Sunday, December 12, 2021

KEREPEK

 

RANCANGAN: PANGGUNG DRAMA.

PENERBIT:       .

TAJUK:               KEREPEK PERIA RANGUP.

PENULIS:          PARIDAH BINTI ISHAK.

ALAMAT:           NO.7, JLN 7F, DESA  MELOR, SERENDAH, SELANGOR.

HP/ E-MEL:       019-2525742 / paridahishak@gmail.com

AKAUN BANK: 162553086206 (MAYBANK).  

 

 

                           

PELAKON:        1. …………………………..........sebagai .Saniah/Ibu

                            2…………………………........... sebagai .Zatulsyima

                            3…………………………........... sebagai .Adam/Ayah

                            4…………………………........... sebagai .Rina

                           

                            EFEK: BUNYI INJIN MOTORSIKAL

                          EFEK: MOTORSIKAL DILANGGAR LEMBU   

                            

                           

 

SINOPSIS:        

Zatulsyima tidak boleh menerima Saniah sebagai ibu tirinya walaupun Saniah adalah kawan baik kepada arwah emaknya.. Dia terlalu marah ayahnya mengahwini Saniah kerana disangkanya menjalin hubungan dengan ayahnya dan mencurangi emaknya sebelum emaknya meninggal dunia.                      .           Ibu tirinya itu seorang yang amat rajin mengikuti pelbagai aktiviti kemasyarakatan kampungnya di pertempatan Felda seperti rewang, berzanji, gotong royong, kelas yasin, masakan dll.

Dalam kegawatan ekonomi dan harga kelapa sawit merudum amat memberi tekanan kepada ekonomi keluarga Zatulsyima. Dia sering merungut kepada ayahnya kerana hanya mampu memberikan sejumlah kecil wang untuk membiayai pengajiannya di university.

Saniah mulai menjalankan perniagaan kerepek peria rangup untuk membantu suaminya menanggung perbelanjaan anak tirinya itu tanpa diketahui Zatulsyima. Saniah dimasukan ke hospital kerana cedera akibat kemalangan jalan raya ketika membeli peria untuk dibuat kerepek di pasar borong.

Akhirnya Zatulsyima mengetahui bahawa  wang yang diterimanya dari ayahnya selama ini adalah pemberian ibu tirinya.                                                                                                  Zatulsyima mohon maaf di atas ketelanjuran sikapnya selama ini yang tidak pernah menghargai pengorbanan ibu tirinya kepadanya sebelum ini. Dan bertekad  untuk mengubah sikapnya.  Dia ingin membantu Saniah meluaskan lagi pasaran kerepek peria ibu tirinya itu bersama rakan baiknya Rina.                                                                                  

 


GRAM:                    MUZIK PENGENALAN.

JURUHEBAH:       Panggung drama dengan kisah “KEREPEK PERIA RANGUP” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor. “KEREPEK PERIA RANGUP”.

 

GRAM:                    MUZIK.

AYAH :                    Mak cik kau ke mana? Tadi ayah tengok sibuk dia di dapur menyediakan sedikit kuih untuk kau bawa balik ke asrama..

ZATUL:                   (SAMBIL LEWA) Entah! Tak tau pula ke mana makcik tu! (PAUSE) Isteri kesayangan ayah tu bukankah orang penting kat kampung kita ni. Ada saja kerja yang nak dibuatnya. Sekejap mesyuarat GPW, sekejap merewang kenduri, sekejap gotong royong, sekejap kelas yassin, kelas masakanlah. Eih ada saja kerja yang nak dibuatnya. Mengalahkan YB   sibuknya! Tak lekat  di rumah. Tak faham betul Zatul!               

