
sejati, berani
bergerak, banteras, berjuang
menangkis serangan, patah semangat
berleka, berundur, bertenang
lengai, curang
lemah




#4 PERIBADI
#1
Sakit
derita, merana
berubat, bersabar, merawat
jemu hadapi, ubah tanggapan
berusaha, yakini, bersungguh
bersedia, reda
sihat

#2
Lesu
lembam, lemah
senaman, berjalan, berlari
belum berubah, jana tenaga
berikhtiar, bekerja, berpeluh
pulih, sediakala
cergas

#3

Malas
obeseti, pendek
membiasakan, menggembirakan, menyukai
tidak dipeduli, berubah sikap
mandiri, bergaya, berwibawa
mulia, dermawan
rajin

Pantun D’klasik

 

Pohon selasih bersilang urat,

daunnya kasar bawa ke Mantin;

ukhuwah kasih terjalin erat,

keluarga besar saling prihatin.

 

Di dalam kolam lama berendam,

melakar rajah sakit kepala;

siang dan malam  merindu dendam,

bersua wajah erkejut pula .

 

Terasa sejuk di atas titi,

duduk di pangkin tepi kuala;

lurus telunjuk  arah ikuti,

jangan kelingking berkait pula.

 

Tumbuhan lemba sisi kuini,

merah bunganya mekar di pangkal;

mesti mencuba dengan berani,

gagal dan jaya reda tawakal.

 

Sibuk bertanya hendak sekolah,

maklum harinya sudah diwarta;

berjanji hanya kerana Allah,

dengan izin-Nya kata dikota.

 

Dijamu puan pisang berangan,

Harum pandan ketupat palas;

bertemu tuan dalam kenangan,

mesra kecindan tuturnya ikhlas.

 

Membeli  payung di Ulu Nerus,

singgah  musolah selendang simpai;

penat mendayung menongkah arus

kehendak Allah selamat sampai.

 

Permata  marjan indah  tiasa,

damba miliknya walaupun susah;

tempias hujan dingin terasa,

berpayung hanya mengelak basah..

 

Mendaki bukit berbekal kuih,

di tepi kali mencari palas;

untung sedikit berkat diraih,

jual dan beli di akad ikhlas.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin ,   1/11/ 2021

Pantun dibaca

 

 

Pohonan redup sisi telaga,

mengait manggis berhati-hati;

dugaan hidup berumah-tangga,

pahit dan manis sabar nikmati.

 

 

Hinggap di peran si layang-layang,

lintas beringin kenari biru;

kalau fikiran melayang-layang,

apa teringin tentu keliru.

 

Mengangkat sauh jauh sekaki,

tergesa-gesa jatuh seputar;

merantau jauh demi rezeki,

tinggalkan desa hanya sebentar.

 

Lembutnya bayu merendah suhu,

dingin bersatu berubah semi;

lahir OKU siapalah mahu,

saling membantu cuba fahami..

 

Tatkala malam cari halia,

melangkah cermat di jalan kelam;

selawat salam junjungan mulia,

penghulu umat rahmati alam.

 

Enak disebut manis halua,

lucu perhati gelojoh suri;

hujan dan ribut berhenti jua,

sedih di hati rawat sendiri.

 

Gali keladi berikan teman,

mengerat pangkal membuang urat;

hidup berbudi tanda beriman,

amalan bekal tuju akhirat.

 

Mekar angsana mengharum malam,

di dalam kendi letak di sini;

flora dan fauna hiasan alam,

semula jadi indah harmoni.

 

Sambil perhati saujana bendang,

duduk menanti hadirnya suri;

budi pekerti segak dipandang,

mulia hati wajah berseri.

 

Hendak  ke bandar sebelum subuh,

bawa meranti bersama turi;

dukaku sandar bahumu roboh,

derita hati tanggung sendiri..

 

 

Hendak ke mana gadis rupawan,

cari seluang kali direnung;

masa laksana emas tempawan,

andai dibuang rugi mengunung.

 

Kuntum raflesia mekar dinanti,

ramai berkenan jual di pasar;

Hari Malaysia amat bererti,

erat santunan keluarga besar.

 

Jatuh di perdu cedera luka,

memanjat palma seorang diri;

melerai rindu bersua muka,

sekian lama sepi sendiri.

 

Renang tepian capai pantainya,

Sampai akhirnya melangkah pulang;

Paralimpian ketara hebatnya,

Pencapaiannya tinggi menjulang..

 

Pergi Melaka di hari cuti,

lawat zoo juga melihat gajah;

erti merdeka hayati pasti,

pandemik duga bukan menjajah.

 

Banjir melanda menyapu sisa,

mungkin gerangan amaran Allah;

bergabung minda muda dewasa,

berganding tangan lerai masalah.

 

Pucuk mengkudu dipetik dara,

dicelur sudah buat kerabu

sulaman rindu benang sutera,

selendang indah selimut kalbu.

 

Saprah yang biru bukannya merah,

sulam ditambah denganlah renda;

norma baharu langkah berhijrah,

bermuhasabah tawakal reda.

 

Hendak ke Pagoh  beli kerepik,

ke Parit Sulung cari pelage;

bersungguh-sungguh atlit Olimpik,

pingat terkalung negara bangga.

 

Assalamualaikum dj Ady, kerabat2  Radio Klasik

 

Terlihat girang ikan semilang,

di hujung beting lompat-lompatan;

sahabat curang meunjuk belang,

bagaikan gunting dalam lipatan.

 

Ditanam  kantan, limau kasturi,

di tepi rawa tanah yang rendah;

permata intan merias diri;,

mulia jiwa pekerti indah

 

Melempai  cekur rayap sesumpah,

si anak lebah menyengat kaki;

andai bersyukur nikmat melimpah,

Allah menambah jumlah rezeki.

.

Atas perabung lantun suasa,

samalah jua sebungkus gundu;

pahit kecubung tidak terasa,

andai bersua melerai rindu.

 

Ambillah sudah buah kelapa,

nak masak nasi segera belah;

bertikam lidah tidak mengapa,

cari solusi lerai masalah.

 

Dalam telaga ikan kelisa,

sembunyi rupa di celah kayu;

jiwa dan raga teguhkan asa,

laksana puspa mekar tak layu.

 

Memakai kasur gali keladi,

ubi diagih dengan sempaya;

kerja beransur tidak menjadi,

usaha gigih mencipta jaya.

 

Atas beranda diletak bekal,

terasa nanar tidur terlena;

gemala minda tiara akal,

gemilang sinar bijak sempurna.

 

Indah lembayung jelas ketara,

nyaman meredup rumpun kemangi;

patah pendayung ombak gelora,

lautan hidup tabah harungi.

Lautan hidup tenang membiru,

Taufan membadai ombak gelora,

Tabah belayar ha

 

 

Lulur dedalu membuang antah,

ambil teluki membuang cekur

membujur lalu melintang patah,

limpah rezeki meraup syukur.

 

 

Hendak ke laut menghala barat,

bekal dibawa jinjing sebelah;

ajal dan maut sudah tersurat,

menjaga nyawa amanah Allah.

 

Di gunung Daik awan meredup,

di tanah rata hujannya pasti;

sahabat baik rezeki hidup,

jauh di mata dekat di hati.

 

Sangatlah indah bunga semalu,

mereka-reka sulaman timbul;

tangan menadah  doa selalu,

langit terbuka hajat kan makbul.

 

Berkain kasa duduk memberus,

galau meretus bahan di lambak;

doa tiasa usaha terus,

rantaian putus terhindar wabak..

 

Menguli roti campur halia,

jatuh melantun sebelah kiri;

baik pekerti budi mulia,

bersopan santun budaya diri.

 

Kuih kasturi dibawa bekal,

hendak membelah pohon berangan

tabahkan diri reda tawakal,

kepada Allah mohon lindungan.

 

Di atas gebar bertabur bunga,

rona setara indah pandangan;

tersenyum lebar sampai telinga,

riang gembira sambut undangan..

 

Seronok beraya di Gambang Damai,

ikut SOP  tiada pilihan;

cantik berseri tidak beramai,

bersama gembira patuh arahan.

 

Kutip pegaga, kait bidara,

ambil sempaya di sisi cermai;

bersama keluarga saat gembira,

seronok beraya di Gambang Damai.

 

Kait pulasan bukan kepayang,

ambil rambutan di sisi geti;

berpesan-pesan tandanya sayang,

ambil ingatan fahami erti.

 

Malam bermimpi erti ditebak,

puas merawa tidak bersua;

patuh PKP hindari wabak,

sayangi nyawa kita semua.

 

Kuih diadun bersusah-payah,

dicantum-cantum Nampak berseri;

baju sedondon warna meriah,

senyum berkuntum di Aidilfitri.

 

Buah melaka dengan bahulu,

air katira berikan saya;

lupakan duka senyum selalu,

riang gembira aura ceria.

 

Cahaya  dian indah selalu,

dibawa adik ketara cantik

Ramadan kian beransur lalu,

amalan baik seiring detik.

 

Cukup anggaran timbangan perlu,

tepung segelas  adun kasidah;

lihat al- Quran baca selalu,

pandangan jelas Ramadan indah.

 

Pantun D'Klasik:

Buah rambutan di dalam raga,

Duduk bersama buah pulasan;

Bulan ramadan mata dijaga,

Tundukkan nafsu tingkatkan amalan.

 

Buahan nadir ada berserat,

tidaklah mudah hendak dipetik;

Ramadan hadir dakaplah erat,

Amal ibadah seiring detik.

 

 

Umpan belalang kail dipasang,

sepat puyu di dalam telaga;

Ramadan jelang amal dirangsang,

ampun dirayu malam berjaga.

 

Kuih kasturi dibawa pergi,

mendaki bukit letih terhenyak;

rajin memberi tidaklah rugi,

walau sedikit pahala banyak.

 

Hidang juadah usah tertumpah,

agar diramal  berpada-pada;

Ramadan indah rahmat melimpah,

pahala amal berganda-ganda.

 

Pohon gaharu jangan direngguh,

dipangkas temu teramat cermat;

kalau berguru bersungguh-sungguh,

berkatnya ilmu membawa rahmat.

 

SELAMAT HARI RTM 74

 

Menampi-nampi hampa melayang,

amat berhati terasa jemu;

malam bermimpi siang terbayang,

laranya hati merindukanmu.

 

Di dalam sanggul bunga santini,

kerudung semat intan bersinar

RTM unggul dulu dan kini,

sebar maklumat semata benar.

 

Pergi lama sekali,

kerana mencari bawang;

setanggi aroma asli,

cendana semerbak ruang

 

Bawa separa sarat jinjingnya,

bilis sedia biar berjimat;

wira negara berat tugasnya,

polis setia sedia berkhidmat.

 

Melangkah terus meniti balak,

kaki meredah rumpun dedalu;

menongkah arus hanyut ditolak,

solusi mudah fikir selalu.

 

Tidak keruan habis disayat,

mengutip cekur bawa ke pekan;

skim bantuan prihatin rakyat ,

meraup syukur amat perlukan.

 

Sabut di pagar ringan belaka,

buang dilarang dengan kerambil; 

berebut biar dengan etika,

peluang  orang jangan diambil,

 

Di dalam garaj letak kelubi,

banyak teramat dibelah-belah;

Israq dan mikraj kembara nabi,

Nabi Muhammad mengadap Allah.

 

 

Sebuah kartu dicatat pula,

meletak gundi di dalam khemah;

wanita itu anggun segala,

menyerlah budi sembunyi lemah.

 

Gubah teluki juga seroja,

buah celagi di dalam talam;

cari rezeki di mana saja,

di langit tinggi lautan dalam.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin ,   1/3/ 2021

Pantun dibaca

 

Bubur bersagu nampak berseri,

sayangnya masin tidaklah sihat;

janganlah ragu mendinding diri,

suntikan vaksin demi maslahat..

