Wednesday, March 9, 2016

ADELA RADIO KLASIK FM...

ASSALAMUALAIKUM...

HARI INI BERLAKUNYA GERHANA MATAHARI YANG DAPAT DILIHAT FENOMENA ALAM SURAM SEKETIKA DI SELURUH NUSANTARA MELIPUTI MALAYSIA...
HARI INI 9/3/2016 JUGA MENCATAT SEJARAHNYA PABILA PENERBIT ADELA RADIO KLASIK NASIONAL PM MEMBERITAHU BAHAWA KARYAKU AKAN DISIAR DALAM SLOT TERBITANNYA....SYUKUR ALHAMDULILLAH...INILAH KARYA PERTAMAKU YANG DISIARKAN DI RADIO ...HEH..HEH..SUKANYA RASA DI HATI..

KARYAKU DIBACA DJ NORAINI IBNU.

ADELA. 
Kata suamiku kepadaku, aku tidak payah berkerja kerana suamiku itu mampu memewahkan kehidupanku dengan pendapatannya seorang. Memang pendapatan suamiku itu boleh tahan juga untuk menyara hidup kami seadanya. Kerana kemahuannya tidak banyak tentulah sangat mencukupi pendapatan suami sebagai staff sebuah syarikat swasta itu. Mentelah pula cuma hidup berdua dalam usia perkahwinan yang masih baru..
Ketegasan suamiku tidak boleh dirubah lagi dan aku terpaksa akur dengan keputusannya. Sehari suntuk pula aku tidak bertegur sapa dengan suamiku sebagai tanda protes hatiku yang tidak langsung menyetujui kehendak suami walau tidak berani membantah. Hinggakan jiran-jiran yang tinggal bersebelahan rumah kami menganggap kami  tidak ada di rumah. Sebetulnya masing-masing sedang melayan perasaan.
Bermulalah rutin hidupku sebagai seorang isteri sepenuh masa. Sama seperti isteri-isteri jiran-jiranku yang lain yang sentiasa ternanti-nanti saat suami pulang dari pejabat. Tinggallah mesin taip di atas meja yang diketip melakukan tugasanku sebagai kerani/jurutaip di sebuah pejabat tanah rancangan felda dan semua kakitangannya yang sangat baik denganku dari segenap peringkat. “Di pejabat awak tu semuanya lelaki…tak malukah awak berkerja di situ?”
Oh! Itu yang menjadi masalah besar kepada suamiku rupanya. Demi terlalu sayangkan suami yang kelihatannya bersungguh menyintai aku maka redalah aku. Syurga isteri kan di bawah telapak kaki suami. Jadi harus sentiasa setia taat akan kemahuannya.
Sekali lagi suamiku memberi  kejutan yang membuat jantungku seakan terhenti berdegup tatkala suami mengatakan keinginannya untuk berhenti kerja. Pelbagai yang menghantui minda memikirkan tentang masalah bakal ditempuh setelah suami tiada berperkerjaan.
"Jangan bimbang walaupun abang tidak berkerja kita masih dapat hidup seperti biasa..."
Manalah aku tidak bimbang kerana tika itu aku sedang hamil muda. Dimana wang yang hendak diambil untuk melunaskan segenap pembiayaan keperluan hidup dengan kehadiran cahaya mata yang dinanti kelak jikalau suami tidak berkerja. Sedang aku juga sudah tidak berperkerjaan.
Kata suami kepadaku. dia masih ada simpanan wang yang mencukupi untuk keperluan kami berdua sebelum berusaha memulakan perniagaan yang telah lama dirancangnya dan mendatangkan rezeki.
Aku  cuma mengiyakan saja. Menyetujuinya. Impianku sederhana saja. Ingin hidup bahagia disamping suami tercinta. Tentang kekayaan duniawi lngsung tidak terlintas di fikiran. Cuma berpada dengan apa yang ada. Suamiku ternyata sangat bercita-cita. Buat sementara waktu  akan tinggal bersama emak ayahku sebelum pulang ke kampung halaman suamiku di Selangor. Suamiku ingin mengusahakan tanah pusakanya di Perak tapi amat berdekatan dengan Selangor dan bercadang menanamnya dengan kelapa sawit. Di pulau Mekarsuli aku dan suami memulakan langkah sebagai petani. Pulau Mekarsuli tidak dikelilingi lautan tapi kononnya sebuah pulau yang telah bercantum dengan daratan tanah besar menurut cerita penduduk di sini.  Suamiku begitu gigih dan rajin mengusahakan tanah itu dan menanamnya dengan anak-anak benih sawit yang dibeli berselang-seli dengan anak benih koko. Dan aku turut membantu.
Suamiku itu ingin merealisasikan impiannya ingin menjadi seorang kaya. Tidak sudahnya dengan makan gaji sahaja. Pengalaman era kecilnya yang dibebani kemiskinan yang mencengkam ingin dirubahnya.
Lantaran kesukaran hidupnya bersama keluarganya, dia terpaksa meninggalkan alam persekolahan awalnya tika itu. Namun  ada seorang adik abahnya yang baik dan bersimpati dengan nasibnya yang terumbang-ambing dilambung gelombang hidup itu berusaha menyekolahkannya semula. Prestasinya di bidang akademik memang menyerlah juga. Setelah tamat persekolahan, dia melakukan pelbagai perkerjaan kasar untuk menampung kehidupan sebelum berjaya di posisi yang baik sebagai penolong pengurus di syarikatnya berkerja.