AYAH:                     (MARAH SEDIKIT) Zatulsyima! Kau ni asal ayah tanya, tak tahu saja jawabnya. Cuba ambil tahu sikit tentang mak cik kau tu. Cakaplah baik-baik sikit walau dia bukan mak kandung kau.(PAUSE) Kau pun budak-budak lagi, dah dewasa. Ubah-ubahlah sikit perangai keras kepala kau tu. Mak cik kau tu bukan sehari dua jadi isteri ayah. Dah bertahun-tahun. Sejak ibu kau meninggal dunia. . (PAUSE) Kita ni hidup bermasyarakat. Apa saja kegiatan masyarakat kampong felda kat sini, kenalah disertai. Itulah yang dibuat mak cik kau pun.                                                                                                                   

ZATUL:                   (MERAJUK) Ayah ni mak cik Saniah hilang, Zatul pulak yang kena bebel. (PAUSE) Sekejap lagi baliklah isteri kesayangan  ayah tu! Sabar ya Yah!                                                                                                              

AYAH :                    Isyh budak ni!.

ZATUL:                   Maaf ayah jangan marah! Zatul masuk ke bilik dulu ya, nak mengemas barang-barang yang nak  dibawa balik sekejap lagi.

AYAH:                     Kau tu pantang ayah cakap sikit mulalah nak lari!. Yalah pergilah masuk bilik kau mengemas!.

ZATUL:                   Tapi ayah jangan lupa berikan duit kat Zatul  ya! Sebab banyak kerja kursus yang nak disiapkan. Banyak bahan rujukan nak kena beli. Kalau ayah tak bantu mungkin  Zatul tak dapat markah terbaik. Silap gaya mahu fail.   (MEMUJUK) Berilah lebih sikit. Setakat seratus dua apalah yang dapat dibeli. Tak cukup tu Ayah!

AYAH:                     Insyaa-Allah! Kalau ayah ada duit, ayah bagi.

ZATUL:                   Eh  ayah ni, cakap gitu pulak! Saya memang sangat perlukannya. Jangan ayah tak bagi pulak. Tak kesian ke kat anak ayah yang sorang ni! Duit PTPTN tu manalah cukup. Siapa lagi nak tolong Zatul kalau bukan ayah!

GRAM  MUSIK:                          

SANIAH:                 Assalamualaikum!

AYAH:                     Waalaikumussalam! (SUARA TINGGI) Awak ni ke mana? Tiba-tiba saja hilang tak bagi tau saya pun kemana nak pergi!.

SANIAH:                 Maaflah bang! Saya nak cepat tadi. Lepas siapkan bekalan Zatul saya terus pergi jumpa kawan sekejap. (PAUSE) Ambillah ni beri pada Zatul. Abangkan tiada pendapatan lebihan untuk diberi pada  Zatul!. Ini saja yang dapat dikutip hasil jualan kerepek peria rangup yang saya buat. Tidak banyak sangat! Tapi bolehlah menampung serba sikit apa yang kurang.

AYAH:                     (SUARA LIRIH LUNAK)Terima kasih San. Ada juga rezeki untuk   Zatul. Yela San semenjak harga sawit menurun, abang  tak dapat lagi nak memberi wang belanja seperti selalu kepada Zatul. Hasil sawit cukup untuk sara hidup kita saja. Harapkan dia pandai berjimat menggunakan wang PTPTN untuk belanja semua.

SANIAH:                 Saya membantu sedikit saja bang, setakat terdaya. Kita doakan  anak kita tu berjaya menamatkan pengajiannya dan dapat pula          membantu kesusahan  kita nanti. Pabila kita dah berusia tentu kita mengharapkan pertolongan anak membantu susah payah kita. Kita memang tak harapkan sangat  bantuan Zatul tapi kita tidak tahu apa yang terjadi pada masa depan..

AYAH:                     Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Zatul seorang anak yang baik. Kita mengharapkan yang baik-baik saja berlaku masa hadapan. Tapi takdir Allah tak siapa yang tahu!

GRAM:                    MUZIK.

RINA:             Kau dah beli buku rujukan untuk kerja kursus kita, boleh aku pinjam?

ZATUL:          Ada tu kat  atas meja. Tapi tak boleh bagi kau pinjam lagi. Sebab aku pun nak gunakannya. Nanti aku dah selesaikan tugasan aku, kau ambiklah.

RINA:             Yalah Zatul. Maaflah Zatul, menyusahkan kau saja. Aku nak beli buku yang mahal gitu memang tak mampu. Terpaksalah meminjam dengan kau                     yang baik hati ni!                                                                                                                                                      

ZATUL:          Tak ngapa Rin. Setakat nak bagi pinjam buku, buat  apalah nak berkira sangat. (PAUSE) Itupun mujur ayah aku bagi duit  sikit masa aku balik kampung baru ni. Dapatlah aku membelinya tadi.