 

Memasak rusa campur halia,

tidak terkata sedapnya kari;

budi bahasa sifat mulia,

ringgit dan harta perlu dicari.

 

Leka berjalan di atas titi,

lantainya papan baru dibelah;

jawab soalan berhati-hati,

serah jawapan kepada Allah.

 

Terbang camar tinggi di awan,

Tika senja mengajak pulang;

di dalam kamar sedih merawan,,

sendiri saja mengenang walang.

 

Tahniah

Sarat sekoci bawa keladi,

 

lambak di tepi kata soldadu;

cinta nan suci kasih abadi,

siang bermimpi melamun rindu.

 

Mencari  rata pohon pedada,

kayu meranti dikerat-kerat;

sayang dan cinta berpada-pada,

berhati-hati elak mudarat.

 

Hajat ke Ranau mencari herba,

sudah terlupa tidak dibeli;

menjadi enau mati di rimba,

tidak siapa ambil peduli.

 

 

Pergi Kimanis hala ke hulu,

daerah laha mencari rempah;

tersenyum manis ikhlas selalu,

rajin usaha rezki melimpah.

 

 

PANTUN D'KLASIK

Khamis 28.1.2021

Pantun dibaca oleh DJ.

 

 

Lembu ditambat di pohon pauh,

tidak bertangguh menghala  rawa;

Corona hambat berlari jauh,

usaha sungguh menjaga nyawa..

 

 

Bertukar madah kata diperi,

kalau bersua usah terleka;

sutera indah busana seri,

belacu jua pembalut luka,

 

Ulam kelisa bawa ke sini,

usahlah ragu begitu lama;

budaya bangsa amalan murni,

bagaikan lagu dengan irama.

 

Kuih berpulut makanan sihat,

ambil belebat dihidang tumpipi;

berbuih mulut beri nasihat,

tanggung akibat memandang sepi.

 

Rupawan  tulus jelita rapi,

menghidang bubur dupa dipinta;

jiwa nan halus mencita mimpi,

memandang kabur apa yang nyata.

 

Rasa   terlalu cantik sepatu,

tangan menyulam  rumit diriba;

masa berlalu berdetik waktu,

kenangan silam menggamit hiba.

 

Adik berlari ke pekan sari,

di sana bonda sedang belanja;

cantik berseri mawar berduri,

pesona minda sambil berkerja.

 

Kayu gaharu letak di peran,

simpan bercermat elak gelupas;

tahun baharu mula lembaran,

bersyukur amat masih bernafas,

 

Indah pelangi berkali-kali,

ralit perhati dalam perahu;

harum mewangi aroma asli,

pilihan hati siapa tahu

 


Kuntum angsana tepi perigi,

Biji saga merahnya rupa;

Harum cendana dengan setanggi,

Gaharu juga di dalam dupa.

 

Berkain kasa selendang kasa,

tanam halia di dalam taman;

budi bahasa budaya bangsa,

sifat mulia tanda beriman.

 

Selendang renda kain sutera,

bermundar-mandir cari di pecan;

perlu waspada mengatur kira,

nasib dan takdir Allah tentukan.

 

Terasa resah jiwa menggundah,

di pohon redup mekar kemboja;

apa yang susah jadikan mudah,

justeru hidup sebentar saja.

 

Labuh cunia singgah kenari,

terasa sangsi puteri malu;

harta dunia hiasan diri,

saling berkongsi pada yang perlu..

 

Lelah kerana nyeri disuntik,

lilau merandai melambuk sebal;
apalah guna isteri cantik,

kalau tak pandai menumbuk sambal.

 

Terserlah warna berseri batik,

galau di sidai berhabuk tebal;
apalah guna isteri cantik,

kalau tak pandai menumbuk sambal.

 

 

Pantun D’Klasik

Assalamualaikum

 

Selasih ini selasih ranti,

susah dicari di rawa temu;

kasihku ini kasih sejati,

telahku beri hanya untukmu.

 

Terbanglah sudah burung kedasih,

lewat angkasa tuju kuala;

usaha sudah mengikat kasih,

sedih terasa terlerai pula.

 

 

Buat  adunan tatkala subuh,

uli capati letak di para;

kesan makanan kepada tubuh,

akan terbukti dengan ketara.

 

Gayung disimpan lengah ke hutan,

garam yang lama diremas merang;

mendayung sampan tengah lautan,

karam bersama lemas seorang.

 

Hendak ke kota membeli-belah,

memilih buah si pisang kaki;

bekerja kita kerana Allah,

melimpah ruah nikmat rezeki.

 

Cantik bergaya seorang nyonya,

siapkan kerja benih ditugal;

andai berjaya syukur kurnia-Nya,

reda sahaja jikalau gagal.

Pantun D'Klasik:

Buah pauh dalam dulang,

Dikirim orang kampung hulu;

Walau jauh di negeri orang,

Doa restu kirim selalu.

 

Kait rambutan bukan kepayang,

ambilkan manggis sisi melati;

dalam ingatan terbayang-bayang,

kenangan manjs kekal di hati.

Setalam melur pati dicari,

mengolah lihai nenek menjentik;

salam dihulur pengganti diri,

sambutlah duhai adik yang cantik.

Berbalam melur meranggi sunti,

senikan mala indah menggertas;

di dalam telur lagi dinanti,

Inikan pula sudah menetas.

di dalam telur lagi kunanti,
inikan pula sudah menetas.

 

Tertarik amat apa diukir,

bunga halia indah menyerlah;

Nabi Muhammad rasul terakhir,

agung mulia kekasih Allah.

Membaling batu terkena gelas,

kisah dikenang lama bersisa;

Saling membantu tulus dan ikhlas,

Susah dan senang sama dirasa.


walaupun jauh beribu batu,

hilang di mata di hati jangan.

 

Rimbunan redup subur kelisa,

tatkala senja dihinggap merbah;

dugaan hidup sukar terasa,

sabar sahaja moga berubah.

 

Adik melenjan tak tentu arah,

sambil menampi kaki direndam;

semoga hujan turun mencurah,

gejolak api segera padam.

 

Mawar berduri berkuntum sisi,

gugusan pauh leka dilihat;

jaga kendiri kawal emosi

berfikir jauh demi maslahat.

 

Tertumpah tumpi adik terkenang,

selerah baju cari busana;

serapah jampi bidik petunang,

arah dituju biar mengena.

 

Sambil menyimpan mengemas ruang,

letak di para gorengan tamban;

baris hadapan tegar berjuang,

demi negara rela berkorban.

 

 

Buluh diraut dikerat-kerat,

dibuat sauk ikan pelaga;

garam di laut asam di darat,

dalam periuk bertemu juga.

 

Sarapan pulut dengan manisan,

kuih serabai dikerat-kerat;

berbuih mulut berpesan-pesan,

sayang diabai padah menjerat.

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin ,   28/9/ 2020

Pantun penyertaan

 

Pergi Kimanis basah melencun,

turuni lurah jatuh di lata;

bahasa manis berbumbu racun,

parah berdarah dipancung kata.

 

Baju  kelabu dicemar debu,

wajah dirapi sekuntum kekwa

rindu menggebu di dalam kalbu,

di dalam mimpi moga bersua.

 

Adik mencari buah kuini,

membawa baldi tepi telaga;

sempurna diri rohani murni,

cinta abadi bawa ke syurga.

 

Kuih kasidah terhidang sudah,

diambil lada lalu dikerat;

bertikam lidah bertukar madah,

anggap bercanda ukhuwah erat.

Lari-larian membeli kicap,

hendak melengat ikan kerisi;

puji-pujian wajar diucap,

bugar semangat memotivasi.

 

Terbang kedidi tatkala senja,

hinggap segera di rumpun palas;

orang tak sudi lupakan saja,

ukhuwah mesra dijalin ikhlas.

 

Hinggap segera di rumpun palas,

sambil perhati sekawan rusa;

ukhuwah mesra dijalin ikhlas,

baik pekerti budi bahasa.

 

Sambil perhati sekawan rusa,

lalu kedasih menghala candi;

baik pekerti budi bahasa,

santunan kasih kekal abadi.

 

Lalu kedasih menghala candi,

terasa nanar arah tersalah;

santunan kasih kekal abadi,

niat sebenar kerana Allah.

 

Terasa nanar arah tersalah,

hajat bersua di pohon palma;

niat sebenar kerana Allah,

ke jannah jua akan bersama.

 

Mengambil galah mengait buah,

hendak diberi pada saudara;

rezeki Allah melimpah ruah,

usaha cari segala cara.

 

 

Bawa seraga bekal aneka,

siaga dara sangat membantu;

jiwa dan raga kekal merdeka,

warga negara semangat jitu.

 

Berenang patin  di celah batu,

cari keranji saing kelisa;

saling prihatin bantu-membantu,

sifat terpuji amalan bangsa.

 

Menghiris umbut digaul garam,

menggulai tilan, campurkan cuka;

Selamat sambut awal Muharam,

rai seiring bulan Merdeka.

 

Rambutan longkah pilih keliru,

rimbun meredup tumbuh selari;

hijrah melangkah norma baharu,

santuni hidup kendali diri.

 

Ambil kerisi bukan garupa,

sunting melati daun sehelai;

kulit dan isi berbeza rupa,

firasat hati tentukan nilai.

 

Godak ikan berlinang lemak

     lalu hidangkan jangan dilupa

hendak dimakan mati emak

     hendak diluahkan mati bapa

 

Awan berkabut tinggi sejengkal,

tidak dijangka akan hadirnya;

hujan dan ribut dapat disangkal,

hati terluka mana ubatnya.

Terbang burung helang,

hinggap atas tangga;

kibar jalur gemilang,

penuh rasa bangga.

 

Terantuk dahi terlanggar adik,

duduk berehat makan serawa;

Covid jauhi langkah terbaik,

jaga maslahat sayangi nyawa.

 

Telur  di reban basuh di kolah,

dibawa cermat tidaklah berat;

ikhlas berkorban kerana Allah,

hidup selamat dunia akhirat.

 

Berkarya aktif menghapus gundah,

memetik gambus mengirau rusuh;

fikir positif tangani mudah,

bebu dihembus melayang jauh.

 

 


Si anak kelah mudik berteman,

berlumba-lumba menyusul tebing;

sama mencecah si hati kuman,

bimbang didamba terumbang ambing

 

 

Rendang di taman sepohon nyatuh,

buah papaya ambil berdiri;

hatinya kuman usah disentuh,

amat bahaya baik hindari.

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin ,   20/7/ 2020

Pantun penyertaan

 

Bekal bekerja sekeping pizza,

 

Hendak  menyemi padi disukat,

Sambil bekerja menjamah pizza;

lupakan saja apa berbeza,,

saling fahami tentu sepakat.

 

Terpijak onak peluh merenik,

air katira tumpah disisih;

bahasa lunak budaya unik,

jalinan mesra mengikat kasih.

 

Makan bidara duduk di tangga,

sambil menanti merajut pukat;

Rukun Negara amalan warga,

bersatu hati membawa berkat.

 

Bekas bertingkat isikan maskat,,

gadis bergaya disapa nama;

bermuafakat tanda sepakat,

beza budaya tetap bersama..

 

Senantiasa menulis karya,

rajin mengolah kurang ditambah;

beza bahasa juga budaya,

bukan masalah jalin mahabbah.

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Khamis ,   16/7/ 2020

Pantun penyertaan

 


Tersalah mungkin impian rusuh,

semakin laha mengeri sandang;

biarlah mskin pakaian lusuh,

rajin usaha diri terpandang.

