Wednesday, March 2, 2016

GURINDAM LAGU JIWA.

ASSALAMUALAIKUM...

LANGKAH KAWALAN PERGERAKAN

#1

Dan Langkah Kawalan Pergerakan,

bantah arahan kena tindakan.

#2

Akur perintah demi masyhlahat,

hapus penyakit hidup pun sihat.

#3

Akur perintah siap siaga,

duduk di rumah tentunya lega.

#4

Akur perintah tanpa bertingkah,

manfaat besar kerana langkah.

#5

Akur perintah jarakkan diri,

virus  Corona dapat hindari.

#6

Akur perintah bersih tiasa,

penyakit hapus rasa selesa.

 

PENULIS

 

Kalau penulis golongan bilis,

tidak dibaca makna ditulis.

 

Kalau penulis rajin berkarya,

impi ternyata meraih kaya.

 

Kalau penulis bijak menafsir,

manis kekata rasa berpasir.

 

Kalau penulis sedarkan diri,

ruang sastera gugup ditari.

 

Kalau penulis suka bermegah,

lontar bicara pasti disanggah.

 

Kalau penulis rasa elitis,

hanya dipuja seperti artis.

 

Kalau penulis tulis semua,

selalu baca terasa mua.

 

Kalau penulis asyik berpesan,

protes pula katanya bosan.

 

Kalau penulis tidak menulis,

Isu semasa habis tergilis.

Kalau penulis ilhamnya surut,

idea dicoret galau diturut.

 

AMBIL IKTIBAR

 

Ambil iktibar apa terjadi,

susah dan senang reda menadi.

 

Ambil iktibar contoh teladan

jadi pedoman atau sempadan

 

Ambil iktibar sejarah silam,

timbul masalah fikir mendalam.

 

Ambil iktibar  silap dan salah,

dugaan hidup tidak mengalah.

 

GURINDAM MAKAN

 

Jikalau makan pilih yang halal,

Mendarah daging peroleh dalal.

 

Jikalau makan makanan bersih,

Tubuh sejahtera cemar disisih.

 

Jikalau makan bercampur-campur

Senak di perut sakan gelupur

 

Jikalau makan bertambah-tambah,

Tanda selera tidak berubah.

 

Jikalau makan sambil berdiri,

Adab sebenar tidak sedari.

 

Jikalau makan berpada-pada,

Usus nan kecil isi waspada.

 

Jikalau makan suka sebarang,

Tubuh yang sihat sakit mengerang.

 

Jikalau makan beralih tempat,

Ramai memandang sempat mengumpat.

 

Jikalau makan berlebih-lebih,

Perut memboyot kulit gelebeh.

 

Jikalau makan manis bergula,

Bimbang diserang diabetis pula.

 

Jikalau makan masin bergaram,

Hipertensi dera wajah pun suram.

 

Jikalau makan suka meminta,

Tidak diberi tentu derita.

 

Jikalau makan saling menyuap

Kasih dan mesra meluap-luap.

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

19/09/019

 

 

 

 

 

 

GURINDAM KALAU BICARA

 

Kalau bicara usah sebarang,

terlanjur peri apa dilarang.

 

Kalau bicara berhati-hati,

mengguris hati atau menyakiti.

 

Kalau bicara bagai bergendang,

tentu tersentak  pandang memandang.

 

Kalau bicara fikir dahulu,

susunan ayat tidak melulu.

 

Kalau bicara biar beralas,

walau tersirat maksudnya jelas.

 

Kalau bicara bersopan santun,

hasrat sebenar sempurna lantun.

 

Kalau bicara tidak ditapis,

dipandang serong ramai menepis.

 

Kalau bicara kesat dan kasar,

akan menyasar apa disasar.

 

Kalau bicara  tulus niatnya,

Allah berkati makbul doanya.

 

Kalau bicara menabur fitnah,

cetus polemik damai meranah.

 

Kalau bicara lunak bahasa,

mudah terima tidak terasa.

 

Kalau bicara ikut situasi,

bijak mengatur komunikasi.

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

4/08/019

 

 

 

BENDERA INI

 

Bendera ini Jalur Gemilang

Perkasa asa rakyat berbilang

Bendera ini lambing wibawa

Menyatu waja hasrat dibawa

Bendera ini maruah diri

Pantang diinjak tegak berdiri

Bendera ini bugar semangat,

Melecun basah titis keringat

Bendera ini citra negara

Semenanjung emas berbahara

Bendera ini putih merah berselang

Kibar-kibaran Ogos menjelang

Bendera ini berbulan sabit

Pecahan bintang cahaya terbit

Bendera ini tanda sepakat

Bersatu kasih peroleh berkat

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

4/08/019

 

GURINDAM ADIL.

 

Andainya adil neraca timbang,

bahagi beri pasti seimbang.

 

Andainya adil putus bicara,

tiada hati berduka lara.