 RINA:           Untungkau Zatul masih ada mak ayah di kampung yang dapat bantu apa saja kesusahan kau. Macam aku ni yatim piatu. Tidak ada  siapa yang dapat bantu aku. Dengan duit PTPTN itulah aku gunakan untuk semua keperluan aku dengan berjimat cermat.                                  

ZATUL:          Aku tahu kisah kau Rin. (SUARA PERLAHAN)

                       Samalah kita anak yatim.Tapi aku nasib baik masih ada ayah. Ibu aku

 meninggal lama dulu. Ayah  aku kahwin lain dan aku   dapat

 mak tiri. (SUARA TINGGI) Benci! Benci!

RINA:             (PAUSE) Eh kau ni Zatul tak baik membenci ibu, walau dia cuma ibu tiri  

Kau  ibu tiri tu sama  dengan ibu kandung tau. Takkan itu pun kau taktahu.

                      Jangan  pula kau nak tambah dosa. Aku rasa mak tiri kau tu mesti sangat                    

                      sayangkan kau anak kepada suaminya, macam anaknya sendiri.                                                                                                                                                                                                

ZATUL:          (SUARA LEMAH)     Entahlah Rin! Hati aku ni langsung tak boleh terima

                        mak cik Saniah itu jadi  

mak tiri aku. (PAUSE) Kau tau sebenarnya mak  tiri aku tu dulunya kawan baik ibu aku. Selalu datang menolong kerja ibu  aku di rumah. Maklum ibu aku tak berapa sihat  akibat sakit migrain dan darah tinggi. Sekali bila ibu aku  dah arwah, ayah aku kahwin dengan mak cik tu. (PAUSE) Aku rasalah mungkin selama ini mereka dah jalin hubungan di belakang mak aku. Manatahu kan!                                                                                                 

RINA:             Hisyh. Kau ni Zatul! Tak baik berprasangka bukan-bukan. Jernihkan hati   dan fikiran tu. Menuduh tanpa bukti tu fitnah. Dosa tau! (PAUSE) Aku pun dah lapar ni jom kita turun makan di kantin..                                                                            

ZATUL:          Malaslah Rin. Aku penat sangat rasanya. Maklum baru sampai dari

                       kampung. Dah tu sempat lagi merayau mencari buku dan bahan tugasan

                       untuk projek kita. Terpaksa patuh norma baharu SOP segala bagai!   

                       Maklum kesihatan diri mesti kena jaga jugak. Memang ngeri kalau

                       dijangkit virus corona ni. Prevention better than cure kan Rin!  (PAUSE)

                       Aku makan sajalah apa yang ada sebelum nak tidur. (PAUSE) Aku  

                       rasa banyak juga makanan dalam beg aku tu. Cuba kau tengok. Kalau

                       kau nak makan ambillah. Tapi tinggalkan untuk aku  sikit.                                                                          

RINA:             (TERUJA) Eh banyaknya makanan dalam beg kau ni Zatul! Nampak

                       sedap semuanya. Ada kek, ada ketupat, dan apa ni?

ZATUL:           Yeke Rin! (TERKEJUT) Aku pun tak tahu apa isi beg tu. Dah mak cik tu

                       bagi, aku ambil je dan sandang kat bahu. Kalau aku tak ambik , marah

                       pulak ayah aku. (PAUSE). Aku rasa ini semua kerja mak tiri   aku.

                       Main sumbat semua makanan dalam beg    aku. 

RINA:                      Tengoklah Zatul, betapa sayangnya  mak tiri kau pada kau. Sanggup dibekalkannya makanan begini banyak kat kau. Sedangkan kau benci sangat kat dia. Memang  tak patut betul kau ni.

ZATUL:                   Yelah tu!

RINA:                      Kau ni dah kenapa? Dapat mak tiri baik pun masalah?      