 

Bayan diasuh berkata sisih,

gara mengerti olah bicara;

pakaian lusuh ternyata bersih,

aura pekerti menyerlah citra

 

Ranti ditarik telah berputik,

bendi halia digulai kawah;

pekerti baik wajah pun cantik,

budi mulia nilai maruah.

 

Mengulum manggis menanti adik,

pulasan jatuh dari junjungan;

tersenyum manis pekerti baik,

pakaian lusuh seri pandangan.

 

Menyimpan zaitun di gundi kasa,

peti di kolek sarat keranji;

sopan dan santun budi bahasa,

pekerti molek sifat terpuji

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin,   13/7/ 2020

Pantun penyertaan

 

Padat tetamu menyusah hati,

mengganti madu minuman jua,

adat bertemu berpisah pasti,

ubati rindu dengan berdoa.

 

Perak suasa nilainya uwang,

sisih berhati bekal ke situ;

jarak dan masa semata ruang,

kasih sejati kekal bersatu.

 


Lilau menyesah pauh berona,

galah dilunjur masih tergoyang;

walau berpisah jauh di sana,

biarlah jujur berkasih sayang.

 

Resah kedasih tersedu-sedu,,

terasa jemu mamah bidara

berpisah kasih rindu merindu,

kala bertemu luah bicara.

 

Serak sebasah gunakan tangan,

suguh keranji sekar sedia;

jarak pemisah bukan halangan,

berteguh janji ikrar setia.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin,   6/7/ 2020

 

Angin berlalu daun gemulai,

terbanglah merbah ke hujung galah;

sesat selalu kerana lalai,

sikap diubah lerai masalah.

 

Terang bersinar kulitnya lokan,

sepah merata terpijak luka;

jalan sebenar syaitan sesatkan,

andainya kita sering terleka.

 

Terasa sejuk ambil tuala,

mandi di kolah tingkah meningkah;

mohon petunjuk Allah Taala

mula basmalah mengatur langkah.

 

Terpisat-pisat merenung tilan,

atas pengkalan mengail keli;

andainya sesat di hujung jalan,

ke pangkal jalan cepat  kembali..

 

Belikan langsat buah pilihan,

bukannya sitrus dan limau purut;

kadang tersesat arah tujuan,

jalan yang lurus tidak diturut.

 

Pergi perigi memakai sarung,

berbaju kurta membasuh kaki;

seawal pagi seperti burung,

terbang  merata-rata kutip rezeki.

 

Berbaju kurta membasuh kaki,

sebelum kelam hari dah senja;

terbang merata kutip rezeki,

seluruh alam di mana saja.

 

Sebelum kelam hari dah senja,

cepat ambilkan tebu seruas;

seluruh alam di mana saja,

Allah sebarkan saujana luas.

 

Cepat ambilkan tebu seruas,

hindarkan duri di rumpun temu;

Allah sebarkan saujana luas,

usaha cari usahlah jemu.

 

Hindarkan duri di rumpun temu,

langkahnya rapat takut direnjat;

usaha cari usahlah jemu,

akan mendapat apa dihajat.

 

Langkahnya rapat takut direnjat,

mula berlari arah selari

akan mendapat apa dihajat,

Allah memberi nikmat syukuri..

 

Kasa basahan telah dibuang,

memakai sarung membuat kerja;

fasa pemulihan memberi ruang,

tidak terkurung di rumah saja.

 

Kainnya kasa buat basahan,

Duduk berehat

PKPP fasa pemulihan,

Demi masylahat patuh SOP.

 

Kait  pulasan ranting dipulas,

rasanya manis makan di peran

biar berpesan tulus dan ikhlas,

tidaklah sinis penuh sindiran..

 

Jajar lantana tanam di huma,

tidak berserak rimbun meredup;

dunia fana kekal tak lama,

emas dan perak pesona hidup.

 

Hinggap di sigai burung kenari,

di anjung limas bentuknya nenas;

terasa bagai menelan duri,

cawannya emas airnya panas.

 

Menuju Gemas bulan puasa,

bawa bahulu ke rumah aki;

tiada emas walau suasa,

apa yang perlu wajar miliki

 

Bunga teluki , puspa angsana,

digubah dara letak di tepi;

mewah rezeki hidup sempurna,

sirna gembira ratapi sepi.

 

Hendak berkemas apa selerak,

Susun di para segala benda;

bercawan emas berpinggan perak,

hilang selera nikmat tiada.

 

Diminum kopi dimakan tumpi,

hendak ke paya pergi menjala;

lalu PKPP patuh SOP,

sambung beraya di kampung pula.

 

Rapat dedaun belia semat,

semi setara daya tiasa;

64 tahun setia berkhidmat,

demi negara budaya bangsa.

 

 

segala aral lintas atasi,

letak di mercu bahasa Melayu.

 

Ambilkan  benih di dalam kamar,

semaikan kangkung sulam selada;

telaga jernih hindarkan cemar,

tidak bertakung segala noda.

 

 

Leka menekat di atas titi,

terasa gundah menuju sawah;

hidup sepakat bersatu hati,

lupa akidah erat ukhuwah.

Kebaya sulam lama ditiru,

berapun canggih tersentuh api;

beraya dalam norma baharu,

walaupun sedih patuh SOP.

 

Hendak  menanam huma dikawal,

bawa segemal padi dan maman;

puasa enam dibulan syawal,

tingkatkan amal teguhkan iman.

 

 

Dalam reban berbunyi itik,

keluar pagi berenang di kolam;

hari lebaran berhias cantik,

bergaya ranggi siang dan malam.

 

Faham takrifan senyuman dara,

sisip di rambut bunga melati

maaf-maafan ditutur mesra,

salam disambut lekat di hati.

 

Busana jingga DJ Amelin,

wajah berseri suara merdu;

kasih nan mesra erat terjalin,

di Aidilfitri menanggung rindu.

 

Pohon cemara di pinggir paya,

Rimbun  gaharu lempai sebelah;

rasa  gembira menyambut raya,

norma baharu bukan masalah.

 

Ligat berfikir sambil berdandan,

hajat ke bandar hanya berdua;

sepuluh akhir malam Ramadan,

Lailalatul-qadar moga bersua.

 

Menahan lukah ikan di hulu,

umpan selalu roti yang basah;

Ramadan berkah kian berlalu,

terasa pilu sedih berpisah.

 

 

Layarkan  hilir gara semilir,

menumpah  ratap sepi terduga;

biarkan air bersama air,

sampah tetap ke tepi juga.

 

Darat  di barat himpun jentayu,
lempung di raga pelam bergilir;
seberat-berat mana pun kayu,
terapung juga di dalam air.

 

Buangkan   ceri di dulang serbat,
mengganti kana sentang serupa;
kenalkan diri bak pisang lebat,
pasti bencana datang menimpa.;


Di pulau hendak menggaya topi,
entahkan bila rasanya lesap;
jikalau tidak adanya api,
masakan pula adanya asap.

 

 

Terbang camar tinggi di awan,

kicau senja mengajak pulang;

usahlah gusar sambut lebaran,

jimat belanja tidak menghalang.

Umpan belalang kail dipasang,

sepat dan puyu di dalam telaga;

setelah hilang luput dipandang,

terasa sayu tidak terhingga.

 

Hendak ke pekan naiki sampan,

lintasi paya membawa padi;

matilah ikan kerana umpan,

mati sahaya kerana budi.

 

Berbaju kurung gadis dipingit,
siap sedia atas anjungan;
membadai burung atas langit,
merendah dia diharap jangan.

 

Jatuh  tersandong akar beluran,
tumbuh sejajar daunnya rapat;
yang dikendong jatuh berciciran,
yang nak dikejar tiada dapat.

 

Menggulai  kentang bercampur gadong,
mengurut  perut peluh menitis;
jangan ditentang matahari condong,
takut terturut jalan tak berintis.


Sirih disimpan di dalam puan.
elok berlipat tanda berdarjat;
mengail berumpan kata bertipuan,
barulah mendapat apa dihajat.

Kerjaya jururawat bukanlah mudah,

tugas mulia lagi diberkati;

sering merawat sehingga sudah,

lakukan kerja setulus hati.

---

 

Celah jeriji si ular sawa,

takut sahaya pucat dan lesi;

Ramadan uji iman dan takwa,

akhirnya jaya mampu lepasi.

 

Asam celagi isi di sia,

sia ditindan biarlah cermat;

amatlah rugi masa tersia,

hadir Ramadan membawa rahmat.

 

Bersama rakan ke kampung hulu,

hari Jumaat hendak ke Kudat;

usah biarkan Ramadan lalu,

setiap saat isi ibadat.

 

Beli juadah di pekan Pagoh,

lintas sempadan menukar hala;

amal ibadah bersungguh-sungguh,

bulan Ramadan himpun pahala.

 

 

Jalan ke Daik cari halia,

limau kasturi banyak di situ;

amalan baik sifat mulia,

suka memberi saling membantu.

 

Siaplah sudah memasang lukah,

memasang lukah pinggir kuala;

Ramadan indah bulan yang berkah,

rajin sedekah subur pahala.

 

Hinggap kedasih di pohon turi,

terbang tekukur setinggi galah;

terima kasih sudi memberi,

meraup syukur Alhamdulillah.

 

Tertusuk duri kala meniti,

bawa serama tuju pesara;

kalau memberi setulus hati,

yang menerima pasti gembira.

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Rabu,    6 Mei 2020

 

 

Pantun penyertaan

 

Kecindan tingkah gemar bersenda,

menanduk lemah menyakat taulan.

Ramadan berkah ganjar berganda,

duduk di rumah tingkat amalan.

 

Habis  sarapan saja menguras,

bermain parang gesa di hutan;

baris hadapan bekerja keras,

semakin kurang mangsa jangkitan.

 

Galau di dada kesan menyunting,

kaduk dijamah basah seluar;

kalau tiada urusan penting,

duduk di rumah usah keluar.

 

Kerana kurus rusuh bersua,

kerling sepatu jelak sakitan;

coronavirus musuh semua,

saling membantu elak jangkitan.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin,   27 April 2020

 

Peta serahi pada pengukur,

 amat sempadan huma di desa;

cinta Ilahi hamba bersyukur

nikmat Ramadan sama dirasa.

 

Ramadan indah aura mencerah,

gelita sisih sinar merata;

kepada Allah reda berpasrah,

mendamba kasih bersulam cinta.

 

 

Lekap bertindan sekerap berat,

bawa ke sini sempat keringkan;

dakap Ramadan kejap dan erat

jiwa nan murni dapat rasakan

 

 

Lelah di tangga diserah nenda,

Menyemat padan lumat sendiri;

Allah menduga pasrah dan reda,

Nikmat Ramadan rahmat syukuri.

r

 

Singgah keluang di pulau Angsa,

lena sejurus meniti londang;

gagah berjuang walau puasa,

coronavirus pasti kecundang.

 

Makan juadah mengkelan sudah,

tersedak pizza telan kuini;

Ramadan indah bulan ibadah,

tidak berbeza amalan murni.

 

 

Sedan yang mini bahan pameran,

Duduk serangguh berfikir teanng;

Ramadan ini penuh cabaran,

Azam bersungguh meraih menang

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Khamis ,  23  April 2020

 

 

Pantun penyertaan

 

Meliar tiung terbang selamba,

mengepak malam larut begitu;

biar beliung menebang rimba,

kapak yang tajam turut membantu.

 

Mengajak rakan gera ke Genting,

mengolah kukus nasi kerabu;

bijak putuskan perkara penting,

tidaklah tikus perbaiki labu.

 

Kerat  bahagi  pejam menggubal,

      cempedak tanjung pangkal sewarna;

ibarat seligi tajam bertimbal,

      tidak hujung pangkal mengena.

 

 

Durian belah jeda meriba,

serah selada isi seguni;

dugaan Allah kepada hamba,

pasrah dan reda rohani murni.