 

Andainya adil berkasih sayang,

rasa gembira jelas terbayang.

 

Andainya adil menghibah harta,

waris sebenar tidak mengata.

 

Andainya adil jatuh hukuman,

hakim dunia benar beriman.

 

Andainya adil jadi pegangan,

lerai masalah tiada halangan.

 

Andainya adil niat di hati,

luahan janji Allah berkati.

 

Andainya adil santunan hayat,

aman harmoni hidupnya rakyat.

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

4/08/019

 

GURINDAM MENDENGAR

 

Andai mendengar nasihat ibu,

simpan di hati walau beribu.

 

Andai mendengar pesanan ayah,

ambil pedoman akan tarbiah.

 

Andai mendengar bicara guru,

hidup berilmu tidak keliru.

 

Andai mendengar penuh tumpuan,

peroleh hasil persis tujuan.

 

Andai mendengar perkara salah,

fikir dahulu sebelum telah.

 

Andai mendengar belakang tabir,

tidaklah jelas sukar ditadbir.

 

Andai mendengar dengan wasangka,

hilang setuju buruk belaka.

 

Andai mendengar fitnah hasutan,

usah selaru bisikan syaitan.

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

20/07/019

 

 

 

#3 GURINDAM IMAN

Gurindam iman #1

Beriman hamba kepada  Pencipta

mengharap kasih mendamba cinta..

 

Gurindam iman #2

Insan beriman kukuh pegangan,

reda diuji redah rintangan.

 

Gurindam iman #3

Tiara iman mahkota jiwa,

rohani suci zahir bernyawa.

 

Gurindam iman #4

Beriman hamba pada Pencipta,

mengharap kasih mendamba cinta.

Gurindam iman #5

Teguhkan iman pasak bersungguh,

reda terima tidak disuguh.

 

Gurindam iman #6

Hati beriman aura ketara,

wajah berseri cerahnya citra.

 

Gurindam iman #7

Beriman teguh pegangan diri,

walau sengsara sabar mandiri.

 

Gurindam iman #8

Beriman tauhid amal ibadah

lenyaplah resah terusir gundah.

 

 

 

.PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

07/05/019


 

 

#2 GURINDAM KALAULAH

 

Gurindam kalaulah #1

Kalaulah pasti esokkan hadir,

apa berlaku suratan takdir.

 

Gurindam kalaulah #2

Kalaulah yakin mentari cerlang,

malam berganti siang menjelang.

 

Gurindam kalaulah #3

Kalaulah tahu langkahkan pincang,

Allah penentu apa dirancang.

 

Gurindam kalaulah #4

Kalaulah tahu akan berada,

bersyukur sungguh berserta reda.

 

Gurindam kalaulah #5

Kalaulah tahu Dia kasihi,

dalam lindungan rahmat Ilahi.

 

Gurindam kalaulah #6

Kalaulah tahu kitalah warga,

pegang amanah saling menjaga.

 

Gurindam kalaulah #7

Kalaulah faham jadi pilihan,

tegar beriman dalam sentuhan.

 

Gurindam kalaulah #8

Kalaulah faham jiwa insani,

saling perhati santun harmoni.

 

Guridam kalaulah

GURINDAM KEMBARA

 

Kalau  kembara  jelajah tempat,

luas pandangan tatkala sempat.

 

Kalau  kembara serata daerah,

dapat susuri jalur  sejarah.

 

Kalau  kembara dalam negeri,

indah permainya maklum sedari.

 

Kalau kembara lewati sempadan,

membanding-banding tidak sepadan.

 

Kalau kembara mencari ilmu,

menambah tahu tidaklah jemu.

 

Kalau kembara melihat alam,

mengukuh iman bagai pualam.

 

Kalau kembara ke dalam diri,

salah silapnya peduli cari.

 

Kalau kembara mencari cinta,

seru  kasih-Nya dilafaz nyata.                                                                                                         

 

 

1.

GURINDAM  NIAT

 

Kalau berniat tulus dan ikhlas,

hasil menjadi citranya jelas.

 

Kalau berniat wajib  tunaikan,

janji tepati  mesti amalkan.

 

Kalau berniat tidak dilafaz,

umpama kata tidak dihafaz.

 

Kalau berniat menjadi guru,

menimba Ilmu usah terburu.

 

Kalau berniat ingin kembara,

langkah dimula elok segera.

 

Kalau berniat menuju syurga,

amal ibadah pekerti jaga.

 

 

 

 

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

9/05/019 

 

2.

GURINDAM GAGAL

 

Andainya gagal apa dirancang,

kaji selidik segera bincang.

 

Andainya gagal ujian pertama,

rujukan ilmi biarlah lama.

 

Andainya gagal dalam perkahwinan,

suratan takdir lerai bebanan.

 

Andainya gagal dalam percintaan,

hati kecewa lumrah perasaan.