ZATUL:                   Takyahlah banyak soal Rin! Kau mana tahu masalah aku. (PAUSE) Yang aku kesal sangat, ayah aku tu,  aku nampak ayah  aku tu terlalu sayangkan mak tiri   aku lebih daripada aku. Meluat sungguh aku!

RINA:                      (GELAK) Kau ni Zatul perangai macam budak-budak! Tapi dah dewasa. Siswa U lagi. Soal macam tu pun kau tak faham. Kau kena tahu bezakan kasih sayang ayah kepada kau anaknya dan kasih sayang kepada mak tiri kau, isterinya. Hakikatnya kau kena terima. (PAUSE) Dahlah tu. Usah  kau fikirkan semua tu. Menyemakkan otak kau saja. Fikir je bagaimana nak lulus periksa pointer tinggi dan capai  target untuk  dean list’

ZATUL:.                  Oh target tu mesti dicapai insyaa-Allah. Baru ni kau dah dapat dean list. Kali ni beri aku pulak anugerah dekan tu!. Kan kita   selalu bergilir gitu! (GELAK)

RINA:                    Ha macam tulah! Fikir positif. Benda yang remeh                                            tu letak  tepi. Mari kita sama-sama makan apa  yang  kau bawa ni. (PAUSE) Ni apa Zatul? Aku tak pernah tengok   kuih begini. Sedap juga rasanya. Ada rasa pahit sedikit masin dan manis.                                                             

ZATUL:                   Oh tu kerepek peria! Sedapkah? Aku pun tak pernah rasa  lagi kerepek peria ni!                        

RINA:                      Memang sedap Zatul! Boleh dimakan santai atau makan dengan nasi juga ni. (PAUSE) Kalau dijual di pasaran mesti laku ni! Pandai mak cik kau buat kerepek   peria ni. Rangup dan sedap. Mari kita cuba praktikkan bussiness study yang kita duk sibuk belajar bertahun-tahun kat sini….bisnis online lebih mudah rasanya.

ZATUL:                   (SUARA LEMAH) Makan sajalah Rin! Tak  payahlah kau nak memuji melangit tinggi, mak   tiri aku    tu!  Tak kuasa aku nak buat semua tu! Kitakan kena fokus studi saja dulu. Toksah fikir yang lain-lain.                               

GRAM:                    MUZIK.

EFEK:                    BUNYI INJIN MOTORSIKAL

SANIAH:                 (MONOLOG) Mujur ada peria yang sesuai dibuat kerepek di pasar tadi. Nak harapkan peria yang ditanam sendiri tak cukup pulak. Dapatlah disiapkan tempahan kerepek yang dah diambil! Duitnya bolehlah dihimpun untuk dibuat belanja Zatul belajar (PAUSE) Petang ni ada mesyuarat GPW nak bincang projek IKS. YB pun datang. Mesti nak kena hadir tu! Bolehlah bawa sikit kerepek peria untuk kudapan kawan-kawan yang bermesyuarat. (TERKEJUT) Eh lembu! Allahu Akbar!

EFEK: BUNYI MOTOSIKAL DILANGGAR LEMBU

GRAM                    MUZIK

AYAH:                     Assalamualakum! Zatul balik segera ya! (PAUSE)

ZATUL:                   Waalaikumsalam...ayah! kenapa Zatul kena balik ayah? (PAUSE) hello...hello! Eh terputus pulak!

RINA:                      (SUARA TINGGI) Zatul! Zatul! Aku masuk ya!

ZATUL:                   Masuklah Rin! (PAUSE) Ayah aku fon suruh balik kampunglah Rin! Bila aku  tanya kenapa aku perlu balik, tak dijawab pula. Terputus  taliannya. Risau pula aku fikirkannya.  Aku harap ayah aku baik-baik saja.Susah juga nak balik ke sana masa begini.                  

RINA:                      Baliklah Zatul! Mesti ada perkara penting yang perlukan kau di kampung tu. Lagipun periksa dah habis, walau belum lagi cuti semester.

ZATUL:                   Bosannya aku di kampung Rin! Sunyi tak berkawan. Malaslah nak balik.