 

Selendang baru warnanya biru,

resah sendiri rami tersiat;

kadang keliru cara baharu,

usah ingkari demi afiat.

 

Pohon gaharu rimbun meredup,

sunting melati lalu disemat;

gaya baharu aturan hidup

kalau ikuti sihat selamat.

 

Menggala saban mengeruh rawa,

semi bidara,palas dan ranti;

rela berkorban pertaruh nyawa,

demi negara ikhlas berbakti.

 

 

Rihat di batu hendak ke lembah,

senggara kara berbekal tumpi;

semangat jitu tidak berubah,

wira negara cekal hadapi,

 

Letak di ruang si ikan talang,

bawa ke kota untuk pembeli,

biar berjuang berputih tulang,

berputih mata tidak sekali.

 

Dura melara sumandak lelah,

dikurung naga di tanjung rawa;

wira negara tidak mengalah,,

bertarung hingga ke hujung nyawa.

 

Bergaya suri atur langkahnya,

jatuh perlahan tergarut batu;

semakin hari nampak kesannya,

patuh arahan turut membantu.

 

Pengat di ruang rakan sarapan,

puspa dijirus indah mewangi;

 semangat juang barisan depan,,

corona virus  gagah perangi.

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

JUMAAT  ,   17 April 2020

 

 

Pantun penyertaan

 

Salah sendiri lelah mengumpil,

menekur dada rebah berdebar;

Allah memberi Allah mengambil,

syukur dan reda tabah bersabar.

 

Bawal diisi disingkir sentang,

terserlah lokan sisa santapan;

kawal emosi berfikir matang,

pandanglah akan masa hadapan.

 

 

Lupa keladi dia menelah,

kalut di rumah gadung dilumat;

apa terjadi rahsia Allah,

bersalut hikmah terlindung rahmat.

 

Tatkala senja menuju desa,

denai yang sepi kaki geliat;

bukan sengaja kerna terpaksa

patuh PKP demi afiat.

 

Leka melihat gadis menampi,

berbaju merah sedari tadi;

ulang nasihat patuh PKP

bagai curah air ke daun keladi.

 

Terbang merpati menghala depan,

ke gunung Tahan kejar geroda;

biar seperti memaku papan,

tiap arahan lekat di minda.

 

Lalu di pekan belikan koko,

reja dikelar merata-rata;

perlu fikirkan akan risiko,

sengaja tular fakta yang auta.

 

Tergaris papan gara sang kera,

jera mengejar terkapa gundah;

baris hadapan wira Negara,

juara tular apa faedah?

 

Para bergegar dilanda angin,

ranah serata diganti lewa;

juara tular ada yang ingin,

fitnah semata pasti didakwa.

 

Seraga lobak di para tepus,

jatuh menepi sumandak latah;

semoga wabak segera hapus,

patuh PKP tidak membantah.

 

Dara tertarik menggetus bayan,

meranduk lemah lahan merendah,

cara terbaik putus rantaian,

duduk di rumah arahan mudah.

 

Pesan kudapan menyenteng lengan,

menghiris bengkang lama di situ;

barisan depan benteng serangan,

baris belakang sama membantu.

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

JUMAAT  ,   10 April 2020

 

 

Pantun penyertaan

 

Jaga kedasih gajah berlari,

pasang jaringan ditutup jua;

tiasa bersih wajah berseri,

sepasang tangan meraup doa.

 

Menggalah longan tarap di pangkin,

berkenan sunting melati pasti;

cucilah tangan sekerap mungkin,

pesanan penting mesti ikuti.

 

PANTUN DISIARKAN

 

Sisihkan duri rawa pelaga,

terserlah toman bergegar rakit;

bersihkan diri jiwa dan raga,

teguhlah iman hindar penyakit.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Khamis ,   9 April 2020

 

 

Pantun penyertaan

 

Ke pekan sari niaga satin,

beli siakap dipesan simpan;

jadikan diri warga prihatin,

contohi sikap barisan hadapan,

 

Perling di huma satu di batu,

jatuh menepi separas tambak;

Saling bersama bantu membantu,

Patuh PKP benteras wabak.

 

Setangan rakan diberi suri,

sambil sapukan cangkir berubat

jangan pentingkan diri sendiri,

ambil tindakan fikir akibat.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Rabu ,   8 April 2020

 

 

Pantun penyertaan

 

Ralit sekali sehingga senja,

demi si dara berpencak rambang;

duit diberi kena belanja,

ekonomi negara rancak berkembang

 

Rantaian renik pisah-pisahkan,

rangkap di situ akan disemai;

belian panik usah lakukan,

sikap begitu susahkan ramai.

 

Tulis senarai apa nak beli,

Jimat belanja bajet bulanan.

 

Kali di hulu pastikan dulu,

takut tersasar akan jalannya;

beli yang perlu bukan melulu,

mengikut nafsu lesu akhirnya.

 

Membaca jemu bersembang pula,

mengukir sauh tami dilihat;

neraca ilmu timbang segala

berfikir jauh demi masylahat.

 

Jarangkan lada buangkan kekwa,

takir setentang mengguna tajak;

lapangkan dada tenangkan jiwa,

berfikir matang sempurna bijak.

 

 

Kala merenda nanar menyerang,

berpeluh sakan rata menggetus;

gemala minda menyinar terang,

menyuluh akan kata diputus.

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin,   6 April 2020

 

 

Pantun penyertaan

 

Naik pedati bawa keladi,

tenang tiasa pesan halia;

baik pekerti suka berbudi,

dikenang jasa insan mulia.

 

Membaling batu sisih kepayang,

adik menanti lepat disaji;

saling membantu berkasih sayang,

baik pekerti sifat terpuji.

 

Sebelah pangkin letak kereta,

sapi ke paya langkah terhenti;

biarlah miskin tidak berharta,

tetapi kaya budi pekerti.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Jumaat,   3 April 2020

 

 

Pantun penyertaan

·          

Tujah mengkudu rentap selasih,

 

maman di para turi di jabir;

wajah dirindu ditatap kasih,

senyuman mesra menyeri bibir.

 

Selisih taut rambah sekerat,

melilau sesah pauh di lata;

kasih bertaut bertambah erat,

walau berpisah jauh di mata

 

 

Sudu terendam di dalam talam,

raga halua letak di peti

rindu terpendam tersudut dalam,

moga bersua sabar menanti,

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Khamis,   2 April 2020

 

Pantun penyertaan

 

 

Talam berkerim ingin selalu,

dipotong dadu reja disisih;

salam dikirim di angin lalu,

selaut rindu membungkus kasih

 

 

Tandak perlahan tersigung tandu,

terpijak ramu jeda berangan;

tidak tertahan menanggung rindu,

hendak bertemu ada halangan.

 

 

Dara pingitan mengelim sulam,

merombak pula menyaring lama;

tanda ingatan kukirim salam,

sejambak doa iring bersama.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Rabu,   1 April 2020

 

Pantun penyertaan

 

Sabar berkumat beralih nanar,

mengelem sanggul katanya sial,

sebar maklumat sahih sebenar,

RTM unggul media sosial.

 

Mualim fasih akan saranan,

salsa digelar tempo yang jemu;

RTM gigih dengan peranan,

tiasa tular info  berilmu.

 

Kailan di huma subur meranti,

cari dan kirim kepada rakan;

sekian lama menabur bakti,

Hari RTM kita raikan.

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Selasa   31 Mach 2020

 

Menunduk lemah zaitun dibeli,

urus  semua belian kaktus;

duduk di rumah santun famili,

virus bahaya rantaian putus.

 

Hangatkan sisa ulik asyura,

mengolah pula jamu dipesan;

manfaatkan masa sebaik cara,

hilanglah rasa jemu dan bosan.

 

Tumpi biarkan gara disayat,

tingkah diamat menyentuh bahan;

PKP bukan mendera rakyat,

langkah selamat patuh arahan.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin  30 Mach 2020

 

Pantun penyertaan

 

Leka menampi si padi pulut,

terasa lesu peluh merenik;

tika hadapi situasi kalut,

berita palsu menambah panik.

 

 

Taburkan baja serata pasu,

gemburkan lalu kena semuanya’

abaikan saja berita palsu

pastikan dulu mana sumbernya.

 

Hanya mengangguk kala disuruh,

ambilkan susu di dalam gelas;

suka menangguk di air keruh,

info yang palsu disebar luas.

 

Terguris tipan gara sang kera,

cari berangan takut alahan;

baris hadapan wira negara,

beri sokongan ikut arahan,

 

Sigup sebeban bawa niaga,

sendi terasa hendak melelas;

sanggup berkorban jiwa dan raga,

budi dan jasa tidak terbalas,

 

Penjaga telah beri aturan,

dipesan jangan sunting rerama;

Semoga Allah beri ganjaran,

Barisan hadapan benteng utama.

 

Berpisah dalil laras semester,

lebar sehasta lalu bersihkan;

usah diambil tugas reporter,

sebar berita perlu sahihkan.

 

Jangan selasih andar ke taman,

 

Tangan yang bersih terhindar kuman,

Demi kesihatan amalan penting.

Para markisa di sisi leban,

Menyemi sukat mengira leta          

Adiwira bangsa rela berkorban,

Demi masyarakat negara tercibta.

 

Segera  angsa hala ke reban,

rami diangkat dara jelita;

adiwira bangsa setia berkorban,

demi masyarakat negara tercinta

 

Malu bertongkat muka dibebat;

kurus merana padah menanti;

terlalu dekat bawa akibat,

virus corona mudah jangkiti.

 

Gerakan suri lekatkan pati,

bersihkan Loyang di pangkal palma;

jarakkan diri dekatkan hati,

kasih dan sayang kekal selama

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Jumaat  20 Mach 2020

 

Pantun penyertaan

 

 

Jebak di paya jaha menyinggah,

kain di tangan lucut basahan;

wabak bahaya usaha cegah,

main peranan ikut arahan.

 

Ikan dibawa untuk berkhemah,

tepian pantai palma menirus;

sayangkan nyawa duduk di rumah,

putuskan rantai koronavirus.

 

SANTUN KASIH

 

Menahan susah lundang di sipi,

Melukah gawal landa haruan;

Arahan usah dipandang sepi,

Langkah dikawal ada tujuan.

 

Bayam dijamah zaitun dibeli,

ke sana urus untaian kaktus;

diam di rumah santun famili,

Coronavirus rantaian putus.

 

Leka di huma urat selisih.

Selasih isi sarat di raga;

tika bersama mengerat kasih,

bersih awasi sihat dijaga.

 

 

Jalan ke Mukah lelah berhuma,

ke Mulu sempat rasa baulu;

kawalan langkah tidaklah lama,

terlalu cepat masa berlalu.

 

Di dalam khemah mengolah pesan,

kerat selasih simpan kepayang; 

diam di rumah tidaklah bosan,

mengerat kasih insan tersayang.

 

Lihat di situ hanya kepayang,

tilan dan palas harus dicari;

nasihat itu tandanya sayang,

ingatan ikhlas tulus diberi.

 

Rihat di Genting sarapan roti,

sangan kudapan langsai diolah;

nasihat penting simpan di hati,

dengan harapan usai masalah.

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Selasa 17 Mach 2020

 

Pantun penyertaan

 

Berkilat kekwa kala disepuh,

lukis di cukin gambarkan kudup; 

solat dan doa senjata ampuh,

menangkis yakin dugaan hidup.

 

Tambah segantang pulut di rumah,

raga berukir pohon berbunga;

musibah datang bersalut hikmah,

moga berakhir dipohon doa.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin 16 Mach 2020

 

Pantun penyertaan

 

Sisihkan duri naik di pangkin,

buah rambutan dibelah genting;

bersihkan diri sebaik mungkin,

gegah jangkitan amatlah penting.

