Sunday, March 20, 2016

KELARAI IMPIAN...

ASSALAMUALAIKUM....

KHAMIS LEPAS DALAM PERJALANAN PULANG KE PAHANG SINGGAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SELAYANG SEBAB ANAK MENANTU NAK DAFTARKAN ANAK KEDUANYA TUAN ARIFF KE SEKOLAH TERSEBUT UNTUK PERSEKOLAHAN TAHUN SATU 2017.....TAPI TIDAK BERKESEMPTAN PULA PABILA KERANINYA BERCUTI....SINGGAH PULA SEBENTAR BERSARAPAN DI GERAI BERHAMPIRAN.....TIBA-TIBA ANAK MENDAPAT PANGGILAN DARIPADA DBP MEMINTA NO AKAUN UNTUK MENDAFTAR MANUSKRIP NOVEL YANG TELAH LAMA DIHANTAR KEPADA PIHAK DBP.....SYUKUR ALHAMDULILLAH ....BERITA YANG SANGAT MENGGEMBIRAKAN SEKALI....AKHIRNYA KARYA YANG SEDERHANA ITU DITERIMA JUGA UNTUK PENERBITANNYA.



SINOPSIS:

AISYAH ditinggalkan ibubapanya bersama neneknya  di kampung asal mereka di Kelantan dalam penghijrahan mereka ke pertempatan baru di negeri Pahang untuk menyertai sekim LKTP anjuran kerajaan.
Di sinilah bermulanya cerita Aisyah yang mendepani kehidupannya masakini  bersama neneknya yang dirasakan tidak menyukai kehadirannya dan sering menderanya dengan cacian disertai tindakan menyakiti tubuh badannya.
Salina dan anaknya Zahari jiran sebelah rumah neneknya sering membantu Aisyah mengatasi kesulitannya meneruskan kehidupan dan persekolahannya.
Aisyah bertemu pula dengan Faizal seorang kawan kepada Zahari yang turut bersimpati dengan nasib Aisyah yang telah tolong merubah dirinya yang gemar melakukan kemungkaran seperti minum arak kepada seorang pemuda beriman dan istiqamah dengan ibadahnya.
Perpisahan berlaku setelah kedua-duanya mulai merasai cinta kerana Faizal menyambung pelajarannya di Amerika dalam jurusan perubatan dan Aisyah ke rumah ibubapanya di Pahang sebagaimana impiannya selama ini ingin bersama keluarga yang disayanginya.
Pengalaman baru ditempuhi Aisyah di sini yang segalanya amat mengujakannya. Berpeluang berkerja di ladang sawit LKTP dengan niat mengumpul duit untuk menyambung pelajaran setelah keputusan SPM diumumkan kelak.
Berkenalan pula dengan Murni yang menjadi kawan baiknya. Dalam pergaulannya dengan masyarakat di tanah rancangan pelbagai yang dirasainya. Ramai pemuda di situ yang mengagumi keayuan paras jelitanya dan jatuh cinta. Aisyah tidak mengambil tahu semua gangguan itu sehingga menyebabkan berlaku pergaduhan sesame mereka.
Aisyah ditunangkan pula dengan seorang pemuda kawan baiknya kerana ibubapanya tidak mahu nasib buruk menimpanya disihirkan orang kerana menolak peminangan orang seperti yang berlaku kepada seorang kawannya. Aisyah amat kecewa sehingga meninggalkan jawatan guru sandaran yang dijawatnya di sini dan pulang ke Kelantan.  Meneruskan hajatnya menyambung pelajaran ke tingkatan enam sekolah swasta sambil berkerja sebagai pembantu kepada seorang penulis terkenal di situ.
Dilemmanya dengan kekasihnya Faizal berakhir dengan pertemuan dan perpisahan yang tidak diingininya. Faizal meninggal dunia kerana serangan jantung di Amerika sementara tunangnya yang turut membantunya meninggal dunia kerana sakit misteri.
Aisyah lama kemurungan jiwa sehingga Zahari menyedarkannya untuk berusaha tabah  dengan t akdir Allah dan mengembalikan niatnya menggulung ijazah university.


No comments:

Post a Comment