RINA                Itu je masalahnya? Mustahil kau tak ada kawan di sana. Kau kan asalnya di sana?                         :                                                 

ZATUL:                   (GELAK SEDIKIT) Itu dulu! Zaman kanak-kanak riang, memanglah ramai kawan-kawan. Bila dah dewasa,masing-masing bawa diri entah ke mana. Ada juga yang kahwin dan pindah ikut suami.                     

RINA:                      Tapi aku  rasa walau apapun masalah kau, kau   tetap kena balik juga. Ayah kau tu tentu perlukan kau di kampung. (PAUSE) Takpa biar aku  temankan kau balik kampung. Adalah kawan kau nanti.

ZATUL:                   (TERUJA) Yeke Rin? Kau nak ikut aku balik kampung? Jom cepat kita berkemas!

RINA:                      Sekarang ke?

ZATUL:                   Iyalah! Sekaranglah! Kalau terlambat kita ke setesyen bas takut bas yang ke kampung aku dah berlepas. Nak sewa teksi atau grab memanglah tak mampu. Mahal gila!       

RINA:                      Okay. (PAUSE) Aku tanya tu bukan apa...manatahu kau nak balik esok ke lusa ke! Kau kan jenis yang  suka berfikir panjang sebelum buat  keputusan! (GELAK)                                                                                                  

ZATUL:                   Cepatlah berambus ke bilik kau berkemas apa yang patut!. Aku tunggu kau kat bawah!

RINA:                      (MERAJUK) Amboi manisnya bahasa! Tak jadilah nak ikut kau balik kampung! Pergilah kau balik sorang!

GRAM:                    MUZIK.

ZATUL:                   (SUARA TINGG) Assalamualaikum! Ayah Zatul dah balik ni!

AYAH:                     Waalaikummussalam (SUARA TINGGI) Eh ZatulI!  Balik juga kau ya!. Ingatkan dah terlupa jalan balik!

RINA:                      Saya Rina pak cik. Kawan Zatul kat university. Apa khabar pak cik?                   

AYAH:                     Baik. Terima kasih sudi datang ke rumah pak cik.. (PAUSE) Zatul bawa kawan kau masuk. Sediakan apa saja keperluan untuk tamu kita ni!                                                                                                                                                        

ZATUL:                   Ayah nak ke mana pulak tu. Kalut saja nampaknya?              

AYAH:                     Ayah nak ke hospital. Mak cik kau masuk wad pulak!                      

ZATUL:                   (TERKEJUT) Mak cik masuk wad? Kenapa? Sakit apa?

AYAH:                     Pagi tadi mak cik kau ke pasar borong membeli peria untuk dibuat kerepek jualannya. Ayah tak dapat temankannya sebab ayah pun tak berapa sihat. Dalam perjalanan pulang tiba-tiba lembu keluar dari ladang sawit tepi jalan tu. Mak cik kau tak sempat mengelak. Lembu melanggar motornya. Mak cik kau pun jatuh tergolek. Luka dan cedera parah juga. Mujur ada orang yang lalu situ tolong hantar mak cik kau ke hospital. 

RINA:                      Masya-Allah! Banyak juga lembu dibela orang sini ya pak cik? Bagus tu! Tapi dibiarkan berkeliaran mendatangkan masalah kepada orang lain pula!            

AYAH:                     Ya Rina! Orang di sini menternak lembu dalam kebun sawit mereka. Kadang lembu-lembu tu keluar dari kebun sawit ke jalan raya.     

ZATUL:                   Mak cik tu tak hati-hati. Mendapatlah bahagiannya.  Terpaksa jadi penghuni hospital pulak. Kan menyusahkan ayah saja!                

AYAH:                     (SUARA TINGGI) Heh budak ni!  Malang nak berlaku, tak siapa tahu! Tak baik kau cakap gitu. Hargai sikit apa yang mak cik kau dah buat untuk kau. Kau tu dari kecik lagi dia yang jaga. Selama ini duit hasil jualan kerepek perianyalah yang banyak membantu perbelanjaan kau di universiti tau! (PAUSE) kau   jangan jadi anak yang tak tahu mengenang budi!             

ZATUL:                   (TERKEJUT) Benarkah begitu ayah?