 

 

 

Pana sejurus ular melintas,

nenas diparang terlupa kerja;

corona virus menular pantas,

ganas menyerang siapa saja.

 

Assalamualaikum

Pantun D’Klasik

 

Sisihkan duri naik di pangkin,

buah rambutan dibelah genting;

bersihkan diri sebaik mungkin,

gegah jangkitan amatlah penting.

Pantun dibaca

 

 

Diarun lumat sitrus merona,

rawa di barat berakit kerat;

digerun amat virus corona,

bawa mudarat sakit melarat.

 

Mengelar sepat dibongkar lekat,

lukah dipunggah tenggiling huma;

menular cepat sukar disekat

langkah mencegah paling utama

 

pantun penyertaan

 

Sisi halia kangkong menjalar,

rumpun di kiri ternyata kurus;

kawal selia tidak menular,

bersihkan diri cemar diurus.

 

Mengganti peti juga almari,

diberi dalca kebab sedikit;

berhati-hati menjaga diri,

hindari punca sebab penyakit.

 

Diarun lumat sitrus merona,

rawa di barat berakit kerat;

digerun amat virus corona,

bawa mudarat sakit melarat.

 

Mengelar sepat dibongkar lekat,

lukah dipunggah tenggiling huma;

menular cepat sukar disekat

langkah mencegah paling utama

 

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Khamis , 12 Mach 2020

 

Pantun penyertaan

 

Menyalut ukir selari besi,

sebelah dupa menala gasing;

kalut memikir cari solusi,

masalah timpa kepala pusing.

 

Perah diolah pedada belah,

jaha dirangkai jadikan bekal;

serah masalah kepada Allah,

usaha rungkai dengan tawakal.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Rabu 11 Mach 2020

 

Cukin di paya buaya tahan,

ghaib di lembah hadir di situ,

miskin dan kaya hanya pilihan,

nasib berubah takdir penentu.

 

Gali halia bendi di tangan,

adik perhati kesan di jari;

budi mulia jadi sanjungan,

baik pekerti hiasan diri.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Selasa, 10 Mach 2020

 

Hingar meganggu audio bisik,

boria ganti terbarai madah;

mendengar lagu radio klasik

ceria hati terurai gundah.

 

Ambilkan geti sisihkan salsa,

asingkan pauh berpeluh basah;

tenangkan hati legakan rasa,

buangkan jauh rusuh meresah.

 

Pantun D’Klasik

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin, 9 Mach 2020

 

Pantun penyertaan

 

Jelatik kota jelatik ganti,

sulik meranti rawa dahlia;

cantik di mata cantik di hati,

molek pekerti jiwa mulia.

 


Lukisan suri kaffan terindah,

sentuhan mahir lawa berseni;

cantikkan diri dengan ibadah,

berseri zahir berjiwa murni.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Jumaat, 6 Mach 2020

 

Pantun penyertaan

 

Ragi dibeli demang di hulu,

sambil menebar padi di laman;

rugi sekali memang selalu,

ambil iktibar jadi pedoman.

 

Resah termakan lemak se pagi,

handai mengaktif tandak serupa;

usah amalkan tamak merugi,

andai positif tidak mengapa.

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Rabu, 4 Mach 2020

 

Pantun penyertaan

 

Seri penganan hijau kasturi,

bekas dilukis santai dan cermat;

duri di kanan ranjau di kiri,

tangkas menangkis capai matlamat.

 

Rimbunan redup dihuni lebah,

tirus menongkah dahan kuini;

ujian hidup harungi tabah,

terus melangkah dengan berani.

 

 

Pantun D’Klasik

Radio Klasik RTM

Rabu, 4 Mach 2020

 

Pantun penyertaan

 

Kira berudu lambak di kasa.

lantai berambu tepi selari;

gelora rindu mengombak rasa,

se pantai kalbu sepi sendiri.

 

Kira berudu lambak di kasa.

lantai berambu tepi selari;

gelora rindu mengombak rasa,

se pantai kalbu sepi sendiri.

 

Pantun D'

 

Mengkudu mati dipandak dara,

dibelah sisa melandai jemu;

rindu di hati tidak terkira,

lerailah rasa andai bertemu;

 

 

Pantun D’Klasik

 

Kira berudu lambak di kasa.

lantai berambu tepi selari;

gelora rindu mengombak rasa,

se pantai kalbu sepi sendiri.

 

Saat bersama ayat kekata,

gulana suri di anjung satah;

taat setia rakyat jelata,

Perdana Menteri menjunjung titah.

 

Gayung dileta baung cempera,

terlompat gamat, toman di sini;

payung mahkota naung negara

rakyat selamat aman harmoni

 

 

Pantun D' Klasik

Radio Klasik RTM

Rabu, 26 Febuari 2020

 

Pantun penyertaan

 

Jalan berdebu baju kelabu,

janji  bertemu hari Selasa;

rindu menggebu di dalam kalbu,

ingat padamu senantiasa.

 

Terbang merpati saing kedasih,

hinggap diperdu rumpunan lemba;

sabar menanti hadir kekasih,

sepi merindu tak kunjung tiba.

 

Ayam  serama ramai berminat,

diberi makan tidak segala;

Rejab menjelma puasa sunat,

rajin amalkan besar pahala.

 

Roti sebuku dibelah-belah,

mengait pinang di kala petang;

apa berlaku kehendak Allah,

bawa bertenang berfikir matang.

 

Pantun D' Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin, 24 Februari 2020

 

Di dalam raga tepung pelita,

mengutip pinang di pinggir kali;

jiran tetangga saudara kita,

susah dan senang ambil peduli.

 

Lari sang kancil diserkup kain,

ke rumpun bemban menuju kali;

di masa kecil ralit bermain,

jemu seremban melontar guli.

 

Jalan berliku juga beronak,

Duri terpijak tidaklah asing;

Zaman riang kanak-kanak,

Bermain congkak bermain gasing.

 

Buluh menyesah gawa merata,

ranti di tasik sambau gandingan;

berkeluh-kesah jiwa meronta,

hati terusik imbau kenangan.

 

Balam melata kerana lara,

di ruang sepi melayang jemu;

malam gelita lena jendera,

terawang mimpi riang bertemu.

 

Kalau pegaga   hendak dijaga,

risih serumpun jengkal bersungguh;

walau terduga tidak terhingga,

kasih terhimpun kekal dan teguh.

 

Mandi di sini kedasih lari,

tenang menjamu ladu kelabu;

abadi murni kasih lestari,

kenang dirimu rindu menggebu.

 

 

Pantun D' Klasik

Radio Klasik RTM

Isnin, 3 Nov 019

 

Pantun dibaca

 

Hendak ke Kudat dari Segamat,

lintas udara lalui Serting;

wajib ibadat iringan khidmat,

masa bersara tumpuan penting.

 

 

 

 Nenas sepohon di sisi guri,
reputlah tanjung di dalam relau;
panas setahun hujan sehari,
liput lah tanjung dengan pulau.

 

Asyik berkhayal terkedu kata,

sedang berkarya fikir terlalu;

media sosial menular berita,

hendak percaya sahihkan dulu

 

Sempaya kota rimbun meredup,

daun diruntun terkulai mati;

budaya kita amalan hidup,

bersopan santun baik pekerti.

 

Daun diruntun terkulai mati,

tanam halia sisi kelisa;

bersopan santun baik pekerti,

sifat mulia warga berbangsa.

 

 

 

Pantun penyertaan

 

Sarapan pagi roti gardenia,

menggaya samfoo nikmati bubur;

Selamat Hari Radio Sedunia,

media info juga menghibur.

 

Pantun dibaca

 

Di tepi tasik atap disemat,

kutip berangan jatuh di rawa;

Radio Klasik sumber maklumat,

lagu kenangan mengusik jiwa.

 

Pantun penyertaan

 

Mengayuh beca sambil mengaji,

tali disimpul ikan temenung;

usah mencerca mengata keji,

hanya mengumpul dosa menggunung.

 

Pantun dibaca

 

Di atas tangga leka berperi,

letih  bersandar alih sedikit;

tiasa jaga kebersihan diri,

agar terhindar gejala penyakit.

 

Selam itik katik,

Terjah rengguh manggis,

Salam adik cantik;

senyum sungguh manis.

 

Anai-anai membina busut,

Memakan kayu sehingga rongga;

Rusuh amat kepala kusut;

Berhati sayu duduk di tangga.

 

Ambil  kudapan serata puan,
tersalah tempat diterpa pijat;
mengail berumpan kata bertipuan,
barulah mendapat apa dihajat.

Kentang dkamir menjelum usai,
merintang kijang jatuh perigi;
hutang samir belum langsai,
hutang kajang tumbuh lagi

Tersasar telan merana perut,
goncar disaji cerana gelang;
pasar jalan kerana diturut,
lancar kaji kerana diulang.


tangan terluka bengkung ke dada,
sangkut
jangan dibuka pekung di dada,
takut mengaib diri sendiri.

 

ke pekan tumpat membeli buah,
menaiki kuda sedari pagi;
sudah dapat gading bertuah,
tanduk tiada berguna lagi.

 

Sarapan pagi roti gardenia,

Menggaya samfoo nikmati bubur;

Selamat hari radio sedunia,

media info juga menghibur.

 

Di tepi tasik atap disemat,

Kutip berangan jatuh di rawa;

Radio klasik sumber maklumat,

Lagu kenangan mengusik jiwa.

 

Sebar maklumat iring kenangan

 

Kala gerimis sawah diredih,

Menghijau padi benih disebar;

Usah menangis meratap sedih,

Apa terjadi ambil iktibar

 

Menumbuk ringi lalu dirasa,

Seorang diri sepi di kali;

Harum mewangi anggerik desa,

Cantik berseri tak dipeduli.

 

Namun sedia risau sedia,
meniris  sambal lupa menggagah,
tiris menitis hingga seluruh;
timun di dia pisau di dia,
hiris tebal tak siapa menegah,
hiris nipis tak siapa menyuruh.

 

Saja mengelat tiada jeran,
walau dilejang duri seruas,
silau bermudik dari Maluku;
kerja dibuat ada aturan,
kalau panjang beri beruas,
kalau pendek beri berbuku

 

 

Si anak dara sinis mengadu,
tangkap di kamar lipan berbisa;
lunak bicara manis bermadu,
jerangkap samar mengumpan mangsa

 

Sayup beringin sudah merimbun,
tertumpu gajah mengisir tebu;
meraup angin menadah embun,
menyapu wajah mengusir debu.

Jejaki pamah berlindung sukar,
sentuh terkukur lebam dipanah;
kaki nan lemah tersadung akar,
jatuh tersungkur menyembam tanah.

Jarang berkuntum cendawan rawa,
redih selalu lewa ditandu;
orang tersenyum kawan tertawa,
sedih piluku bawa beradu.

Dingin berkabut rapat sejengkal,
henti gerimis timpa perahu;
angin ribut dapat disangkal,
hati menangis siapa tahu.

Mandak angsana layuh terduduk,
bingit menarah diri teruja;
hendak kemana mengayuh biduk,
langit pun merah hari dah senja.

 

 

Mengail terbul dapat pelata,

Ikan gelama dikerat-kerat;

Ijab dan Kabul impian cinta,

kekal bersama dunia akhirat..

 

Asyik berkhayal terkedu kata,

Sedang berkarya fikir terlalu;

Media social menular berita,

Hendak percaya sahihkan dulu.

 

Hujan  gerimis di pagi hari,

Gugurlah manggis banyak di perdu;

Tersenyum manis wajah berseri,

Hati menangis bawa beradu..

