Monday, March 14, 2016

SINOPSIS MANUSKRIP NOVEL SELIRATAN CINTA...

ASSALAMUALAIKUM...

SINOPSIS
MANUSKRIP NOVEL SELIRATAN CINTA.
Penulis Paridah Ishak.

Seorang anak yang pulang daripada luar negara mendapati keharmonian rumahtangga kedua
ibunya telah tergugat. Ketara kepadanya ayah dan mamanya tidak sebahagia dulu. Kasih sayang
yang terjalen antara kedua-duanya kelihatan hambar dan renggang.
Rizal cuba mencari sebab-sebabnya dengan merisik tanya kepada mamanya. Namun mamanya
itu tidak menyatakan apa-apa dan menyembunyikan kenyataan sebenarnya.

Akhirnya Rizal menyedari kebahgian rumah tangga mama dan ayahnya semakin sirna lantaran
sikap ayahnya yang kini gemar mendekati diri dengan golongan artis dan model yang berparas
jelita kerana pengaruh rakan-rakan korporatnya yang berjaya dalam bisnis mereka kerana
melibatkan golongan ini sebagai penyeri dan pelancar urusan bisnis mereka.

Rizal amat kecewa dengan sikap ayahnya yang menjengkelkannya di samping sangat bersimpati
dengan mamanya yang sentiasa menjeruk hati menahan perasaan duka. Dato’ Shaari ayah kepada Rizal cuba mengajak anaknya untuk turut sama mengendalikan perniagaan perkapalan yang diterajuinya. Rizal menolaknya setelah melihat gaya ayahnya bersosial dengan alasan hendak meningkatkan kemajuan bisnis yang dijalankannya. Sikap ayahnya yang suka berdekatan dengan gadis-gadis cantik yang terkenal sebagai model dan artis tidak disetujui hatinya.

Dia mengambil keputusan meninggalkan rumahnya untuk mencari ketenangan jiwa dan solusi
kepada permasalahan mama dan ayahnya menuju ke pulau percutian yang dimiliki mamanya di
pantai timur. Rizal bertemu pula dengan Fareez seorang graduan menganggur yang berhajat untuk pulang ke kampungnya di stesen bas. Tindakan Fareez menyelamatkan beg pakaian Rizal daripada dilarikan seorang lelaki yang ingin mencurinya membenihkan kemesraan antara mereka sehinggakan Rizal mengajak kawan yang baru dikenali bersama mengikutinya dengan janji untuk mengubah kehidupannya kepada yang lebih baik.
Fareez ditawarkan jawatan sebagai pengurus resort SRI JELAPANG milik mama Rizal setelah kedua-duanya sampai di pulau percutian itu. Terkejut Fareez pabila menyedari Rizal adalah anak seorang tokoh korporat ternama yang dikenali, dan Fareez mulai kegundahan kala Rizal memintanya menyamar sebagai dirinya pula.
Ayah Rizal meneruskan gelagatnya yang suka berdampingan dengan artis dan model jelita yang dikenalkan Amin pembantunya yang setia. Niatnya pada mulanya hanya suka-suka mengisi masa akhirnya menjerat dirinya pula. Dato’ Shaari tidak dapat hendak mengelak daripada jatuh cinta terhadap seorang artis drama yang mulai mencipta nama dalam bidang itu. Beliau sentiasa mencari alas an untuk bertemu Anita dan memberinya hadiah untuk memikat hati artis itu dengan bantuan Amin dan Sarina iaitu kawan kepada Anita.
Anita tidak suka dengaan dato’ Shaari dan menolak mengadakan sebarang hubungan dengannya. Produksi Drama Kita di mana Anita dan Sarina sebagai pelakunnya telah memilih pulau percutian sebagai lokasi penggambaran. Bertemulah Anita dan Rizal di resort yang diuruskan Rizal dan Fareez tanpa mengetahui identiti sebenar dirinya. Perkenalan yang langsung tidak disenangi Rizal yang menyangka Anita adalah kekasih ayahnya seperti yang diceritakan Sarina kepada Fareez.
Perhubungan mereka bertukar menjadi rapat dan mesra pula setelah saling mengenali hati budi masing-masing. Telahan Rizal terhadap Anita selama ini ternyata tidak benar.
Kedua-dua sahabat baik itu berkira-kira dengan rancangan untuk menggagalkan hasrat dato’ Shaari untuk melamar Anita sebagai isterinya dalam satu majlis keramaian yang diadakan di resort milik isterinya datin Majmin.
Anita bertekad melarikan diri dari resort itu kerana terasa dirinya dipermainkan Rizal yang sengaja mahu menemukannya dato’ Shaari yang amat dibencinya. Namun usahanya gagal dan terpaksa turut terlibat dalam rancangan yang diatur Fareez dan Rizal. Walau berat hati Anita menyetujuinya dengan mengharapkan hasil rencana yang diatur sebaiknya itu menyelesaikan masalahnya dan masalah Rizal jug

No comments:

Post a Comment