 

Andainya gagal difikir selalu,

tiada jaya melintas lalu.

 

Andainya gagal beramal soleh

murabbi benar segera pilih

 

Andainya gagal mendidik laku

gejala keji  mudah berlaku

 

Andainya gagal berkali-kali

salah dan  silap wajar sesali.

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

9/05/019 

3.

GURINDAM GEMAR

 

Barang siapa gemar berkebun,

rezeki melimpah pohon merimbun

 

Barang siapa gemar berdikari,

segala kerja laku sendiri.

 

Barang siapa gemar berusrah,

keputusan dicapai sirna amarah.

 

 Barang siapa gemar bernyanyi,

 meriah hidup tidaklah sunyi.

Barang siapa gemar berpura,

wajah sebenar pasti ketara.

 

 Barang siapa gemar masak-memasak,

 jamu selera tidaklah sesak.

 

 Barang siapa gemar bertoleransi,

rezeki Allah saling berkongsi.

 

Barang siapa gemar berkarya,

ilham dicerna semampu daya.

 

Barang siapa gemar melukis,

seni lukisan tidak terhakis.

 

Barang siapa gemar berceritera,

riwayat lama melipur lara.

 

Barang siapa gemar saran pandangan,

sedia hadapi sokongan tentangan

 

Barang siapa gemar bersiasah,

putus bicara tidak meresah.

 

 Barang siapa gemar kerja bertangguh,

apa dibuat tidak bersungguh.

 

 Barang siapa gemar bergurindam,

 puisi tradisi tidak terpadam.

 

Barang siapa gemar bersukaria,

akhirnya hidup tidak ceria.

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

15/06/019

4.

GURINDAM BUDI BAHASA

#1  Budi bahasa

Budi bahasa santunan hidup,

molek gubahan puspa  meredup.

 

#2 Budi bahasa

Budi bahasa busana jiwa,

bijak bestari pekerti lawa.

 

#3 Budi bahasa

Budi bahasa warisan bangsa,

bina budaya sebuah nusa.

 

#4 Budi bahasa

Budi bahasa indah mulia,

terserlah murni sifat aulia.

 

#5 Budi bahasa

Budi bahasa disanjung tinggi,

menghapus iri gaya meranggi.

 

#6 Budi bahasa

Budi bahasa tanda bangsawan,

soleh beriman tunduk ilmuan

#7 Budi bahasa

Budi bahasa santapan rohani,

erat ukhuwah utuh harmoni.

 

#8 Budi bahasa

Budi bahasa insan budiman,

iktibar benar jadi pedoman.

 

m

Desa Melor Serendah

 

#3 GURINDAM IMAN

Gurindam iman #1

Beriman hamba kepada  Pencipta

mengharap kasih mendamba cinta..

 

Gurindam iman #2

Insan beriman kukuh pegangan,

reda diuji redah rintangan.

 

Gurindam iman #3

Tiara iman mahkota jiwa,

rohani suci zahir bernyawa.

 

Gurindam iman #4

Beriman hamba pada Pencipta,

mengharap kasih mendamba cinta.

Gurindam iman #5

Teguhkan iman pasak bersungguh,

reda terima tidak disuguh.

 

Gurindam iman #6

Hati beriman aura ketara,

wajah berseri cerahnya citra.

 

Gurindam iman #7

Beriman teguh pegangan diri,

walau sengsara sabar mandiri.

 

Gurindam iman #8

Beriman tauhid amal ibadah

lenyaplah resah terusir gundah.

 

Jiwa murni persih ketara.

wajah berseri cerahnya citra.

Madrasah Ramadan kuliah bermula

tarbiah jiwa murni insani

Memasak yakin tugu percaya

Erat mendakap kemas genggaman

Semat di kalbu ilmi firdausi

aral  merintang langkah lintasi.

 

Beriman teguh pegangan diri

dilambung sengsara sabar mandiri.

Beriman tauhid amal ibadah

 

lestari hayat tulis riwayat

menghapus cela memadam noda

nur Ramadan  menghulur salam.

menyirat ukhuwah hamparan Islam

 

.PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

07/05/019


 

GURINDAM LAGU JIWA...


Nyanyikan lagu yang merdu
lontaran rasa mengirai rindu

Irama indah asyik dialun
seloka cinta molek tersusun

Sepenuh hati segenap jiwa
lahirkan kata luahkan rasa

Subhanallah Walhamdulillah Walailahhaillallah Allahuakbar
bertasbihlah Allah Maha Besar

Tenang sudah gejolak rasa
hilang sudah gundah gulana

Ulang lagi nyanyikan lagi
lagu jiwa menyuci hati

Lagu bergema di dalam dada
bibir menyebut enggan terlupa

PARIDAH ISHAK.
FELDA ULU JEMPOL
8 NOV 05.


No comments:

Post a Comment