 


-------------------------------------------------------

 

PANTUN PERIBAHASA

 

Kerat  bahagi  pejam menggubal,

      cempedak tanjung pangkal sewarna;

ibarat seligi tajam bertimbal,

      tidak ujung pangkal mengena.

 

Lala di papan dari kimanis

     diangkut tongkang hingga muara

Bila berhadapan mulutnya manis

     balik belakang lain bicara

 

Duduk meratah serunding kerbau

      batang nyatuh usang berongga
Bajak patah banteng terambau,
      sudahlah jatuh ditimpa tangga

 

Tepi perigi semak jerangau

      menyisip atap makan halua

Setinggi-tinggi terbangnya bangau,
      surutnya tetap ke kubang jua.

 

Gadis jelita menyunting bunga

      menyuap pulut di atas titi

Buka mata pasang telinga,
      tutup mulut simpan di hati.

 

 

 

 

 

 

 

Saja mengelat tiada jeran,
walau dilejang duri seruas,
silau bermudik dari Maluku;
kerja dibuat ada aturan,
kalau panjang beri beruas,
kalau pendek beri berbuku.

 

Galau bingit menerpa semi,
tersekah dahan longan merunduk;
kalau dah langit nak timpa bumi,
bolehkah ditahan dengan telunjuk?

 

Darat jentayu geti pun gugur,
rahsia menanti serlah purnama;
ibarat kayu mati berpunggur,
manusia mati biarlah bernama.

 

Kilau sinarnya indah melengkok,
bahkan menirus akan panjangnya ;
kalau kayunya sudah bengkok,
masakan lurus akan bayangnya.

 

Namun sedia risau sedia,
tiris sambal di dupa menggagah,
tiris menitis hingga seluruh;
timun di dia pisau di dia,
hiris tebal tak siapa menegah,
hiris nipis tak siapa menyuruh.

 

Mengulum sentul sepanjang hari
merendah landak mengangkit duri;
belum betul membilang jari,
sudah hendak bangkit berdiri.

 

Berhati-hati sental serombong,
berkerut seret tenggelam pesong;
jangan seperti si buntal kembung,
perut buncit di dalam kosong.

 

Makan serawa di tepi panggung,
mungkin serasi mangkin gelegak;
jangan dibawa resmi jagung,
semakin berisi semakin tegak.

 

Dalamlah taman mana jelantik,
bayan bermalam rumah tamunya;
matilah kuman kena pelantik,
sekalian alam limpah darahnya.

 

Walau tersepit lama dirempuh,
galau kerengga delima bujur,
kalau sempit sama bertimpuh,
kalau lega sama berlunjur.

 

Buah sentang di pasar berakit,
kepayang nangka lupa ditindan;
tuah datang sebesar bukit,
sayang celaka menimpa badan.

 

Di lewat senja pukang disapa ,
di sisi kasa semata kendi;
penat saja tukang menempa,
besi binasa senjata tak jadi.

 

Bersama adik mengutip tanjung,

Masuk ke hutan cari melati;

Budi yang baik rasa nak junjung

Kekal ingatan hingga ke mati.

 

Jala ditebar terkena sangkar,

Tidak ketara di dalam rawa;

Pantang dicabar asa pendekar,

Demi negara pertaruh nyawa.

 

Berputih mata tidak sekali.

 

Di dalam bendang subur kemahang,

Tempat bergabung si ikan tilan;

Kain sebidang tenunan Pahang,

Gadis kelubung lawa berjalan,

.

 

Pantun yang menggunakan jenis-jenis fabrik sebagai pembayang atau maksud..tema bebas.

Cth: baju, kain, sampin, selendang, songket, sutera, satin, batik dan lain-lain

Bahtera berlayar menuju utara,
Pulau Angsa tempat singghan;
Betapa mahal kain sutera,
Belacu juga buat basahan

 

Sempaya kota rimbun meredup,
Daun diruntun terkulai mati;
Budaya kita amalan hidup,
Bersopan santun baik pekerti.

Daun diruntun terkulai mati,
Tanam halia sisi kelisa;
Bersopan santun baik pekerti,
sifat mulia warga berbangsa.

 

 

Lama bersimpuh membongkok perih,
diselar malu silu terbelit,
haru terkujat duduk di anjung;
umpama tumbuh si pokok sirih,
menjalar dulu lalu melilit,
baru memanjat ke pucuk junjung.

 

Merantii  merbau zahir terhimpit ,
sela senduduk mengalah lejang,
langkan dan pandan merendah sasar;
seperti kerbau leher tersepit,
dihela tanduk sudahlah panjang,
lalukan badan sudah membesar.

 

Buat menghitam merona pipit,
buat mengurung lana merayap,
buat merangkan di mana kedai;
kuat ketam kerana sepit,
kuat burung kerana sayap,
kuat ikan kerana radai.

 

Nenas sepohon lenjan di guri,

reputlah tanjung hatinya galau;

panas setahun hujan sehari,

liput lah tanjung dengannya pulau.



Sarat sebaris pajang di teluk,

ratna Sembawa merona geluk;

ibarat keris panjang berkelok,

ke mana bawa ke mana elok.



Mengukur merbau lara dan bimbang,

memandang rakan mana hilangnya;

seekor kerbau gara berkubang,

sekandang akan kena loloknya

 

 

Perbidalan: Keris panjang berkeluk, ke mana dibawa ke mana elok.
Maksudnya: Orang yang boleh dipergunakan untuk sebarang tujuan.

sekar suhun dipakai suri,
jatuh kalung ke dalam relau;
panas setahun hujan sehari,
liput tanjung dengan pulau.

Perbidalan: Panas setahun hujan sehari, liput tanjung dengan pulau.
Maksudnya: Jasa atau kebaikan yang banyak boleh hilang oleh kesalahan
yang sedikit.
Erti perkataan: Sekar suhun ialah sejenis kalung emas.

BURUNG TAPTIBAU DI DAHAN BEREMBANG,
KE ARAH LANGKAN PERGI TERBANGNYA;
SEEKOR KERBAU YANG BERKUBANG,
SEKANDANG AKAN KENA LOLOKNYA.

Perbidalan: Seekor kerbau berkubang, sekandang kena loloknya.
Maksudnya: Seorang yang melakukan kesalahan semuanya
terlibat sama.
Erti perkataan: 'Lolok' atau luluk bererti lumpur.

RUMAH SEBUAH DI TEPI KUKUP,
DI SELUT TEBAL TERSADAI KOLEK;
KALAU KUAH SAMA DIHIRUP,
KALAU SAMBAL SAMA DICOLEK.

Perbidalan: Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek.
Maksudnya: Bersama-sama dalam senang dan susah..
Erti perkataan: 'Kukup' ialah lumpur yang ditim[bunkan oleh air
di sepanjang pantai laut atau tebing sungai.

BELIMBING SEGI BANYAK BERBUAH,
DIJOLOK BUDAK JATUH DI SISI;
KE MANA LAGI TUMPAKNYA KUAH,
KALAU TIDAK KE ATAS NASI.

Perbidalan: Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.
Maksudnya: Baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak
turun ke anaknya.

BUNGA MELATI SI BUNGA MELUR,
DAHANNYA MATI DITIMPA KELAPA;
JANGAN DINANTI KUARAN BERTELUR,
SAMPAI KEMATI TAK AKAN TERJUMPA.

Perbidalan: Menanti kuaran bertelur.
Maksudnya: Mengharap sesuatu yang tidak mungkin terjadi
atau diperolehi.
Erti perkataan: 'Kuaran' ialah sejenis burung yang keluar bertelur pada
waktu malam.. Burung kuar atau burung kuak-kuak.

DI ATAS MEJA SI BUAH ZAITUN,
DI MEJA TERDAPAT SI DAUN PALAS;
SEDIKIT BEKERJA BANYAK BERANTUN,
ITULAH SIFAT ORANG YANG MALAS.

 

PANTUN D’KLASIK

(Tema KASIH SAYANG)

Pagi hari memetik bunga,
Bunga mawar bunga kasturi;

Kasih lestari tidak terhingga,

Indah dan segar bahagia diri.

 

 

Galau terendak sambung bersegi,

mengukir pauh

Jikalau hendak melambung tinggi,

Berfikir jauh kuatkan azam

RUMAH ITU

 

Jamah  di pintu manisan mayang,
melipat  labuh senbat kerudung;
rumah  warisan moyang
tempat berteduh tempat berlindung

Pokok melaka di dalam kota
batang berkelok diletak kaki
Rumah pusaka milik kita
sentiasa diperelok sentiasa dibaiki

Saprah hiasan siap berenda,
leta di sisi tabur perada;
rumah warisan tempat bersenda,
kita berkongsi apa yang ada.

Senduduk ungu di tepi kolah
sayang angsana merah cerah
rumah itu anugerah Allah
moyang membina bersusah-payah

Sorong papan di dalam taman
anak panah dilepas jatuh
rumah warisan zaman berzaman
jangan dipunah jangan diruntuh

Gema serata hebat bunyinya,

      Silat geraknya m;

bersama kita mertabatkannya,

      mendaulatkannya menyanjung tinggi.

 

Rasa serata juadah dibeli,

   leka sejenak  berderet tamu;

bahasa kita indah sekali

     bicara lunak mencoret ilmu.

 

 

Rimbun kelisa rebah diruntun,

       buah  keranji letak di para;

budi bahasa sopan dan santun,

       tingkah terpuji menyerlah aura.

Petir  merata bergema guntur,

      hujan di rawa hanyut halia;

bahasa kita lunak ditutur,

       gambaran jiwa bangsa mulia


Pantun D’kasik

Merimbun pohon hinggap kenari,

Bau semerbak si limau purut;

Panas setahun hujan sehari,

Laut berombak pasang dan surut.

.

Indahnya  pantun seni berseri,

 

 

Di dalam hutan terasa nanar,

Cabut keladi  sisi meranti;

Cintakan watan warga sebenar,

Kekal  abadi  kasih sejati.

 

Pantun D’Klasik
Tahun Baharu 2020

Sudahlah lama ternanti-nanti,

Merasa zam-zam jadi minuman;

2020 menjelma pasti

Genggamlah azam capai impian.

 

Hijau daun semalu,
Tumbuh subur melata;

2019 kian berlalu,
2020 bersediakah kita

 

2020 menjelma pasti

Genggamlah azam capai impian.

 

PANTUN D’KLASIK

Orang jawa memasang lukah,
Bawa bekal pulut bersantan;

Teguh  wibawa mengatur langkah,

Berhati cekal redah rintangan.


TEMA : HINDARI SIFAT SOMBONG

Bunga mawar baunya sedap,
Harum lagi bunga melati;

Sombong bebenar elok diredap,

Tentulah rugi dikenal pasti.

PANTUN D’KLASIK

Mencari jamu memulih urat,

Amat berhemat pilih teliti;

Tuntutlah ilmu dunia akhirat,

Hidup selamat Allah rahmati.

Kalau bertemu di Tanjung Sedili,
sampaikan salam teruna bertiga;
Jikalau ilmu belum digali,

Lautan dalam usah diduga.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : Ambil Kesempatan

Jauh belayar hingga muara,
Tidak sedar hari dah petang;

Usah dibiar usaha segera,

Manfaatkan pintar kesempatan mendatang.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA: NILAI KEMANUSIAAN

Tanam halia sisi kuini,

Tersadung batu jatuh gelungsur;

Bangsa mulia rohani murni,

Saling membantu bertolak ansur.

 

Berarak mega Di Gunung Daik,
Pelangi terbias di hujung desa;

Ajaran agama berbuatlah baik,
Sesama manusia tak kira bangsa.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : REDHA DENGAN UJIAN

Luputlah siang malam berganti,
Cahaya terang gelap menjadi;

Kasih dan sayang Allah menanti,

Reda sebarang ujian terjadi.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : HIDUP PERLU POSITIF

Galah di pintu menimpa bangku,

Tandanya lama biar sandarnya;

Allah penentu apa berlaku,

reda terima besar ganjar-Nya.