Berada pula kini di tengah masyarakat di kampung pedalaman yang kebanyakan pemastautinnya  adalah dari keturunan Jawa dan Banjar setelah menamatkan karier di situ. Suamiku juga dilahirkan ibunya yang Melayu tetapi ayahnya Jawa. Suamiku tidak mahir bertutur jawa tetapi dapat memahami lawan penuturnya dengan baik sekali. Sedangkan aku hanya melopong setiap kali mendengar mereka bertukar kata tatkala berkunjung ke teratak buruk kami.
'Mereka ini mengata aku kot, Siapa tahu...' Hatiku mengagak begitu pula. Keliru lantaran tidak faham suatu apapun tentang bahasa jiran-jiranku itu. Cuma kalau jiranku yang Jawa bertemu jiran yang Banjar mereka akan menggunaka bahasa Melayu sebagai pengantara.
Daripada pemerhatianku dan menaksirkan tahap kehidupan mereka ini sangat sederhana sekali. Rumah-rumah mereka bertiang kayu, berdinding papan atau rumbia dan beratap nipah yang disemat. Lebih kurang sama dengan teratak yang dihunikku kini bersama suami. Itupun ihsan daripada mbah saudara suami, mengizinkan kami menumpang tinggal sementara.
Keadaannya daif sekali. Sekadar boleh dijadikan sebagai tempat berlindung daripada panas dan hujan.  Amat merimaskannya keadaan sebegitu.  Tapi demi cinta di mana suami berada pasti isteri ini di sisinya.
Kadangkala terbayang juga lintasan keselesaan hidup yang pernah dinikmati suatu ketika dulu. Hajat suami untuk memulakan perniagaan yang di rancangnya untuk menjadikannya seorang yang kaya nampaknya tidak dapat dilakukan di daerah terpencil ni.
Allah memang mengasehi setiap hamba-Nya. Pintu rezeki sentiasa terbuka luas walau ada yang merasanya peluang untuk itu sudah tertutup. Tiba-tiba tanpa disangka-sangka aku dan suami mendapat tawaran untuk menyertai skim tanah rancangan FELDA yang banyak dibuka di sekitar kampungku di Pahang. Inilah saat-saat yang ditunggu selama ini untuk mendirikan kehidupan berkeluarga di rumah sendiri. Di skim ini memang sudah disediakan rumah untuk dihuni pesertanya dan diberikan pula tanah seluas 3.4 hektar yang telah ditanami dengan kelapa sawit. Suatu ketika dulu aku dan suami sering meronda-ronda kawasan skim melihat persekitaran perumahan dan mengunjungi rumah saudara mara yang tinggal di situ. Mereka ini sudah lama menjadi peserta skim dan taraf kehidupan mereka jauh lebih baik dari sebelumnya. Dan ada diantara mereka yang berjaya menguruskan perniagaan yang menguntungkan.
Kini giliranku pula untuk bergelar penerokawati dan suami adalah peneroka. Rentak hidup baru sedang diteroka menempuhi pelbagai pancarobanya.. Di sinilah suamiku memulakan perniagaan berasaskan peruncitan dengan tabah mendepani untung rugi dan jatuh bangun dalam perniagaan sehingga kini berkembang maju sebagai pengedar barangan keperluan sekitar daerah sini. Susah-payah suami berbaloi pulangannya dengan kejayaannya dalam perniagaan menjadikannya seorang jutawan namun tidak dapat dikongsi diriku dan anak-anak kerana kami telah disingkirkan dari kehidupannya justeru kehadiran orang ketiga.
TAMAT.




No comments:

Post a Comment