AYAH:                     Kau ingat ayah cakap suka-suka saja! Kau fikir ayah kau ni banyak sangat duit masa ni! Mak cik kau tu bersusah-payah tak kira masa siapkan kerepek peria jualannya, bantu ayah beri duit belanja kat kau belajar.

ZATUL:                   (MENANGIS) Maafkan kesilapan Zatul ayah! Zatul janji akan ubah sikap biadab Zatul kat mak cik. Besar sungguh jasa mak cik kat                Zatul! (PAUSE) Zatul nak ikut   ayah tengok mak cik kat hospital.

AYAH:                     Yalah...cepatlah! ajaklah kawan kau sekali. Takkan nak             tinggalkan dia sorang diri di rumah! 

GRAM MUSIK:

AYAH:                     San...Zatul balik dengan kawannya nak melawat kau ni.

RINA:                      Saya Rina. Apa khabar mak cik? Moga mak cik cepat sembuh. Sabar ya mak cik.

ZATUL:                   (MENANGIS) Maafkan Zatul mak cik. Disebabkan Zatul mak cik jadi begini. Terpaksa berkerja keras membantu ayah menanggung belanja pengajian saya selama ni sehingga eksiden pulak.

SANIAH:                 Tak payahlah nak menangis Zatul. Nanti mak cik pun nangis juga. Bukan sebab Zatul pun apa yang berlaku. Semuanya ketentuan-Nya dan mak cik reda. Zatul kan anak kesayangan mak cik. Mestilah mak cik bantu setakat termampu. Mak cik pun dah janji dengan arwah ibu Zatul untuk menjaga Zatul setelah  dia tiada. Wasiat ibu Zatul mak cik akan cuba tunaikan. Ayah Zatul terpaksa kahwini mak  cik juga kerana wasiat  ibu Zatul.

IMBAS KEMBALI

SANIAH:                 Kau akan sembuh Dira! Aku sentiasa doakan kau. Selalu aku buat solat hajat mohon kepada Allah agar sembuhkan kau. Jangan fikrkan apa-apa yang merisaukan kau! Soal Zatul tu… insyaa-Allah kalau aku masih hidup dan ada daya…aku akan jaga dia seperti anak aku sendiri. Selama inipun aku yang menjaga dia selama kau terlantar sakit. (PAUSE) Tapi usah desak aku berkahwin dengan Adam untuk menjadi madu kau! Tak sanggup aku!

GRAM                   MUZIK

AYAH:                     Ketika ibu kau sedang sakarat, ayah berjanji kepada ibu kau akan ikut wasiatnya yang minta ayah berkahwin dengan mak cik Saniah setelah dia meninggal dunia. (PAUSE) Ibu kau sangat sayangkan kau. Dia mahu mak cik Saniah kau yang menjaga kau setelah dia tiada. Dia tidak percayakan orang lain menjadi mak tiri kau. Kami tidak semata-mata berkahwin kerana suka-suka. (PAUSE) Kerana kau dan kerana jodoh kami ada…akhirnya kami bernikah.

ZATUL:                   Oh. Maafkan Zatul mak cik kerana mengangap yang bukan-bukan selama ini kat mak cik. Terima kasih mak cik  tidak kisah dengan perangai buruk Zatul kat mak cik selama ni. Zatul doakan mak cik cepat sembuh. Selepas ni Zatul akan tolong mak cik buat kerepek peria rangup tu dan kita cuba pasarkan dengan lebih luas. Kita buat packaging dan branding yang menarik.(PAUSE) Kau boleh  tolong aku dan mak cik aku kan Rin?

RINA:                      Insyaa-Allah boleh. Tak jadi masalah pun. Tapi nak share juga heh..heh..(KETAWA)    

ZATUL:                   Kau ni Rin, projek belum mula dah nak minta share...(KETAWA)                    

GRAM:                    MUZIK PENUTUP.

JURUHEBAH:       Demikian Panggung drama DKLASIK kisah “KEREPEK PERIA RANGUP” karya Paridah Ishak, Serendah, Selangor.

PELAKON:

                            1. ……………………………...…………………………………….

                            2. ……………………………...…………………………………….

                            3. ……………………………...…………………………………….

                          4………………………………………………………………………

Panggung drama Dklasik diterbitkan ……………………………………………