 

Terang bulan bagai diukir,
Tupai mengusik bunga durian;

Sebarang perbuatan habiskan fikir,
Tidak menyesal hari kemudian.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : BERJIMAT- CERMAT

Batu cincin delima merah,
Di jari manis elok tersemat;

Saku pun licin duit diserah,

Memborong habis tidak berjimat.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : ILMU PENYULUH HIDUP

Mencari semu menghala barat,
kullit disiat sepanjang jalan;

Tuntutlah ilmu dunia akhirat,

Lestari hayat jadi amalan.

Anak ayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan;

Tuntutlah ilmu bersungguh-sungguh,
Buat bekalan hari kemudian.

 

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA: BEBAS

Umpan belalang kail dipasang,
Sepat puyu di dalam telaga;

Apa  menghalang asa dirangsang,

Tidaklah luyu hadapi duga.

 

 

 

PANTUN D’KLASIK

Indah alam terbenam mentari,
Kicau terlihat sekawan merbah;
Penghujung tahun bakal hampiri,

Azam yang lama tertunaikah sudah.

Daun semalu dipijak merbah,

Terasa janggal mengubah hala;

Masa berlalu tahun berubah,

Azam tertinggal bina semula.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : Negara Rahmah Ummah Sejahtera

Terbang camar tinggi di awan,
Kicau senja mengajak pulang;

Onar  mencemar watan warisan,

Segala durja segera halang.

 

PANTUN D’KLASIK

TEMA : JAGA SILATURAHIM

 

Rendang bidara di tepi sawah,

Buah celahi terlihat jarang;

Berkenal mesra jalin ukhuwah,

Namun patuhi pantang dan larang.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : REZEKI

Banyak gunung sudah di daki,
Tidak sama hai Gunung Ledang;

syukur  merenung mewah rezeki.

Allah terima usaha gedang.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : SEMANGAT KERJASAMA

Tanam halia kutip keranji,

Mengait pinang di tanah huma;

Ikrar setia berteguh janji,

Susah dan senang hadap bersama.


Indah jambangan bersulam ranting,
Bunganya lebat di dalam bakul ;
Andai ringan sama dijinjing,
Andai berat sanggupkah dipikul?

 

Sudah berjanji setia bersaama

PANTUN D’KLASIK
MUSIM TENGKUJUH

Hujan di muara airnya deras,
Payung sekaki berkongsi sama;

Top of Form

Bottom of Form

sudah ketara banjir separas,

sampan naiki usah berlama.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : BUDAYA PEMBERSIH

Indah busana warisan lama,
Lambang kasih kusimpan kekal;
Kemudahan terminal kelas pertama,
Budaya pembersih kenapa tak amal?

 

Cenderawasih terbang  ke pekan,

Lintasi bendang hala istana;

Budaya pembersih wajar amalkan,

Selesa pandang nyaman suasana.

 

DJ AZLAN OMAR Selamat bertugas

Sedikit coretan mutiaea kata;

Berusahalah menolong diri sendiri kerana yang fahami masalah kita hanya kita disamping berpaut teguh dengan tali Allah.

BAHASA KITA

Buah pulasan, markisa   muda,

      salai di para geti, kuini;

indah warisan bahasa bunda,

      nilai aksara sejati murni.

 

Layah  geroda  mara jentayu,

       tumbuhan kelisa di birai tangga;

madah  bunda bahasa Melayu,

      keagungan bangsa nilai berharga.

 

Rimba kota pinggir bandaraya,

      dan indahkannya berseri ranggi;

bersama kita mertabatkannya,

      mendaulatkannya disanjung tinggi.

 

Rasa serata juadah dibeli,

   leka sejenak  berderet tamu;

bahasa kita indah sekali

     bicara lunak mencoret ilmu.

 

PANTUN D’KLASIK
UTAMAKAN KESIHATAN

Kuning ranum buah markisa,
Bawa belayar penuh muatan;

Makan dan minum mengikut masa,

Berkhasiat segar jaga kesihatan.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : BUDI BAHASA BUDAYA KITA

 

Rimbun kelisa rebah diruntun,

Buah  keranji letak di para;

Budi bahasa sopan dan santun,

tingkah terpuji menyerlah aura.

Gulai peria di bawah saji,
Piringnya retak terkena paku;

Berbudi bahasa amalan terpuji,
Mengapa tidak seiring laku?

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : BAJET OH BAJET

Masak meranum si buah ara,
jatuh sebiji di atas papan;

Bajet diumum puas mengira,

Semoga janji beri harapan.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : KASIH SAYANG

 

Pohon bidara sisi kepayang

Hinggap kenari buahnya jatuh;

Bahagia mesra berkasih sayang,

Benci dan iri sisihkan jauh.

 

DJ Azlan Omar

Sutera malam menyelimuti peraduan lenamu

Semoga rona roni mimpi memgindahi ruang  dini hari sunyi.

PANTUN D’KLASIK
TEMA : KENANGAN

Lagu rindu jadi siulan,
Nyanyian jiwa menusuk kalbu;

Sedih  tersedu menangis pelan,

Kenangan lama sebak menyerbu

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : KEJAYAAN

 

Pohon sempaya pinggir graha,

sisinya tunggal pisang restali;

tempalah jaya dengan usaha

andainya gagal cuba berkali.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : JEREBU OH JEREBU

Padi jerami dibuang jangan,
Bawa belayar elok diikat;

Jerebu melanda kabur pandangan,
Patuhi arahan kekal sihat.

 

Buah kedabu dimakan camar,

Bersama nuri terbang ke paya;

Olah jerebu udara cemar,

Jagalah diri elak bahaya.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : JAGA KESIHATAN

Ikan di air melompat-lompat,
Ikan bernama si ikan laga;

Makan berfikir  jangan tak sempat,

Sihat selama tubuh dijaga.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : KITA MALAYSIA

 

Sia terakhir isi juadah,

Di dalam dulang menu berbilang;

Malaysia mengukir sejarah indah,

Nama gemilang warga cemerlang.

 

Jauh berkelana ke Batu Kikir,
Dari desa teruna berlima;

56 tahun Malaysia terukir,
Amanah bangsa belalah bersama.

 

 

PANTUN D’KLASIK
Tema : Keranamu Malaysia

Antara kasih sayang & cinta,
Mana dulu mana kemudian;

Segala  bersih impi dicita,

Malaysiaku nusa kebanggaan.

 

Gula dicampur labu di para,

Ditegah nyonya keladi hutan;

Kuala Lumpur ibu negara,

Megah namanya jadi sebutan.

 

PANTUN D’KLASIK
Tema: Rukun Negara

Malaysia bersih damai dan aman,
Di bawah naungan Seri Paduka Baginda;

Tiga belas negeri tiga Wilayah Persekutuan,
Berpandukan prinsip Rukun Negara.

 

Merimbun ara tepi telaga,

Tanam halia sisi kuini;

Rukun Negara amalan warga,

Demi setia hidup harmoni.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : MERANTAU JAUH

Buah pauh atas permatang,
Masak sebiji buah delima;

walaupun jauh jadi pendatang,

berteguh janji pasti bersama.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : HIJRAH

Pergi Krabi membeli gamat,

Di waktu malam terasa nanar;

Berhijrah nabi membawa umat,

Serata alam Islam bersinar.

Beras basah atas serambi,
Bawa ke hulu berteman pelita;

Makkah Madinah hijrahnya nabi,
Membawa syiar islam tercinta.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : KITA MALAYSIA

Kalau tuan benar sayang,
berilah bukti bicara kata;

kukuh kian teguh tak goyang,

bersatu hati jiwa sekata,

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : Sayangkan Negara

Setiap tahun menyambut Merdeka,
Jalur Gemilang berkibar megah;

Sejarah negara jangan dilupa,
Beratus tahun kita dijajah.

 

Bunga sakura dan bunga kekwa,

Petik dan bawa perlahan-lahan;

sayang negara seluruh jiwa

bergadai nyawa rela pertahan.

 

PANTUN D’KLASIK
Tema : Kepahlawanan

Patah atap kerana buluh,
Atap dijalin dengan tali;

Usah meratap merasa luluh,

Asa yang tulin gagah sekali.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : Kemakmuran Bersama

Anak cina mencari galah,
galah panjang celahan perdu;

Apalah guna berpecah belah,
Banyak hikmahnya bersatu-padu.

 

 

 

 

Membeli-belah terasa lelah,

Bahan yang mentah  pilihan tentu;

berpecah belah undang masalah,

mudah dipatah lidi yang satu

 

PANTUN RINDU DENDAM

 

Anak gelama buahan nadir,

dibawa nyonya berserta labu;

kekasih lama ditunggu hadir;

mengenangkannya rindu di kalbu.

 

Tepi perigi kembang seroja,

membawa serkap buluh sembilan;

sedari pagi menjelma senja,

di muka tingkap merenung jalan

 

Dari Kediri menuju Langkap,

bunga melati letak di alang;

sepi sendiri di muka tingkap,

yang dinanti tak kunjung jelang.

 

Perih tersilau ralat merenyah,

undurkan langsir ke arah tubir;

sirih nan hijau lipat dan kunyah,

kapur dan gambir memerah bibir

 

jeda berjamu legakan tekak,

cempedak gurih hidanglah dulu;

pada tetamu hulurkan tepak,

sepiak sirih janganlah malu,

 

Jerat di tepi curam selisih,

teliti arah silih serasi;

penat menampi sekam disisih,

peti saharah memilih isi.

 

 

…;;PANTUN D’KLASIK


Tema : Semangat Patriotik

 

Semai mari bunga melati,
kembang disunting putih warnanya;

teguh kendiri bugar di hati,

utama penting cinta watannya.

;;;;;

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA: NILAI KEMANUSIAAN

 

Jalan ke huma berlari jatuh,

Abdul dan Rahim tuju sasaran;

Ajaran agama mestilah patuh,

Siratulrahim besar ganjaran.

 

 

Berarak mega Di Gunung Daik,
Pelangi terbias di hujung desa;

Ajaran agama berbuatlah baik,
Sesama manusia tak kira bangsa.

 

PANTUN D’KLASIK

Tema : Pengorbanan

Orang jawa memasang lukah,
Bawa bekal pulut bersantan;

Berkorban  jiwa janji menikah,

Kasihnya kekal erat ikatan.

 

Menyuci jiwa haji ke Mekah,

Tersirna  dangkal noda palitan.

 

Seluruh jiwa janji di warkah,

Kasihnya kekal erat ikatan.

 

Tema : Perpaduan

 

Pergi ke Lundu beli bidara,

cari kelisa juga bambangan;

bersatu padu demi negara,

berbilang bangsa bukan halangan.

 

Putih seroja merah tiada,
susun diatur elok terhimpun;

Makan semeja bergurau senda,
Biar berbeza tetap serumpun.


Tema : Usaha Tangga Kejayaan

 

Kalau mencari buah asam,
biar lebih jangan kurang;

upayakan diri menggenggam azam,

jaya diraih hatipun girang.

 

 

Asah  berkilat parang di paya,

memotong rotan lalu disiat;

Raja berdaulat waris anbiya,

mahkota watan sanjungan rakyat.

 

Kalau ada menanam tebu,
Boleh dijual di pasar desa;

tidak berada duit  beribu,

budi diamal setiap masa.

 

Tema: Bapa Borek Anak Rintik

 

Serawa labu dicampur pandan,

isikan santan pulut ditanak;

ayah dan ibu insan tauladan

jadi ikutan idola anak

 

Anak umpama kain yang putih

Mudah menyerap warna dilorek

 

Tanam limau tanam kedondong,
tanam mari tepi pantai;

usahlah lemau apa dikendong,

apa dicita  biar tercapai

 

Tanam limau tanam kedondong,

Tanam mari di pantai;

 

 

 

PANTUN D’KLASIK
Sepakat Membawa Berkat

Kalau berakit saudara berlima,
Jangan dilupa bawalah pukat;

Ada sedikit kongsi bersama,
Besarnya nikmat membawa berkat.

 

nangka dibelah ambil seulas,

sepiring biskut pula disua;

rahmat Allah rezeki meluas,

usah kedekut bolot semua.

PANTUN D’KLASIK
Tema : Berjimat-cermat

PANTUN D’KLASIK
Tema : Berjimat-cermat

Kelam gunung jauh terlihat,
kicau burung terbang pulang;

sambil membeli niat bercermat,

boros dikurung minda menghalang.

 

Kelam gunung jauh terlihat,
Kicau burung terbang pulang;

lama termenung apa nak buat,

andai berkurung rezeki  hilang.

 

PANTUN D’KLASIK

Assalamualaikum

 

Pohon mengkudu sisi kuini,

tidak berbuah rimbun bidara;

bersatu padu hidup harmoni,

jalin ukhuwah warga negara.

 

1.    Sazalee Sulaiman

2.    Pak Engku

3.    Latty Latisa

 

Cari berudu di Tasek Chini,

Letak  di para dalam                                          

Bersatu padu aman harmoni

Ukhuwah mesra warga Negara.

 

      Dj  yatti n Amelin moga ceria sihat sejahtera

PANTUN D’KLASIK
TEMA : BERJIMAT- CERMAT

Batu cincin delima merah,
di jari manis elok tersemat;

sebabkan licin jatuh berdarah

mula menangis langkah tak cermat.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA :Hari Bumi Sedunia

Bunga melur tumbuhnya rendah,
Petik seraga belayar perahu;

Tempat bertelur hilanglah sudah,
Penyu menangis siapa tahu.

 

Malam gelita ke Pulau Aman,

bonda berpesan membeli kelah;

alam semesta indah dan nyaman,

Jaga warisan amanah Allah.

Tidak berubi pohon kemuni,

membiak jaha sisi kelisa;                                 

Ilahi Rabbi mohon ampuni,

taubat nasuha segala dosa.

 

berbunga lemba di dalam taman,

makan berangan bersulam lada;

jadikan hamba insan beriman,

apa dugaan hadapi reda.

 

Tumbuhan salsa pinggir kuala,

subur kemumu rajin dijirus;

Allah yang Esa Azzawajalla,

bimbing hamba-Mu ke jalan lurus.

 

Gigih meramu tepung pelita,

untuk tetamu di anjung rumah;

hanya pada-Mu hamba meminta,

 akan kasih-Mu melimpah ruah.

 

Hati mendamba buah pedada,

merasa jemu ditumbuk lumat;

hadirnya hamba ke mayapada,

tanda cinta-Mu bersama  rahmat.

 

Anak terkukur di rumpun kaduk,

dipasang kandil di pohon sena;

hamba bersyukur tunduk tawaduk,

insan nan kerdil tidak sempurna.

 

Hendak mendobi si kain kasa,

busana serba milik muslimah;

Ilahi Rabbi maha kuasa,

matikan hamba husnulkhatimah

 

Berjaga-jaga dalam gelita,

tersadung janggi reba semalu;

Ingin ke syurga hati mencita,

harapan tinggi hamba termalu.

 

 



PARIDAH ISHAK

Desa Melor

20/01/019 

 

 

Umpan belalang kail dipasang,
Sepat puyu di dalam telaga;

Ramadan jelang beri perangsang

Usah meluyu walau berjaga.

 

Umpan belalang kail dipasang,

sepat puyu di dalam raga;

lama menghilang rindu merangsang,

lesu dan layu jiwa dan raga.

 

Kodok menyanyi merdu terasa,
menari- nari sianak kambing;

riuh berbunyi itik dan angsa

ayam berketuk tersenyum sumbing

 

Orang bertamu di Padang Tembusu,
Meriah jualan itik serati;
Kurangkan gula kurangkan susu,
Manis manis undang obesiti.

 


Mencari lokan bersama moyang,

membawa joran pancing pelotan;

berhenti makan sebelum kenyang,

elak pembaziran jaga kesihatan.

 

Tepi kuala berkain kasa,

cari pedada tersangkut duri;

semanis gula setakat rasa,

sakit tiada wajah berseri.

 

PANTUN D’KLASIK
TEMA : REZEKI

Banyak gunung sudah di daki,
tidak sama hai gunung Ledang;

usah termenung tunggu rezeki,

mengharap semua akan dihidang.
•••

 

Gadis manja elok berlima,
Berbaju kurung manis bersanggul;
73 tahun setia bersama,

Demimu Malaysia tetap unggul.

#ulangtahunrtm73

Bungkusan   sohun di atas para,

buah bidara letak di peti;

73 tahun RTM bersuara,

demi negara menabur bakti.

 

Pantun D'Klasik

Sinar mentari cerah cahaya,
embun menitis sudahlah kering;

usahakan diri sepenuh daya,

jaya dirintis pasti mengiring.

 

Tangkap  gelama mendapat gamat,

melihat nyonya serba tak kena;

sekian lama polis berkhidmat

sambut harinya penuh bermakna.

 

TEMA : GEJALA RASUAH


Kalau tuan belayar jauh,
singgahlah bertamu di Teluk Segari;

rasuah  jangan biar berlabuh,

kalau bertemu usir pemberi.

                                                                                                                                  

PANTUN D’KLASIK
TEMA: NILAI KEMANUSIAAN

Ke pekan Chini membeli kasur,

ubi keladi dibuat kaswi;

hidup harmoni bertolak ansur,

saling berbudi sifat manusiawi.

 

Berarak mega Di Gunung Daik,
Pelangi sesudah gerimis di desa;

Ajaran agama berbuatlah baik,
Sesama manusia tak kira bangsa.

.          

PANTUN D’KLASIK
Tema : Keharmonian

 

Bayu pagi menyapa suasana,
kelam gunung di hulu tidak;

harmoni lagi aman sempurna,

mudah merenung apa kehendak.

 

Mari pergi ke kota melaka,
Terlihat puteri hati tertawan;
Pagi pagi bermanis muka,
Murah rezeki bertambah kawan.

 

Terbang tinggi burung kenari,

anak lelaki hambat terkukur;

bersinar pagi senyum berseri,

melimpah rezeki meraup syukur.

 

Meninggi palma di sisi pinang,

rimbun meredup pohon merapi;

Setia  bersama susah dan senang

cabaran hidup tegar hadapi.

 

 

Cukup indah cukup tenang,
Pabila irama bersatu hikayat;
Teman susah teman senang,
Setia bersama keakhir hayat.

PANTUN D’KLASIK
TEMA: KASIH SAYANG

Sayur keladi ulam raja,
masakan bonda sedap sekali;

kasih dan budi tulus sahaja,

tidak bersenda demi Ilahi.

 

 

Berpada-pada cari kelisa,

ikan gelama simpan di kolah;

apa yang ada sama dirasa,

milik bersama rezeki Allah.

 

Kalau berakit saudara berlima,
Penuhkan muatan pisang berikat;
Ada sedikit kongsi bersama,
Besarnya nikmat membawa berkat

 

Kalau ke Rengit terus ke Larkin,

singgah Segamat membeli pasu;

menongkat langit masakan mungkin,

lelah teramat raga pun lesu..

 

 

PANTUN D’KLASIK
Tema : Hanya Di Radio

Meraut lidi hingga leka,
tidak sedar jauh berangan;

radio jadi  penghibur duka,

memori segar gamit kenangan.

 

Titis embun di hujung kota,
Angin selatan bertiup kencang;
Puitis madah bersulam dusta,
Manis di depan menikam belakang.

 

Berkain kasa sehingga senja,

hendak ke kota membeli gamat;

manis bahasa di bibir saja,

hati berdusta sarat kesumat

#iramamerentaszaman
#menggamitkenangan

 

 

PERPADUAN

Memikat burung di Lembah Beriah,
kicau si pipit hinggap di tepian;

usah bermurung biar meriah,

sama berhimpit rai perayaan..

 

 

PANTUN D’KLASIK

Hendak mengalih pindah tempatnya,

susun bejana harga sepeser;

makan dipilih tinggi nilainya,

sihat sempurna jauhi kanser.

 

Tema : ‘Beli Barangan Malaysia’

Gerimis pagi bawa ke petang,
Semilir angin sejuk terasa;
alangkah rugi tidak terbentang

memandang dingin barangan bangsa.

 

 

Tanam sejajar mawar berduri,

indah mekarnya harum teramat;

masa dikejar cepat berlari,

manfaatkannya setiap saat.

 

Joran buluh bertali tangsi,
Mengail ketutu di dalam sumur;
Putaran masa tetap berpaksi,

Sedetik waktu tidak berundur.

 

TEMA: MEDIA SOSIAL

Rapat rapat tumbuh keladi,
tumbuh dicelah pohon kelapa;

usah melompat tular tragedi,

bimbang tersalah mungkin terlupa.

 

 

Bunga pedada gugur di rawa,

Jauh berdepa darilah sawah;

Bergurau senda senyum ketawa,

Bertegur sapa erat ukhuwah.

Corak berseni batek lepas,
Elok disarung sicantik nyonya;
Ambil sari buang ampas,
Jelek ditinggal manfaat semua.

 

Kenari sanya mengiring belas,

lepas mengambus kedidi raja;

sari pastinya disaring jelas,

ampas dikompos menjadi baja…………

 

TEMA : Budi Bahasa Budaya Kita

Merah merah buah delima,
bawa belayar ke Pulau Pandan;

rendamlah marah indah bersama,

bahasa biar kilau didandan.

 

Senangin lembut tumpat dibekal,                                    ,

sepeti dadih bersama tauhu;

angin dan ribut dapat disangkal,

hati nan sedih siapa tahu.

 

Ke Gunung Senyum telang dibawa,

pilih delalu kekwa terkedu;

orang tersenyum orang tertawa,

sedih dan pilu bawa beradu.

 

Pergi ke pasar  mengendung sekar,

anak terkukur lembam dipanah;

kaki tersasar tersadung akar,

jatuh tersungkur menyembam tanah.

 

Pantun D'Klasik

 

Lepas berela lesap di dusun,

menggantung kasa redup angsana;

nafas dihela asap beracun,

jantung tersiksa hidup merana.

Mari meniti jambatan gantung,
Bawa ragi di dalam raga;
Asap beracun merosak jantung,
Sayangi diri, kasihi keluarga.

 

 

PANTUN D’KLASIK

(Tema KASIH SAYANG)

 

Pagi hari memetik bunga,
bunga mawar bunga teratai;

kala sendiri berdetik duka

terasa tawar kasih terabai.
•••

 

 

Sepohon geti pucuk direngguh,

berbekal tapai makan di bangsal;

berazam mesti tegar bersungguh,

biar tercapai tidak menyesal.

 

Tebu bergoyang ditahan rawa,

pangkal keladi gelam berangan;

ibu tersayang belahan jiwa,

kekal abadi dalam kenangan.

 

Jauh belayar ke Kuala Langat,
Hajat mencari buah cempedak;
Ingin berazam penuh semangat,

Separuh jalan harapnya tidak

 

Jati sepuntung tepi perigi,

dekat madrasah pokoknya perah;

hari dihitung berlalu pergi,

tercatat kisah dalam sejarah.

 

Pohon gaharu pucuk direngguh,

berbekal tapai makan di bangsal;

berazam baru tegar bersungguh,

biar tercapai tidak menyesal

tahun nan baru menjelma wajah,